Rabu, 29 September 2010

Gubahan Hantaran : Gula-gula

Hantaran boleh digubah ikut kreativiti masing-masing. Bagi yang berada, tentunya 100% tempah sahaja. Tapi, bagi makngoh ni, majlis tunang dan majlis kahwin, makngoh buat sendiri dengan pertolongan adik-adik makngoh. Adik lelaki dan adik perempuan, sama-sama menolong siapkan hantaran.


Hantaran yang ini adalah hantaran perkahwinan makngoh yang berlangsung 4 Syawal yang lalu. Sebenarnya, kami semua buntu idea nak gubah hantaran. Susah sampaikan stress. Maklumlah, kesuntukan masa sebab makngoh balik kampung 31 Ogos dan majlis makngoh 13 September. Masa yang ada itulah, nak beli barang-barang, nak gubah dan macam-macam lagi. Nasib baik, makngoh ada 7 adik yang sedia membantu dari yang umur 8 tahun hinggalah 24 tahun.





Nak buat gubahan macam ni kena ada 2 polisterine bentuk love (1 size besar, 1 size kecik, lepas tu kerusi kecil, mangkuk (untuk dijadikan payung) kalau ada payung kecil lagi bagus, renda dan reben. Tiang payung tu makngoh guna batang bunga plastik. Mula-mula lekatkan gabus hijau di payung kemudian, tekan batang bunga di gabus tu. Gunakan gam tembak nak bagi betul-betul lekat.

6 ulasan:

  1. cantik kreatif tp kaler coklat yg digunakan terlalu meriah smp x nampak ap yg digubah.klu kaler diselarikan akan lebih cantik dan ekslusif

    BalasPadam
  2. salam terima kasih sbb berkongsi.cantik dn menarik

    BalasPadam
  3. SALAM...awk ni ore klate ko?...nk tnya coklat hak panje2 melekat di bekas foam bentuk love tubeli mne...sbb sy cari xjupo la coklat tu...ado pon hak gitu tp pembakut dia warna macam2 plak.....huhu

    BalasPadam
  4. wsalam dik. sorry baru tengok komen. kisah ni tahun 2010 lagi. tak ingat doh. tapi agak2nya di giant parkson kb. mydin kube kiye, pantai timur tak pun the store. aduh sorry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpo kak...tima kasih...nati kito g tgk mydin..gigih cari nk gubh ado coklat tu jgp...hihi

      Padam
    2. Xpo kak...tima kasih...nati kito g tgk mydin..gigih cari nk gubh ado coklat tu jgp...hihi

      Padam

sila komen jika sudi :)