Sudut Test Mouse Kiri

~mereka yang sudi~

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sunday, October 17, 2010

Budu Cap Ketereh

 23budu.jpg   
                                   Tuan punya jenama Budu Cap Ketereh


Selama ini, makngoh ingat budu Cap Ketereh adalah budu yang dihasilkan di Daerah Ketereh.  Rupanya budu Cap Ketereh dikilangkan di Tumpat Kelantan.

Apa itu Ketereh? Ketereh adalah suatu daerah di Kota Bharu. Sila klik sini untuk mengenali Ketereh.

Selain itu, ketereh juga disebut 'tere' iaitu sejenis buah. Buah gajus.


Jika anda pernah ke Pekan Ketereh,
tentu anda melihat satu replika gajus yang besar di tempat menunggu bas.

Tapi, makngoh bukan nak bercerita mengenai Pekan Ketereh, tetapi budu Cap Ketereh yang dikatakan telah menembusi pasaran Indonesia dan Thailand sejak beberapa tahun lepas. Wah, hebat juga budu.

Patutlah, di Sandakan ini pun, budu dijual di pasaraya dan juga di kedai runcit. Keistimewaan budu ini adalah sedap. Itulah yang dikatakan oleh orang ramai.

Selain itu, bentuk pembungkusan budu ini adalah salah satu faktor, jenama ini senang dan mudah dieksport.

     

 

Ada botol besar, botol kecil dan ada dalam plastik kecil sesuai untuk mereka yang berjalan jauh. Hehehe, nak bawa masuk dalam kapal terbang pun boleh. Nak bawa pergi berkelah dan berkhemah pun boleh. Hehehe.

Macamana cara menghidangkan budu?

   
Ada orang suka budu diperah dengan limau kasturi, bawang merah dimayang dan juga cili padi.

Ada yang suka limau kerat lintang, limau purut dan limau nipis.
Lain limau lain rasa budu tu. Ada kelainan masing-masing.
  

Ada juga yang suka mencampurkan budu dengan tempoyak. Selain itu, ada juga yang mencampurkan budu dengan isi durian (yang belum dijadikan tempoyak).

Budu sedap dicicah dengan ulam-ulam  seperti petai, jering, terung celur, pucuk ubi kayu celur, pucuk gajus, daun pegaga, kacang panjang, kacang botol dan macam-macam lagi.

Oghe Kelate kalu kecek luar gak, mesti kena perli "kocok botol budu dapo"




3 comments:

  1. Salam Hormat, Saya Hafis Production Assistant untuk program Voice Out TV3 Kids. Memerlukan No Telephone pihal Budu Cap Ketereh kerana berminat untuk membuat liputan mengenai Kilang Budu ini. Sila hubungi saya di tuanhafis@primeworks.com.my.
    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. salam...saya dari uitm kedah...boleh tak dapatkan saya no telefon kilang budu ni sebab kami berhasrat nak buat lawatan ke sana...jika ada contact saya di liza_cun91@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    menitik air liur nampok budu dgn asam limau ;)

    ReplyDelete

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get Recent Comments Widget