Sudut Test Mouse Kiri

Entri Terbaru

Tuesday, January 17, 2012

Cerita isteri tentera tak dapat tukar sekolah | Suami buat aduan rakyat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Aduan Rakyat, Lumut, Perak”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 9 Januari 2012Anggota TLDM kecewa KPM tak lulus isteri tukar.
Dasar pertukaran guru adalah seperti perkhidmatan lain iaitu berasakan kepada keperluan perkhidmatan yang bersandarkan keperluan opsyen ataupun mata pelajaran yang diajar. Pengisian pertukaran juga melihat kepada kekosongan jawatan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) semasa di negeri yang dipohon.
Selain itu, bagi guru-guru J-Qaf pemohon juga tertakluk kepada perjanjian semasa guru menerima tawaran jawatan tersebut. Bagi sekolah rendah, permohonan untuk masuk ke negeri yang tiada kekosongan jawatan dan opsyen tidak dapat diluluskan kerana emolumen (gaji) sesebuah negeri berasaskan kepada ABM yang diluluskan untuk negeri tersebut.
KPM perlu menimbangkan kebajikan murid-murid mengatasi guru kerana kekurangan guru sesebuah negeri akan menjejaskan pelan tranformasi KPM dan pembangunan modal insan.
Kedudukan guru sehingga 31 Disember 2011, negeri-negeri berikut tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan jawatan adalah:
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Pahang
  6. Kelantan
  7. Terengganu
KPM memberi pertimbangan sewajarnya dalam memberi kelulusan permohonan guru khususnya bagi kumpulan guru yang menghadapi masalah kesihatan kritikal seperti kanser dan sakit jantung.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; 
Itulah jawapan yang diberikan oleh pihak KPM kepada suami guru tersebut. Alah cikgu, baru 2 kali minta tukar. Ada orang sudah 12 kali minta tukar tak dapat-dapat. 
Lagipun, hebat sangatkah jawatan tentera itu sampaikan kalau "suami pindah, bininya pun kena ikut pindah". Peninglah KPM mahu layan kalau macam tu sebab ramai cikgu-cikgu wanita kahwin dengan tentera kononnya mudah la nanti minta tukar. 
KPM pun satu, pergi senaraikan negeri yang kononnya penuh walhal ada guru dengan gred masih lagi DC dapat tukar ke Kedah. Posting tak sampai setahun pun. Guru tu tak ada kanser tak ada sakit teruk pun. Tapi dia memang ada penyakit besar yang merosakkan sistem pertukaran guru iaitu penyakit KABEL.
Ayat power makngoh nak bagi, sebab makngoh pun tengah tension tak dapat tukar...anak kecil pula di kampung....
ayat nya """"""""""""""" POOOOOOOORAHHHHHH TAK ADA KABEL BOOOO LAYAN"



Opsss sebelum terlupa, makngoh terbaca satu cerita seorang guru wanita diugut sembelih. Guru wanita tu pun pergi Pejabat Pendidikan Daerah  untuk buat aduan. Jawapan pengawai di situ..."bukan masalah awak je yang saya nak selesaikan"........sila baca kisah guru wanita itu di sini

5 orang telah bagi respon:

  1. salam, nape tinggalkan anak di kg. bawalah sekali tinggal bersama. saya pn xdpt tukar dan menjaga anak 2 orang sendirian di perantauan.yang sulung berusia 22 bulan dan kedua 5 bulan. suami dah pndah p kl

    ReplyDelete
  2. wsalam. anak makngoh tak berapa sihat. sejak kecil asyik menangis je sampailah 4 bln umur. sekarang baru beransur-ansur hilang menangis.
    masa 2 3 bulan umur selalu gak bawa di private cek. kemudian private suruh refer ke hospital besar. makngoh tak bawa dia pegi hospital besar sbb difahamkn kena operate. jadi dia berubat kampung. ALhamdulillah skrg sembuh dah. tapi dia sekrang dah kenal orang, tak boleh bpisah dengan neneknya pulak.

    apa-apapun tahniah yer cikgu kuat dan tabah besarkan 2 org anak kecil dprantauan tanpa suami. makngoh rasa makngoh tak mampu nak buat macam tu. lagipun di kg pengasuh dia ramai. dia lagi hepi di kg.

    ReplyDelete
  3. anak sy dua2 jns menangis dr dlm pantang shingga 6 bln.selama 6 bln berjaga mlm.yg sulung suami ada.km blh gilir2 tp yg ke2 sy kn jg sorang2.perit rs nye.mak mnta tinggalkan di kg tp ank myusu badan.11 april 2012 apartmen sy bergegar kuat sb gempa bumi.sy kt butterworth, penang.trauma rasanye blari bw anak.

    ReplyDelete
  4. sy p tukar melaka.bknnya ngeri yg dlm list.xdpt tukar gak

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, sy dh leh tukar ke melaka untuk pertukaran sesi jun 2012 syukur...

    ReplyDelete

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get Recent Comments Widget