Ahad, 15 Mei 2011

Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati Ismail 29 Mei 2011

Nurul Anati Ismail bersama teman sekolah sesi pagi

                          

Kenapa susah nak dapatkan gambar Nurul Anati Ismail? Sebab gadis ini memang tidak suka bergambar dan lebih-lebih lagi sekarang, dia menganggap meletakkan gambar dalam facebook adalah BERDOSA. Tapi makngoh tak pasti bagaimana pula gambarnya dalam friendster yang telah diambil orang dan diletakkan dalam beberapa blog sekarang ini.

Menurut yang makngoh tahu, majlis akad nikah  Nurul Anati Ismail dan Ahmad Fedtri Yahya ini akan berlansung pada malam 28 Mei 2011 dan majlis persandingan pula akan diadakan pada 29 Mei 2011.

Bukan sebab makngoh cikgu, maka makngoh nak memuji sesama cikgu, tetapi bakal isteri Fedtri Yahya ini memang seorang gadis yang lemah lembut, baik hati, suka menolong orang,  tidak suka memburukkan orang, tidak pandai simpan dendam pada orang yang aniaya dia dan mudah memaafkan orang. Gadis ini, seolahnya tidak pandai untuk berfkiran negatif terhadap orang atau dalam erti kata yang lain dia seorang yang bersangka baik dengan semua orang. Mesti ada orang pelik macamana makngoh tahu nih? I know lah!


Petikan dari Harian Metro.

BERBEZA dengan rakan personaliti lainnya, pengantara dan penerbit bersama program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, kurang dilimpahi publisiti begitu juga gosip nakal mengenai kisah peribadinya.

Ternyata dalam diam, pengacara yang petah mengendalikan isu-isu semasa menerusi MHI dan sudah lebih enam tahun mengendalikan program itu, akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hati, akhir bulan ini.
Memilih 29 Mei ini sebagai detik ikatan mahligai di mahligai Nurul Anati Ismail di Pasir Mas, Kelantan manakala 11 Jun pula majlis berlangsung di kampung kelahirannya, Pantai Remis, Perak.

Kesempatan bertemu Fedtri Khamis lalu ketika menghulurkan kad undangan, jejaka berusia 30 tahun itu mengakui, menyemai cinta dengan bakal isterinya yang empat tahun lebih muda daripadanya ketika menjalani penggambaran program Masjid Ke Masjid sekitar November tahun lalu.


                                                    
Graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini mengharapkan doa dan restu semua pihak bagi melancarkan hasrat murninya.

dijelaskan namun menarik juga dikongsikan bersama. Saya mengenali bakal isteri hanya kira-kira enam bulan lalu secara tidak sengaja ketika baru saja selesai penggambaran program terbitan saya, Masjid Ke Masjid di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Kami ada majlis makan-makan dan di situ saya terpandang kelibatnya yang turut hadir bersama sekumpulan ustazah dan tetamu lain.

“Lantas apa yang boleh disimpulkan, saya tertarik dan terus terasa sesuatu.

“Terdetik jauh di dalam hati, dia adalah gadis sempurna buat saya. Namun, semua itu hanya satu perasaan dan siapa sangka, perkenalan di situ berlanjutan tapi masih atas dasar sahabat. Mungkin itu yang dikatakan jodoh dan satu perasaan yang berbeza menjentik jiwa.

“Jika ditanya mengapa dia menjadi pilihan, ia tiada satu jawapan konkrit kerana jujurnya, kami tidak pernah melalui satu proses kebiasaan pasangan bercinta.

“Percaya atau tidak, kami berdua tidak pernah keluar berdua-duaan dan sentiasa ditemani rakan lain atau ahli keluarga jika ingin bertemu.

“Malah kami juga jarang sekali berhubung di telefon melainkan ada perkara penting. Selebihnya, proses mengenali hati budi itu hanya berpaksikan komunikasi melalui facebook dan mesej saja. Ia soal perasaan dan rasa percaya dalam hati.

“Saya yakin dia adalah gadis yang tepat buat saya. Selepas saya melakukan sembahyang istikharah beberapa kali, wajahnya juga menjelma dan begitu juga dengan dia.

“Mungkin juga kerana pendedahan dan pergaulan saya bersama teman-teman ustaz sepanjang menerbitkan program Masjid Ke Masjid, mereka banyak mengajar dan menyuluh laluan itu hingga saya benar-benar pasti, ini satu keputusan yang tepat,” katanya.

Kata Fedtri, dia tertarik dengan perwatakan, personaliti dan sikapnya yang menyenangkan dan begitu selesa bersamanya hingga ingin menyuntingnya pada kali kedua pertemuan.

Siapa sangka, Nurul Anati yang juga guru Fizik di sekolah menengah di Kepong, Selangor berjaya menawan hatinya. (pembetulan : Nurul Anati mengajar di SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur)

Enggan terus membiarkan ruang peribadinya tersingkap, Fetri yang pernah memberi sentuhan pada lagu Dusta Berkalang dendangan finalis Akademi Nasyid, Aiman, membuka satu perspektif baru dalam sebuah hubungan anak muda sepertinya.

Percaya akan prinsip cinta bukan atas dasar maksiat, Fedtri yang merisik bakal isterinya Februari lalu, ingin melayari nikmat cinta selepas perkahwinan.

“Saya seorang individu yang meninjau hari esok. Mengendalikan program bual bicara yang membicara isu-isu semasa, menganjurkan motivasi dan kini menerbitkan program ilmiah keislaman, Masjid Ke Masjid, membataskan saya untuk mencatur langkah yang mungkin boleh memberi persepsi lain buat saya.

“Reputasi dan pandangan orang adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius. Malah teman-teman juga banyak menasihatkan agar menjaga hubungan di peringkat awal lagi supaya perjalanan di kemudian hari lebih terjamin.

“Saya lebih yakin untuk menempuh perasaan bercinta itu selepas kami sah menjadi suami isteri dan ketika itu, segala-galanya halal dan lebih terpelihara. Memang saya akui ia satu langkah besar namun kalau dilihat pada sudut berbeza, ia satu pertaruhan yang berbaloi dan positif,” katanya berseloroh.

Dipetik dari sini

p/s :  Nurul Anati ke yang untung berkahwin dengan Fedtri atau Fedtri yang sebenarnya untung beristerikan Nurul Anati...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)