Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 31 Julai 2012

Kembar 12 - ibubapa pilih 1, 11 lagi dicampak dari atas gunung



Berlaku di negara China. Makngoh harap berita yang makngoh baca itu tidak benar sama sekali. Kasihan pada bayi-bayi kecil yang tidak bersalah ini.

Cerita mereka di bawah -:

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti"

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.

 “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

sumber

Negara China kena buat peraturan, ibubapa yang melahirkan kembar perlu dibunuh. Baru adil. Bayi yang dilahirkan tidak bersalah pun.

Kanak-kanak 4 tahun didera dan ditinggalkan di hospital meninggal


tak tergamak melihat keadaan anak ini. Gambar hiasan


Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.


Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.


“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.


doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Isnin, 16 Julai 2012

Kontroversi Ghaddar

 

Kelantan telah pun selamat ditabalkan JUARA Liga Super 2012 secara rasminya semalam di stadium keramat The Red Warriors. Tahniah!

Namun isu mengenai pergaduhan Ghaddar dengan beberapa orang pemain Selangor dan juga kapten Perak nampaknya belum lagi selesai. Makngoh sendiri menunggu masa Ghaddar bersuara untuk mengetahui kejadian sebenar dari pihak beliau.
Terdahulu isu Ghaddar dengan pemain Selangor. Baca laporan Berita Harian di bawah.

KUALA LUMPUR: Penyerang import Kelantan,Mohammed Ghaddar didakwa memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus 'kekasaran melampau' ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. “Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” kata pemain Selangor, Bunyamin Umar, semalam.
“Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” - Bunyamin Umar, pemain Selangor.
Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad lalu.

Sekarang, seorang lain pemain bersuara. Kapten Perak yang menerima kad merah akibat menumbuk Ghaddar. Laporan Berita Harian di bawah -:

Kuala Lumpur: "Dia menggunakan perkataan lucah terhadap ibu saya... selepas saya mengatakan dia penipu kerana berlakon dikasari dalam insiden perebutan bola. “Memang saya hilang pertimbangan apabila orang bercakap macam itu pada saya, lebih-lebih lagi ibu saya baru saja menjalani pembedahan dua hari sebelum itu,” kata kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa, semalam.

Shahrulnizam, seorang daripada pemain menjadi mangsa provokasi penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, dikenakan tindakan buang padang selepas menumbuk pemain berasal dari Lubnan itu ketika Perak bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu berbanding kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah yang boleh dilihat dalam You Tube.

Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lagi satu nama yang berkaitan dengan Ghaddar adalah Amri Yahyah.


Ahad, 15 Julai 2012

Zakat Pendapatan | Dah bayar ke belum?

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki. 


KAEDAH MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN @ ZAKAT PENGGAJIAN 

Sila klik link di bawah. Anda akan dibawa ke halaman Majlis Agama Islam Kelantan. Sebelum itu, anda perlu sediakan beberapa maklumat seperti jumlah gaji, bonus dan lain-lain pendapatan. Anda juga perlu mengisi nilai KWSP yang dipotong, simpanan tabung haji dan lain-lain tanggungan.

KALKULATOR ZAKAT 

KAEDAH BAYARAN ZAKAT MAIK

Ada pelbagai kaedah untuk membuat bayaran zakat dengan MAIK. Antarnya -:

1. Membayar di Kaunter Zakat Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2. Membayar melalui potongan gaji menerusi bahagian gaji tempat anda bekerja. Kod potongan gaji Kakitangan Kerajaan Persekutuan 4368 dan Negeri 2367. Manakala kakitangan swasta menerusi majikan masing-masing.

3. Membayar menerusi pos (cek, kiriman wang dan bankdraf) atas nama Majlis Agama Islam Kelantan.

4. Membayar di Bank Islam (M) Berhad. (No.Akaun 03-018-01-000005-0) atas nama Majlis Agama Islam Kelantan. Hantarkan salinan slip bank ke pejabat Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan beserta nama, nombor kad pengenalan dan alamat untuk mendapatkan resit rasmi.


5. Membayar di Kaunter Pejabat POS (M) Bhd.

6. Membayar secara online (internet banking) melalui bank-bank berikut : 
i - Maybank 2u - www.maybank2u.com.my
ii - CIMB - www.cimbclicks.com.my
iii - BIMB - www.bankislam.biz
iv - RHB Bank - www.rhbbank.com.my 
v- Ambank - www.ambank.com.my  
vi - Bank Kerjasama Rakyat - www.irakyat.com.my

DOWNLOAD BORANG POTONGAN GAJI ZAKAT MAIK

Borang 1 : Kebenaran potongan gaji salinan MAIK
file icon download

Borang 2 : Kebenaran potongan gaji salinan majikan
file icondownload

Borang 3 : Kebenaran potongan gaji salinan pemohon
file icondownload

Di negeri manakah kita harus keluarkan zakat? Jawapan yang makngoh tahu adalah di negeri tempat kita mencari rezeki. Dulu, semasa mengajar di Sabah, makngoh berzakat dengan negeri tersebut. InsyaALLAH, menunggu masa untuk berzakat di Kelantan pula.

Tambahan : Kadar zakat fitrah tahun 2012 di Kelantan adalah sebanyak RM 7.00 seorang.
Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Kelantan kekal pada RM7 tahun ini, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Datuk Kamaruddin Mohd Zin. Beliau berkata ketetapan tersebut diputus Maik selepas diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Sumber dari Snar Harian
 info di atas adalah dari Majlis Agama Islam Kelantan.

Kelate Kito by Fendi Kenali | Video


ini lagu peberet suami makngoh. huhu

Sabtu, 14 Julai 2012

Rayuan pertukaran guru sesi Jun 2012 | Apa cerita?

Hai...tak tahu nak berkata apa. Pertukaran bulan Jun lepas makngoh gagal. Semasa result pertukaran tu keluar, makngoh sedang berada di hospital menemani emak yang operate kepala pada 15 Mei. Sebabnya ada darah di selaput otak atau istilah sebenar "acute on chronic subdural haemmorage". Selain ambil CRK, makngoh juga ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dan anak kecil makngoh di kampung. 

      
Walaupun sibuk di kampung, makngoh usahakan juga untuk menulis surat rayuan, disertakan juga dengan laporan doktor mengenai penyakit emak dengan harapan adalah peluang makngoh untuk pindah mengajar di kampung menemani emak dan menjaga anak serta bersama suami. 

Hingga tarikh sekarang ni 14 Julai, sudah berkali-kali suami makngoh telefon JPN Kelantan, JPWPKL dan juga ke KPM. Apa yang diberitahu oleh kerani, "sekolah menengah belum meeting". Jadi, makngoh dan makngoh pasti guru-guru lain juga menunggu bilakah mereka akan meeting? Bilakah akan keluar nama untuk mereka yang lulus rayuan? Adakah sebenarnya rayuan ini tiada? 

Tapi, beberapa minggu lepas memang sudah ada guru yang berjaya rayuan dan berpindah dekat dengan keluarga masing-masing. GURU SEKOLAH RENDAH. Hanya guru sekolah menengah sahaja yang diam dengan berita "belum meeting lagi".

Walaupun ada suara-suara mengatakan rayuan sekolah menengah sebenarnya tiada tetapi makngoh masih berharap agar khabar angin tersebut salah. Makngoh berharap agar masih ada sinar untuk pindah. Makngoh mahu bersama anak, suami dan menjaga emak. Teringat lagi kata-kata doktor, walaupun telah dibedah, penyakit emak makngoh mungkin akan berulang lagi. Bukan bertahun-tahun tetapi bulan.

Orang atasan tolonglah faham masalah guru-guru yang mohon bertukar. Bukan sesuka hati sahaja kami mahu bertukar sekolah. Kami ada masalah masing-masing. Janganlah korbankan jiwa dan semangat kami semata-mata kerana sistem pertukaran berasaskan kabel. Kami tidak faham tetapi kami hanya mendengar...kabel...kabel...kabel...barulah boleh tukar. 

Sedih. Sangat sedih. Terbeban dengan tugas yang banyak, ditambah pula dengan hati yang risau, ditambah pula dengan rindu kepada anak kecil, ditambah pula dengan keselamatan seorang diri di tempat orang. Ah...macam-macam masalah. Bukan merungut dengan satu-satu masalah tersebut, tetapi minta difahami dan diselami apa yang jiwa kami sedang rasakan. Bertahun-tahun berjauhan dengan suami, anak dan keluarga. Seolah-olah tiada erti berumahtangga. Seolah-olah robot yang tiada perasaan dan hati nurani, hanya jalankan tugas dengan istilah saya yang menurut perintah.

Betul, kami senyum. Kami berjenaka dan kami ketawa di sekolah. Tetapi dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu perit dan deritanya. Di benak kepala kami ini...ibarat ada batu besar yang melekat di medula oblongata. Amat berat terasa. Setiap hari menghadapinya walaupun di saat mata terpejam. Stress yang amat.

 

Makngoh harap, akan dapat surat lulus rayuan pertukaran yang bertarikh 1 Ogos 2012. 
Amat terdesak untuk pindah.

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!