A) FALSAFAH PEMIKIRAN
Insan yang berfikiran tinggi
gemar berkata tentang ilmu
Insan yang berfikiran sederhana
gemar berkata mengenai peristiwa
Insan yang berfikiran rendah
gemar berkata mengenai insan lain
Insan yang berfikiran cetek
gemar berkata mengenai diri sendiri dan memuji diri sendiri.
B) FALSAFAH TARAF
Insan yang kaya
merasa cukup dengan apa yang ada dan sentiasa bersyukur
Insan yang miskin
merasa kekurangan dan sentiasa mencari apa yang tiada
Insan yang untung
mencari harta dunia seolah hidup seribu tahun lagi
dan beribadat seolah mati esoknya.
Insan yang rugi
mencari harta dunia seolah selamanya hidup
dan lupakan ibadat seolah tidak akan matinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)