Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label kelate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelate. Papar semua catatan

Ahad, 15 November 2015

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK November 2015
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK sebagaimana berikut:

1. Imam Muda - 15 Kekosongan
2. Imam Tua - 4 Kekosongan
3. Bilal - 10 Kekosongan


PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat melalui borang khas yang boleh didapati di Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau pengurusan masjid mukim.

Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport perlu dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :

YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

Lokasi : Kelantan
Tarikh tutup : 26 NOVEMBER 2015

http://www.e-maik.my/…/230-iklan-jawatan-kosong-november-20…

Sabtu, 8 Januari 2011

Penaja utama The Red Warriors 2011


Datuk Tien Ghee, Pengerusi Kelab Cardiff City memberikan penajaan sebanyak RM100,000.

Senarai Pemain Kelantan, The Red Warriors 2011


SENARAI PENUH SKUAD TRW 2011

1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK, pemain baru)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (pemain baru)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (pemain baru)

12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @K.Soley (pemain baru)
19. Nurul Azwan Roya (pemain baru)
20. Danial Fadly Abdullah @Wirat Nom (pemain baru)
21. Norshahrul Idlan Talaha (VC)
22. Ramzul Zahini Adnan
23. Nizab Ayub
24. Khalid Jamlus (pemain baru)
25. Nicholas Chan (pemain baru dari  Cardiff City) 


Pemain yang keluar dari Kelantan :
1.Syed Adney  (SABAH)
2.Hairudin Omar (Negeri Sembilan)
3.Akmal Rizal (Perak)
4.Indra Putra Mahyudin (T-Team)*
5.Azizi Mat Rose (T-Team)*
6.Norfarhan Muhammad (T-Team)*
* belum dapat disahkan

Sah! Nicholas Chan sertai Kelantan




Sebelum ini, memang makngoh ada dengar ura-ura mengatakan Nicholas Chan akan menyertai The Red Warriors dan hari ini laporan Kosmo mengesahkan bahawa pemain antarabangsa itu akan berada dalam skuad Kelantan.

Nicholas Chan adalah anak kepada Pengerusi Kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.

Nicholas Chan yang berusia 18 tahun dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Dalam pada itu, Datuk Tien Ghee turut membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.

Selasa, 28 Disember 2010

Perkahwinan Norsharul Idlan Talaha @ Mat Yo


Pemain paling bernilai musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan zaman bujangnya setelah memilih Siti Aisya Adam, 21 tahun sebagai sebagai pasangan hidupnya.

Malam semalam, majlis persandingan kedua-dua mempelai tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Konvensyen, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu malam semalam.

Norshahrul Idlan, 24 tahun atau disapa dengan panggilan Mat Yo memilih Siti Aisya yang berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, Air Asia.

Biarpun sibuk menghadapi tugasan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Indonesia dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Norshahrul telah diberi pelepasan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan beliau pulang ke Kota Bharu menyempurnakan majlis perkahwinan tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood dan  Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan, Datuk Ismail Mohd Nor antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ialah rakan taulan, ahli keluarga sebelah pihak lelaki dan perempuan selain pihak pengurusan dan pemain pasukan Liga Super Kelantan musim depan diketuai pengurus pasukan, Azman Ibrahim

sumber dari Sinar Harian dan Kelate.net

Isnin, 22 November 2010

Salam Buatmu...TV2 tadi sangat dipuji

Tahniah TV2 - RTM yang berani memaparkan cerita loghat macam ni.

Salam buatmu adalah drama 100% menggunakan skrip dalam bahasa kelate dan lokasi berlakon pun di Kelantan.

Pelakon-pelakon pula ada pelakon terkenal dan pelakon tempatan. Tak ada error satu pun dalam lakonan mereka ni. Ery Putra pula memang jadilah watak jahatnya tu.

Dengan ketengahkan dikir barat sebagai jalan cerita utama, memang baguslah. Kelihatannya macam RTM bersungguh-sungguh menaikkan populariti dikir barat di Malaysia.

Ahad, 14 November 2010

Kadar pengangguran Kelantan terendah, Sabah tertinggi


Isu ini telah dahulunya dikupas oleh blogger 'http://amkns.blogspot.com/'..menurutnya..

"Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

Isnin, 8 November 2010

Oh, inilah ayat sebenar status facebook Erra Fazira yang kutuk Kelate



Semalam makngoh buat entri bertajuk Erra Fazira kutuk penyokong bola Kelantan? 
Dalam entri tu, makngoh tak tahu ayat sebenar. Inilah ayat sebenarnya untuk mereka yang mencari-mencarinya.

Facebook yang wartawan Utusan sebut tu pun memang tiada tetapi facebook seirasnya memang ada. Makngoh pun join group tu sebab nak tahu cerita sebenar. Makngoh meme kepoh kalau isu kelate nih. sori ler erra.

Disebabkan Erra dah bersungguh-sungguh minta maaf, so...harap tak berulang lagi perkara ini.


Cuba tengok fasha sadha... menyokong kumpulan merah

p/s : sori. nak off komen untuk entri ini. Read only, cannot comment lol !!!

Ahad, 7 November 2010

Erra Fazira kutuk penyokong bola Kelantan?

                           

Status facebook ERRA FAZIRA pada malam Piala Malaysia -:
 "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar." 

Makngoh baru tahu cerita ini, kalau tidak, dah lama dah makngoh  post entri ini. Dalam maklumbalas Erra Fazira, kononnya status FBnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Oh, patutlah Pak Nil pun ada buat entri, beralas bila berkata dalam kolumnya di Metro. Ewah...ewah. Memang tepatlah Pak Nil.

Mana makngoh dapat cerita ini. Bukan dari Kelate.net walaupun Erra Fazira bercerita mengenai penyokong Kelantan tetapi dari Utusan Online.  Hai, Utusan pun satu hal, dari cerita yang orang tak tahu, ini dah menjadikan orang tahu. Dari makngoh tak tahu, ini makngoh dah tahu. Rasanya, peminat facebook Kelate.net pun tak tahu ini. Hanya segelintir sahaja. Tak apalah, nanti makin ramailah yang tahu ini. Terima kasih Utusan kerana memberitahu.

Petikan dari Utusan. Baca di sini kalau nak cerita penuh
Ceritanya macam ini. Erra telah membuat satu posting ke akaun FB dalam nada gurauan. Antaranya yang ditulis ialah "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar."

Jumaat, 5 November 2010

Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini? | Apabila ditegur, dicari lagi salah orang lain

Anggaplah cerita begini,
seorang guru menegur pelajarnya kerana tidak siapkan kerjarumah, tetapi pelajar tersebut marah guru kembali. Dia kata, bukan dia seorang je yang tak siap kerjarumah, pelajar pun tak siap juga. Cikgu ini tak adil. Asyik-asyik aku saja yang dimarah. Asyik-asyik salah aku jer yang cikgu nampak.
Begitulah juga dengan perangai segelintir penyokong bola sepak Kelantan. Apabila ditegur jangan main mercun, jangan baling botol, jangan bawa bendera bas, jangan bawa bendera Thailand dan jangan bergaduh mereka akan marah.

Penyokong ini akan menjawab

bukan kami sahaja yang main mercun, yang baling botol dan yang bergaduh. Penyokong negeri lain pun baling mercun juga, baling botol juga dan bergaduh juga. Tetapi, media berat sebelah. Media tak adil buat laporan. FAM tidak adil. Kalau penyokong Kelantan buat salah, cepat je mereka bertindak. Salah penyokong Kelantan sahaja yang mereka nampak, salah penyokong lain tak nampak.
(tetapi tidak pula mereka kata bukan mereka sahaja yang bawa bendera PAS dan bendera Thailand sebab negeri lain memang tak bawa pun bendera macam tu)

Siapa yang menegur? Penyokong Kelantan juga yang menegur  penyokong Kelantan. Bukan penyokong negeri lain pun. Kalau penyokong negeri lain pun, mereka lebih kepada mengutuk dan mencaci dah.

SEPATUTNYA, perkara ini senang sahaja. Kalau tak mahu orang marah, janganlah buat salah. Kalau tak mahu FAM denda, janganlah bergaduh dan main mercun. FAM dah bagi teguran berkali-kali. KAFA pun merayu berkali-kali agar penyokong bertindak waras.

Sayangnya, apabila dimarah, mencari pula salah orang lain. Elokkah perangai sebegitu? Makngoh pun geleng kepala apabila tengok penyokong bola sepak Kelantan, kibar bendera Pas dan bendera Thailand semasa final lepas. Itu belum lagi dengan yang main mercun.  Memanglah ada penyokong N9 yang turut membaling mercun ke tempat penyokong Kelantan tetapi patutkah penyokong Kelantan turut baling mercun. Orang bijak tidak akan bertindak sebegitu.

Kepada yang bakar kerusi stadium tahun lepas, sedar tak anda berapa banyak dosa yang anda dapat kerana tindakan bodoh anda itu? Kerana tindakan anda itu, seluruh rakyat Kelantan dikutuk hingga ke hari ini.

p/s : Beberapa hari lepas terkelu lidah makngoh nak menjawab pertanyaan seorang kawan Sabah yang bertanya "Kenapa kalau ada penyokong Kelantan, mesti ada pergaduhan?" Kenapa penyokong Kelantan bakar trak polis, bakar kerusi?" Kenapa penyokong Kelantan bawa bendera pas? Kenapa penyokong Kelantan main mercun?"

Makngoh nak menidakkan tak boleh sebab perkara itu memang berlaku. Sebagai orang bijak (perasan) makngoh tak jawab pulak, "eleh penyokong negeri lain pun buat salah juga".

Terpaksalah makngoh jawab "nak buat macamana, bukan semua penyokong Kelantan tu cerdik! Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"

~~Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini?

Selasa, 2 November 2010

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM | Kelantan paling banyak rangkul anugerah

             

Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Muda Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talaha
    
Jurulatih Terbaik: B Sathianathan (Kelantan)
Persatuan Bola Sepak Terbaik: FA Selangor
Kelab Terbaik: Johor FC

 
Kelab Penyokong Terbaik: Kedah

Ahad, 31 Oktober 2010

Fakta Sejarah Piala Malaysia Negeri Sembilan dan Kelantan

Pasukan Kelantan

> Menyertai Final Piala Malaysia sebanyak 4 kali
1995 (Naib Juara)
1970 (Naib Juara)
2009 ( Naib Juara)
2010 ( Juara)

> Menjadi juara setelah 89 tahun menunggu dan menjadi pasukan ke 14 yang menang Piala Malaysia

Pasukan Negeri Sembilan

> Menyertai Final Piala Malaysia sebanyak 4 kali
1948 (Juara)
2006 ( Naib Juara)
2009 ( Juara)
2010 ( Naib Juara)

Kelantan Juara Piala Malaysia | Cuti Peristiwa 31 Oktober 2010

Makngoh pernah dengar cerita bahawa Menteri Besar Kelantan tidak mahu memberikan cuti peristiwa memandangkan cuti peristiwa akan diberikan pada 4 November 2010 sempena piliharaya Galas. Kemudian, makngoh mengarang artikel ini meminta cuti peristiwa.

Namun, semasa menonton di TV1 tadi, Timbalan Menteri Besar Kelantan memberitahu, Kelantan diberi cuti peristiwa pada 31 Oktober 2010 (AHAD)

Sah dan memang tepat, cuti tersebut adalah sempena Kelantan menjadi juara Piala Malaysia 2010 setelah 40 tahun menunggu.

Semoga dengan cuti peristiwa ini, semua penyokong Kelantan tidak tergesa-gesa pulang. Jangan memandu dengan laju dan jangan terburu-buru dan jangan terlalu gembira dengan kemenangan ini.

Semoga selamat semua pulang ke kampung halaman.

Terima Kasih B. Sathianathan dan semua pemain | Piala Malaysia 2010


Blog MakngohSelamoh merakamkan

JUTAAN TERIMA KASIH

kepada
B. SATHINATHAN 
 SEMUA PENOLONG JURULATIH

dan
SEMUA PEMAIN
PASUKAN KELANTAN
kerana

BERJUANG HABIS-HABISAN
MEMBAWA PIALA MALAYSIA
EDISI 84
KE NEGERI KELANTAN
PADA TAHUN 2010

TERIMA KASIH JUGA
KEPADA
KAFA

dan

TAN SRI ANNUAR MUSA

Sabtu, 30 Oktober 2010

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Final Piala Malaysia

Setelah 40 tahun menunggu, akhirnya Kelantan juara Piala Malaysia. Alhamdulillah.

Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

Kelantan bangkit pada separuh masa kedua mendapatkan 2 gol walaupun pada separuh masa pertama, Negeri Sembilan menguasai bola 55% berbanding Kelantan.

Apa-apa pun, bagi makngoh bukan Kelantan hebat, dan bukan Negeri Sembilan lemah, kita tak boleh nafikan takdir ALLAH.
Negeri Sembilan main dengan bersungguh seperti juga dengan Kelantan.

Bola itu bulat dan kita tak boleh nafikan semuanya bergantung kepada keizinan ALLAH.

SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH
KERANA MEMBERI KEMENANGAN INI KEPADA KAMI
SYUKUR YA ALLAH

Keputusan Separuh Masa Pertama Final Piala Malaysia

Negeri Sembilan 1 - 0 Kelantan

Makngoh tengok, Kelantan lemah tempat pertahanan dan Negeri Sembilan sangat kuat bahagian serangan dan pertahanan.

Namun, rakyat Kelantan masih mengharapkan kemenangan. Bola itu bulat. Segalanya mungkin.

Tak sedap tengok bila ada asap-asap mercun dari tempat duduk penyokong Kelantan. Sangat memalukan dengan tindakan begitu.

Piala Malaysia : Keputusan Perlawanan Akhir Kelantan Lawan Negeri Sembilan

Biasanya tiap kali lepas perlawanan yang melibatkan Kelantan , makngoh akan cepat-cepat update keputusannya.

tetapi, untuk final kali ini perlukah makngoh update keputusan perlawanan mmandangkan semua orang pasti akan tahu juga melalui tv dan radio.



ini gambar semasa di perkarangan stadium bukit jalil.

dijangkakan akan hujan di stadium malam ini.

Malam ini, gol yang mungkin adalah -: 1-0 , 2-1 atau 3-0

Isnin, 25 Oktober 2010

12 buah bas terbakar di Kota Bharu



Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.

Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer


~~~punca kebakaran tidak dinyatakan. Yang penting, kebakaran bukan berpunca dek kerana penjaga keselamatan yang tertidur itu. walaupun kosmo memjadi itu sebagai tajuk berita.

Pengawal tidur, 12 bas hangus


Tahniah, Skuad ragbi Kelantan julang trofi Piala Agong

Oleh Mohd Ali Majid

bhsukan@bharian.com.my

2010/10/25

Tenggelam dengan kemeriahan dan isu bola sepak, makngoh terlupa sukan lain yang disertai oleh rakyat Kelantan. Tahniah kepada pasukan Kelantan yang telah mengharumkan nama negeri kita dalam perlawanan ragbi. Kita juara ragbi, insyaALLAH berkat doa dan usaha pemain, kita akan jadi juara Piala Malaysia tahun ini. Doakan semua.



Tentera yang mencari kejuaraan ke-12 sejak kejohanan bermula pada 1983 bertindak garang seawal permainan dengan mendahului 14-3 menerusi dua gol hasil try dan conversion Irwan Mohamad dan conversion Mohd Azuwar Hassan pada minit kelima.

Pada minit ke-16, Tentera menambah satu gol lagi hasil try bekas pemain Malaysia, Ahmad Farhan Azizan dan conversion oleh Mohd Azuwar manakala Kelantan merapatkan jurang menerusi penalti oleh Nazreen sebelum masa rehat.

Ini adalah kejayaan kedua bagi Kelantan yang mencatat sejarah sebagai pemenang pertama pada 2005 dan kegagalan kali ketiga berturut-turut Tentera di akhir kejohanan termasuk 2009 kepada Sabah dan Kedah pada 2008.

Sebelum itu, dalam penentuan juara plate, Kedah juara 2008 mengalahkan Sabah, 20-11.

Keputusan

Final: Kelantan 18 Tentera 14
Plate: Kedah 20 Sabah 11
SKUAD ragbi Kelantan bangkit garang pada babak kedua untuk menjulang trofi Piala Agong selepas menewaskan Tentera 18-14 dalam perlawanan akhir di padang Bellamy, Kuala Lumpur, semalam.

Pemain remaja kebangsaan, Nazreen Fitri Nasruddin yang bermain selaku ‘fly half ‘ menjadi wira Kelantan dengan menyumbang 13 mata dengan dua penalti disumbang pemain Sukan Komanwel New Delhi 2010, Mohd Saizul Hafiz Mohd Noor yang bermain sebagai winger.

Selasa, 19 Oktober 2010

Penyokong Kelantan | hanya gambar untuk dinilai

gambar sengaja dibesarkan...supaya kita  boleh kelih dengan jelas tanpa perlu celik mata luas-luas







Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!