Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 30 September 2010

Gubahan Hantaran : Gula pasir


Ini gubahan gula pasir. Hantaran ni masa pertunangan makngoh bulan 3 lepas dari pihak lelaki. Macam susah nak buat. Hantaran ni biasa je, tapi klasik.

Nama kumpulan alim jer "Al-Fatah" tapi curi kereta

Al Fatah, nama kumpulan yang mencuri kereta di Kota Bharu. Pandai betul dia pilih nama kumpulan.

Laporan Kosmo menyebut :
Polis Kelantan telah menumpaskan kumpulan dikenali “Al Fatah” yang terlibat jenayah curi kenderaan di Kelantan berikutan penahanan 12 anggotanya dalam satu operasi selama dua minggu berakhir semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata kesemua lelaki berumur antara 21 dan 36 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan di Kelantan dan Terengganu dan diberkas secara berasingan dalam Operasi Lejang.

"Mereka mencuri dan mengubah nombor casis enjin kenderaan sebelum menjual kenderaan itu kepada umum,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam operasi itu sebanyak 13 kereta dan dua buah motosikal telah dirampas.

Mazlan berkata mereka yang diberkas itu memiliki rekod curi kenderaan.

Katanya polis masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kumpulabn itu

Polis curi dadah

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membidas pihak polis berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.

Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.

Kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu dibawa ke mahkamah selepas polis berjaya menahan sebuah kontena berisi 10 tong mengandungi syabu di Rompin pertengahan tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, perbicaraan kes itu diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu yang dibuat oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.

"Amat mengejutkan apabila mahkamah dimaklumkan beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas.

"Perkara itu diakui sendiri salah seorang saksi pendakwaan terbabit mencuri satu daripada peket dadah. Kiraan kasar dadah yang dicuri itu adalah kira-kira 40 kilogram," katanya.

Malangnya, kata Akhtar, anggota polis yang terbabit mencuri barang kes itu hanya dikenakan tindakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan.

"Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara," jelasnya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah 'memandang sebelah mata' dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.

Terdahulu, Akhtar menyatakan, tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan selepas pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Selain itu, katanya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua saksi penting berhubung kes itu menjadi faktor penentu kepada kes berkenaan.

Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu.

Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kegembiraan tertuduh hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila dia ditahan polis sejurus melangkah keluar dari mahkamah.

Difahamkan, penahanan pemandu lori itu dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaram dan Bob Arumugam.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula bulan lalu.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin pada 2 Mei 2009.

Bagi membantu siasatan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu, polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 30-an.

Jangan engkau kahwini wanita yang enam...

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
a) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
b) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Istana Kelantan :Gelaran "Temenggong" Tengku Fakhry ditarik balik

Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.


"Penarikan dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.


Tengku Muhammad Fakhry Petra adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra, manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.-Bernama

Rabu, 29 September 2010

Gempar : jumpa tengkorak dan tulang manusia

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menjumpai tengkorak dan cebisan tulang manusia di tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt K. Manoharan berkata, lelaki tersebut yang sedang mencari lokan di kawasan alor sungai Marang menjumpai tengkorak dan cebisan tulang itu kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Polis percaya tengkorak yang ditemui tersebut adalah milik seorang dewasa, katanya.

Manoharan berkata, tengkorak dan tulang tersebut telah diambil oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk dihantar ke pasukan patologi di Kuantan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada sesiapa yang melaporkan mengenai orang hilang dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Kerana NIAT

Segala sesuatu yang kita lakukan bergantung kepada niat. Baik buruknya amalan kita akan berbalik kepada niat. Rasulullah s.a.w selalu berpesan bahawa ALLAH s.w.t tidak melihat pada rupa dan harta seseorang, sebaliknya ALLAH melihat pada hati.

Melihat pada hati bermakna ALLAh menilai seseorang berdasarkan niatnya. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud " Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu bergantung kepada niatnya" ( Mutafaqun Alaih)

Gubahan Hantaran : Gula-gula

Hantaran boleh digubah ikut kreativiti masing-masing. Bagi yang berada, tentunya 100% tempah sahaja. Tapi, bagi makngoh ni, majlis tunang dan majlis kahwin, makngoh buat sendiri dengan pertolongan adik-adik makngoh. Adik lelaki dan adik perempuan, sama-sama menolong siapkan hantaran.


Hantaran yang ini adalah hantaran perkahwinan makngoh yang berlangsung 4 Syawal yang lalu. Sebenarnya, kami semua buntu idea nak gubah hantaran. Susah sampaikan stress. Maklumlah, kesuntukan masa sebab makngoh balik kampung 31 Ogos dan majlis makngoh 13 September. Masa yang ada itulah, nak beli barang-barang, nak gubah dan macam-macam lagi. Nasib baik, makngoh ada 7 adik yang sedia membantu dari yang umur 8 tahun hinggalah 24 tahun.





Nak buat gubahan macam ni kena ada 2 polisterine bentuk love (1 size besar, 1 size kecik, lepas tu kerusi kecil, mangkuk (untuk dijadikan payung) kalau ada payung kecil lagi bagus, renda dan reben. Tiang payung tu makngoh guna batang bunga plastik. Mula-mula lekatkan gabus hijau di payung kemudian, tekan batang bunga di gabus tu. Gunakan gam tembak nak bagi betul-betul lekat.

Selasa, 28 September 2010

Untungnya orang Cina

Petang tadi, makngoh ke kedai untuk comb binding modul math dan fizik. Masa sampai di kedai tu, sebelah pintunya dah tutup. Makngoh tengok waktu operasi sampai pukul 6 petang sahaja. Tapi makngoh masuk dan tanya jika masih buka kedai.

Pemilik kedai tu, cina jawab dengan mesra dan layan dengan bagus walaupun sepatutnya kedai tu dah ditutup. Makngoh teringat pernah makngoh ke kedai bumiputera (kaum apa makngoh tak nak bagitau), tuan punya kedai tu tak mahu melayan dan minta datang esok pagi sebab dia dah nak tutup kedai.

Disebabkan modul tu tebal (lebih 500 ms), makngoh menunggu hampir sejam, baru lah siap comb binding. Sebelum siap, ada lagi pelanggan lain datang minta fotostat dibesarkan sehingga 400%, pemilik kedai tu layan dan beri khidmat tanpa bebel walaupun dia terpaksa try and error beberapa kali sehingga dapat fotostat seperti yang dikehendaki.

Sambil-sambil buat kerja, pemilik kedai tu berbual dan bercerita tentang taman perumahan kami. Kebetulan taman perumahan kami sama. Percakapannya memang ada telo cina, tetapi dia fasih berbahasa Melayu.

Untungnya orang cina, mereka boleh berbahasa Melayu, berbahasa Inggeris dan juga berbahasa ibunda mereka. Malah, ada sesetengah pelajar Cina boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu berbanding dengan sesetengah pelajar Melayu sendiri yang gagal matapelajaran ibunda.

Dan sekarang,ada orang Melayu yang sudah mula ada kesedaran betapa pentingnya perlu menguasai banyak bahasa, menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina sejak tadika lagi. Di sini, makngoh perhatikan... sudah ramai ibubapa Melayu menghantar anak ke sekolah cina.

Bagi masa depan anak dan menghadapi cabaran Wawasan 2020, makngoh fikir persaingan mendapat kerja yang sengit mungkin akan lebih memberi peluang kepada mereka yang ada kemahiran banyak bahasa. Sekarang ini pun sudah ada majikan yang memilih ke arah itu. Antara bahasa yang mungkin senang untuk dipelajari dan sedang dipelajari oleh pelajar melayu adalah bahasa inggeris dan bahasa arab. Bahasa lain?

Bila mengenang kembali 1 Malaysia, makngoh fikir mungkin kementerian pendidikan perlu buat sesuatu supaya semua kaum boleh bertutur dalam semua bahasa utama di Malaysia iaitu bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa Tamil.

Bapa ganas, cederakan anak tanpa belas kasihan

Makngoh petik laporan dari Metro hari ini menceritakan tentang seorang bapa yang telah

1) menghentak kepala anak sulung yang berusia 18 tahun setahun lalu hingga menyebabkan gegaran otak dan anaknya terpaksa bergantung kepada ubat.

2) memukul anak kedua (15 tahun lelaki) sehingga telah patah tulang sebanyak 3 kali

3) merotan anak ketiga seorang OKU perempuan berusia 14 tahun hingga berbirat

Tidak tahan dengan kekejaman suami sejak 7 tahun lalu, isteri telah membuat laporan polis semalam.

Persediaan Peperiksaan SPM Matematik

Apa yang makngoh kongsikan dengan pelajar, ingin makngoh kongsikan dalam blog ni. Semoga ada pelajar-pelajar SPM luar sana yang dapat manfaatnya. InsyaALLAH.

Skil untuk penyelesaian masalah matematik
1. memahami masalah yang diberi.
2. melakar pelan penyelesaian.
3. menjalankan pelan penyelesaian masalah.
4. melihat kembali kepada penyelesaian.

Strategi penyelesaian masalah matematik
1. mulakan dengan soalan yang mudah.
2. gunakan kaedah cuba jaya.
3. melukis rajah bantuan.
4. mengenalpasti corak soalan.
5. buat jadual, carta atau senarai yang sistematik.
6. buat simulasi
7. gunakan analogi
8. kerja ke belakang
9. guna penyataan logikal.
10. gunakan algebra.

Petua berjaya dalam matematik
1. Hadir kelas matematik. Jangan tertinggal walau satu kelas matematik @ 5 minit masa matematik. Anda mungkin tertinggal kaedah @ langkah yang diajar guru.

2. Ulangkaji nota-nota yang diajar guru.

3. Buat kerjarumah.

4. Praktis dan buat banyak latihan matematik

Teknik menjawab soalan peperiksaan matematik.
1. Baca semua arahan pada kertas soalan matematik.

2. Baca semua soalan dengan berhati-hati.

3. Baca dan ikut arahan soalan. Patuhi apa kehendak soalan. Gunakan kaedah yang diminta oleh soalan. Tiada markah untuk kaedah yang salah walaupun jawapan betul.

4. Gunakan masa dengan betul. Luangkan masa mengikut tahap senang @ susah bagi soalan.

5. Tuliskan langkah pengiraan dengan jelas. Walaupun anda anggap itu langkah pengiraan remeh, tulis juga langkah tersebut di ruangan jawapan.

6. Beri jawapan dalam bentuk termudah.

7. Beri nombor yang tepat sebagai jawapan. Bundarkan mana yang perlu.

8. Memahami kata kunci bagi setiap soalan.

Kata kunci bagi soalan matematik SPM
1. Hence = kebiasaannya anda perlu gunakan jawapan yang anda dapat dari bahagian sebelumnya dalam pengiraan.

2. Express = kebiasaanya tiada jawapan bernombor diperlukan. Jawapan diberi dalam bentuk pembolehubah.

3. Prove /show = jawapan telah diberikan. Anda hanya perlu menunjukkan kaedah pengiraan dengan jelas untuk mendapatkan jawapan yang telah diberi. Anda perlu biasa dengan formula matematik, peraturan dan hukum.

4. Write / state = jawapan boleh diperolehi secara mental. Jadi, anda boleh menjawab tanpa jalan kira. TAPI kena tengok juga berapa markah yang diperuntukkan.

5. Solve = selesaikan dan tunjukkan jalan kira. Soalan yang biasa disoal adalah untuk mencari punca-punca bagi persamaan.

6. Estimate = Contoh soalan adalah anggarkan median / mean bagi ogif. Jadi, sedikit perbezaan dalam jawapan diterima.

7. Calculate, find, determine = mendapatkan jawapan dengan menunjukkan kaedah pengiraan yang sempurna.

8. Draw = biasanya jadual dan nilai dalam jadual telah diberi. Jadi tugas anda plot titik dalam kertas graf dengan menggunakan skala yang sesuai dan sambungkan titik dengan licin.

9. Sketch = tidak perlu menggunakan kertas graph. Ketepatan graf diabaikan. Yang dipentingkan adalah bentuk graf dan kedudukan graf dari paksi.

Penggunaan kalkulator sainstifik.
Adalah amat-amat penting menggunakan kalkulator sainstifik dalam peperiksaan matematik. Kalkulator digunakan untuk mengurangkan masa pengiraan matematik yang kompleks dan membantu pelajar untuk mempercepatkan pengiraan.

1. Tajuk dalam tingkatan 4 yang memerlukan penggunaan kalkulator.
a) statistik b) Trigonometry c) angles of elevation and depression
d) lines and planes in 3-dimension.

2. Tajuk dalam tingkatan 5 yang memerlukan penggunaan kalkulator.
a) Number base b) Graphs of function II c) matrices.

3) semua tajuk yang melibatkan pengunaan operasi asas +- x /

Ahad, 26 September 2010

Kutuk UPSI : TAPI Makngoh tetap bangga jadi pelajar UPSI

Geram pula makngoh terbaca entri dari seorang bekas pelajar UPSI yang memburukkan UPSI. Sungguh tak kenang budi dan sungguh kacang bekas pelajar tersebut.

Antara point-point yang dikemukakan oleh budak tersebut adalah kerana -:
1) pelajar UPSI lambat posting tidak seperti pelajar maktab cepat posting

Peluang pekerjaan pelajar maktab adalah lebih cerah. Tiada masa nak tanam buah anggur jauh sekali buah durian. Tapi kalau lepasan UPSI, anda mungkin masih berpeluang menanam buah-buahan tempatan selepas tamat pengajian dan hasil tanaman boleh dituai tiga empat lima kali.

Makngoh grade bulan Ogos dan dapat surat posting bulan November. Kemudian posting Januari tahun berikutnya. Bagi makngoh, bukannya lama menunggu posting. Lagipun kita kena faham proses-proses yang perlu UPSI lakukan dan juga KPM lakukan. Bukan main sumbat-sumbat je cikgu ke sekolah ikut suka hati. Takkanlah grade hari ni, esok dah nak posting. Bersabarlah dik.


2) pelajar UPSI kurang duit tidak seperti pelajar maktab banyak dapat elaun

Masuk maktab memang heaven siap dapat elaun tapi pelajar UPSI kebanyakannya kena mintak loan PAMA atau PTPTN. Scholar sangat sedikit okayh. Terhad. Scholar KPM cepat posting??? Dusta semata. Maktab lagi bagus, sudahla dapat elaun yang banyak nasib terjamin pula tu memang berbaloi-baloi.

Amboi, puji meninggi terhadap maktab. Peliknya kenapa budak ni tak berhenti je UPSI dah apply maktab. Selain PTPTN dan KPM, pelajar UPSI boleh mohon biasiswa ikut suka hati sendiri. Contohnya MARA. Kena usaha sendiri lah cari penaja, jangan goyang kaki tunggu orang sembah. Zaman makngoh, makngoh amik PTPTN dan ramai juga kawan makngoh ambil KPM. Kami sama-sama posting. Kebanyakkan penerima KPM yang bagus diserap ke kolej matrikulasi. Yang bagusnya, kalau biasiswa KPM dah tak perlu bayar balik. Senang hati. Masalah sesetengah mahasiswa negara kita adalah nak melaram dan bergaya dengan duit biasiswa @ pinjaman. Itu yang menyebabkan duit tak cukup dan tak pernah cukup. Dapat duit biasiswa @ pinjamann, guna buat beli telefon mahal, buat beli baju ala-ala model. Yang perempuan sibuk dengan makeup dan barang-barang kecantikan. Itu belum lagi yang melancong @ makan angin dengan duit belajar. Jadi, manalah nak cukup.

3) Course di UPSI banyak yang merepek

Di UPSI menawarkan beberapa subjek merepek mengalahkan cerita niyang rapik macam teknologi apa entah notes busuk gila! Ada yang okay. Sepatutnya subjek macam Dr Nurul ajar tu patut dilebih-lebihkan supaya jadi part I, part II, part III untuk setiap semester baru input cikgu mantap. Poyojek cikgu-cikgu kena belajar Quantum Physics. Tak salah nak tambah pengetahuan tapi lebih afdal kalau mantapkan ilmu untuk pengajaran dan pembelajaran kelak.

Nak jadi guru kenalah banyak ilmu. Bukan sekadar ilmu yang terkandung dalam silibus sekolah menengah @ sekolah rendah sahaja tetapi guru kena tahu lebih lagi dari pelajar. Memanglah di UPSI ajar bab yang lebih tinggi dari bab di sekolah. Takkanlah di UPSI, pensyarah kena ajar tajuk remeh seperti tambah tolak, pengenalan kepada fizik dan yang simple-simple. Lagipun, sebenarnya semua itu secara langsung dan tak langsung bakal guru ada belajar dalam course macroteaching. Makngoh sendiri belajar mengenai bab matematik yang langsung tiada di sekolah. Tapi, semua itu adalah ilmu dan apa yang diajar UPSI itulah yang membezakan guru dan pelajar. Kami juga belajar teknologi dan perisian tertentu, contohnya Geometer Sketchpad, belajar buat animasi dengan Macromedia Flash dan macam-macam lagi. Tujuannya supaya guru boleh aplikasikan dalam P&P bila dah mengajar kelak. Makngoh syukur UPSI ajar semua ini.

4) Pakaian di UPSI sangat skema

Dari segi pemakaian harus skema juga yer, harus bersopan jeans tak boleh pakai masa pergi kuliah, kalau pergi test kena pakai smart-smart nanti orang cop macam nak pergi pasar.

Dah namanya guru, mestilah guru berpakaian kemas. Tujuan UPSI buat macam tu untuk melatih bakal guru supaya tidak kekok apabila masuk ke sekolah nanti. Mana boleh guru pakai jeans mengajar di sekolah. Lagipun, peraturan pemakaian guru di sekolah adalah atas arahan kementerian pelajaran dan UPSI hanya melatih guru berpakaian mengikut arahan dari KPM. Kalau nak pakai jeans pergi kuliah, pilihlah course-course lain.

5) Pelajar UPSI (bakal guru banyak yang mulut puaka)

Bakal-bakal guru banyak mulut puaka juga okayh. Muka jernih tapi bila berebut bus boleh mengucap panjang pemenang imam muda.

Alahai, kenapa dicop bakal guru UPSI sahaja yang mulut puaka. Tergelak pula membaca komen budak ni. Bukankah sikap dan perangai seseorang itu lahir dari dalam diri orang itu sendiri bukan lahir dari tempat dia menuntut. Mulut puaka seseorang bakal guru, bukan lahir UPSI. Janganlah salahkan UPSI atas benda remeh sebegini. Sangat tidak matang.

Habis point-pointnya, budak itu dengan tanpa bersalah menasihatkan pelajar-pelajar lepas SPM supaya tidak memilih UPSI untuk menyambung pelajaran.

Kalaulah dia masih lagi pelajar UPSI, dah memang patut dikenakan tindakan tatatertib tetapi sayangnya dia dah tamat belajar. Habis madu sepah dibuang ke dik?

Makngoh ada buat printscreen entri budak tu untuk rujukan masa akan datang. Tetapi rasanya tidak perlu makngoh upload printscreen tu dalam entri ini.

Kementerian Pelajaran senaraihitamkan syarikat penerbit drama Qalesya?

Makngoh baru tahu cerita ni sedangkannya berlaku bulan lepas lagi. Mungkin tidak ramai yang tahu kecuali mereka yang meneliti laporan akhbar aduan dan laporan akhbar balas dari pihak KPM.
Bermula dari aduan seorang guru yang mengelarkan dirinya GURU LAMA menulis di akhbar mengenai drama Qalesya. Drama tersebut mengambarkan kehidupan di sekolah yang lari dari yang sebenarnya. Anda bacalah sendiri aduan guru tersebut di bawah ni. Ini pula adalah maklumbalas pihak KPM.



3 penyakit jahil yang tidak boleh diubati

Sebelum bincangkan penyakit jahil tersebut, makngoh mahu buat introduction mengenai penyakit zahir. Jika sakit, kita pergi ke hospital. Doktor akan cuba sedaya upaya untuk penyakit kita. Tetapi, apabila penyakit itu sudah sampai tahap kritikal hinggakan sudah tidak boleh diubati, maka dengan kepandaian doktor itu, dia akan berkata "orang ini sudah tidak boleh diubati lagi'.

Begitulah juga dengan penyakit jahil yang makngoh nak terangkan. Menurut buku karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali, jahil (bodoh) terbahagia kepada 4 perkara. Satu perkara boleh diubati tetapi 3 perkara lagi adalah jahil yang tidak boleh diubati.

3 kejahilan tersebut yang tidak boleh diubati dalah
1) Orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana didorang oleh sifat hasad atau marah.

~ orang seperti ini jikalau engkau berikan kepadanya jawapan yang paling baik dan paling fasih dan paling nyata. maka sebenarnya jawapan itu hanya menimbulkan kemarahan dan permusuhan serta kedengkian sahaja. Maka yang paling baik bagi orang seperti ini bahawa engkau tidak perlu menjawabnya. Ada syair menyebut "segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya, kecuali permusuhan yang ditimbulkan daripada orang yang hasad akan engkau".

~ maka sayugia bahawa engkau berpaling daripadanya dan tidak perlu membuat jawapan pada pertanyaannya dan engkau biarkan dia dengan penyakitnya.
Firman ALLAH "...maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanya dariapda mengingati kami, dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan hidup dalam dunia ini"

~ Dan orang yang hasad pula pada setiap perkataannnya dan perbuatannya selalu dinyalakan api yang menghanguskan amalan pahalanya kerana hasad itu memakan ia akan pahala segala kebaikan seperti mana halnya api memakan kayu.

2 ) Bahawa adalah kejahilan itu berasal daripada kedunguannya (Al-Hamaqah). Sifat dungu ini juga tidak dapat diubati. Seperti perkataan Nabi Isa a.s "aku tidak lemah dariapda menghidupkan orang yang telah mati tetapi aku tidak akan berjya mengubati orang yang dungu"

~ Contoh pertanyaan orang yang dungu ini seperti ada seorang yang baru sahaja menuntu ilmu,. Ia baru sedikit belajar ilmu akal dan ilmu syarak lalu ia bertanya dan mengi'tiradh (mengkomplen) terhadap seorang alim yang dalam ilmunya yang telah lama menghabiskan umurnya dalam mencari ilmu akal dan ilmu syarak. Si dungu ini sebenarnya tidak mengetahui (huraian masalah) dan ia menyangka bahawa masalah yang musykil baginya juga musykil terhadap si alim yang dalam ilmunya itu. Maka persoalan sebegitu tidak perlu dijawab. Pertanyaan dari jahil seperti ini hanya pertanyaan dek kerana dengki, keras kepala dan sekadar mahu menguji orang yang ditanya. Di samping dia mahu menunjuk bahawa dia lebih hebat.

3) Kejahilan orang yang memang menghendaki petunjuk dan hidayah tetapi apa yang ditanya adalah perkataan ulama ahli sufi yang besar-besar. Maka pertanyaan itu timbul dari kedengkelan kefahamannya. Pertanyaan orang seperti ini tidak perlu dijawab kerana Rasullullah bersabda " kami para nabi disuruh mempercakapai sekalian manusia mengikut kadar akal mereka"

Kejahilan yang boleh diubati adalah-:
kejahilan yang ada pada manusia yang benar-benar mencari petunjuk dan ia mempunyai akal yang biak dan cepat memahami sesuatu masalah. Ia bukan dipengaruhi oleh sifat hasad dengki, marah, cintakan syahwat kedudukan dan harta benda. Dia adala orang yang benar-benar mencari jalan lurus dan pertanyaan dia bukan sebab dengki, keras kepala atau sekadar menguji kebolehan orang yang ditanya. Jika orang sebegini bertanya kepada anda, maka wajib anda menjawab pertanyaannya.

Buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog

Sebelum main blog ni, makngoh tak tahu rupanya ada blogger yang bergaduh dan saling buat entri memerli dan menyerang. Tapi bila dah menceburi blog ni, baru makngoh tahu tentang kewujudan perangai macam tu.

Kemudian, makngoh terfikir 'alahai dalam blog pun boleh bergaduh ke?"

Wakaka...

Amboi, ketawa makngoh. Rupanya kehidupan dalam blog sama juga dengan kehidupan dalam realiti. Manusia ada 1000 ragam di realiti dan itulah juga manusia yang 1000 ragam dalam blog.

Dengan macam-macam ragam, macam-macam sikap, macam-macam pendirian itulah yang menjadi punca masalah. Masing-masing ada cara tersendiri dalam menulis. Jadi biarkan mereka dengan pendirian mereka. Biarkan dia dengan pendirian dia. Biarkan makngoh dengan pendirian makngoh. Kalau semua blogger ada satu pendirian, maka tak meriahlah dan tiada variasi blog. Idea tidak dapat berkembang!

Sayangnya orang kita lebih bersikap tertutup dan ada segelintir pula susah dibawa berbincang.

Apapun, kesimpulan yang makngoh dapat "buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog"

Pandai bergaul di alam nyata, pandailah juga bergaul di alam blog.

Anggaran Harta Sosilawati

  1. Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
  2. Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
  3. Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
  4. Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
  5. Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
  6. Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
  7. Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
  8. JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Isu Amah Indonesia : Malaysia cari amah negara lain

Ramai dah yang sedia maklum mengenai amah dari Indonesia yang didera oleh majikan. Selain kes tersebut ada banyak lagi kes-kes amah dari Indonesia yang didera fizikal dan mental.

Ekoran kes-kes tersebut, Bendera semakin marah dengan Malaysia dan NGO negara terbabit turut tidak berpuas hati. 25 Jun 2010 Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran amah ke Malaysia.

Untuk rekod, sekarang ada 280 000 pembantu rumah asing di Malaysia dan 80% darinya adalah warga Indonesia.

Kerajaan Malaysia sudah membenarkan beberapa negara lain menghantar pembantu rumah bekerja di negara ini bagi mengurangkan kebergantungan pekerja dari Indonesia. Kemasukan pembantu rumah dari Myanmar, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Vietnam dan India ke negara ini sudah pun bermula walaupun jumlahnya tidak begitu tinggi.

"Tetapi jumlah pembantu rumah dari Kemboja misalnya meningkat daripada 9,000 kepada lebih 30,000 dalam tempoh beberapa bulan lalu dan ini perkembangan yang positif kerana kita tidak perlu terlalu bergantung kepada Indonesia untuk mendapatkan pembantu rumah," ujar Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam .

Memang eloklah jika Malaysia membuka pintu untuk amah dari negara selain Indonesia. Mungkin selepas ini, Malaysia memberi peluang lebih luas kepada negara-negara lain untuk pekerja pembinaan pula.

Ramai rakyat kita mendesak supaya pengambilan pekerja dari Indonesia dihentikan dan pekerja yang sedia ada dihantar pulang ekoran sikap sesetengah rakyat Indonesia yang membuat rusuhan dan penghinaan kepada kita. Namun, makngoh faham dan mungkin orang lain juga faham, bukan mudah untuk menghantar mereka pulang dan bukan mudah untuk mencari penganti kerja mereka.

Rakyat Malaysia sendiri, sanggupkah jadi pekerja pembinaan dan hanya tinggal di bangsal @ bawah jambatan sahaja? Rakyat Malaysia, sanggupkah menjadi amah?

Makngoh berani kata, tidak ramai yang nak. Kebanyakkan rakyat Malaysia mahu jadi artis dan penyanyi. Ekekeke.

Siapa Mas Selamat? Gambar dan sejarah hidup

Nama : Mat Selamat bin Kasturi
Lahir : 23 Januari 1961
Umur : 49 tahun
Pekerjaan : Mekanik bus dan dipercayai menjadi Ketua Jemaah Islamiah Singapura
Status : Bapa kepada 5 anak
Tempat Lahir : Kendal, Central Java Indonesia tetapi membesar di Singapura

Penglibatan dalam Jemaah Islamiah
Mas Selamat dipercayai mula terlibat dengan JI pada tahun 1990-an apabila dia menyertai Darul Islam. Pada 1992, dia menyertai JI Singapura dan dihantar ke Afghanistan untuk latihan setahun kemudian. Pada 1998, dia mempelajari sistem pemerintahan Taliban dan kembali ke Singapura.

Mennurut Singapura, Mas Selamat telah bertemu dengan Hambali (Ketua JI) dan berbincang mengenai rampasan kapal terbang dari Bangkok dan berakhir di Singapore Changi Airport. Namun dia melepaskan diri dari Singapura pada 2001 sebelum pihak berkuasa menjalankan operasi besar menangkap 13 suspek ahli JI pada Disember 2001.

Tangkapan Mas Selamat
1) Februari 2003 - ditangkap di Pulau Bintan Indonesia (untuk membantu siasatan polis Indonesia mengenai pengeboman di Indonesia pada tahun 2001 dan 2002.) Dia dipenjara 18 bulan atas tuduhan menukar identity kepada Edi Heriyanto

2) 20 Januari 2006 - ditangkap atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu semasa dia melawat anaknya yang belajar di sekolah agama di Java Indonesia. Dia bagaimanapun dihantar ke Singapura atas permintaan Singapura dan ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri. Ketika itu, Malaysia turut berminat terhadap Mas Selamat kerana dia sering berulang-alik dari Indonesia-Johor. Malaysia risau jika Mas Selamat ada muslihat lain.

Mas Selamat Lari dari Tahanan Singapura
Peristiwa mengejutkan dan dikatakan memalukan bagi kerajaan Singapura apabila Mas Selamat berjaya melarikan diri dari tahanan. Pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan Singapura bagi menangkap Mas Selamat namun gagal. Indonesia dan Malaysia turut memperketatkan sempadan masing-masing bagi memastikan keselamatan negara masing-masing. Beribu poster wajah Mas Selamat diedarkan di seluruh Singapura dan khidmat MMS turut digunakan bagi memberitahu orang ramai mengenai Mas Selamat. 21 Julai 2008, Singapura menawarkan 1 juta dolar kepada orang awam yang memberi maklumat mengenai Mas Selamat.

Tersilap tangkap orang?
Pada 7 Ogos 2008, seorang lelaki seperti Mas Selamat ditahan di Indonesia. Lelaki tersebut bagaimanapun mendakwa dia seorang jurujual buku pelajaran dan bukan Mas Selamat. Lelaki tersebut dibebaskan.

Mas Selamat ditangkap oleh Malaysia
Pagi 1 April 2009, Mas Selamat ditangkap di Kampung Tawakal di Skudai Johor. Beberapa orang yang membantu Mas Selamat bersembunyi di Malaysia turut ditangkap. Salah seorangnya bernama Johar. Bagaimanapun penangkapan Mas Selamat didiamkan beberapa minggu bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan penyiasatan menyeluruh kepada rangkaian JI di Malaysia.

Singapura minta Mas Selamat
Hari ini, Utusan memaparkan tajuk 'Mas Selamat diusir selepas tidak ancam negara- Hishamuddin' .

Laporan penuh di bawah-:

KLUANG 25 Sept. - Pengusiran Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari ke negara asalnya, Singapura diambil setelah kerajaan mendapati pemimpin JI itu tidak menjadi ancaman kepada negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas perundingan dijalankan antara kedua-dua negara.

Katanya, kerajaan juga membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi termasuk pasukan khas menentang keganasan serta agensi keselamatan dan risikan negara.

"Saya diberi maklumat Mas Selamat tidak jadi ancaman kepada negara kita lagi.

"Kebetulan Mas Selamat dari Singapura dan saya telah nyatakan dari dulu lagi, mereka yang datang dari negara lain, kalau tak bawa ancaman kepada kita, saya nak mereka diusir kembali ke negara asal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sembrong di Taman Seri Lambak di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta kira-kira 15,000 pengunjung pelbagai kaum.

Ditanya kemungkinan pengusiran Mas Selamat dibuat hasil kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara jiran tersebut baru-baru ini, Hishammuddin berkata, republik itu telah membuat permintaan itu sebelum lawatan tersebut.

"Permintaan telah dibuat lama dulu kerana Mas Selamat adalah warganegara sana, tetapi selagi kita tak puas hati Mas Selamat tak jadi ancaman ataupun jejaskan negara kita, kita perlu buat apa jua pertimbangan dalam konteks penahanan beliau.

"Tetapi hari ini dengan siasatan kita sendiri, saya rasa masa sudah sampai untuk kembalikan beliau di bawah tahanan negara sendiri," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Mas Selamat Kastari telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan pengusiran ke negara asalnya, Singapura, semalam.

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohammad Fuzi Harun dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Hishammuddin pada pukul 10.30 pagi.

Isu penahanan kartunis Zunar : Jawapan dari Hishamuddin

Beberapa blog dan web bercerita tentang penahanan Zunar. Sebelum ni makngoh tak tahu pun siapakah Zunar. Kemudian makngoh terbaca berita dari Utusan mengenai sebab penahanan Zunar. Baca petikan di bawah -:

Sementara itu, beliau (Hishamudin) menafikan penahanan kartunis portal pembangkang, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 49, hanya disebabkan kartun yang dihasilkannya menyentuh tentang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Ramai juga gembar-gemburkan tahanan itu berkisar kartun yang menyentuh kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Tetapi maklumat yang saya terima daripada pihak berkuasa, kartun itu berhubungkait sistem perundangan kita, agama, isu kalimah Allah diputarbelitkan dalam kartun," katanya.

Beliau berkata, penahanan dibuat mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Akhbar hari ini melaporkan Zunar ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku Cartoon-O-Phobia yang menyentuh isu-isu sensitif dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Beliau ditahan di pejabat penerbitan miliknya, Sepakat Efektif Sdn. Bhd. di ibu negara kira-kira pukul 4 petang.


Petikan di atas dipetik dari sini

Terkini Kes bunuh Sosilawati : Lokasi 2 mayat ditemui

Laporan berita Utusan hari ini tidak berkaitan dengan Sosilawati tapi berkaitan dengan suspeks kes bunuh tersebut.

Baca laporan di bawah untuk maklumat lanjut.

KUALA LANGAT 25 Sept. - Dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat ditanam di kawasan Ladang Gadong, iaitu lokasi ladang milik suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dikenal pasti polis hari ini.

Dua individu terbabit termasuk salah seorang daripadanya adalah dipercayai ahli perniagaan, Mohd. Shafik Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang sejak April lalu.

Kedua-dua mayat itu dipercayai ada kaitan dengan suspek utama yang merupakan seorang peguam bergelar Datuk.

Salah satu daripada lokasi itu dikenal pasti berhampiran kuarters pekerja di belakang kawasan ladang manakala satu lagi dipercayai ditemui beberapa meter di luar ladang tersebut.

Kedua-dua lokasi itu terbongkar dipercayai hasil maklumat suspek yang dibawa masuk ke ladang tersebut kira-kira pukul 4 petang.

Sumber memberitahu, operasi mengorek kawasan dipercayai lokasi mayat ditanam akan dimulakan pagi esok.

"Berdasarkan keterangan suspek, polis telah menanda kedua-dua lokasi terbabit," kata sumber.

Dakwaan itu dikukuhkan lagi apabila sebuah jentolak dilihat memasuki ladang tersebut pukul 4.30 petang untuk mengorek dua lubang sebelum dilihat beredar pukul 6.10 petang.

Kira-kira 30 minit sebelum itu, 12 kenderaan polis termasuk sebuah van membawa empat suspek berbaju warna oren memasuki ladang tersebut.

Sumber polis turut mengesahkan kehadiran suspek di ladang tersebut kali ini tiada kaitan dengan pembunuhan Sosilawati sebaliknya bersabit laporan kehilangan yang baru.

Kesemua kenderaan polis dilihat meninggalkan lokasi pembunuhan pukul 6.45 petang.

Pada 22 September lalu, isteri Mohd. Shafik, Samson Nahar Mohd. Dali, 35, mengesahkan suaminya menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan lelaki yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi mangsa.

Samson berkata, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh sepasukan pegawai penyiasat semasa memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan IPD Kuala Langat, sebelum itu.

Iklan kekosongan jawatan September 2010

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Program Institusi Baru (PIB) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Iklan Jurulatih Seni Bagi Sekolah Seni Malaysia 2010
Permohonan jurulatih seni bagi Sekolah Seni Malaysia. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Iklan Kekosongan Jawatan Jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar (SSBP)KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sabtu, 25 September 2010

Berapa hari lagi nak exam?

UPSR dah pun tamat. tinggal lah exam untuk sekolah menengah.

makngoh guna tarikh 26hb september (ahad).

jadi, bilangan hari nak exam

PMR = 8 HARI LAGI
SPM = 57 HARI LAGI
STPM = 35 HARI LAGI
STAM = 21 HARI LAGI


ANAK-ANAK DIDIK DAN BUKAN ANAK DIDIK SEMUA DAH SEDIA BELUM?

Dedah aurat rambut : Pramugari Koma di Mekah

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..



Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.



Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.



"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.



Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.



Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.



Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??



Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."



"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.



Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.



"Habis yang kakak pergi haji ini?"



"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."



"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.



Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.



"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.



"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."



"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.



Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.



Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.



Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.



Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.



Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."



Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "



Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..



"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.



"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.



Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.



"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."



Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."



"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.



REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN



WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


p/s entri ini diambil tanpa edit dari sini

Taugeh hancing Vs Taugeh buatan sendiri


Banyak masakan, kalau tak letak taugeh...tak sedap. Makngoh kalau buat popia, tak best kalau tak ada taugeh. Makan mi sup pun mesti ada taugeh baru sedap begitu juga dengan laksa.

Beberapa hari lepas, makngoh baru dapat info mengenai taugeh. Mungkin anda semua sudah tahu info ini mengenai taugeh yang disiram dengan air kencing.

Ada orang nasihatkan, apabila anda beli taugeh, simpan dulu selama 3 hari. Selepas 3 hari, cuba bau taugeh tu. Anda mungkin akan dapati, selepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. Air urine tu la jugak menyebabkan taugeh menjadi kaler putih berseri dan ranggup.

Bagaimana pula kalau nak tahu taugeh yang tidak disiram dengan air kencing? Taugeh tersebut kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Menurut orang tersebut, ada kawannya yag pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. Kawannya terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok taugeh tu.

Kenapa hanya taugeh disiram air kencing yang dibisingkan sedangkan banyak lagi sayuran lain mengunakan baja urine?

Sebabnya taugeh adalah sejenis pokok menyimpan air siraman terus dalam
batangnya tidak seperti sayuran lain. Sayuran berdaun hijau mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat dari baja.

TETAPI taugeh terus menyerap apa yang disiram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis. Itulah menyebabkannya berbau semacam kalau disimpan masa 3 hari.

Namun, ada pendapat lain pula memberitahu bahawa taugeh tersebut TAK di siram dengan air kencing. Tetapi disiram dengan sejenis bahan kimia yang bau dia seakan-akan air kencing orang panggil dia 'santoso'. Bahan kimia tersebut datang dari Thailand dan China. Kandungannya boleh digunakan untuk merangupkan taugeh. Sebenarnya ia adalah bahan kimia ni tidak baik untuk kesihatan. Kandungan bahan kimia nih boleh menjejaskan kesuburan malah boleh menyebabkan kemandulan.

Kesimpulannya, samaada taugeh tersebut disiram dengan air kencing ataupun bahan kimia tertentu ternyata taugeh sebegitu adalah tidak baik untuk kesihatan. Mungkin ada baiknya, buat taugeh sendiri je lah.

Saya klik nuff awak, awak klik nuff saya tau!

Ops, satu lagi entri sebelum bersiap. Ekeke...

Dalam seminggu dua ni, makngoh perhatikan MACAM ramai pula yang tinggalkan msg di shoutbox makngoh pasal "klik nuff, jangan lupa klik nuff saya pula"

Makngoh berterima kasih sangat kepada mereka yang memang betul klik. Tapi sayangnya, yang makngoh perasan, sebenarnya tiada pun yang klik sebab seminggu ni, akaun nuff makngoh statik/pegun/ tak bergerak/ duit tak naik pun.

Makngoh tak paksa pun visitors makngoh klik nuff blog ni tetapi makngoh bersyukur dan berterima kasih jika ada yang klik. Cuma makngoh nasihatkan janganlah MENIPU.

Kalau sekadar blogwalking, teruskan blogwalking dan kalau sekadar say hai pun okay dah. Jika sempat, makngoh akan balas kunjungan anda tu. Nasihat makngoh, jangan mengaku klik, jika anda tidak berbuatnya.

TAPI makngoh akui, ada blogger yang memang betul klik...bila mereka klik, makngoh cek nuff memang ada duit bertambah. TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka itu.

Jadual Rumah Terbuka : Banyaknya makan dan makanan

Wah, meriah sungguh sambutan raya di Sandakan ni. Di sekolah, setiap hari dihidangkan dengan kuih muih raya. Pagi tadi pula, kami buat Jamuan Hari Raya untuk guru-guru dan ibubapa dan pelajar PMR SPM.

Petang tadi pukul 3 petang, sepatutnya makngoh pergi ke rumah terbuka PKHEM, tapi makngoh dah tertidur dek kerana kenyang dan penat. ekekeke

Sekejab lagi, pukul 7 ... makngoh konvoi pergi ke rumah terbuka kawan sekolah lagi. Dengar kata ada bakar-bakar. Nyum nyum...

Dugaan betul bulan Syawal ni, godaan makanan yang macam-macam. TAPI jangan lupa... puasa enam. Belum terlewat lagi untuk berpuasa.

Esok pagi pula, Pengetua sekolah buat jamuan rumah terbuka. Kemudian, petangnya rumah terbuka kawan sekolah lagi. Alamatnya, memang tak berasaplah dapur rumah makngoh ni.

Dah masuk maghrib kat sini. Oklah...makngoh nak bersiap-siap dah..TATA

saksi kata norman, memey dan abang norman menipu...

HULU KLANG: Seorang saksi tegas mengatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan bukan mahu mengaibkan pelakon Norman Hakim dan Memey apabila membuat aduan mengenai pasangan itu berkhalwat kepada pejabat agama serta media.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.

Menjawab soalan Pendakwa Syarie, Mohamad Nazri Basrawi, Mohd Yusri berkata, tujuan sebenar dia berinteraksi dan memberitahu media berhubung pasangan itu didakwa selalu kelihatan bersama di premis pejabat Norman ialah untuk mengelakkan mereka diaibkan sebelum Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat sebarang tindakan.


“Apabila saya berinteraksi dengan media selepas mereka ditangkap adalah untuk menegakkan kebenaran. Saya tidak tahu perbuatan saya memberitahu media selepas prosiding bermula di mahkamah adalah salah. Tanggungjawab saya besar dan berat dalam menegakkan kebenaran. “Mereka (Norman dan Memey) tidak serik dan masih ulang perbuatan sama dan jiran marah kepada saya. Saya hubungi media, saya tidak tahu ia salah dan saya minta maaf. Apabila mereka masih ulang perbuatan sama, saya buat apa yang saya rasa sepatutnya sebagai umat Islam,” katanya.


Menurutnya, selepas melihat pasangan itu masih mengulangi perbuatan sama, dia membuat aduan kepada pejabat agama bagaimanapun kecewa apabila tidak mendapat tindak balas sepatutnya.


“Saya ada membuat tujuh hingga lapan aduan pada hari berbeza di pejabat penguat kuasa, bagaimanapun sedih kerana mereka mengatakan sibuk dengan operasi lain dan pelbagai alasan lain. Saya tidak boleh berbuat apa kerana mereka mengabaikan aduan saya.


“Saya berani mengatakan pasangan itu dan abang Norman menipu ketika memberi keterangan di mahkamah kerana saya lihat dengan mata sendiri perbuatan mereka selama setahun lapan bulan sebelum mereka ditangkap. Saya bukan ada sikap ‘busybody’ (menjaga tepi kain orang) tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. Menjawab soalan Mohamad Nazri, Mohd Yusri yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat Norman mendakwa Memey bukan pekerja di syarikat itu.


Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 8 Oktober ini.

dicedok tanpa edit dari Harian Metro

Jumaat, 24 September 2010

Makngoh : Blogger popular hari ini?

ekeke....tajuk menandakan tahap perasan sudah over the border.
makngoh nak kongsi gambar di bawah ni...
walaupun disenarai ke 3 tapi makngoh syukur,
ada jugak orang tengok profail makngoh :) terima kasih

Caiyok Sweeping Floor Berani Tulis Isu Ganyang Malaysia

Makngoh nak tepuk tangan kepada seorang rakyat Malaysia yang beraninya menulis cerita mengenai isu Ganyang Malaysia dan mendedahkan faktor kebanjiran rakyat asing (Indonesia + Bangladesh) adalah berpunca dari rasuah yang berlaku di bahagian imigresen.

Tujuan tulisan beliau adalah mahu menjawab mengenai sikap ntah apa-apa rakyat Indonesia yang dilihat sudah melampaui batas hingga kita sudah muak mendengar ugutan-ugutan dari mereka.

Makngoh dah penat ulas mengenai sikap tak matang, sikap bodoh-pandai dan sikap ego segelintir rakyat Indonesia. Anda bacalah tulisan Sweeping Floor ni yer -:


BERITA di Utusan Malaysia semalam bukan sahaja menaikkan api kemarahan saya namun ia sangat menjengkelkan hati. Saya pasti, ramai warga Malaysia yang membacanya juga akan merasa berang dengan sikap penunjuk-penunjuk perasaan yang berlagak seperti samseng-samseng jalanan ini. Saya merayu kepada pihak kerajaan, bekukan dan berhentikan terus pengambilan pekerja warga asing ke Malaysia dan hantar pulang rakyat mereka mulai dari sekarang!

Benar, ada segelintir dari rakyat Malaysia termasuklah yang terbaharu iaitu pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang mendera pembantu rumahnya dengan secara kejam. Ramai daripada mereka ini sudah ditangkap, dijatuhkan hukuman atau sedang menunggu kes mereka dibawa kemuka pengadilan dan saya pasti mereka ini akan dijatuhkan hukuman setimpalnya.

Tetapi adakah hanya kerana segelintir rakyat Malaysia yang 'kurang ajar' ini, maka kesalahan dijatuhkan kepada seluruh warga Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia yang tidak melakukan kesalahan apa-apa kepada rakyat Indonesia (walaupun pernah dirompak sendiri oleh pembantu rumah dan teman lelakinya 10 tahun lalu) saya sudah muak dengan perangai pekerja asing dari negara ini.

Di setiap ceruk di Malaysia, penuh dengan rakyat mereka dan walaupun mereka ini mencari rezeki secara halal, saya tidak anggap yang mereka ini mempunyai hasrat untuk pulang selagi mereka tidak menjadi orang kaya.

Apa yang saya lihat, semakin ramai warga Indonesia yang 'kesedapan' dengan kemakmuran dan kepesatan ekonomi kita, dengan mengambil kesempatan tidak mahu pulang selepas tamat tempoh permit kerja mereka.

Saya kesal dengan pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sendiri yang memandang remeh setiap luahan hati rakyat mengenai kebanjiran warga Indonesia ini.

Kerajaan kita tidak mempunyai ketegasan dalam melakukan sesuatu, oleh yang demikian mereka beraja dan bermaharajalelalah pekerja-pekerja asing ini di negara kita! Kita pula terlalu berlembut dengan warga Indonesia di Jakarta yang sentiasa mencari pasal untuk menganyang Malaysia.

Pesanan ikhlas saya kepada Duta Malaysia dan kakitangan di bahagian Imigresen (termasuklah kedutaan di Bangladesh), hentikanlah rasuah yang berlaku di kalangan kakitangan kedutaan dahulu, kemudian barulah kita boleh menghentikan kemasukan mereka dengan secara total.

Saya tidak gentar menyatakan perkara ini di media, kerana saya pernah tinggal di kedua-dua negara ini dan ada sesetengah kakitangan kedutaan dengan bangganya menceritakan atau terlepas cakap, berapa banyak habuan yang mereka boleh perolehi setiap bulan jika meluluskan permit pekerja asing ke Malaysia.

Jika sebulan mereka boleh meluluskan dua hingga lima ribu pekerja asing, anda fikirlah sendiri betapa kaya rayanya mereka ini. Siapa makan cili, terasalah pedasnya!

Kepada rakyat Malaysia, hentikan sikap perkauman, daripada anda cuba 'mengganyang' warga Malaysia sendiri lebih baik kita berganding bahu 'mengganyang' rakyat pekerja asing dari Indonesia ini supaya mereka pulang dan mencari makan di negara mereka sendiri!

Kepada Mustar Bonaventura, lihat sendiri nanti, dapatkah pekerja rakyat kamu ini menikmati nasi tiga kali sehari di Indonesia seperti yang dinikmati di Malaysia?

Bagaimana manusia normal ingin dilayan?

Kita...kita...makngoh, anda dan mereka...

kita semua ingin dilayan dengan baik dan diberi hak yang sama

Apa yang kita mahu?

kita mahu kasih sayang bukannya dibenci
kita mahu difahami bukannya dihakimi
kita mahu diterima bukannya ditolak
kita mahu dihormati bukannya dihina
kita mahu ditolong bukannya disakiti
kita mahu keselesaan bukannya dipergunakan
kita mahu berkembang bukannya statik


Sayangnya....

tak selalunya mudah

untuk meminta maaf dan melupakan
untuk memulakan semula
untuk mengakui kesilapan diri
untuk mendapatkan nasihat
untuk tidak pentingkan diri sendiri
untuk terus mencuba
untuk berfikir sebelum bertindak
untuk menerima kritikan
untuk merasai apa yang orang lain rasakan

Khamis, 23 September 2010

Alahai cikgu, janganlah asyik membebel dan mengeluh

amboi, tajuk entri macamlah makngoh ni bukan cikgu...

ekeke

Sekarang ni kan musim exam UPSR dan musim trial PMR dan SPM. Bagi paper yang sudah tu, cikgu-cikgunya mula menanda kertas pelajar masing-masing.

Tak sedap jugak telinga makngoh bila ada cikgu asyik membebel dan mengutuk mengenai kelemahan pelajar sendiri sambil-sambil menanda kertas.


Namun bukan ramai guru yang macam tu. Hanya guru yang perasan perfect sahaja, mulutnya tak henti-henti bercerita tentang kelemahan pelajarnya dalam menjawab, kesilapan pelajarnya dalam mengira dan ketakmampuan pelajar memberikan 100% seperti yang dia mahu.

Kepada guru yang sebegitu, ingatlah "bukan semua pelajar kita dilahirkan bijak dan genius. Kita kena terima juga keadaan pelajar yang memang lemah dan tak mampu belajar. Janganlah dikutuk kebodohan pelajar tersebut. Mungkin kita di usia mereka dulu, kita pun macam mereka juga. Kita pun pernah tidak faham apa yang guru ajar, kita pun pernah silap dalam mengira dan kita pun pernah tidak boleh buat kerjarumah yang diberikan guru"

DAN harus diingat juga "bukan semua guru math itu dapat A Math dalam UPSR, PMR dan SPM sendiri...bukan semua guru sains dapat A dalam sains waktu dia belajar dulu-dulu dan juga guru-guru lain"

JADI, terimalah pelajar kita seadanya juga terutamanya pelajar yang lemah. Usahalah selagi kita mampu untuk mendidik mereka.

Kepada rakan guru juga, cerminlah diri kita sendiri sebelum kita mengeluh, membebel dan memarahi pelajar.

Janganlah sampai ada pelajar berkata "siapa cikgu nak kutuk saya?cikgu pun bukan hebat dan pandai sangat. Kalau pandai, tentu dulu cikgu dah terpilih jadi doktor@lawyer@jurutera"

ANDA MAHU BEGITU?

Segelintir penyokong Kelantan tidak matang ; asal kalah je, terus desak B Sathianathan letak jawatan

Lama dah makngoh perhatikan sikap segelintar penyokong Kelantan yang seolah-olah lebih profesional dari jurulatih dan pemain itu sendiri. Komen-komen dan terus komen...mengajar itu dan ini seakan-akan mereka ada pengalaman bermain bola berpuluh-puluh tahun.

Kalaulah B Sathianathan dan pemain-pemain Kelantan itu buruk perangai tentu lama dah mereka jawab "kalau dah pandai sangat main bola tu, main sendiri lah!" ......"kalau dah pandai sangat melatih orang, you latih sendirilah"

Huhu, tapi bagusnya jurulatih bola Kelantan dan pemain bola sepak Kelantan ambil sikap diam dan menjawab dengan berlapik apabila diajukan soalan.

Tentu anda juga perasan, setiap kali Kelantan kalah...maka penyokong Kelantan akan menuntut jurulatih bola sepak supaya letak jawatan. Namun, isu tersebut akan tertutup automatik jika pasukan bola sepak menang dan isu tersebut kembali panas jika Kelantan kalah.

Perlawanan Kelantan dengan N9 baru-baru kalah, kemudian dengan PKNS Kelantan menang tipis 1-0 dan terbaru Kelantan seri dengan KL-Plus 3-3. Maka, wujudlah golongan penyokong mendesak B Sathianathan letak jawatan.

Makngoh list kan petikan kata-kata B Sathianathan mengenai isu letak jawatan ini
1) Saya bersedia meletak jawatan sekiranya pemain saya gagal memberikan komitmen seratus peratus ketika menentang Negeri Sembilan, 3 Oktober ini.

2) Saya tidak berhasrat meletak jawatan. Itu desakan daripada segelintir peminat sahaja. Kecuali Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak memerlukan khidmat saya, maka baru saya akan meletak jawatan.

3) Ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan perkara ini (peletakan jawatan). Membawa masuk jurulatih baru sekali pun, adakah itu dapat menyelesaikan masalah pasukan Kelantan. Sebagai jurulatih profesional, saya bertanggungjawab terhadap jatuh bangun pasukan ini.

4) Sepanjang membimbing Kelantan sejak tahun lalu, saya telah membawa Kelantan mengharungi sebanyak 40 perlawanan. Saya menyimpan semua rekod perlawanan sepanjang membimbing Kelantan. Daripada jumlah itu, kita hanya tewas empat kali sahaja. Anda boleh memeriksa pasukan mana yang kita tewas bermula kempen Piala Malaysia musim lalu sehingga sekarang.

5) Saya telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu dan menjadi naib juara Liga Super musim ini. Tugas saya belum selesai selagi kita tidak menjulang Piala Malaysia, musim ini.

6) Saya tetap optimis kita mampu melangkah ke pusingan berikutnya. Walaupun dua perlawanan berlangsung di luar Kota Bharu, tetapi rekod kita agak cemerlang setiap kali bermain di gelanggang luar.

7) Saya mengambil risiko yang tinggi membimbing Kelantan ketika pasukan ini terkontang-kanting ditinggalkan oleh jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula Piala Malaysia musim lalu.

8) Tidak ada sesiapa yang sanggup datang ke Kelantan ketika itu. Saya datang ke sini semata-mata hendak membantu Kelantan. Jadi sebagai jurulatih profesional, adalah tugas saya membimbing pasukan ini malahan saya mendapat sokongan penuh daripada Kafa.

9) Tetapi sekiranya ada orang lain (jurulatih) yang boleh menggantikan tempat saya sekarang, maka saya bersedia meninggalkan pasukan Kelantan. Sekiranya pemain gagal memberikan komitmen ketika perlawanan dengan Negeri Sembilan nanti, saya akan meletak jawatan dan berharap pengganti saya dapat meneruskan kecemerlangan dalam dua baki perlawanan itu

10) Saya bukan ahli silap mata yang tahu mana pemain yang bagus dan pemain yang tidak bagus dalam satu-satu perlawanan. Prestasi semua pemain dinilai berdasarkan perlawanan terdahulu serta dalam sesi latihan harian.

Selain B Sathianathan, penjaga gol Kelantan turut dikecam hebat dek kerana 'membenarkan' gol Kelantan dibolosi. NAMUN pemain manakah yang mahu gol dibolosi dan pemain manakah yang memberi izin @ membenarkan bola masuk ke gol sendiri.


Ada sesetengah peminat mendakwa kononnya B Sathianathan silap apabila menurunkan Syed Adney Syed Hussien sebagai penjaga gol. Namun jurulatih tersebut tetap mempertahankan pendirianya dan mengatakan

“Beliau dijulang sebagai wira setelah berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Selangor PKNS FC baru-baru ini. Jadi berdasarkan prestasi semasa beliau, tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh memilih beliau sementara Khairul Fahmi (Che Mat) baru pulih daripada kecederaan sebelum itu,” katanya.

Diolah dari sini


SEHARUSNYA, PENYOKONG YANG CEPAT PANAS ITU
IKUT NASIHAT ORANG DULU-DULU

'ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA'
P/S BOLA ITU BULAT MACAM RODA UNTUK MENGINGATKAN KITA
BAHAWA ADA MASANYA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH
ADA MASANYA KALAH DAN ADA MASANYA MENANG
TERIMA KASIH B SATHIANATHAN YANG TELAH MENGILAP KEMBALI RED WARRIORS HINGGA MENJADI
NAIB JUARA LIGA SUPER 2010 DAN PIALA MALAYSIA 2009.
SEMOGA KELANTAN JUARA!

Penurunan caj 1 peratus PTPTN telah dikuatkuasakan

Entri ni adalah menjawab entri mengenai "PTPTN BELUM TURUNKAN KOS PENTADBIRAN"

Makngoh copy paste tanpa edit dari Utusan mengenai jawapan menteri terbabit tentang penurunan kos pentadbiran yang dijanjikan sebanyak 1%.

Dalam jawapan terbabit, diberitahu bahawa kadar caj tersebut telah pun dikuatkuasakan, tetapi tidak dinyatakan dalam penyata akaun peminjam? Bagaimana begitu pula? TAK FAHAM.

Apa-apa pun, sila lah baca laporan di bawah -:

KUBANG PASU 23 Sept. – Penurunan kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus telah dikuatkuasakan seperti yang diumumkan oleh kerajaan dua tahun lalu, manakala potongan gaji peminjam untuk bayaran balik dijangka dapat dilaksanakan mulai 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun pelaksanaan penurunan caj tersebut tidak dicerminkan dalam penyata akaun peminjam kerana perbadanan tersebut perlu berurusan dengan mereka secara individu dan ia memakan masa.

''Caj itu telah dikuatkuasakan sebagaimana keputusan yang dibuat oleh kerajaan, hanya tidak dicerminkan dalam penyata,'' katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan The University of Nottingham, Kampus Malaysia dan Uniutama Management Holding Sdn. Bhd. dan MESB Development Sdn. Bhd. di UUM Sintok di sini hari ini.

Beliau yang dalam Program Ziarah Kerja selama dua hari ke universiti itu sejak semalam ditanya mengenai rungutan peminjam PTPTN yang mendakwa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus sungguhpun kerajaan telah mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus.

Luahan kecewa seorang peminjam mengenai perkara berkenaan turut disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penurunan kadar caj PTPTN kepada satu peratus berkuat kuasa 1 Jun 2008 yang disifatkan sebagai satu langkah yang menggembirakan lebih sejuta peminjamnya yang dapat membuat bayaran balik lebih rendah.

Menurut Mohamed Khaled, terdapat kira-kira 1.5 juta peminjam PTPTN dan perbadanan itu perlu membuat semakan setiap dokumen peminjam sebelum penyeragaman dibuat.

Katanya, kadar bayaran peminjam yang berbeza seperti ada yang membayar penuh, kurang atau separuh menyebabkan proses pengiraan caj satu peratus itu berubah-ubah bagi setiap individu.

''Tetapi PTPTN menjanjikan supaya ia dapat menghijrahkan semua peminjam seboleh-bolehnya sebelum pertengahan tahun depan,'' katanya. – Utusan

PTPTN belum turunkan kos pentadbiran

PTPTN ... kadang-kadang bertindak macam ayam. Telor sebiji riuh sekampung. Bukan makngoh bengang atau marah tapi tertunggu-tunggu janji yang diwar-warkan seluruh negara oleh PTPTN bahawa peminjam akan dapat menikmati penurunan 1% kos pentadbiran. Janji yang dihebohkan itu berlaku pada tahun 2008. Sekarang, sudah 2 tahun berlalu dan makngoh yakin lebih 90% peminjam PTPTN masih lagi membayar kos pentadbiran 4%.

Kini, riuh pula isu bayaran balik guna potongan gaji. Biarlah yang itu.

Yang peliknya, mana janji yang diberikan oleh PTPTN bahawasanya peminjam lama akan menerima satu surat yang perlu ditandatangan menyatakan bahawa kos pentadbiran diturunkan 3%. Surat tersebut akan diberi selewat-lewatnya MAC 2009. AKAN DAN AKAN hinggalah sekarang 2010.

Alasan yang diberi oleh pihak PTPTN pula adalah proses tersebut mengambil masa dan perlu dibuat urusan secara individu. Makngoh tak faham.

Bayaran PTPTN makngoh dibuat secara potongan gaji sejak makngoh mula-mula bekerja dan setakat ini makngoh telah menerima 2 surat lewat bayar dan dikenakan bunga. WAJARKAH BEGITU? sedangkan, makngoh telah membuat pembayaran setiap bulan melalui potongan gaji. Bukan salah makngoh kalau bayaran itu terlewat sehari dua atau seminggu dua. CEPAT PULA PTPTN BERTINDAK BAGI KES TERLEWAT BAYAR MACAM MAKNGOH NI.

TAPI 2 tahun sudah berlalu, 3% kos pentadbiran hanyalah berita tergempar dan belum menampakkan tindakan.

DI BAWAH pula adalah LUAHAN SEORANG PEMINJAM PTPTN yang disiarkan di Utusan Online.


BARU-BARU ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan kaedah potongan gaji melalui Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) akan dikuatkuasakan bagi mengutip bayaran pinjaman pelajar. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan kepada pihak PTPTN.

Saya lihat pihak PTPTN cuba mencari alternatif bagi membuat kutipan bagi memastikan dana yang digunakan peminjam akan datang tidak kehabisan.

Usaha ini boleh dilaksanakan, namum pihak PTPTN janganlah hanya melihat tanggung jawab peminjam sahaja. Pihak PTPTN juga harus melihat tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka.

Misalnya, pihak PTPTN masih belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti mana yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Hal ini menunjukkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat selaras dengan moto 'Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tidak diterjemahkan oleh PTPTN.

Saya sendiri sudah menghubungi PTPTN sebanyak tiga kali, termasuk kali terakhir pada 15 April 2010 bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar kos pengurusan satu peratus serta surat perjanjian baru.

Namun jawapan yang diberikan masih sama iaitu surat perjanjian baru akan dihantar dalam sedikit masa lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.

Seingat saya sewaktu pengumuman dibuat, hanya peminjam yang menandatangani surat persetujuan yang baru sahaja akan menikmati kadar satu peratus.

Saya telah membuat pembayaran setiap bulan melalui online, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa notis mahupun surat berkaitan pengurangan kadar caj daripada tiga peratus kepada satu peratus.

Adakah pihak PTPTN dan kerajaan telah lupa kepada janji-janji yang telah dibuat dan disiarkan oleh seluruh media cetak dan elektronik?

Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya mengapa begitu lambat dan tidak agresif sekali tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan oleh kerajaan.

Sekiranya terdapat masalah pengurusan, saya mencadangkan agar pengurusan PTPTN bukan sahaja diuruskan oleh golongan profesional tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.

Kalau saya tidak silap telah lebih setahun pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan namun belum nampak tindakan PTPTN.

Sudahlah semasa meminjam (belajar) tempoh kemasukan duit pinjaman kerap kali lambat, sesudah menamatkan pengajian masalah lain pula yang menimpa.

M.ZAM

Kuala Lumpur


BACA LAPORAN JAWAPAN MENTERI BERKAITAN DI SINI

Pintu Taubat Wanita Berzina Terbuka Luas

Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat.

Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Apabila berlaku fenomena membuang bayi, kita sepakat mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan ini tanpa menilai mengapa ia berlaku. Adakah disebabkan budaya masyarakat yang jauh menyeleweng daripada agama, jika benar mengapa ramai orang Islam yang terbabit?



Mungkin orang kafir lebih bijak menghapuskan benih perzinaan itu dengan melakukan pengguguran, tetapi persoalannya adalah sikap membunuh darah daging yang sempurna bentuk jasad dan sifatnya itu lebih kejam daripada pengguguran pada awal kandungan.

Kita tidak mempersoalkan tindakan mana lebih kejam kerana memang kedua-duanya adalah dosa besar dalam Islam. Tetapi umat Islam perlu memiliki sifat kemanusiaan dan jangan menghukum teruk wanita yang berzina supaya mereka tidak takut dan kembali melakukan dosa besar dengan membuang bayi.

Bayi tidak berdosa itu terbunuh mungkin disebabkan proses kelahiran yang disembunyikan akibat perasaan takut dan malu, bukan kerana sengaja mahu dibunuh. Bagaimana jika ia bukan hasil perzinaan, kerana jenayah rogol misalnya atau 'haruan makan anak'.

Disebabkan masyarakat tiada belas kasihan dan keluarga berantakan, maka wanita yang terbabit berusaha menutupi dosa dengan melahirkan sendiri anak tak berdosa itu. Mustahil mereka mahu membunuh bayi selepas kelahiran. Kalau berniat membunuh, mereka akan melakukannya pada awal kandungan lagi.

Mungkin sesetengahnya tidak sempat menggugurkan kandungan dan terpaksa menunggu saat kelahiran, tetapi pada masa menunggu itu mengapa keluarga dan masyarakat tidak mahu memaafkan sehingga wanita ini putus asa dan akhirnya membunuh bayinya.

Keluarga dan masyarakat berperanan besar dalam menyelesaikan fenomena ini. Orang Islam yang taat jangan sesekali memandang serong wanita yang sudah bertaubat. Mereka yang terlanjur dan mahu bertaubat sepatutnya dibimbing, dikasihani dan ditunjukkan jalan keluar. Jika kita bersikap keras, membenci dan terus memusuhi mereka tanpa memberi peluang, fenomena sebegini akan berlarutan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [246]. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat: 159)

Kita dituntut untuk terpanggil dan sensitif dengan gejala tidak sihat di sekeliling rumah, tempat kerja, lingkungan di seluruh negeri kita. Jika ada anak saudara yang terlanjur, mampukah kita memberi kemaafan dan menanggung sama aib itu, atau kita menutupinya kerana takut dicemuh masyarakat kemudian tidak peduli dengan perbuatannya bahkan melarang anak perempuan kita bergaul rapat dengannya?

Bukankah lebih baik mengajar anak-anak kita menolong, menasihat dan mencari jalan keluar supaya taubatnya benar-benar nasuha? Malangnya, cerita keji itu tetap dikenang selamanya dan dijadikan cacian dalam keluarga sendiri padahal wanita itu sudah bertaubat.

Kita lihat pandangan dan sikap Baginda SAW terhadap wanita berzina dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud:

"Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar RA bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla".

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

Sebelum hudud ditegakkan, negara mesti menyediakan badan dakwah dan kebajikan yang aktif berperanan mendidik umat, menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar, membanteras jenayah dengan usaha pencegahan berlandaskan ilmu, nasihat dan bimbingan.

Jika ibu bapa sibuk dengan urusan sendiri, tidak menghiraukan pendidikan agama kepada anak-anak, langkah terbaik adalah mengenakan dulu hukuman ke atas ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sebelum menyalahkan anak-anak terbabit.

Malang sungguh, saat terlanjur mereka diberhentikan daripada pengajian, dipulau keluarga, tiada yang sudi menasihati dan membimbing, jalan taubat ditutup rapat oleh masyarakat sekeliling. Jika kita tidak mengubah persepsi terhadap wanita-wanita malang ini selamanya gejala buang bayi akan berleluasa.
Diolah dari Berita Harian
Tulisan oleh Dr Juanda Jaya

Rabu, 22 September 2010

merisik, meminang, berkahwin dan bekeluarga

. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.



5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.



6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%



9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita



12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berFikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....



15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.



16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.



17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran



Shared by Syed Salleh Alatas

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!