Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 1 Ogos 2011

‘Khairul tak cakap apa’


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
 


“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka

Selamat Berpuasa kepada semua blogger dan pembaca blog



Bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun 2011. Alhamdulillah, inilah pertama kali makngoh berpuasa sebagai seorang bakal ibu dengan  kandungan makngoh berumur 33 minggu. Doakan semoga makngoh dan baby makngoh kuat dan mampu berpuasa selama sebulan ini. InsyaALLAH.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!