Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 4 Julai 2010

Jenis manusia bila dia bergaduh

Nah...saja nak buat entri pasal perangai manusia. Tadi dah buat 1,,,nih nak buat lagi satu..



Rasulullah SAW bersabda : "Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua didunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam''

Ada manusia...belakang dia suka mengutuk bukan main...tapi depan baik-baik jer. Kononya tak baiklah kalau tak tegur dan tak bercakap. Ya, memang berdosa kalau bergaduh lebih 3 hari. Tapi apa pulak hukum, dia kutuk orang tu...bila di depan manis jer wajah mengadap orang tu. Macam tak ada apa-apa. Hipokrit!!!

Ada manusia pula, belakang dia kutuk, depan dia langsung tak tegur pun orang yang dia kutuk. Sebab bagi dia...kalau dah dikutuk tu maknanya dah tak layak dah dibuat kawan.
Bukankah kita kena memaafkan (pesan mak ngoh pada diri sendiri jer)

Ada manusia pulak tu.... belakang dia kutuk, depan pun dia kutuk. Ini kes memang istihar perang dah! Sendiri mau ingatlah.

Tapi ada juga manusia...bila dia bergaduh dengan seseorang tu, dia terus menutup buku mengenai kisah dia dan orang tu. Kalau orang tanya "Kenapa kau bergaduh dengan dia?" Dia diam jer dan kalau boleh dia tak mahu dengar dah nama orang tu.

TAPI lain padang lain belalang. Lain orang lain cara dia. Yang mak ngoh listkan tu jenis yang mak ngoh dah jumpa. Bukan semua orang sama, bukan semua orang jahat nak bergaduh, bukan semua orang baik tak mahu bergaduh. Dan bukan semua orang suka bergaduh. Lagipun, tak senang hidup kalau kita bergaduh. Kan?

Sabda Rasulullah SAW lagi :"Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita"

Kalau pasal hal kecil pun nak bergaduh, rasanya tak berbaloi kan? Itulah pesan mak ngoh kepada diri sendiri yang memang keras hati nih :(

Ingatan untuk diri sendiri
~~~bersikap memaafkan walaupun memang orang lain yang salah
~~~jangan besarkan cerita
~~~berdiam diri itu lebih baik dari bising-bising
~~~kadang-kadang buat bodoh itu lagi baik dari buat pandai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!