Datuk M Karathu memlih Kelantan selaku juara Piala Sumbangsih 2012 yang bakal diadakan pada 7 Januari ini di Stadium Bukit Jalil.
Menurut beliau, pasukan Kelantan sekarang lebih mantap dari pasukan musim lalu dengan kehadiran pemain import yang berkualiti dan juga kehadiran semula trio panas Indra, Farhan dan Azizi.
Datuk M Karathu turut memberi pandangan bahawa pasukan Negeri Sembilan sedikit tempang pada musim ini dengan beberapa pemain tonggak mereka berhijrah ke pasukan lain. Namun beliau tetap percaya dengan kebolehan jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah untuk membimbing dan merancang pelbagai taktikal menentang Kelantan nanti.
Selaku peminat pasukan Kelantan, makngoh belum lagi dapat melihat kehebatan sebenar pasukan Kelantan musim ini ekoran kekalahan kepada Persebaya dalam merebut Unity Cup. Selain faktor persefahaman antara pemain tempatan dan pemain import, makngoh juga perhatikan emosional pemain melebihi profesional mereka. Kerana itu juga layangan kad merah dan kad kuning mewarnai padang perlawanan.
Doa tetap doa. Semoga segala kelemahan pasukan sudah boleh diatasi. Semoga Ghaddar dan pemain import lain sudah biasakan diri dengan atmosfera pasukan Kelantan dan semoga pemain bermain secara profesional tanpa perlu melakukan kekasaran secara sengaja atau tidak sengaja.
Semoga Kelantan Juara PIALA SUMBANGSIH 2012 sekaligus mengekalkan piala yang dijuarai pada tahun 2011.
0 orang telah bagi respon:
Post a Comment
sila komen jika sudi :)