Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda :
"Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka dia akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya"
Ini adalah wasiat Nabi SAW untuk kaum wanita beriman tentang sebab-sebab yang mengirimkan mereka menuju syurga ALLAH SWT. Sebab tersebut ada empat -:
1) Solat wanita berupa solat fardu yang lima waktu
2) Puasa seorang wanita muslimah di bulan Ramadhan.
3) Kesucian wanita dalam menjaga farjinya.
4) Taat kepada suami pada yang bukan maksiat kepada ALLAH S.W.T
Mari kita jadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti rutin dalam kehidupan harian kita. InsyaALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)