Khamis, 14 Oktober 2010

Total internal reflection (pantulan dalam penuh)

Dalam bahasa Malaysia, istilahnya pantulan dalam penuh. Sebelum memahami apa itu pantulan dalam penuh, pelajar seharusnya tahu apa itu sudut kritikal (critical angle). Simbol untuk sudut kritikal adalah c.

Untuk memudahkan pemahaman, pelajar terlebih dulu, kena ingat bahawa sudut tuju berlaku pada medium lebih tumpat dan sudut bias berlaku pada medium kurang tumpat.

Takrif critical angle, c : the angle of incidence in the denser medium when the angle of refraction in the less dense medium is 90 degree.

ATAU DALAM ISTILAH LAIN

sudut kritikal adalah sudut tuju (pada medium lebih tumpat) apabila sudut bias (pada medium kurang tumpat) adalah 90 darjah. 

Lihat video di bawah untuk melihat bagaimana cahaya terbias dan terpantul. Apabila sudut bias mencapai 90 darjah, bermakna sudut tuju adalah sudut kritikal.


Bagaimana pula pantulan dalam penuh berlaku?

APABILA sudut tuju sudah melebih sudut kritikal, maka pantulan dalam penuh berlaku.
Dari rajah -:
a) Garis hijau menunjukkan sinar tuju dari glass (kaca) bergerak ke air (udara) dan terbias. Rujuk 5.2 Understanding Refraction of Light. Sebenarnya, telah berlaku pantulan cahaya di dalam glass tetapi pantulan cahaya yang lemah.

b) Garis merah menunjukkan sinar tuju dengan sudut kritikal. Ini kerana sudut bias, r telah mencapai 90 darjah.



c) Garis biru menunjukkan sinar tuju yang sudut tujunya > sudut kritikal. Oleh itu pantulan dalam penuh berlaku.



 
Cantik kan. Adakah anda nampak pantulan? Itulah pantulan dalam penuh!


Form 4
Physics
Chapter 5 : Light
5.3 : Understanding total internal reflection of light 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)