Kalau dulu, pergaduhan budak lelaki sampai jadi kes polis pun dah jadi perkara pelik tapi sekarang nih, dah acap kali terdengar kisah budak perempuan bergaduh hingga masuk balai polis. Bila dah acap kali, jadi biasa-biasa dah sekarang. Macam juga kes buang bayi, dulu pelik sekarang biasa dah.
Semalam lagi, mak ngoh dengar cerita budak perempuan bergaduh dan bertumbuk dan aksi pergaduhan mereka tu dirakam. 3 lawan 1 nih. Tunggulah, nanti ada la tu dalam youtube. ekekeke...mak ngoh agak je.
Setelah bergaduh, yang seorang tu...kalah dek lawan 3 orang. Bila kalah dan cedera, pelajar perempuan itu mengadu dengan bapanya. Bila bapanya pergi ke rumah 3 orang pelajar yang menumbuk anaknya, bapa-bapa kepada budak 3 orang marah-marah.
Senang cerita, bapa kepada pelajar yang kalah berlawan itu telah membuat laporan polis.
Berita hari ni pula menyebut, 3 orang pelajar yang telah berjaya membelasah itu telah pun dipanggil polis untuk siasatan.
Ops...nak tahu tak berapa tempoh masa pergaduhan tersebut?
Jawapan : 30 minit
Adakah pergaduhan itu disaksikan oleh pelajar lain?
Jawapan : yer...mereka semua menjadi penonton dan perakam sahaja. Tiada yang nak tolong. Mungkin mereka dah lama tak tengok gusti secara live.
Di manakah kejadian itu?
Jawapan : Di sekolah. Di sebuah negeri kelahiran mak ngoh dan di daerah glemer iaitu Tumpat.
Caiyokkk Tumpat.
ni mesti kes berebut boyfriend. hehehe :P
BalasPadammacam2 dah sekarang ni mak ngoh
BalasPadambudak kecil pun ada yang bertumbuk sampai berdarah
jenguk2 lah blog saya k;) http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
sekarang ni samseng-samseng pompuan dah semakin maju
BalasPadamhaha
Dulu ada juga gaduh-gaduh masa zaman Nisa, but ringan-ringan je. Tada pula sampai sebegini teruk...
BalasPadamsekolah mak ngoh pun ada kes budak pompuan bergaduh. bila dimarahi oleh guru disiplin, mak budak perempuan tu datang marah maki pihak sekolah dan mencarut depan PK dan pengetua....
BalasPadamsangat mengecewakan