Rabu, 7 Julai 2010

Lor, perempuan nih lagi... tak serik-serik

hancur lebur dah Si Waja....mak ngoh rasa dikira lupus lah senang

Pasti anda semua belum baca kisah entir mak ngoh tentang seorang perempuan yang ditangkap khalwat dan bila dibawa ke pejabat jabatan agama islam, perempuan itu berjaya meloloskan diri DAN sambil-sambil itu telah mencuri sebuah kereta Avanza milik pengawai pejabat agama islam tersebut. Nak tahu ceritanya episod pertama? klik sini. >> NAK BACA SANGAT-SANGAT

Hari nih, mak ngoh belek-belek berita, rupanya perempuan itu telah membuat episod kedua bagi kisah hidupnya. Dengan berani dia telah mencuri sebuah kereta Waja milik Jabatan Perdana Menteri... Fuh, power sungguh perempuan itu.

Kejadian itu berlaku kira-kiranya pukul 7.15 petang, kemudian setelah dibuat laporan polis, pukul 8.30 malam polis berjaya mengesan kereta tersebut sedang dipandu ke Alor Gajah.

Enam buah kereta peronda cuba menahan kereta yang dipandu perempuan itu namun dengan hebatnya perempuan itu telah merempuh belakang sebuah kereta peronda. Haha...ala ala Cat Women dah nih.

Operasi kejar mengejar berterusan sehingga pukul 10.30 malam dan melalui beberapa daerah di Melaka DAN berakhir apabila kereta yang dipandu oleh perempuan itu telah terbabas hingga menjunam ke dalam gaung di Batu 11 Jalan Segenting- Port Dickson.

“Suspek ditahan dalam keadaan separuh sedar dan mengalami perdarahan yang banyak di kepala. Dia dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, untuk rawatan lajut,” kata Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljet Singh. Turut ada bersama ketika kes ini adalah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin. Al maklumkan operasi kejar mengejar ni telah melibatkan banyak daerah. Huhuhu.

Baljet berkata, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati lesen memandu suspek sudah tamat tempoh sejak Januari lalu dan semakan mendapati wanita berkenaan masih dalam jaminan dan pengawasan polis atas kesalahan dadah sebelum ini.

Perempuan apakah...

inilah dia Cat Women itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)