Ahad, 4 Julai 2010

Suka-suka je buat kesimpulan tentang sikap orang

Pada satu pagi, mak ngoh tengah makan-makan di kantin bersama beberapa rakan. Tiba-tiba datang sebuah kereta kakak senior dengan brek yang kuat. Kemudian kakak itu reverse dan bergerak ke makmal komputer.

"Ops, terkejut aku dengan kakak angkat aku nih" kata seorang rakan. Kenapa dia kata kakak angkat. Sebab kakak tu pernah marah dia atas sesuatu sebab. Sejak dimarah tu, dia selalu panggil 'kakak angkat aku'

Kemudian, dia pun mengeluarkan fatwa mengenai gaya orang yang bawa kereta dengan perangai orang itu.

Katanya -:
  • Kakak angkat dia tu seorang yang agresif, garang dan buat benda terburu-buru. Tengok jer cara bawa kereta.
  • Cuba tengok kaunselor sekolah yang bawa kereta pelahan-lahan jer...menunjukkan kaunselor itu seorang yang sopan santun dan lemah-lembut.
  • Tengok pula seorang ustaz sekolah itu yang bawa kereta, slow dan steady sepertimana sikap ustaz itu yang cool jer.
  • Tengoklah seorang cikgu ICT yang bawa kereta dengan asyik potong-memotong jer. Cikgu tu memang susah bertolak ansur.

Mak ngoh sengih jer lah dengar kesimpulan dia tu. Kalau mak ngoh nih jenis bawa kereta laju...so macamanalah mak ngoh di mata dia tu...adeh takut eh bila dia suka buat kesimpulan macam tu.

Tapi selain sikap yang dia simpulkan tu, biarlah mak ngoh cerita sikap lain orang-orang itu

  • Kakak angkat dia tu sangat bagus bila buat kerja. Minta esok, hari nih dah siap. Bab kerja memang mantap dan kemas.
  • Kaunselor tu, ye ker lemah lembut...sedangkan kaunselor tu selalu gak denda budak pusing 1 padang sekolah dengan berkaki ayam.
  • Kisah ustaz yang cool dan steady tetapi ustaz tu antara ustaz yang ditakuti budak dengan rotan panjang yang selalu dibawa ke hulu ke hilir. Silap sikit terus rotan.
  • Potong kereta orang pun dah dikira susah bertolak-ansur ker, sedangkan cikgu tu lah jugak tempat diminta tolong kalau pasal komputer.

Ada betul juga kesimpulan yang dia buat. Tapi janganlah buat kesimpulan mengikut emosi anda atau secara pilih kasih. Orang yang anda suka, anda puji, orang yang anda tak suka...anda hentam jer.

Kadang-kadang, orang yang kita tak suka tu sebenarnya lagi bagus dari kita.

Jadi, apalah pulak kesimpulan anda?

2 ulasan:

  1. assalamualaikum
    erm...biasa ar makngoh..manusia..tengok orang terus nilai..macam mana la nak maju kan?
    ha,amir nie bawak motor lagu sikit..adakah amir tergolong? hehe.. :)

    BalasPadam
  2. amir .... kalau bawa motor laju..itu tandanya tengah sakit perut. perlu segera cari tandas...wakaka

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)