Jumaat, 2 Julai 2010

Kisah buku rekod kemajuan pelajar mak ngoh

Well, seminggu 2 ni, memang cikgu-cikgu kelas sibuk key in markah pelajar masing-masing dan mengisi buku rekod kemajuan pelajar. Sekolah mak ngoh masih lagi guna sistem lama iaitu BUKU REKOD KEMAJUAN. Sesetengah sekolah yang cangih manggih dah pun guna slip. Guru matapelajaran terus key in markah di komputer induk pastu setiausaha exam print slip. Senang dan mudah. Tapi takpelah, nak buat macamana. Lagipun, bukan teruk pun nak isi buku rekod pelajar. Cuma mengambil sedikit masa.

Sebelum nih, ada gak pelajar mak ngoh yang liat memulangkan buku rekod kemajuan mereka yang mereka ambil sejak final exam tahun lepas lagi. Mula-mula guna alasan
"tertinggal bah, cikgu"
"Lupa bah, cikgu"

Tapi, semalam (hari Khamis) rupanya baru tahu kenapa mereka tak mo pulangkan. Sebab xmahu ibubapa mereka tengok markah-markah mid sem mereka tu dan takut mak ngoh tulis perangai mereka yang teruk-teruk. Adalah dalam 5 orang budak kelas mak ngoh tak mo kasi buku rekod dorang kepada mak ngoh untuk diisi markah. Amboi...ingat cikgunya nih nak diamkan diri jer? ... mak ngoh print besar-besar result dorang dan kasi mak bapa dorang tengok hari nih... Huhu. Tak guna buku rekod pun boleh bah!

Hari nih, kiranya selesailah 1 tugas mak ngoh iaitu buku rekod pelajar. Kalau ikut surat jemputan tandatangan buku rekod kemajuan, ibubapa diminta hadir pukul 7.30 pagi tapi...pagi tadi, mak ngoh tengok pukul 6.30 pagi dah ada ibubapa menunggu cikgu di sekolah. Wah, semangatnya mereka nak tengok result anak-anak. Opss..lupa nak bagitau, di sabah nih pukul 7 pagi dah start waktu mengajar ye.

Kelas yang mak ngoh pegang nih, bukanlah kelas pandai dan bukan kelas baik-baik. Ada 6 orang pelajar kelas nih kena gantung sekolah bulan 3 ari tu. Tak masuk lagi dengan kesalahan disiplin peberet mereka yang iaitu bertumbuk dan bergaduh. Memang samsenglah. Kiranya, mak ngoh nih memang bagus dan betuahlah, diberi pengalaman mengadap budak-budak macam tu. Dan setakat nih, lom lagi kereta mak ngoh dicalarkan. Huhu.

Setiap tahun...dan setiap kali time amik buku rekod kemajuan nih, hati mak ngoh pulak yang rasa pilu dan airmata nih memang nak mengalir sokmo-sokmo jer. Tapi cover-cover sebab malu depan mak ayah budak. Mana taknya, bila dengar kekecewaan dan kegembiran ibubapa melihat kegagalan dan kejayaan anak-anak, hati mak ngoh pun tersentuh gak. Teringat pada ibubapa mak ngoh di kampung.

Beberapa tahun lepas, mak ngoh jadi guru kelas A jer. Memang layan budak-budak pandai. Bila mak ngoh beritahu ibubapa dorang "anak akak nih bagus, pandai, baik dalam kelas. Senang nak ajar dia" terus jer mak budak2 tu menangis. Dia menangis gembira. Gembira sangat bila anak dia tidak menimbulkan masalah di sekolah. Banyak juga kes yang macam tu.

Tetapi ada yang kes yang sedih...tak perlu mak ngoh cakap apa-apa....bila mak ayah dorang tengok jer warna merah di buku rekod anak-anak...terus merah jer mata dorang. Lepas tu dorang luahkan perangai dan masalah anak-anak dorang. Sambil-sambil cakap tu,,,,airmata ibubapa tu pun mengalirlah ke pipi. Isk isk..kesian.

Tapi ada juga kes ibubapa yang sombong bila tengok anaknya gagal contohnya subjek ADD MATH, terus bapanya tanya "Eh, cikgu Add Math dia nih siapa? Cikgunya buat apa sampaikan anak aku gagal nih?" Tergagap jugak mak ngoh nak melayan orang macam tu. Ada juga yang mak ngoh nak ambil hati "Anak pakcik nih bagus, pandai....dia nih harapan sekolah untuk jadi pelajar terbaik nanti" Nak tahu bapanya jawab apa?
" Kenapa anak aku sorang jer yang harapan. Anak orang lain tak ada ker? Asyik..asyik anak aku"

Haha..haha mak ngoh pun tak faham.

Pagi tadi yang paling menarik, mak ngoh mau sejam jugak mak ngoh mendengar luahan seorang bapa. Anaknya perempuan, pendiam dan baik-baik jer di kelas. Tapi result anaknya teruk. Bahasa Melayu pun tak lulus. Mula-mula si bapa tu geleng-geleng kepala jer, kemudian dia cerita satu-satu mengenai anaknya. Anaknya memang tidak membaca di rumah. Anaknya suka main sms jer. Anaknya melawan dan menengkingnya. Dan banyak lagi yang diceritakannya.

Masa dia cerita tu, anaknya tu diam-diam dan sengih-sengih jer sedangkan si bapa tu dah merah mata menahan sedih. Hm... mak ngoh pun jadi terkedu bila bapa sendiri bercerita pasal perkara macam tu. Memang bila fikir balik, memang mengaibkan anaknya, tapi bapanya cakap,"aku tidak mahu tapuk-tapuk bah cikgu...aku cakap terus-terang" (tapuk = sorok)

Ada pula mak sorang pelajar mak ngoh tadi, tengok jer buku rekod markah anaknya terus cakap "ini yang buat aku sakit hati nih" .... dan ada pula tadi seorang ibu cuba ayun payung lipat ke arah anaknya sebab result anaknya tak bagus. Huhu..fikir dan tafsir sendirilah.

Oklah...penat taip dah panjang berjela. Tahniah kepada siapa yang baca kisah ini sampai tamat. Haha...anda memang penyabar.

1 ulasan:

  1. buku rekod dari drjah satu masih simpan.. peajar berjaya msa kecik nie.. besar2 sedikit hampeh. haha

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)