Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 2 Julai 2010

kisah benar :Isteri terlanjur tak tahan dihina suami

KALAU ditakdirkan waktu dapat diundur kembali, tentu Farisha Natasha Ashman (bukan nama sebenar) tidak membuat kesilapan besar dalam hidupnya.

Dia kesal dipertemukan dengan Hazmil Ahmad (bukan nama sebenar) yang juga suami orang kerana pertemuan itu hanya membawa dirinya ke lembah kecurangan.

Segalanya bermula apabila dia terlalu kecewa dengan rumah tangga yang dibina bersama Azlan Hanapiah (bukan nama sebenar) ketika dia mula menghidu kenakalan suaminya yang sering menjalin hubungan dengan wanita lain sehingga membosankannya.


Memiliki saiz badan agak gempal, Farisha akur dia tidak punya daya tarikan sehebat gadis yang bertakhta di hati suaminya apatah lagi dalam meniti usia 40-an.


"Tetapi suatu ketika dulu saya juga memiliki bentuk badan menarik. Dia yang tergila-gilakan saya, ketika itu saya sudah ada kekasih lain tetapi dia beria-ia hendak memperisterikan saya. Setelah bergelar isteri, dia mengabaikan saya.


"Saya rasa tidak adil apabila diperlakukan sedemikian. Pedih hati saya bila sering terjumpa gambar wanita cantik dalam pelbagai gaya seksi dalam telefon bimbit suami. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang saya menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali hendak bercakap dengan suami.


"Mulanya saya menganggap ia permainan gadis sekarang yang nakal, tetapi saya pernah terbaca pesanan ringkas (SMS) meluahkan rasa sayang, dan rindu dalam telefonnya. Saya memang kecewa tetapi apabila diajukan pada suami, dia mula memaki-hamun dan menuduh saya yang bukan-bukan," katanya yang sudah hampir 20 tahun mendirikan mahligai bersama suami tercinta.


Tidak dinafikan suaminya yang agak tinggi mempunyai paras rupa agak menarik, sekali gus menjadi tarikan ramai wanita. Namun, dia sering berfikiran positif kerana dia sendiri memiliki kerjaya yang baik dan bertaraf profesional, tiada masa untuknya memikirkan perkara bukan-bukan.


Keadaan rumah tangganya mula kucar-kacir apabila suaminya bertemu dengan gadis jelita dan menjalin hubungan dengan wanita berkenaan.


"Paling memilukan apabila pernah terserempak suami dan wanita lain di sebuah pasar raya. Ketika itu saya bertanyakan suami tetapi dia menyatakan wanita itu setiausahanya. Saya tidak tahan dengan pembohongannya dan saya siasat hingga ke pejabat tetapi saya temui setiausahanya yang sebenar, bukan wanita itu.


"Sejak itu hubungan saya dan suami semakin renggang, dia pula semakin mengabaikan nafkah zahir dan batin

"Bahkan, dia menghina dan mengatakan tidak berselera, mengutuk saiz badan saya malah langsung tidak lagi tidur dengan saya. "Hampir setahun memendam perasaan sehingga saya bertemu Hazmil (bekas rakan sekolah) dan menceritakan segala kepedihan dialami. Bagi saya, dia sajalah tempat saya mencurah segala suka duka," katanya.


Menurut Farisha, kisah suaminya tidak berhenti di situ kerana pencariannya memikat gadis terus berlangsung sehingga pelbagai cerita mengenai kecurangan suaminya itu sampai ke pengetahuannya.


"Paling menyedihkan bila suatu pagi saya dikejutkan dengan panggilan daripada suami supaya datang ke balai polis kerana dia terpaksa bermalam di lokap gara-gara ditangkap khalwat. "Sebagai isteri, saya ke sana dan menjaminnya tetapi sepanjang jalan pulang, saya lebih banyak mendiamkan diri dan dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.


"Sejak itu saya terus menyimpan perasaan kerana satu demi satu bukti saya temui dia masih ada ramai kekasih lain. Dia selalu bercuti, menghabiskan duit untuk wanita lain yang 'dipancing' demi kepuasannya. Apabila mendapati banyak wang daripada akaunnya dikeluarkan tanpa pengetahuan saya, saya terus menyimpan segala bukti.


"Paling memilukan bila saya ajak suami bersemuka dan berbual dari hati ke hati, dia kemudian mengatakan hatinya sudah tiada untuk saya. "Dia mengaku meniduri beberapa wanita dan tidak dapat melupakan kekasihnya itu yang dianggap lebih hebat berbanding saya.


"Walaupun sedih dengan kenyataan yang saya anggap penghinaan itu, saya tetap bertenang. Jauh di sudut hati saya menyimpan rasa terkilan, dendam dan kelukaan yang amat dalam hingga pernah saya rasa hendak mati saja. "Sejak itu, saya rasa hilang arah dan bermurung kerana merasakan hidup ini sudah tidak berguna lagi. Apabila diajukan perkataan cerai, suami memarahi hingga membuatkan saya bungkam," katanya.


Disebabkan rasa sedih itu, dia kemudian sekali lagi bertemu dengan lelaki yang menjadi pendengar setia untuk meluahkan segala luka di hati. Semakin lama lelaki itu bukan hanya menunjukkan rasa simpati sebaliknya turut memberi harapan dan kasih sayang kepadanya, mungkin atas dasar simpati.


"Mungkin kerana terlalu marah, saya dan lelaki itu akhirnya terlanjur. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lakukan semata-mata ingin tahu sama ada saya sudah tidak memberangsangkan atau sebaliknya, selain rasa marah yang masih bersisa pada sikap suami.


"Saya tahu, saya berdosa besar kepada suami atas kecurangan yang saya lakukan.


"Saya mengerjakan umrah dua tahun lalu dan bertaubat nasuha serta mengharapkan Allah mengampunkan dosa besar yang dilakukan itu. "Walaupun tahu saya perlu sujud pada suami mengenai perbuatan terkutuk itu, saya merasakan semuanya berpunca daripada suami yang menyebabkan saya jadi begitu. "Kini, saya sudah tidak berhubungan lagi dengan teman lelaki saya itu kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu," katanya yang mengakui insaf dengan perbuatannya enam tahun lalu. Kini dia menjalani hidup seolah-olah bahagia walaupun hakikatnya dia hanya 'berlakon' dalam rumah tangganya demi menjaga hati banyak pihak.

dipetik :Harian Metro

24 ulasan:

  1. macam2 dunia..
    jangan ikut orang buat salah.. tiada kepuasannya di situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkah cikgu?
      Itulah tnda2 merapuhan penduduk alam semesta ini.
      Sudah lazim yg berbuat demikian, semata2 hnya krna Ingin memuaskan musuh yg nyata dalam dirinya.
      Terima kasih.

      Padam
  2. dayus sungguh suamimu...

    BalasPadam
  3. due2 ni xde otak ke?ade masalah mengadu kt allah.mngadu kt org yg laen jantina 2 pekehal?same jantina pon xbole mngadu ke?name je islam

    BalasPadam
  4. Ok...sama adil tapi jangan ukangi lagi...bokeh fail kan di makamah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada adil bila sama-sama buat dosa, sapa ngajor oit

      Padam
  5. bengang betul suami dia.nk je aku tampar.

    BalasPadam
  6. Awak ingatla dose awak suami yg tangung walau pun awak merase perbuatan awak adil,tapi awak ingat dose awk lebih besar daripada suami...suami awak bayar awak beribu ringgit sebagai hantaran tetapi awak kecundang bisikan iblis sehingga membuat kecurangan awak pada suami...coba awak bayangkan jika suami awak tak ampunkan awak?awak coba baca di google kisah isteri curang betapa seksenye isteri tersebut...ada yang hinggi sekit tak da obat,dan di ceraikan dulu bekas isteri sihat sesudah diceraikan kurus kerana makan hati dan anak isteri di beri hak manjaganye...awak tak takut semua tu?

    BalasPadam
  7. Jick172...kalau boleh jangan nasihat salah sorang je.dua2 salah jugak...

    BalasPadam
  8. Selesai ikut hukum syarak....jgn cara dendam

    BalasPadam
  9. Adukan saja pd mahkamah..sng cite..konfem akak menang.mengikut Islam,suami yg x kisah pd isterinya dan curang dikira dayus jika tak ceraikan isterinya.Dan perlulah segera berpisah.

    BalasPadam
  10. Berpandukanla hadis dan sunnah wahai saudara saudari..ikutkan hati binasa diri..allahuakbar..

    BalasPadam
  11. Berpandukanla hadis dan sunnah wahai saudara saudari..ikutkan hati binasa diri..allahuakbar..

    BalasPadam
  12. sekurg kurgnye dia dh mngku kesilapan nye. dh mhon taubat. dia sedr . dia insaf itu lebih baek...

    BalasPadam
  13. Jangan dengar sgt cakap2 org banyak bereserah pada Allah kerana ia lebih mengertahuinya...janji kita sedar kesilapan dan cuba memperbaiki yang lebih baik...sebab setiap kejadian bersebab.

    BalasPadam
  14. score 1-1suami buat zina,istri balas buat zina,siapa yg kalah? istri tentunya,karena dalam Islam,hidup istri utk melayan suami,surga istri karena suami,masalahnya suami yg macam mana?
    suami zalim jangan sedihkan,alihkan cinta pada Allah,mengapa Allah beri suami macam itu? karena ujian kehidupan untuk istri,karenanya kembalikan pada Allah semata.
    Bagus la sdh tobat di tanah suci,suami perlu tahu zina awak? Tak perlu,Allah cintakan awak dan tutup hinanya awak,jaga saja mendatang tahan goda zina.
    macam mana melanjut hidup dengan suami yg tak tobat? tetap layan baik2,alihkan cinta pada Allah,dan doakan suami utk mau membaik.

    BalasPadam
  15. Allah itu maha pengampun.....
    dosa Dan pahala...dia yg akan tentukan.
    yg penting istiqomah untuk sentiasa bertaubat....
    Namun....syurga isteri itu ditapak kaki suami.
    Dan Allah melarang kita untuk membalas perbuatan zina,dengan zina...walau bagaimana prbuatan suami yg mnyakitkan...DOA adalah ubat nya Dan Allah adalah penentunya Dan sebaik2 tempat mengadu...
    Allahuallam...

    BalasPadam

  16. ﴿ٱلزَّانِي لاَ يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَٱلزَّانِيَةُ لاَ يَنكِحُهَآ إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ﴾

    “Lelaki zina tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan perempuan zina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mu’min” (an-Nur : 3)

    Bila direnungkan, benar ayat Allah ini wlupun perbhsannya luas, kita mungkin ada 1001 alasan utk mengiyakan keterlanjuran kita, saya begini puncanya dia bla blablabla tp Al-Quran menceritakan segalanya......moga keampunan Allah bg yg benar2 bertaubat, sekian

    BalasPadam

  17. b) Firman Allah : ” Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik..” ( An-Nur : 26 )


    Ayat tersebut umum , dan perbhsannya pjg dlm klngn ulama, bila terbaca kisah diatas ini ( suami curang isteri pun balas curang) seakan membenarkan ayat Al-Quran keatas pelaku yg melakukan, kita mungkin argue 1001 sbb,helah alasan utk logikkan perbuatan kita tp ttp berdosa, hukum balas ni ada dlm jenayah qisas iaitu bunuh balas bunuh, adapon zina dan seumpamanya xde konsep balas spt itu, moga pelaku dikurniakan hidayah dan keampunan yg diterima....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!