Ahad, 8 Ogos 2010

wahai calon exam 2010, tinggal berapa hari lagi nak exam?

Tadi...teringat pula pada adik makngoh yang kecil. Darjah 6 dan ambil UPSR tahun ni. Makngoh pun cari di web KPM berapa hari lagi budak kecik tu nak exam...rupanya 44 hari lagi. Kalau mula tarikh 8/ogos/2010 ni.
Makngoh tak risau sangat dengan adik makngoh yang ni, cikgu-cikgu sekolahnya rajin sangat-sangat. Hari Jumaat dan Sabtu pun buat kelas tambahan. (kelate cuti hari Jumaat). Masa cuti pertengahan penggal bulan 6 hari tu, sekolah adik makngoh ni buat kelas tambahan non-stop setiap hari selama 14 cuti. Sangat mengujakan.

Hai... adik sendiri, dah boleh urut dada. Makngoh risau students makngoh pulak ni. Nasib baik, makngoh dah tak mengajar PMR macam last year. Jadi tahun ni kerisauan makngoh pada SPM je lah yang tinggal 107 hari lagi.
Wahai pelajar-pelajarku sekalian, sudahkah habiskah revision semua subjek dan yang penting dah habiskah revision subjek Math???

Seram sejuk pula makngoh ni....

p/s : Ada dalam 3 4 hari lagi menjelang bulan Ramadhan yang penuh berkat. Marilah berdoa agar kita semua sempat melangkah ke bulan Ramadhan tahun ni. :) InsyaALLAH.

3 ulasan:

  1. yana : semestinya mmg betul makngoh ajar math tp tiada apa yg dperlu di wah kan... guru math yg biasa je :)

    tq follow makngoh

    BalasPadam
  2. aminnn.selamat menyambut ramadhan makngoh:)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)