Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 5 Oktober 2010

PMR 2010 : Hari Pertama Sesi Pagi

Pagi tadi, cuma ada paper Bahasa Melayu. Paper 1 BM tiada masalah. Tapi masa paper 2 BM tadi, seorang calon sekolah tu hilang. Semasa paper 1, calon tu ada tetapi paper 2 yang mula pukul 9.50 pagi, calon tu tidak dapat dikesan. Tiada di kantin, pustaka dan juga tandas.

Tetapi kami pengawas hanya berbisik-bisik tanpa hebohkan. Kami tak pasti samada pihak sekolah tahu atau tidak mengenai calon tersebut. Mungkin juga Ketua Pengawas sudah maklumkan kepada pihak sekolah.

Dalam pukul 10.30 pagi, penolong ketua pengawas bagitau makngoh, calon tu sudah ada. Atas budi bicara, dia dibenarkan mengambil peperiksaan. Alasan yang diberikan olehnya "tertidur di surau sekolah" . Macam-macam lah ragam budak. Kami hanya gelengkan kepala.

Menariknya, semasa paper 2... semua pelajar di kelas yang makngoh jaga tu menggunakan satu kaedah yang sama. Apa kaedahnya? Mereka menggunakan pembaris untuk membaca karangan rumusan dan sambil-sambil itu mengariskan isi penting. Semua pelajar buat begitu. Amboi, hebat betul guru bahasa Melayu mereka ni. Samaada kaedah itu berkesan atau tidak, lain cerita tetapi kaedah itu digunapakai oleh semua pelajar. Maknanya pelajar-pelajar cikgu tu dengar kata.

Tapi sayangnya tadi, ada seorang pelajar perempuan...buka je kertas soalan terus termenung panjang. Kemudian, dia garis isi penting sekejab, lepas tu termenung lagi. Tak tahulah apa masalah budak tu. Takkanlah makngoh nak pergi ketuk meja dia dan kata "dah dah la termenung tu, jawab soalan tu!". Jadi, makngoh biarkan je la dia. Termenung panjang, jawab sekejab, panjang termenung, jawab sekejab.

Macam-macam hal...

Petang nanti, kertas Agama Islam pula, mula pukul 2.30. Makngoh kat rumah lagi, nanti pukul 2 baru makngoh nak bertolak ke sekolah tu. Sekolah tu dekat je, dalam 5 minit dari rumah makngoh dengan kelajuan 60 km/h...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!