Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label penerbangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penerbangan. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

MH192 | Gambar kejadian di KLIA pagi tadi




Pesawat MAS MH192 sudah selamat mendarat di KLIA sebentar tadi kira-kira jam 2 pagi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Punca MH192 buat U turn

KUALA LUMPUR 21 April – Roda kanan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala LUmpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan pesawat itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi nanti.
 malaysia-airlines-b747-400
Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 dijangka akan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh krew.

“MAS kini sedang bekerjasama dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai langkah berjagsa-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak.

“Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa terhadap situasi ini,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

Pendaratan cemas MH192

Terkini MH192 buat pusingan U Turn

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India, pada pukul 10.09 malam tadi terpaksa melakukan pusingan balik ke arah KLIA ekoran masalah teknikal.
dn_02.1

Menurut laman sosial Twitter MAS, pesawat yang dijangka mendarat di Bangalore, India pada pukul 11.40 malam itu telah melakukan pusingan balik tanpa memberitahu waktu ia terjadi.
Pemantauan di laman web Flightradar24.Com dapat menyaksikan pesawat MH192 itu berlegar-legar di ruang angkasa negara di perairan Selat Melaka kemungkinan untuk menghabiskan bahan api sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA. – UTUSAN ONLINE

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!