Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 8 Ogos 2010

blog aku, aku punya suka la



Makngoh lupa dah, entri siapa ntah yang bercerita pasal lagu di blog. Tuan punya entri tu kata, dia tak suka blog diletakkan lagu. Makngoh pun tumpang komen gak.

Memang makngoh tak suka blog berlagu tapi tidak salah kalau itu lagu yang mengajak ke arah kebaikan. Nasib baik laptop makngoh ni dah MUTE sejak berkurun lamanya. Jadi tak tahulah, blog mana yang der lagu. Makngoh cuma akan enable sound bila masuk youtube je. ekeke..




Jalan-jalan blog tadi...jumpa satu blog baru. Ingat nak follow sebab follower dia tak sampai angka 2 digit pun. tapi tak jadi follow sebab-:

Dengan angkuhnya, ada ayat



1) BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LA

2) Kalau tak suka boleh keluar dari blog aku

3) aku tak jemput pun korang datang blog aku

4) Aku punya suka la nak letakkan lagu ke apa pun.


Yang ke 3, makngoh tu tak suka.

Kita manusia ni, tak sempurna dan kadang-kadang buat silap. Bila buat silap, teguran teman dan keluarga itulah cara untuk membetulkan silap kita. Tapi, bila orang tegur, kita tak terima pun teguran itu,apa gunanya hidup berkawan dan berkeluarga. Bila ditegur, dihalau pula. Sombong macam hebat sangat, langsung tak ada sifat rendah diri.


Kalau tak suka dengan teguran itu pun, gunalah ayat yang lebih sopan dan yang menampakkan ciri gadis Melayu Islam. Blog makngoh pun pernah ditegur oleh beberapa anonymous mengenai satu entri makngoh yang panas pasal kes bunuh diri. Bila ditegur dan bila tahu ada yang tak suka entri tu, makngoh delete entri tersebut. Senang cite sebab makngoh tak rugi apa-apa pun bila deletenya.


Yelah, makngoh pun orang baru dalam dunia blog...tetapi makngoh nak beritahu ada seorang dua blogger yang sangat ego, sombong, sangat beremosi dan berlagak. Nasib baik, blogger tersebut bukan blogger yang menjadi ikutan ramai.

Apa-apa pun, kembali kepada agama. Tiada dalam Islam kata, bila dia hak kita, suka hati kitalah nak buat apa. Seorang suami tiada hak suka hati dia ke atas isteri. Seorang bapa pun tiada hak suka hati dia ke atas anak.

Jadi, kita pun tiada hak suka hati kita ke atas blog kita. Terutamanya blog free yang tak kena bayar satu sen pun macam blogspot ni. Hak kita yang dipinjamkan cuma username dan password. Ilmu dan penulisan dalam blog, milik Allah. Bila menulis, ianya dah jadi tatapan umum yang perlu ada tatasusila dalam berbahasa.

orang yang tidak menerima teguran adalah orang yang sombong dan rugi.

senang cite : up to you lah girl, kubur masing-masing.

Tapi makngoh akan terus menegur sebab Islam kata amal mahruf, nahi mungkar.
sombong adalah penyakit hati yang mati dan sangat dibenci oleh ALLAH


Allah melarang kita sombong:

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Allah benci dengan orang-orang yang sombong:

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]

Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]

Nabi juga berkata bahwa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti.


Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]

maaf bagi yang terasa hati dengan entri ini...makngoh nak menegur...bukan nak cari musuh.

10 ulasan:

  1. mak ngoh... sy pernah buat entry pasal pasang lagu kat blog tuh.. pastu kan.. ade la gurl ni die amek point dr blog sy sebijik2.. susunan pun sebijik.. care ngomel pun sebijik.. geram plak tbe mak ngoh..

    sy pun tak suke dgn org yg duk taksub ngn blog sendiri ni.... blog takkan hidup kalo setakat ade writer je.. ape ntah manusia tuh..

    BalasPadam
  2. betul tu..blog idup jika ada pengunjung jer...klu tak mahu orang tengok blog tu, wat lah private dan buatlah suka ati dlm blog tu...

    jgn geram2 yer masturah...sabar je lah

    BalasPadam
  3. mak ngoh, sudi2kan tegur daku :)
    kadang2 daku ni mudah lupa..heheh

    BalasPadam
  4. info menarik dari mokngoh. harap2 mokngoh sudi menegur eelobor. sbb eelobor hanya berpegang, yang menegur itu kawan, yang memuji itu lawan

    BalasPadam
  5. kasarnya bahasa seorg perempuan...

    ops bukan makngoh ye tp girl itu...

    BalasPadam
  6. akak ngoh, haha kdg2 ada gak mcm tu, tp ok r, dia nyer blog, kita nak wat cmner..
    kereta saya, saya punya suka la nak bg pinjam ke x..
    kereta saya, korang tgk2 lama2 kreta saya pehal..
    mybe penulis tu x matchured..
    haha layan~~
    lama x jengah ke sini, kekangan masa dan tenet yang shlow~~

    BalasPadam
  7. salam makngoh..makngoh... nasihat amir gak..hehe.. mudah lupa dan alpa..kadang2..entri merapu je ditulis..hehe...

    tp kan..orang hok tulis mcm tue..tak patut la..xsenag dgn kehadiran pengunjung..kan?

    BalasPadam
  8. hehehe.. dunia blog makngoh~ hehe bese r tuh~ dunia sebenar pun lebih kurang same gak~ hehe

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!