Ahad, 3 Oktober 2010

Pok Ke atau Tok Ke : Ubat Aids dan Harga mahal






Pok Ke atau Tok Ke ni mula dikenali ramai ekoran harganya yang mahal hingga cecah jutaan ringgit. Dikatakan hempedu binatang ini, boleh menyembuhkan penyakit AIDS dan melemahkan virus HIV hingga masa 10 tahun. Oleh itu itulah, ramai yang berminat untuk mendapatkannya.

Lumrah alam, manusia memang tertarik kepada sesuatu yang mempercepatkannya menjadi kaya. Iye tak? Tengok sahaja skim cepat kaya. Berapa ramai yang tertipu walaupun memang tahu skim itu hanya satu pembohongan.

Sekarang, ramai juga yang sanggup bersusah payah masuk hutan dan mencari rumah lama untuk menangkap pok ke @ tok ke yang dikatakan berada di sana dan mudah ditangkap pada waktu maghrib. Pelajar sekolah makngoh pun sanggup mencari pok ke hingga ke dalam hutan beramai-ramai. Semuanya kabur dengan harga pok ke yang mahal itu.

Senarai Harga Semasa Pok Ke @ Tok Ke (16/8.2010)
400 - 450grm = RM 400 000.00
460 - 499grm = RM 600 000.00
500 - 699grm = RM 800 000.00
700 - 899grm = RM 1 juta
900 - 999grm = RM 1.5 juta
1kg = RM 2 juta
2kg = RM 5 juta

Tidak salah pun mencari dan berusaha begini. Tapi terfikir juga makngoh boleh ke makan duit jualan binatang sebegini? Ada orang tua kata, kalau jual kura-kura, biawak,babi, ular, anjing dan lain-lain, tak boleh makan duit tu.

Wallahuallam. Kena tanya ustaz yang pakar

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)