Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2010

Cerpen : Amy Adriana I

“Uncle…kenalkan ini Amy”beritahu anak saudaranya. Jeff merenung gadis manis di depannya. Nak kata bukan Melayu tapi nampak macam Melayu mungkin gadis kacukan, desis hatinya. Gadis itu mengukir senyuman dan kelihatan ada riak tidak senang direnung begitu.

“Amy Adriana” ujar gadis itu menghulurkan salam perkenalan. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman. Jeff segera menyambut tangan mulus itu. Rugi baginya jika tidak mencapainya. Otaknya pula ligat memikirkan sesuatu yang tiba-tiba menerjah menganggu minda.

“Jeffri…coursemate Elly?”soalnya cuba meleraikan kekeliruannya. Amy hanya mengangguk.
“Kami sekuliah dari sem 1 lagi”jelas Elly.


“Oh….Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”soal Jeff setelah dirasakan dia pernah mendengar nama Amy Adriana.

“Rasanya….. tidak”jawab gadis tersebut. Sekali lagi senyuman diukir. Ada kegelisahan di fikirannya. Hatinya tiba-tiba terluka melihat wajah lelaki di depannya. Wajah tersebut mengingatkannya pada seseorang. Tidak sangka window shopping petang ini membawanya kepada seseorang yang berwajah begitu.

“Hmm, rasa macam pernah jumpa Cik Amy ni, sebab tu saya tanya. Oklah, Elly. Uncle ada appointment ni. Kita jumpa kat party birthday Elly nanti, ok. Jangan merayap lama-lama. Cepat balik umah” pesan Jeffri sebelum meninggalkan anak saudaranya bersama seorang gadis bernama Amy Adriana.

****
Jam 10 malam…Jeff merenung ke siling, memikirkan kerja yang masih bertimbun. Lagu irama 90-an berkemundang di radio. Lagu tersebut pernah menjadi kegilaannya sewaktu di alam remaja dulu. Hanya sekadar suka-sukanya dan tertarik dengan lirik lagu tersebut.

“Kau insan misteri…penuh rahsia cinta…sukarnya memahami bahasa cinta kita” Jeff berlagu mengikut nyanyi solo kumpulan tersebut. Hanya bait itu yang masih diingatinya.

Jeff bangun ke tingkap memerhati pemandangan Kuala Lumpur bertemankan sinaran lampu malam. Masih sibuk dengan penghuni dengan ke sana-sini. Malam ini terasa sunyi sesunyi hatinya. Gadis misteri yang pernah menghubunginya dulu sudah lama menyepi

Bukan salah gadis itu, salahnya sendiri kerana tidak memberi peluang kepada gadis itu. Salahnya menolak perasaan gadis itu. Perkenalan mereka hanya melalui internet dan mereka hanya berhubung melalui telefon. Berkali-kali dia meminta untuk bertemu dengan gadis itu namun ditolak mentah-mentah. Gambar pun tidak berkirim menyebabkannya merasakan gadis itu hanya sekadar ingin memainkan perasaannya. Lagipun, hati Jeff masih belum terbuka untuk menerima penganti. Itulah sebabnya dia meminta agar gadis itu melupakannya dan dia juga cuba tidak menghubungi gadis itu.

Namun kini terasa kesunyian tanpa deringan. Jika tidak tentunya gadis itu menelefonnya di waktu begini. Bertanyakan khabar, sudah makan ke belum dan adakah panggilan itu menganggu?

“Amy Adriana” keluh Jeff kesal. Sudah setahun perkenalan mereka tanpa sebarang
pertemuan. Hanya dia yang menghantar gambar untuk gadis itu dan gambar itu dihargai walau pada asalnya gadis itu tidak mengizinkannya.

Kini sudah tiada insan yang menyatakan rindu dan menyatakan sayang kepadanya. Adakah Amy Adriana yang dikenalinya petang tadi sama dengan Amy Adriana yang pernah menelefonnya? Lenggok bahasa dan suaranya seolah-olah benar.

“Siapa awak Amy Adriana? Jika benar sayang dan rindu mengapa tidak sudi bertemu? Mengapa tergamak biarkan saya membayangkan wajah awak tanpa awak sudi menghantar walau sekeping gambar kepada saya. Saya pun insan biasa, sedikit sebanyak hati saya telah terbuka untuk awak. Saya rindukan suara manja awak, Amy. Tapi saya takkan izinkan awak mainkan perasaan saya, kerana itulah saya meminta hubungan maya ini diputuskan”

****
Jeff dan Izham melangkah masuk ke banglo mewah milik kawan ayah Izham. Setahunya kawan baik ayah Izham itu adalah seorang usahawan yang berpengaruh dan berjaya. Kerana itulah dia terus bersetuju menerima ajakan Izham untuk makan malam di rumah lelaki itu. Mana tahu dia dapat menimba pengalaman dan berkongsi ilmu perniagaan dengan lelaki itu.

"Kau tahu? Anak Datuk Syahadan ni cun melecun orangnya” bisik Izham semasa mereka menunggu Datuk Syahadan di bilik tamu.

“Erm, kau pernah jumpa anak dia?”
“Selalu. Tengah cuba masuk line la ni. Orangnya…fuh tak lena tidur kalau kau tengok. Tapi payah sikit. Tak melayan”.

Jeff cuma mengangguk. Anak orang kaya memang sombong tidak bertempat, bisik hatinya. Yang menjadi minah bohsia pun anak orang kaya juga, yang berpakaian seksi, ambil dadah dan selalu kena saman pun anak orang kaya juga, hatinya makin membara. Pengalaman mengingatkannya peribadi buruk yang dimiliki oleh orang-orang kaya.

Bekas tunangnya juga adalah anak orang kaya yang berpangkat Tan Sri. Kerana dimanjakan dengan kemewahan, bekas tunangnya itu memilih kebebasan daripada hidup berdua. Sanggup meninggalkannya, sanggup memutuskan pertunangan demi hidup bebas.

Hampir pukul 11 malam, anak gadis Datuk Syahadan belum kelihatan. Izham nampak gelisah begitu juga Datuk Syahadan. Hati Jeff makin mencaci- sudah gaya anak orang kaya, suka pulang lewat malam. Tentunya ke disko dan melepak bersama kawan-kawan.

“Dia tidak beritahu uncle ke dia nak ke mana?” tanya Izham.
“Ehem… tak ada. Tapi mungkin dah beritahu pengasuh dia. Biasanya dia tak pernah lewat macam ni” jawab Datuk Syahadan. Tidak lama kemudian, kedengaran enjin kereta di halaman banglo tersebut dan seketika kedengaran salam diucap lemah. Gadis yang ditunggu akhirnya di depan mata. Jeff menenguk air liur. Gadis tersebut dikenalinya.

“Amy ke mana?”soal Datuk Syahadan dengan nada yang tidak senang dengan perlakuan anak gadisnya itu.

“Amy ke library, cari bahan untuk tesis” jawab Amy. Dia sempat menjeling ke arah kedua-dua pemuda yang menombak ke arahnya.

Izham dan seorang lagi… Jeffri, bapa saudara Elly. Segannya dia ditegur di depan Jeffri. Bagaimana Jeffri berada di rumahnya? Dan paling menyiksa mengapa wajah Jay sering membayangi wajah Jeffri? jerit hatinya kepedihan.

Getaran di hati Jefri semakin melebar. Tidak sangka Amy, kawan anak saudaranya merupakan anak seorang yang disegani ramai. Paling mendebarkan, pertemuan kedua ini semakin menyakinkan dia bahawa itulah Amy Adriana yang pernah hadir dalam hidupnya. Dia amat kenal suara tersebut.


****
Amy mengambil tempat di penjuru coffee house. Jam tangannya dibelek. Tiga lima minit petang. Dia sangkakan dia yang terlewat namun Elly lebih lewat. Biasanya kawannya itu menepati masa. Tentunya Elly terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Amy memerhatikan panorama di sekelilingnya. Ada beberapa orang pelancong asing sedang berbual di meja berhampirannya.

Matanya tiba-tiba terlihat kelibat Jay yang berada di meja hadapan pelancong tersebut. Amy memerhatikan watak tersebut dengan jantung yang berdengup kencang.

“Betulkah lelaki itu Jay?”ucapnya sendirian.

Terasa sebak di dada. Airmata hampir mengalir. Jika benar dia adalah Jay, apa yang perlu dibuat? Mampukah dia ke meja lelaki tersebut dan mengenalkan dialah Amy Adriana? Bagaimana jika lelaki itu bukan Jay?

Amy cuba menarik nafas dalam. Pandangannya dialih keluar coffee house itu. Seharusnya dia menerima kenyataan bahawa sudah tiada Jay di dalam hidupnya. Dia tidak ingin dikatakan gila bayang kerana Jay. Tetapi hatinya tiba-tiba merayu untuk menatap wajah lelaki itu lagi. Dia teramat rindukan Jay, biarlah dia menatap lelaki itu sekurang-kurangnya terubat rindunya terhadap Jay.

Amy mengalih mata kembali kepada lelaki itu dan kelihatan ada seorang gadis bersama lelaki itu. Tentu gadis itu baru tiba kerana tadi lelaki itu hanya berseorangan. Amy merasakan dia mengenali gadis tersebut dan ternyata gadis itu adalah Elly. Hatinya tersentak.
“Elly ada hubungan dengan Jay?” Pandangan menjadi kabur dek airmata yang gugur.

“Amy…amy. Kenapa ni?”. Kedengaran Elly memetik jari. Cepat-cepat Amy mengesat airmata. Dia mempersilakan kawannya duduk. Dia tidak sedar bila kawannya
itu berada di hadapannya.

“Takde apa-apa. Masuk debu kut. Kenapa lambat?”
“Erm, aku baru balik discussion. Lepas tu singgah borak dengan uncle Jeff kejab” terang Elly. Gadis itu cuba menutup gelisah di hati melihat kawan baiknya menangis. Tentu ada apa-apa namun Amy kuat berahsia dan pendiam.

“Kau pergi office pakcik kau ke?” Amy cuba berbasa-basi.
“Takdelah. Itu dia. Dia tengah tunggu klien”jawab Elly dan menunjukkan bapa saudaranya.

Rupanya lelaki yang direnung Amy sebentar tadi adalah Jeff. Amy mengeluh. Betapa bodoh dirinya. Lelaki yang disangkakan Jay adalah Encik Jeffri rupanya. Seharusnya dia perlu mengelakkan bertemu dengan bapa saudara Elly. Dia asyik terbayangkan Jay apabila menatap wajah Encik Jeffri.

****

Majlis sambutan hari jadi Elly dibuat secara sederhana sahaja. Papa dan mamanya masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan Elly sendiri turut sibuk dengan pelajarannya. Kerana itulah mereka tiada masa untuk mengatur majlis besar. Jam sudah pukul 9 malam namun bayang Amy, kawan baiknya masih belum kelihatan. Bagaimana dia ingin menyambut harijadi tanpa kehadiran Amy? Nombor telefon Amy didail lagi namun tiada jawapan. Ternyata Amy menutup telefon. Kenapa dia merasakan Amy ingin menjauhkan diri darinya?


“Bila nak potong kek ni? Uncle dah tak sabar nak makan kek” gurau Jeff cuba menarik perhatian anak saudaranya. Dia tahu Elly menantikan Amy.
“Amy tak datang ke?”soal Elly kebodohan. “Kenapa dia tak datang?”
“Elly, semua tetamu dah datang ni. Mama rasa elok kita mulakan majlis”.

Elly mengeluh. Dia hanya memikirkan Amy.
“Macamana ni uncle? Amy tak datang-datang”
“Dah cuba telefon dia?”
“Dah, dia off telefon”

“Biar uncle yang telefon dia. Mana nombornya?” pinta Jeff cuba membantu. Telefon tangan Elly disambutnya dan terpapar nombor telefon Amy di skrin. Jeff meneliti nombor tersebut. Rasa macam tidak percaya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya yang bercampur-baur. Sedih dan gembira.

Nah, bukti sudah di depan mata. Amy Adriana bukan lagi gadis misteri untuknya. Nombor telefon tersebut membuktikan Amy Adriana Datuk Syahadan dan Amy Adriana yang dikenalinya setahun dulu adalah orang yang sama. Jeff mendail nombor tersebut. Benar, Amy menutup telefonnya.


“Macamana?”soal Elly dengan penuh harapan. Jeff mengangkat bahu. Debaran di dada masih berombak.
“Baiklah, kita mulakan majlis sekarang”ujar Elly kecewa.

Jeff mula membuat tafsiran. Dia dapat merasakan Amy senjaga menguzurkan diri ke majlis itu. Tentunya Amy Adriana terlebih dahulu menyedari bahawa dia adalah Jay.


****
Hari minggu yang membosankan. Jeff merenung skrin komputer di depannya. Fikirannya melayang memikirkan Amy Adriana. Hatinya terlalu ingin berjumpa dengan gadis itu. Rindunya bukan kepalang. Sudah enam bulan mereka tidak berhubung. Tentunya gadis itu pernah cuba menghubunginya tetapi sayang Jeffri telah menukar nombor telefon. Terbit rasa menyesal di hati.

Jika dari dahulu lagi dia tahu siapa Amy Adriana yang sebenarnya sudah tentu dia tidak memutuskan hubungan tersebut. Jeff mencapai telefonnya di birai katil dan mendail nombor Amy. Debaran di hatinya cuba dibuang jauh. Seketika kemudian, kedengaran suara gadis tersebut menjawab. Hati Jeffri semakin tersiksa. Memang benar itulah suara yang dikenalinya setahun dulu.

“Hello…hello”ulang suara itu. Jeffri cuba mengumpul semangat. Dia terlalu ingin berbicara dengan Amy Adriana.
“Assalamualaikum” ucap Jeff gentar.
Amy Adriana terdiam di hujung talian. Suara salam tersebut seolah pernah di dengarnya.

“Waalaikummussalam, awak siapa?”soal gadis itu laju. Jantungnya berdebar kencang. Dia amat berharap Jay, insan yang amat dirindui yang menelefonnya.
“Erm, saya…saya… bapa saudara Elly”jawab Jeffri gagap. Dia tidak bersedia untuk mengenalkan dirinya yang sebenar.

“Ooo, Encik Jeffri. Ada apa?”soal Amy kecewa. Lain yang diharap, lain yang menjelma.

Namun suara lelaki itu sekurangnya mengubat rindunya kepada Jay. Ada persamaan.
“Saya nak jumpa Cik Amy, boleh tak?”pinta Jeffri tanpa berfikir panjang.

“Kenapa nak jumpa saya?” soal Amy kembali. Ya, itulah cara Amy Adriana. Menilai pertimbangan sebelum membuat keputusan, cetus Jeffri bisu.

“Saya nak bercakap pasal Elly” tiba-tiba sahaja bibirnya menuturkan alasan itu. Entah apa lagi alasan lain yang perlu difikirkannya.

“Kenapa dengan Elly? Saya tengok dia biasa je, dia ada masalah ke?... Saya minta maaf banyak-banyak. Saya sibuk. Saya rasa saya tak boleh jumpa Encik Jeffri”jawab Amy panjang. Dia senjaga memberikan alasan itu. Dia tidak sudi berjumpa lelaki tersebut. Hatinya sakit. Dari wajah dan suara, lelaki itu mengingatkannya kepada Jay insan yang menolak cintanya.

“Tapi Cik Amy. Hal ni penting. Kita kena jumpa. Tolonglah untuk kebaikan kita bersama” Jeffri semakin mendesak.

****
Gadis di depannya direnung dalam. Ingin saja dia menarik Amy Adriana ke dalam pelukannya. Betapa dia amat merindui gadis tersebut.

“Saya sekejab je ni. Boleh Encik Jeffri ceritakan apa masalah Elly”ujar gadis tersebut. Rimas direnung begitu dan sebenarnya hatinya terguris parah dengan mata yang bersinar Jeffri.

“Erm, saya nak minta maaf banyak-banyak. Sebenarnya saya yang ‘bermasalah’ bukan Elly” ujar Jeffri membetulkan kaca matanya.

“Kenapa?”soal Amy sekilas memandang wajah lelaki itu. Pandangannya dialih ke arah kanak-kanak yang sedang bermain jongkang-jongket di taman permainan depan mereka. Sesungguhnya dia amat merindui Jay. Hatinya menyesal menemui Jeff petang itu, jika tidak tentunya rindunya pada Jay tidak kembali menyala. Wajah Jay ada pada Jeffri, jerit hatinya.

“Saya…er..saya kalau boleh saya nak berkawan dengan Amy. Sudi ke Amy berkawan dengan saya?” pinta Jeff. Dia tahu terlalu awal untuk menyatakan tujuannya namun dia tidak mahu membazirkan masanya lagi. Sudah setahun dia membiarkan masa berlalu tanpa mempedulikan Amy Adriana. Panggilan cik di depan nama Amy juga senjaga diabainya. Dia ingin kemesraan mereka yang dulu menjelma kembali.


Amy pula merengus diam sebaik sahaja Jeff melucut kata. Mana boleh dia berkawan dengan lelaki itu. Wajah dan suara lelaki itu mengingatkannya kepada Jay sedangkan dia cuba sedaya upaya untuk melupakan Jay.

“Saya berkawan dengan Elly, sudah tentu saya pun berkawan dengan Encik Jeffri” Amy cuba berbahasa.

“Tetapi Amy, bukan itu maksud saya. Saya nak kita berkawan bukan sebab saya bapa saudara Elly”

“Nantilah saya fikirkan. Saya balik dulu” jawab Amy laju dan mendapatkan kereta belum sempat mendengar jawapan dari Jeffri.

“Amy…tunggu dulu...” Jeff cuba menghalang langkah Amy namun gadis itu sudah meluncur laju meninggalkannya. Jeff mengutuk diri sendiri kerana melukakan Amy Adriana enam bulan lepas.

Jika tidak, mereka tidak perlu melalui keadaan begini. Kini, dia sudah tidak mampu mendapatkan kepercayaan Amy lagi. Sudah jelas Amy ingin menjauhkan diri daripadanya. Dia semakin pasti Amy telah tahu dia adalah Jay.


****
Usai solat Isyak, segera Jeff mendail nombor Amy. Hatinya ingin mendengar suara gadis itu. Pertemuan petang tadi hanya semakin mendera rindunya pada Amy.
“Ehm, Amy tak ke library malam ni?” soalnya setelah mendengar jawapan salam dari Amy. Diam.


“Tak. Hari ni saya penat sangat. Lagipun bahan-bahan tesis saya dah cukup”. Amy cuba melayani panggilan tersebut. Walaupun hatinya bergetar tapi dia sedar Encik Jeffri adalah bapa saudara kawan baiknya dan lelaki itu tidak pernah bersalah terhadapnya. Lelaki itu bukan Jay.


“Penat bertemu dengan saya petang tadi ke?”

“Takdelah. Bukan penat bertemu dengan Encik Jeffri tapi penat dengan kerja-kerja assignment” terang Amy dengan tenang. Giliran Jeff yang bisu. Jika dulu, Amy membahasakan diri ‘Amy’ bukan saya. Dulu Amy memanggilnya ‘abang’ bukan Encik Jeffri atau Jay. Sebaknya di dada mengenang keindahan dulu.

“Banyak ke assignment? Sibuk dengan kerja pun, kesihatan kenalah jaga. Ni dah solat Isyak ke belum?” soal Jeff lagi. Memang sudah kebiasannya menanyakan solat Amy sejak awal perkenalan mereka dulu.


“Hello… Amy ada ke takde ni?”soal Jeff lagi setelah menyedari Amy semakin tenggelam.
“Ada. Alhamdullilah. Saya dah solat” jawab Amy. Ingatannya pada Jay menerjah. Encik Jeffri bukan sahaja sama pada rupa dan suara tapi sikapnya pun sama seperti Jay, bisik hatinya halus.

Tiba-tiba Amy merasakan melayani panggilan itu adalah satu kesilapan.
“Encik Jeffri, saya ada kerja ni. Oklah ye. Bye. Assalamualaikum”.
Telefon terus ditutup. Amy melabuhkan wajah di bantal.
“I miss you Jay” ujarnya dan terus menangis.

****
“Modal tak cukup”
“Ehm, biasalah berniaga ni memang duit nombor satu. Tapi takpelah, kita muda lagi. Masa ni kita kumpul pengalaman dulu dan bila dah cukup pengalaman baru kita labur duit besar-besar baru menjadi bisness” nasihat Izham panjang.

“Hm, entahlah. Papa aku sibuk dengan syarikat dia. Aku nak minta tolong dia pun aku segan. Mungkin aku buat pinjaman bank lagi”. Jeff menceritakan cadangannya.

“Itulah engkau. Cuba kau minta tolong bapa engkau mesti dia kasi. Tapi engkau kira baguslah, muda-muda ada syarikat sendiri dah. Aku ni makan gaji dengan bapa sendiri. Tak tahu bila nak berdikari macam kau”ujar Izham menepuk bahu kawannya. Jeff senyum. Masalah mengenai modal untuk mengembangkan perniagaannya ditutup di minda. Senjaga dia menjemput wajah Amy Adriana ke fikirannya. Gadis itu telah menjerat hatinya. Jeff berjanji sedaya upaya untuk mendapatkan Amy Adriana kembali walaupun terpaksa mengaku dia adalah Jay.

“Ha, aku ada cadangan. Apa kata kita minta bantuan Datuk Syahadan untuk suntik modal dalam syarikat kau. Mesti dia setuju. Dia suka tolong anak muda macam kau berniaga. Lebih-lebih lagi anak melayu” Izham memberi cadangan dengan wajah yang penuh keyakinan dan berseri-seri.

Sekali lagi bahu kawannya ditepuk.
“Isk, nak ke Datuk Syahadan tolong aku? Takpelah, aku nak usahakan cara lain. Kalau dah terdesak baru aku minta tolong dia. Ok”. Jeff memberikan kata putus. Daripada meminta bantuan daripada lelaki itu lebih baik dia terus meminta bantuan papanya, Datuk Rasidi. Dia tidak ingin mengadakan sebarang urusan dengan Datuk Syahadan selagi ‘urusan’ dengan anak Datuk Syahadan belum selesai.


****
“Assalamualaikum, baru habis kelas ke?” tegur Jeff mendapatkan Amy di tempat letak kereta kampus. Amy menarik nafas dalam. Dia binggung dengan kelakuan lelaki itu. Mengapa lelaki itu sering menganggunya?

“Waalaikummussalam”

Segera Amy membuka pintu kereta dan menghidupkan keretanya. Jeff mengetuk cermin kereta Amy berkali-kali memaksa Amy membuka pintu kereta di seat sebelah. Lelaki masuk ke dalam kereta.

“Kenapa macam nak larikan diri dari saya?”
“Kenapa datang cari saya?” balas Amy tanpa memandang wajah lelaki itu.

“Rindu…”jawab Jeff berani. Amy memekakkan telinganya. Dia benci pada pertemuan seperti itu. Riak wajahnya jelas menampakkan dia tertekan. Sudah ramai lelaki mengejarnya bukan kerana cinta tetapi kerana harta papanya. Amy sudah jelek dengan keadaan itu.

“Okay…okay. Apa jawapan untuk permintaan saya? Saya nak berkawan dengan Amy” pintas Jeff setelah melihat keadaan Amy begitu. Amy menarik nafas. Dia tidak ingin kurang ajar terhadap bapa saudara kawan baik walaupun dia boleh berbuat begitu.

“Encik Jeffri, apa maksud ‘berkawan’ yang encik mahukan? Kalau saya nak, bukan setakat berkawan tapi saya boleh buat encik gilakan saya. Sekarang saya minta baik-baik tolong jangan ganggu saya lagi demi persahabatan saya dengan anak saudara encik. Okey. Tolong keluar dari kereta saya sekarang”.

Amy bersuara keras tanpa memandang wajah lelaki itu. Walaupun terkejut dengan nada suara Amy, Jeff cuba menenangkan hatinya. Adakah kerana dia adalah Jay maka Amy melayannya sebegitu?

“Baiklah, saya boleh keluar. Tapi kenapa Amy menjauhkan diri dari saya? Kenapa Amy langsung tidak mahu melihat wajah saya? Kenapa selalu menolak untuk menatap mata saya?...”
“Stop it!!!. Jawapannya cermin diri awak sendiri. Awak siapa, saya siapa!!!”. Amy bersuara lantang. Air-cond kereta mendinginkan suasana yang berapi.


“Okey. Saya sedar siapa saya. Awak seanggun bidadari. Anak orang berada tapi saya tahu itu bukan sebab awak tidak melihat wajah saya. Amy Adriana yang saya kenal dulu bukan macam ni”.

“Urgh… bila masa awak kenal saya? Sedalam mana awak kenal hati budi saya. Baru sebulan lebih awak kenal saya. Awak tak tahu apa-apa pasal saya. Ya, saya benci tengok wajah awak. Saya sakit hati tengok wajah awak. Saya benci awak. Get out from my car now”.

Tanpa disedari airmatanya telah bercucuran. Jeff kelu membisu dengan perubahan Amy. Saat itu hatinya memberontak kuat untuk memeluk Amy. Dia ingin menenangkan gadis itu. Dia ingin menyatakan bahawa dialah Jay dan dia amat mencintai Amy Adriana. Namun Amy telah membencinya. Masing-masing bisu. Jeff menatap wajah Amy dengan pandangan bercelaru.


“Baiklah abang keluar. Tapi ingatlah abang tidak pernah salahkan Amy atas apa yang berlaku hari ni. Abang takkan hubungi Amy lagi tapi abang amat berharap Amy menghubungi abang, tanda Amy maafkan abang… Sudahlah, jangan menangis. Amy Adriana tak suka menangis kan?”ucap Jeff pahit.

Tangannya menyapu air mata di pipi Amy. Di saat itu, Amy seolah terpaku dengan ucapan Jeff. Gadis itu menatapnya dalam meminta kepastian. Amy mahu mengerti di sebalik istilah ‘abang’ yang diucapkannya. Hanya Jay yang berkata begitu. Nasihat Jay yang selalu kedengarannya adalah ‘Amy Adriana tak suka menangis kan?’ Tanpa disedari bibir Jeff singgah di dahi Amy. Menyedari Amy merelakannya, Jeff membiarkan bibirnya lama di situ. Tangannya mengulas-ulas pipi Amy. Hatinya berbisik bahawa dialah Jay yang cintakan Amy Adriana namun bibirnya kelu untuk meluahkan.

“Okeylah. Jaga diri baik-baik. Bawa kereta hati-hati. Jangan lupa contact abang ye”pinta Jeff sebelum menutup pintu kereta. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada gadis itu yang diam membisu.

****
Sudah seminggu pertemuannya dengan Amy berlalu namun gadis itu masih lagi tidak menghubunginya. Adakah itu tanda gadis itu tidak memaafkannya? Dari gaya percakapan, seolah-olah Amy masih tidak tahu bahawa dia adalah Jay namun kenapa gadis itu benci melihatnya. Jeff mengeluh. Kerusinya dipusing-pusingkan.
‘Cinta memeningkan’, itulah kata-katanya kepada Amy 6 bulan lepas. Memang benar kata-kata itu, cintanya pada Amy dan cinta Amy pada Jay memeningkan. Cinta internet memang payah untuk dibela.

Pintu biliknya diketuk dan muncul Izham di depannya.
“Apa khabar?” ujar kawannya.
“Macam ni lah. Alhamdullillah”
“Kenapa ni? Alhamdullillah dalam keluhan. Tak baik tau” nasihat kawannya.
“Iyelah. Yang kau ni nampak gembira semacam ni. Kenapa? Baru menang loteri ke?” soal Jeff meneka. Tidak pernah dilihatnya Izham tersenyum lebar seperti hari ini.

“Alhamdullillah. Syukur dengan seikhlas-ikhlasnya” jawab Izham masih lagi senyum. Jeff menatap pemuda di depannya itu. Angau, fikirnya. “Kenapa ni?”soal Jeff curiga.


“Jangan terkejut dengar berita aku ni… Amy Adriana Datuk Syahadan sudi menjadi teman sehidup semati aku”ulas Izham dengan gembira.

“Apa???”soal Jeff masih lagi kabur dengan kata-kata kawannya. Hatinya hancur.

“Amy sudi berkahwin dengan aku. Ni kad pertunangan kami. Jatuh pada 24 haribulan. Bulan depan. Kau orang pertama yang aku jemput”.


Jeff menatap kad di gengaman. Tak perlu membacanya lagi. Semua telah jelas.
“Tahniah, Iz”. Jeff cuba senyum dan gelak bersama-sama kawannya. Dia memeluk Izham.

“Amy tak maafkan abang?” soal Jeff dalam hatinya yang bakal kembali sepi. Dalam diam, Jeff bertekad tidak akan jatuh cinta lagi. Kegagalan dua kali benar-benar menyakitkan.


****
Jeff menunggu Amy di taman permainan yang pernah mereka bertemu dulu. Jeff bersandar di kerusi kereta. Otaknya ligat memikirkan apa yang ingin dikatakan oleh gadis itu. Dia sendiri juga tidak tahu bagaimana ingin bersemuka dengan Amy Adriana. Pertemuan terakhir hampir 2 minggu lepas dia begitu berani mencium dahi Amy kerana menyangka dia mampu memiliki hati gadis itu. Namun ternyata dia gagal. Amy bukan miliknya.

“Assalamualaikum” ucap satu suara yang dirinduinya.
“Waalaikumussalam”. Cepat-cepat Jeff membuka pintu kereta dan berdiri di hadapan gadis itu. Amy senyum menatap wajah Jeff.

“Dah tak benci tengok wajah saya?”. Amy geleng.
“Kenapa?”soal Jeff mencungkil kejujuran Amy. Amy mengeluh. Taman permainan di depan mereka direnungnya.

“Wajah Encik Jeffri mengingatkan saya kepada seseorang. Seseorang yang amat saya cintai dan rindui”

Jeff cuba meneka insan yang dicintai itu. “Izham?”soal Jeff. Amy senyum.
“Bukan dia. Orang lain. Orang yang saya sendiri tidak kenal. Cuma kenal melalui internet dan saya cuma ada sekeping gambarnya saja. Tetapi bak kata orang, cinta tak kenal siapa. Cinta bukan pada rupa, cinta pada hati. Saya amat sayangkan dia”luah Amy. Jeff berperang dengan perasaan. Hatinya terharu dengan pengakuan Amy

“Sayangnya dia tidak cintakan saya. Dia tinggalkan saya sedangkan saya sedikitpun tidak dapat lupakan dia. Hidup tersiska menanggung rindu. Dan kenal Encik Jeffri tiba-tiba hati rasa sakit tengok wajah Encik Jeffri, dengar suara encik dan sikap encik. Semuanya sama. Seolah-olah encik adalah dia” terang Amy gagah dalam senyuman.

Jeff menyisir rambutnya dengan jemari.Pengakuan Amy amat menyiksanya.
“Sekarang…saya terima kenyataan. Tak perlu menangisi dia lagi. Dan apa guna saya benci Encik Jeffri sedangkan encik tidak bersalah pada saya”.

“Maksud awak dia yang bersalah pada awak, Amy?”potong Jeff.
“Tak. Dia tidak bersalah. Saya yang bersalah kerana jatuh hati pada dia”ujar Amy kelat.

“Sampai sekarang awak tidak tahu siapa dia sebenarnya?”soal Jeff lagi. Amy geleng. Jeff merengus.

“Takpelah, Amy. Awak akan bertunang dengan Izham tidak lama lagi. Lebih baik awak lupakan lelaki itu, erk boleh saya tahu namanya?”. Ketika itu raut wajah Amy kelihatan berubah.

Gadis itu menghampiri Jeff dan mengadap lelaki di depannya.
“Saya pernah berjanji dengannya bila saya jumpa dia nanti saya nak cium tangan dan dahinya. Tanda kasih yang tiada hujung. Walaupun berkenalan di internet tapi kejujuran dia memahat hati saya. Cuma dia tidak percayakan saya. Antara kami tiada kepercayaan. Dia selalu menasihatkan saya cinta itu tanpa ragu-ragu tapi dia juga ragu-ragu terhadap saya”ujar Amy sedih. Wajah Jeff ditatapnya. Sedaya upaya Jeff cuba menutup perasaannya ketika itu.


“Boleh saya minta sesuatu?”pinta Amy sayu. Jeff angguk.
“Saya…saya nak cium dahi Encik Jeffri. Saya nak kucup tangan Encik Jeffri”. Jeff mengundur ke belakang menjauhi Amy. Amy bukan miliknya. Amy milik Izham, kawan baiknya. Dia tidak ingin mengkhianati kawan sendiri. Air mata Amy tumpah melihat kelakuan Jeff.

“Encik Jeffri tidak perlu tahu namanya kerana nama tidak melambangkan apa-apa. Hanya kata-kata yang boleh mengambarkan siapa dia sebenarnya. Dialah yang selalu melafazkan falsafah cintanya, cinta itu memeningkan, cinta itu menyusahkan, cinta itu menyakitkan. Sekarang semua falsafah dia benar belaka. Apa yang berlaku pada saya adalah bukti falsafahnya…”ujar Amy lembut.

“Tidak Amy. Cinta itu indah dan menyenangkan. Dia telah tersilap menduga cinta sebab dia pernah terluka. Setelah dia kenali awak, segala falsafah cinta dia menjadi salah. Dia sendiri kehairanan mengapa cinta yang dia alami bersama awak sangat indah walaupun awak hadir tanpa wajah. Cinta awak yang mengisi sepinya, cinta awak yang mengulit malamnya dan cinta awak yang memberi ketenangnya”.

“Tapi kenapa dia tinggalkan saya?”

“Kerana dia tidak percaya jatuh hati pada gadis yang hadir tanpa wajah. Hanya ada suara dan perkataan-perkataan indah di emel”. Amy merenung Jeff. Dia menghampiri lelaki itu. Dia mengeluh berat.


“Saya tahu awaklah insan yang saya cintai itu. Awaklah Jay, kan?”soal Amy bodoh. Entah lelaki itu ingin mengaku atau tidak. Namun riak wajahnya berubah.


“Kenapa baru sekarang awak nyatakan?”soal Jeff kembali.
“Kerana baru pagi saya mengetahuinya. Tapi awak dah lama tahu siapa saya yang sebenar kenapa tidak nyatakan kepada saya?”. Ingin saja Amy menampar pipi lelaki itu yang selalu menyiksa hatinya.

“Sebab baru saat ini, saya pasti awak amat mencintai saya”jawab Jeff. Airmata Amy mengalir
laju. Perlahan-lahan Amy mengundurkan langkahnya.

“Saya telah nyatakan perasaan saya kepada awak. Benar, saya amat cintakan awak tapi sekarang semuanya bergantung pada awak. Sama ada awak mahu lepaskan saya kepada Izham atau awak mahu saya bersama. Saya sudah penat dengan permainan cinta awak.

"Assalamualaikum”ujar Amy dan berlari ke keretanya.

Jeffri membisu. Dia tidak mampu memilih cinta dan sahabat.

Bersambung….. Amy Adriana II

p/s : Hakcipta terpelihara. Tak boleh copy atau ambil tanpa izin. Sorry

Khamis, 24 Jun 2010

Cerpen : Kesilapanmu Keegoanku Part 2

Ain menghirup fresh orange di depannya. Cerita temannya itu didengar dengan teliti. Dia tahu, jika dia berada di tempat Tasha tentu dia juga dalam keadaan keliru.
“Bolehkah aku terima dia, Ain?”soal Tasha buntu.
“Aku tidak boleh buat keputusan untuk kau. Kau fikirlah elok-elok. Tanya apa perasaan kau”
“Aku tidak tahu apa perasaan sendiri”keluh Tasha.

“Tasha, seeloknya kau tanya pada Allah. Lembutkan hati kau”. Tasha diam.
“Hati kau dah berbelah bagi. Dulu kau amat yakin tidak cintakan dia. Sekarang kau sendiri dah keliru. Hati kau dah terbuka untuknya”

“Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak di awal perkenalan kami lagi?”
“Ada hikmat di sebaliknya. Mungkin untuk memberi pengajaran kepada kita semua. Supaya dia lebih menghargai kau dan supaya kau sedar betapa dia amat cintakan kau”

“Benarkah hatiku dah terbuka untuknya? Bolehkah? Setelah kami lalui satu dosa, pastinya aku takkan bahagia dengannya. Dosa itu akan menghantui kami”
“Boleh jika kau mahu dan tidak boleh jika kau tidak mahu”nasihat Ain.

~*~~~**~
“Baguslah Tasha datang, dia pun asyik tanyakan Tasha dua tiga ni”kata Datuk Rahim dalam senyuman.

“Minta maaf. Dah tiga hari Tasha tak datang melawat. Dia macamana sekarang?” soal Tasha.

Matanya singgah pada wajah yang sedang tidur lena. Sengaja dia tidak melawat lelaki itu. Dia ingin ketenangan hati untuk pertimbangan keputusan yang ada.

“Alhamdullillah. Doktor kata seminggu dua lagi dia boleh keluar wad. Tapi kena pakai kerusi roda beberapa bulan. Itupun nasib baik tulangnya tidak retak teruk”terang Datuk Rahim. Datin Rafidah hanya diam.

“Baguslah kalau macam tu. Uncle dan aunty baliklah berehat. Biar Tasha yang jaga dia. Lagipun Tasha free hari ni”ujar Tasha. Dia memang ikhlas ingin menolong.

“Eh, tak apalah. Menyusahkan Tasha je. Aunty boleh jaga dia”

“Tapi Tasha kesiankan aunty. Muka aunty nampak pucat. Aunty baliklah. Tasha janji akan jaga dia baik-baik”janjinya.

“Betul tu, Tasha. Uncle pun risaukan kesihatan aunty kamu ni. Idah, kita balik dulu. Biar Tasha yang jaga Along”pujuk Datuk Rahim.

“Idah nak cakap sesuatu dengan Tasha. Abang boleh tak tinggalkan kami sekejab”.

“Terima kasih sebab Tasha selalu datang melawat dia. Tapi kami tidak mahu Tasha paksa hati sendiri. Aunty tahu Tasha masih bencikan dia. Jadi…aunty faham kalau Tasha tak datang melawat dia pun tak apa”ujar Datin Rafidah dengan sebak.

“Aunty janganlah cakap macam tu. Tasha melawat dia dengan hati yang ikhlas. Tasha tahu, Tasha tak dapat apa-apa daripada benci dan dendam. Walau sekuat mana pun Tasha bencikan dia, dia tetap cintakan Tasha. Benci Tasha cuma menyiksa hati dia semata”

“Fikirlah apa yang terbaik untuk diri Tasha. Aunty anggap Tasha macam anak sendiri. Aunty sentiasa doakan kebahagian Tasha”ucap Datin Rafidah dan mengucup pipi gadis di depannya.

“Aunty balik dulu. Lepas Asar nanti aunty datang balik”. Tasha angguk.

Suasana kembali sunyi. Hanya tinggal dia bersama Hanif yang sedang tidur nyenyak. Tasha membetulkan selimut Hanif. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Dia tidak biasa menjaga orang sakit lebih-lebih lagi menjaga orang yang dibencinya. Dia duduk di kerusi yang berhampiran katil itu. Matanya singgah di wajah Hanif. Tidak dinafikan wajah itu indah, tapi hatinya terkunci untuk Hanif. Sejak awal perkenalan hingga ke saat ini, hatinya tetap menolak Hanif.
Tasha mengeluh. Beberapa majalah dibeleknya.

“Tasha…” Kedengaran suara Hanif halus. Lantas Tasha memandang wajah di depannya.
“Ya, awak nak air?”soal Tasha gagap. Tiba-tiba dia takut pada lelaki itu.

“Tasha…saya tengah bermimpi ke?” ujar Hanif dan cuba mengapai wajah gadis di depannya. Tasha menjauhkan wajahnya.

“Awak tidak bermimpi. Memang saya di depan awak ni. Saya tolong jagakan awak. Mama dan papa awak balik berehat”terang Tasha. Dia bangun dan menuang air. Cawan itu dihulurkan kepada Hanif. Lelaki itu geleng.

“Terima kasih datang melawat saya. Saya amat rindukan awak. Kemalangan saya alami ni mengingatkan dosa saya pada awak”ucap Hanif perlahan.

Dia cuba bangun dan duduk berlunjur di katilnya.

Tasha bergerak ke tingkap bilik itu. Dia memandang ke luar bilik. Bukit-bukau yang masih hijau. Tasha kembalikan pandangannya kepada wajah Hanif.

“Masa saya dikejarkan ke sini, saya teringatkan awak. Saya takut saya tak sempat meminta maaf dari awak”

“Berani buat dosa so kena beranilah tanggung!!!”jawab Tasha keras. Hanif diam dan memandangnya layu.
“Tasha, tahukah awak betapa siksanya hati mencintai insan yang membenci kita?” soal Hanif lemah.

“Saya tidak pernah minta awak cintakan saya. Kalau awak tidak cintakan saya, tentunya kita tidak berada di sini sekarang”keluh Tasha sayu.

“ Dan saya pun tidak pernah minta cintakan awak. Saya tidak sengaja jatuh hati pada awak. Bila saya sedar, saya sudah tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Yang saya tahu saya kena berjuang agar awak juga cintakan saya”

“Awak berjuang untuk memiliki dan menguasai saya semata-mata. Sebab itulah awak paksa saya. Jangan lupa apa yang awak dah buat pada saya!!!”

“Saya sentiasa ingatnya. Itulah mimpi ngeri saya setiap malam. Tasha… tolonglah cintai saya. Saya janji akan layan awak bagaikan puteri. Awak tidak akan kekurangan apa-apa”

“Awak masih tidak faham saya. Saya tidak ingin dilayan bagaikan puteri. Saya tidak ingin jadikan orang yang saya cintai sebagai hamba. Cukuplah ada seseorang di sisi yang menyayangi saya dan memerlukan saya seperti saya perlukan dia”

Hanif diam. Baginya itu hanyalah alasan. Dan hanya alasan yang lahir dari bibir Tasha.

“Sudahlah. Awak rehatlah. Usah fikirkan soal perasaan lagi. Kalau dah ditakdirkan ada jodoh, saya tetap akan cintakan awak juga”

“Saya akan tunggu saat itu”ucap Hanif dengan semangat yang menyala. Itulah kali pertama dia mendengar kata harapan dari Tasha.

~~***~~~
“Dah seminggu awak tidak datang melawat saya” ucap Hanif sambil menatap wajah Tasha. Personaliti gadis itu sudah berubah. Dia berbaju kurung dan bertudung litup. Keayuan dan kemanisannya makin terserlah.

“Awak macammana? Sakit lagi?”soal Tasha.
“Dah tak sakit. Tengok wajah awak hilang segala kesakitan saya”ujar lelaki itu.

Tasha berpura-pura tidak dengar. Dia tahu Hanif bukan bermanis mulut tetapi memang itulah hakikat sebenar yang dirasakan oleh lelaki itu. Dia mengupas kulit epal perlahan-lahan. Dia kekok.

“Macamana boleh accident? Ataupun awak rasa tercabar bila saya sebut pasal bunuh diri tu?”soal Tasha berani. Dia membetulkan tudung. Masih lagi rasa kekok mengenakan tudung di kepala.

“Nauzubillah !!! Sumpah saya tidak berniat begitu. Kenapa saya ingin mati? Kalau boleh saya ingin hidup seribu tahun lagi untuk saya menatap wajah awak sepanjang hayat saya”

“Wajah saya takkan kekal begini selamanya”
“Tak kisah. Janji awak di sisi saya selagi hayat dikandung badan”. Tasha diam. Pinggan berisi epal diserahkan kepada Hanif. Tasha mengambil tempat di birai katil Hanif. Memang rasa tidak selesa namun dikuatkan hatinya. Hanif merenungnya dalam. Tasha tunduk. Dia tidak biasa bertentang mata lelaki itu.

“Doakanlah agar hati saya terbuka untuk awak. Doakanlah kelembutan hati saya untuk awak”ucap Tasha perlahan dalam tunduknya.

“Apa? Saya tidak dengar”kata lelaki itu.
“Tak ada apa-apa. Rehatlah, saya ada kuliah”ujar Tasha dan bergerak ke sofa. Dia mengambil tas tangannya di meja dan menghampiri pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas, Hanif menghalangnya.
“Saya sentiasa mendoakan kelembutan hati awak. Malah mama saya pun doakannya. Saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk awak. Harap awak maafkan dosa saya yang lalu” .

Tasha mengeluh. Dia masih membelakangi Hanif yang duduk di katil.

“Saya merayu tolonglah jangan ungkit benda tu lagi. Sebab setiap kali saya ingatnya, saya akan bencikan awak. Saya maafkan kesilapan awak tu. Saya baru sedar…keegoan saya menyebabkan awak bertindak begitu”

“Tasha…betul ke ucapan awak tu?”. Tasha berpaling mengadap Hanif. Dia menganguk. Hanif senyum. Penantiannya selama ini bakal berakhir.

~~~***~~~~**~
“Along, buah hati along ada kat bawah ni” jerit Lia, adik perempuan Hanif.
“Dia tidur kut, kaklong…”tambah gadis itu. Tasha senyum. Begitu cepat gadis itu memanggilnya kak long.

“Tak apalah. Nanti akak naik atas tengok dia. Lia sekarang belajar form berapa?”
“Form 4”
“Oh, tahun depan SPM. Macamana study?”

“Bab study baik jangan tanya dia, Tasha. Aunty tak penah tengok dia study. Tengok tv dan tidur je kerjanya. Petang-petang keluar jumpa kawan main bola jaring, bola tampar macam-macam bola. Budak zaman sekarang ni”keluh Datin Rafidah.

“Ala mama ni. Malukan Lia je. Along tu tak mau abihkan master, mama tak marah pun”muncung Lia.

“Along kamu lain. Sekurangnya dia dah degree. Tak macam kamu result PMR pun cukup makan. Belajar malas. Ataupun nak mama kawinkan kamu. Bersanding sama-sama dengan kaklong nanti, nak tak?”usik Datin Rafidah.

“Tak nak !!!. Lia pegi study la. Kaklong, Lia naik dulu ye”minta gadis itu. Tasha mengangguk dalam senyuman. Matanya tertumpu pada gambarnya yang tergantung di ruang tamu itu. Dia mengeluh dengan perangai Hanif.

“Hanif dah tak mahu sambung study ke aunty?”soalnya.
“Entahlah. Katanya nak tunggu Tasha dan sambung belajar sama-sama dengan Tasha”
“Bukan macam tu mama. Along taknak tinggalkan kaklong kat Malaysia. Dia takut kaklong berubah hati. Lagipun dia risau akan rindukan kaklong bila kat Jepun nanti”celah Lia dari tingkat atas.

“Isk, budak-budak jangan menyampuk bila orang tua bercakap”marah Datin Rafidah. Tasha senyum.

“Tasha nak naik tengok dia boleh tak aunty?”

“Naiklah. Dia jarang turun kat bawah. Susah. Kaki dia sakit lagi. Rasa sengal-sengal katanya”
Tasha masuk perlahan-lahan ke bilik Hanif. Benar kata Datin Rafidah, bilik itu dipenuhi dengan gambarnya. Sesungguhnya hati Tasha terasa terharu dengan perasaan lelaki itu.

“Tasha…”tegur satu suara. Hanif sedang memerhatinya dari meja komputer.
“Erk, sorry. Saya masuk tak beri salam”ucap Tasha terkejut.

“Takpe”. Tasha diam. Tidak tahu bagaimana ingin mulakan bicara. Dia duduk di sofa yang berhampiran dengan Hanif. Pemuda itu memandangnya dengan senyuman. Senyuman yang tidak pernah lekang.

“Aunty kata kaki awak sakit lagi. Betul ke?”. Hanif angguk lemah.
“Sakit rindu pada awak. Sakit yang tiada ubat”. Lain yang ditanya, lain yang dijawab, desis hati Tasha.

“Itu baru dua hari saya tidak jenguk awak. Macam mana bila awak kembali ke Jepun nanti”duga Tasha.

“Saya ingat nak batalkan pelajaran saya kat sana. Bekerja dengan papa dulu. Kemudian, saya akan sambung belajar dengan awak nanti. Buat masa ni, saya tak nak berjauhan dengan awak”luah Hanif.

“Hanif… sambunglah pelajaran awak. Bukankah saya dah kata, kalau ada jodoh tak ke mana”. Masing-masing diam.Tidak mahu memaksa.

“Boleh saya tanya sesuatu?”pinta Tasha. Hanif angguk.

“ Apa tindakan awak bila awak cemburu?”
Hanif tergelak.

“Kenapa tanya begitu?”

“Awak akan jadi terlalu agresif. Awak mungkin akan berubah jadi orang lain. Split personality, awak pernah dengar?. Saya tahu awak amat sayangkan saya. Tetapi perasaan awak tu akan menyiksa saya juga. Awak akan menjadi bengis, awak sedar?”terang Tasha. Bukan niat menyakiti hati lelaki itu.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana reaksi saya”ujar lelaki itu perlahan. Dia cuba memahami maksud yang ingin disampaikan. Mungkin Tasha masih kenangkan peristiwa hitam yang pernah berlaku itu.

“Hanif…saya takut pada lelaki yang garang. Saya takut apabila ada orang memarahi saya. Saya takut pada seseorang agresif dan saya takut apabila teringatkan keadaan awak pada malam hitam tu. Malam tu seolah-olah bukan awak”Tasha mengetap bibir meluahkan perasaan.

“Ucapan sayang dan cinta awak malam tu masih lagi kedengaran. Saya nampak awak menangis sambil mengucup saya. Awak tak habis-habis ucapkan ‘I love you’ tetapi kenapa awak tidak hiraukan tangisan saya? Saya tidak faham”sambung gadis itu. Perit juga untuknya menyingkap sejarah itu kembali. Namun dia perlukan kepastian dan dia perlu memahami lelaki itu.

“Sayang…bukankah kita dah janji tidak ingin bicara pasal perkara tu lagi. Saya pun tersiksa dengan dosa yang telah saya lakukan. Setiap saat saya mengutuk diri sendiri. Saya amat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan. Saya berjanji saya takkan kasari awak lagi. Saya amat…amat dan amat cintakan awak”

“Saya tahu. Saya cuma risaukan cara awak. Awak keterlaluan menyayangi saya. Saya takut”

“Awak takutkan saya? Please…janganlah macam ni. Saya ingin awak bahagia bersama saya. Bukannya hidup dalam ketakutan. Saya janji akan betulkan segalanya. Berilah saya peluang. Saya bukannya pesakit psikologi. Saya manusia biasa yang normal. Cuma saya jadi tidak tentu arah kerana amat cintakan awak. Malam tu saya tidak dapat mengawal perasaan bila awak tidak izinkan saya jumpa dan hubungi awak. Saya tidak boleh bayangkan hidup saya tanpa melihat awak Tasha”

“Saya tanya perkara itu sekadar ingin memahami awak. Saya memang ingin berikan awak peluang. Memang itu tujuan saya. Saya…sudi bersama awak”. Hanif kelihatan terkejut di dalam senyuman yang bertambah mekar.

“Dengan syarat kita bertunang sebelum awak ke Jepun. Dan kita berkahwin selepas awak tamat belajar”tambah Tasha.

“Tapi…saya. Tasha, saya tidak ingin teruskan pelajaran saya. Saya akan ambil alih perniagaan papa tidak lama lagi. Kita terus kahwin, boleh?” pinta Hanif dalam cemas. Dia melutut di depan Tasha. Rasa sakit di kakinya tidak dihiraukan.

“Boleh, sekarang ke?” Tasha cuba mengusik. Segaris senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Itulah senyuman pertama untuk Hanif. Hanif turut tersenyum. Rambutnya diselak dan wajahnya berseri.

“Bangunlah. Jangan melutut macam ni. Kaki awak masih sakit lagi”

“Saya cuma harap awak memahami saya, perlukan saya seperti saya perlukan awak dan sama-samalah kita lupakan segala kepedihan masa lalu. Saya nak mulakan hidup baru bersama awak”tambah Tasha merenung Hanif yang masih melutut di depan. Hanif mengangguk. Lidah menjadi kelu untuk berkata-kata. Dia begitu gembira dengan keputusan Tasha. Dia berazam untuk membahagiakan gadis itu sepanjang hayatnya.

Nak baca Part 1? Klik sini

Khamis, 17 Jun 2010

Cerpen : Kesilapanmu Keegoanku Part 1


Tasha melangkah lemah keluar dari dewan kuliah. Minggu pertama semester memang hanya membuang masa. Kelas masih tidak berjalan dan hanya meletihkannya berlari ke kelas sedangkan kelas dibatalkan.

“Bazir makeup aku je. Aku melaram bukan main ingat nak tackle pensyarah tapi dia tak masuk pulak”gelak seorang gadis bersama teman-temannya yang berjalan di hadapannya.
“Patutlah aku tengok makeup kau tebal semacam je”jawab seorang lagi kawan mereka dan sekali lagi tawa mereka berderai.

“Happynya mereka ni. Baguslah… Mereka tiada apa yang nak disedihkan. Hidup mereka bahagia, tidak seperti aku…”keluh Tasha sendirian.

“Wei, sedihnya semacam je. Kenapa?”tegur Ain, rakan sekelasnnya. Tasha geleng meneruskan langkah ke cafeteria.

“Al-maklumlah, abang Hanif dah fly ke Jepun. Lupa pulak”usik Ain dengan muka selambanya.

Tersirap darah Tasha mendengarnya. Nama itulah yang paling dibencinya dan kenapa semua orang di kampus sentiasa mengaitkannya dengan Hanif, senior mereka yang baru sahaja tamat pelajaran di kampus itu. Kini pemuda itu menyambung pelajarannya di Jepun selama setahun. Tasha melajukan langkahnya. Dia amat benci bercerita tentang Hanif. Ain berlari mengejarnya yang telah ke depan.

“Dia tak hantar berita ke?” tanya kawannya sungguh-sungguh. Tasha merenung tajam. Ingin saja dia menjerit meminta gadis itu tidak berbicara mengenai Hanif.

“Tolong jangan ganggu aku boleh tak. Aku sebenarnya tak suka berkawan dengan perempuan kepoh macam kau”bicara Tasha sinis dan berlalu meninggalkan Ain yang wajahnya sudah bertukar warna.


***
Tasha mengambil tempatnya di sudut yang agak asing. Dia meneguk milo panas sambil meneliti borang tambah gugur kursus yang belum diisinya.

“Saudari…boleh saya duduk di sini”pinta seorang pemuda menganggu ketenangannya. Tasha merengus melihat wajah pemuda itu.

“Macamlah tak ada meja lain. Dari sem lepas kau ni tak habis-habis nak kacau aku ni kenapa? Tak faham Melayu ke? Aku takkan jadi awek kau. Faham!!!”marahnya berapi.

Pemuda itu mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan kemudian menuju ke meja kawan-kawannya yang sedang menunggu. Kedengaran dari jauh kawan-kawannya tergelak besar mendengar jawapan Tasha.

“Rileksla…esok lusa Emieza Natasha jadi hak aku jugak”ujar pemuda itu menutup kecewa di hatinya. Kawan-kawannya semakin galak menertawakannya.

Tasha cepat-cepat menghabiskan airnya. Hanif juga selalu mengucapkan kata-kata begitu. Tiba-tiba, Tasha menjadi takut…benci…dan kecewa terhadap diri sendiri. Tangannya mengelatar.

Tasha meletakkan kembali cawan yang dipegang. Dia tunduk ke meja. Ada airmata menitis di pipi. Lelaki memang suka memaksa. Lelaki pantang dicabar.
“Aku benci kau, Hanif Asran. Sampai mati aku takkan maafkan kau”jerit hatinya.



***
Usai makan malam, Tasha menemani papanya menonton tv. Sebenarnya dia bosan . Ingin mengulangkaji pelajaran namun dia tidak tahu apa yang harus dibaca.
“Tadi ,papa lunch dengan Uncle Rahim. Dia kirim salam kat Tasha”beritahu papanya dengan wajah berseri-seri.
“Waalaikumussalam”
“Kami dah bincang tentang pertunangan Tasha dengan anaknya. Anaknya minta pertunangan kamu selepas dia habis belajar nanti. Macammana pendapat Tasha?”

“Tasha ikut je. Kalau papa rasa elok, eloklah pada Tasha”beritahunya kosong. Teringat makan malamnya di rumah Datuk Rahim 2 minggu lalu. Dia dilayan bagaikan puteri, isteri Datuk Rahim begitu mesra dengannya walaupun baru mengenalinya. Namun dia masih tidak mengenali anak Datuk Rahim. Malah namanya pemuda itu juga tidak diketahuinya. Sebenarnya hatinya telah tawar. Dia cuma mengikut kata papanya yang begitu pentingkan persahabatan dan juga perniagaan. Malangnya menjadi anak businessman . Anak dijadikan saham yang boleh membawa untung besar.

“Papa dan Uncle Rahim dah lama kawan. Sejak kecil lagi. Harap hubungan Tasha dengan anaknya boleh merapatkan kami lagi”ujar papanya mengusap bahu Tasha. Tasha menelan air liur kelat. Mungkin juga hubungan itu akan memutuskan hubungan kedua-dua sahabat itu apabila terbongkar suatu rahsia.



***
Tasha mencari buku-buku yang disenaraikan oleh pensyarah. Apabila menemui kesemua buku-buku itu, Tasha mengambil tempat yang agak jauh dari pelajar-pelajar lain. Itulah caranya. Dia tidak suka melihat hiruk-pikuk mereka yang bersahabat. Persabatan banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

“Tasha, minta maaf semalam”tegur Ain mengejutkannya. Tasha tidak menjawab sebaliknya menjeling gadis itu. Buku di depannya direnung. Sepatutnya dia yang meminta maaf.

“Kau suka ke hidup macam ni? Hidup seorang diri, sombong. Aku taulah kau tu anak Tan Sri”sindir Ain lagi yang masih berdiri. Tasha diam. Dia tidak ingin menganggu emosi. Dia kembali membelek buku. Entah apa yang dicarinya di dalam buku itu.

“ Aku cuma ingin berkawan. Walaupun kau ni sombong dan keras hati tapi bagi aku, kau kawan yang baik. Kau pernah tolong aku bayarkan yuran aku dulu. Kau banyak membantu aku. Tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini kau semakin panas baran. Aku tak faham dengan sikap kau”luah Ain. Tasha diam lagi. Wajah Ain langsung tidak dijamahnya.

“Cuba kau senyum. Sejak kenal aku tak pernah tengok kau senyum. Apa kesedihan yang kau pendamkan? Tapi… mungkin sebab kau tidak senyum, kau ni ramai peminat kut”sambung Ain. Ada kegelian di hati Tasha mendengarnya. Namun Tasha masih mengawal hati.
“Dah habis cakap?”soal Tasha menatap wajah kawannya.

“Lom, erm…kalau aku tak suka senyum macam kau tentu aku pun dapat ramai peminat kan?”soal Ain menukar emosi sendiri. Tasha mengeluh malas.

“ Hebat sangatkah kalau ada ramai peminat?”soal Tasha kembali. Buku di tangannya ditutup. Ain mengangkat bahu.

“ Kau harus syukur dengan apa yang kau ada. Mungkin kerana tiada peminat kau dapat hidup dengan tenang dan selesa. Bila ada peminat, nak ke mana-mana pun tak senang. Dan…mungkin juga bahaya”terang Tasha.

“Bahaya? Kenapa? Peminat kau pernah ugut kau ke?”soal Ain terkejut. Tasha geleng. Mindanya teringat betapa ‘bahaya’nya insan bergelar peminat.

“Jom lunch. Aku belanja”ajak Tasha.


****
“Waalaikummussalam, siapa ni?”
“Saya… anak Datuk Rahim”ujar satu suara di hujung talian. Tasha tersentak. Suara itu seolah-olah pernah didengarnya.
“Anak Datuk Rahim?”soal Tasha kembali. Dia sudah dapat mengagak gerangan insan yang bercakap dengannya itu.
“Ya. Yang bakal bertunang dengan awak, Tasha” jawab suara itu kembali. Tasha kaku. Tekaan mengena.
“Oh, ada apa?”soalnya cuba menghidupkan perbualan mereka.
“Sekadar bertanya khabar” Tasha diam.
“Ehem, saya cuma ingin mendengar suara awak. Untuk melepaskan rindu. Menatap gambar saja tidak cukup bagi saya. Saya amat rindukan awak, Emieza Natasha”ujar suara itu perlahan dan cukup menyentuh hati.

“Macamana dengan study awak?” soal Tasha mengubah perbualan mereka. Dia tidak ingin berbicara mengenai rindu dan perasaan. Hatinya pedih.

“Alhamdulillah. Susah juga nak menyesuaikan diri di sini. Lebih-lebih lagi teringatkan family dan teringatkan awak. Tasha…saya harap apabila saya pulang nanti, awak sudi terima saya, sudi menjadi permaisuri hidup saya”

Tasha diam lagi. Kedengaran keluhan di hujung talian.
“Lambat lagi tu. Saya rasa baik kita jangan bercakap pasal ni. Lagipun mana tau awak berkenan dengan seseorang yang istimewa kat sana nanti”ujar Tasha.

“Takkan terjadi begitu. Hati saya pada awak saja. Hanya awak, Tasha. Saya pun tidak tahu kenapa hati saya hanya terbuka kepada awak. Awak sangat istimewa, Tasha. Saya harap hati awak terbuka untuk saya. Sembilan bulan lagi awak jadi milik saya”. Tasha semakin keliru. Bahasa dan suara itu pernah didengarinya sedangkan ini pertama kali dia berbicara dengan anak uncle Rahim. Selama ini dia tidak pernah hiraukan siapakah bakal tunangnya itu. Nama pemuda itu pun tidak diketahuinya. Namun hatinya mengatakan dia mengenali pemuda itu. Dia sudah biasa dengan pemuda itu.

“Siapakah sebenarnya bakal tunangnya itu?”bisik hatinya gentar.



***
“Papa, boleh Tasha tanya sesuatu?”
“Ya, ada apa?”soal papanya sambil membelek suratkhabar.

“Em, anak uncle Rahim tu nama apa?”. Tan Sri Baktiar gelak. Hatinya terusik dengan soalan itu. Anak gadisnya memang seorang yang sambil lewa.

“Tasha…nama bakal tunang sendiri pun tidak tahu. Papa pun kurang pasti nama penuhnya lagipun familynya panggilnya ‘along’. Kalau tidak silap papa, namanya Asran”. Hati Tasha menjerit mendengar nama itu.

“Asran atau Hanif Asran, papa?”soalnya gementar.
“Papa pun tidak pasti, sayang. Mungkin juga Hanif Asran”

“Kalau betul namanya Hanif Asran, Tasha tidak sudi bertunang dengannya. Tasha takkan bertunang dengan orang yang bernama Hanif Asran. Papa tolong sampaikan perkara ni kepada uncle Rahim. Tasha minta maaf” ujar Tasha tegas. Dia berlari ke biliknya tanpa menunggu ucapan dari papanya. Pintu biliknya dihempap kuat. Terasa hidupnya itu bagaikan satu sumpahan. Hanif Asran masih lagi menghantuinya.


***
“Tasha…”tegur satu suara. Tasha mengangkat wajahnya. Melihat gerangan pemilik suara. Terasa ada sesuatu yang pedih menusuk hatinya. Buku yang ditatapnya ditutup rapat serapat hatinya.

“Sampai hati awak batalkan pertunangan kita”ujar pemuda di depannya. Wajahnya muram dan suram. Tasha diam. Api kemarahannya masih belum padam. Sampai mati dia mendendami pemuda itu.

“Ya, Hanif Asran. Aku ada hak untuk batalkan pertunangan. Mana boleh aku bertunang dengan lelaki zalim macam kau”

“Tasha…I love u so much. Fahamilah. Jangan buat macam ni. Saya tinggalkan kuliah dan bergegas balik ke Malaysia untuk jumpa awak. Maafkanlah dosa saya yang lalu. Apa yang saya buat ni untuk buktikan betapa saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya. Saya nak sehidup semati dengan awak”rayu Hanif.

Lelaki itu hampir mengalirkan airmata. Riak wajahnya sedih dan penuh kesalan.
“Aku dah fed up dengan semua ni. Terimalah kenyataan. Aku amat bencikan kau. Rasa macam nak ludah je ke muka kau. Kau sedar tak, kau bukan manusia…kau ni binatang…iblis!!!” marah Tasha berapi. Buku dan alat tulisnya dimasukkan ke dalam beg. Segera dia meninggalkan pemuda yang terpaku di situ.


***
“Pertunangan Tasha dengan Hanif akan tetap dilangsungkan. Kami dah bincang. Kebetulan Hanif ada balik, jadi kami nak cepatkan tarikhnya”beritahu Tan Sri Baktiar dengan gembira.

Datuk Rahim dan isterinya turut tersenyum. Tasha bisu. Semua mata menombak ke arahnya.
“Mak bapak sama dengan anak. Tak tahu malu”cetus hati Tasha.
“Tasha taknak bertunang dengan dia. Kenapa payah sangat papa nak faham? Uncle dan aunty, Tasha minta maaf. Tasha takkan jadi menantu uncle dan aunty”. Tasha bingkas bangun untuk ke biliknya.

“Tasha, kenapa biadap sangat?”jerkah papanya. Tasha terkedu. Memang papanya seorang yang panas baran.
“Kalaulah papa tahu siapa sebenarnya yang biadap”luah Tasha dengan hati yang sebak. Dia berlari ke laci, mengambil kunci keretanya dan terus meninggalkan tiga pasang mata yang tidak tahu apa sebenarnya terjadi.


***
“Aku nak tumpang tidur kat sini boleh?”
“Tasha, kenapa kau nangis? Masuklah”. Ain memimpin Tasha ke katilnya. Sepanjang perkenalan mereka itulah kali pertama dia melihat Tasha menangis.
“Nak air?”. Tasha geleng.
“Kenapa ni?”
“Papa nak aku bertunang dengan Hanif”.
“Oh…Baguslah”jawab Ain pantas.

“Kau tak nak? Beritahulah papa kau elok-elok. Tentu dia faham. Aku dengar abang Hanif ada kat sini sekarang. Dia cuti ke?”soal Ain. Ada sesuatu yang dia tidak faham namun dia tidak ingin paksa kawannya itu luahkan segala.

“Aku dah beritahu papa aku, Ain. Tapi dia tak faham. Aku tiada alasan untuk tolak pertunangan tu. Aku tak tahu macamana nak jelaskan pada semua orang. Yang aku tahu Hanif tu jahat. Dia sangat jahat, Ain”luah Tasha dalam tangisan. Kawannya itu dipeluk erat. Terasa dia selamat di dalam pelukan itu.

“Kenapa kau cakap macam tu?. Semua orang tahu abang Hanif hanya cintakan kau. Dia amat gilakan kau, Tasha”

“Ya. Dia amat gilakan aku. Dia ego. Dia tidak boleh terima kenyataan bahawa aku tidak cintakan dia. Sebab itulah dia rogol aku…untuk balas dendam aku tolak cintanya”perit juga untuk Tasha luahkan rahsia itu.

Selama ini dia pendamkannya. Namun malam ini, hatinya sudah tidak mampu untuk menahannya. Tasha amat takut. Takut dia akan menjadi milik lelaki binatang itu untuk selamanya. Ain terkejut mendengar pengakuan kawannya itu. Bibirnya terkunci. Barulah dia mengerti sikap Tasha selama ini.

“Masa malam dinner pelajar senior sem lepas, kami bertengkar hebat. Aku tidak tahu macam lagi untuk bagi dia faham bahawa aku tidak cintakan dia. Dia paksa aku, dia zalim!!!”tambah Tasha dalam sedu sedan. Ain meleraikan pelukan mereka. Dia menatap wajah yang dibasahi airmata itu. Tangannya menyapu pipi Tasha.

“Bodohnya aku sebagai kawan kau, Tasha. Sepatutnya aku cari sebab kenapa kau bencikan dia. Tapi aku asyik salahkan kau yang jual mahal. Maafkan aku. Aku akan sentiasa menyokong kau”ujar Ain dalam tangisan kesalannya. Juga tangisan mengenangkan nasib Tasha. Ain memeluk Tasha kembali dan dua sahabat itu sama-sama menangis. Hanya kebuntuan yang mereka rasakan.


***
Tasha menatap mesej di telefonnya berulangkali. “Demi Allah saya sudah bertaubat. Saya sedar iman saya rapuh. Saya turutkan nafsu. Saya jadi buta kerana cinta. Fahamilah saya amat cintakan awak. Awaklah nyawa saya”. Tasha keliru dengan apa yang dirasakannya sekarang. Dia benar-benar keliru. Setelah diluahkan rahsianya kepada Ain semalam, terasa hatinya sudah tiada beban lagi. Hatinya sudah tenang. Adakah kerana dia pendamkan rahsia itu menyebabkan dia keras hati dan ego selama ini? Dia tidak mengerti.

“Apa yang kau baca?”soal Ain sambil menyikat rambut. Tasha menghulurkan telefonnya kepada Ain. Giliran Ain pula menatap mesej itu. Dahi Ain berkerut. Kemudian gadis itu mengeluh panjang. Sikatnya diletakkan di meja solek.

“Lelaki bila terlampau sayangkan perempuan inilah jadinya. Walaupun dia dah buat salah tapi kau tidak boleh nafikan dia amat cintakan kau. Kalau kau buka hati kau untuknya tentu kau adalah perempuan yang palinggg bahagia. Dia sayangkan kau lebih dari nyawanya sendiri”
“Tapi aku tidak boleh lupakan apa yang dia dah buat pada aku”
“Dia buat macam tu sebab kau kau tak layan dia. Kau ego. Kau langsung tidak bagi dia peluang”suara Ain kedengaran keras. Tasha diam.

“Ceritakan pada aku apa yang berlaku malam tu”pinta Ain.
“Apa yang berlaku kau tanya? Aku tidak mahu ingat semua tu. Aku jadi takut bila ingat benda tu. Aku betul-betul takut, Ain”luah Tasha dan terus menangis.

“Tasha…memang benar kau kena lupakan perkara hitam tu. Tapi sekarang cuba kau imbas sekejab untuk ketenangan hati kau sendiri. Bila kau luahkan segalanya, sekurang-kurangnya kau dapat mengembalikan semangat hidup kau kembali. Anggaplah kau buang segala penderitaan kau tanggung setelah kau luahkannya kepada aku. Aku kawan kau. Kau boleh percayakan aku. Aku tidak mahu kau fobia”.

“Malam tu…dia tampar aku, Ain. Dia tidak habis-habis katakan yang dia cintakan aku. Dia paksa aku dengar luahan hati dia walaupun berkali-kali aku cuba pekap telinga aku dengan kedua-dua tangan aku. Dia tidak kesian tengok aku menangis. Dia panggil aku ‘sayang’ tapi dia menyakiti aku. Aku benci dia !!!”


***
“Jom ikut saya !!!”paksa Hanif dan menariknya ke kereta.
“Tak nak. Kau jangan paksa aku. Aku jerit kang” marah Tasha. Beberapa orang pelajar memerhatikan kelakuan mereka itu. Namun tiada seorang pun yang sudi menolong. Mungkin mereka menyangka itu hanyalah pertengkaran antara dua kekasih.

“Duduk diam-diam. Sekarang kita ke balai polis”jerkah Hanif dan memecut keretanya laju. Tasha kaku dan gementar. Teringat peristiwa hitam yang lampau. Dia takut peristiwa itu kembali berulang. Tasha memekap telinga dan menjerit ketakutan. Serta merta Hanif menghentikan keretanya.

“Kenapa ni sayang?”soal Hanif kerisauan. Dia tidak menyangka kelakuan Tasha begitu. Rambut
Tasha cuba diselaknya.
“Don’t touch me !!!”marah Tasha. Dia memandang Hanif dengan wajah yang bengis. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bencinya dia pada lelaki itu.
“Saya nak terima hukuman atas dosa yang saya buat. Kita ke balai polis dan saya buat pengakuan. Semoga cara ini boleh meringankan beban di hati awak. Semoga awak akan tenang selepas ini”

“Kalau kau bunuh diri sekalipun sakit hati di hati aku takkan hilang, binatang !!!”. Riak wajah Hanif berubah. Dia menyandarkan diri. Dia begitu kesal di atas kesilapannya dulu. Mengapa Tasha tidak pernah dapat mengerti hatinya? Dia juga tersiksa dengan dosa yang telah dilakukannya.

“Baliklah, saya lepaskan awak” ucap Hanif perlahan sambil mengurut dahinya yang semakin sakit. Tasha diam. Kenapa pula tiba-tiba Hanif melepaskannya?

“Keluarlah!!!” jerkah Hanif kuat. Tasha meneguk air liur pahit. Pintu kereta itu dibukanya.

“Janganlah ganggu saya lagi. Izinkanlah saya hidup dengan tenang tanpa kehadiran awak. Saya ingin bahagia dengan cara saya. Carilah gadis lain yang menyintai awak” pesan Tasha sebelum meninggalkan lelaki itu. Hatinya lega. Mungkin dia sudah boleh kembali ke rumah papanya dan tidak perlu menumpang rumah sewa Ain lagi. Hanif kelihatan sudah membencinya.



***
Tasha termanggu di pintu wad Hanif. Dia tidak pasti samaada tindakannya betul atau tidak. Papanya memaksa supaya dia melawat Hanif yang mendapat kemalangan. Ikutkan hati ingin saja dia doakan agar lelaki itu mati. Lelaki seperti itu tidak layak untuk hidup. Lelaki itu telah banyak menyusahkan dan merosakkan hidupnya. Hanif Asranlah punca dia benci lelaki.

“Eh, Tasha. Kenapa tidak masuk?” tegur Datin Rafidah, emak kepada Hanif yang tiba-tiba berada di muka pintu bilik itu.

“Ha…”Tasha tiada jawapan. Jambangan bunga dipeluknya erat. Jarinya mengengam kuat bungkusan buahan. Datin Rafidah memerhatikan gadis di depannya. Gadis itu perlukan kekuatan dan selama ini gadis itu memang seorang yang kuat semangat.

“Mari masuk, sayang” ajaknya dan memimpin Tasha ke dalam bilik. Kelihatan sebujur tubuh berbalut di kepala dan tangan sedang baring di katil.

“Baru lepas kena suntik dan makan ubat. Tidur…”beritahu Datin Rafidah. Wanita itu mengukir senyuman. Wajahnya dipenuhi dengan kesedihan dan kelihatan pucat. Tentunya risaukan Hanif. Tasha meletakkan jambangan bunga dan buahan di rak sebelah katil Hanif. Wajah Hanif langsung tidak dilihatnya. Dia benci!!!

“Mari duduk sini. Aunty nak cakap sesuatu dengan Tasha”ajak wanita itu. Dia menepuk sofa di sebelahnya. Tasha bergerak perlahan dan duduk di sebelah wanita itu. Dia tidak mahu menduga apa yang ingin dikatakan oleh wanita itu. Datin Rafidah mengusap –usap rambut Tasha. Dia menyelak rambut ke telinga Tasha. Wajah gadis itu direnungnya dalam. Wajah itu lembut dan manis namun ada segaris kesedihan yang disimpan oleh wajah itu. Tasha tersentuh dengan belaian itu. Dia dapat merasakan kasih sayang Datin Rafidah terhadapnya. Itukah belaian seorang ibu yang tidak pernah dia rasakan?

“Tasha ni cantik. Patutlah Along sukakan Tasha”pujinya dan mengengam kedua-dua tangan Tasha. Tasha diam. Dia tidak memberi sebarang reaksi. Datin Rafidah mengeluh berat.

“Along dah ceritakan dosa dia pada Tasha”beritahu wanita itu sambil menatap wajah Hanif dari jauh. Gengaman tangan Tasha dieratkan. Dia tidak berniat untuk mengungkit dan melukakan Tasha namun kelihatan airmata Tasha sudah mengalir. Gadis itu kelihatan kaku.

“Along kata Tasha keras hati. Tetapi kenapa dengan aunty Tasha tak macam tu. Kenapa senang Tasha menangis depan aunty?”ujarnya lagi sambil menyapu airmata di pipi gadis itu.

“Aunty yang nasihat dia supaya menyerah diri di balai polis. Semalam aunty ingat panggilan dari balai polis tapi rupanya dari hospital. Inilah balasan atas dosa dia pada Tasha”keluhnya lagi.

“Aunty takkan paksa pertunangan kamu berdua lagi. Aunty pun perempuan… faham apa yang Tasha rasakan. Salah aunty yang manjakan dia. Apa yang dia nak kami pasti dapatkan walau susah macamanapun. Tetapi sekarang dia minta hati Tasha dan dia usaha sendiri untuk dapatkannya. Kemudian dia gagal memenangi hati Tasha dan minta kami campur tangan supaya dia dapat memiliki Tasha walau apapun yang terjadi”.

Tasha merenung wanita itu. Kemudian matanya menjamah wajah Hanif yang sedang lena. Dagu lelaki itu berbalut. Dia merenung kosong pada wajah lelaki itu.

“Dia amat sayangkan Tasha. Bilik tidurnya penuh dengan gambar Tasha. Setiap ruang rumah kami ada gambar Tasha. Adik-adik nak sentuh frame gambar Tasha dia tak kasi…dia takut rosak. Wallpaper komputernya gambar Tasha. Telefon bimbitnya ada gambar Tasha. Dalam keretanya ada gambar dan nama Tasha. Motosikalnya pun ada nama Tasha. Dia amat sayangkan Tasha” beritahunya dengan jujur. Segaris senyuman dihadiahkan untuk Tasha.

“Tasha takut dia, aunty. Dia seolah-olah pesakit jiwa. Dia tidak berhenti-henti kejar Tasha. Dah berkali-kali Tasha beritahu dia yang Tasha tak cintakan dia. Tapi dia…” bicara Tasha terhenti.

“Entahlah. Aunty pun tidak faham kenapa dia amat sayangkan Tasha. Tapi aunty faham bila dia nakkan sesuatu dia akan berusaha dapatkannya. Bila dia sayangkan sesuatu, dia akan jaga bagaikan nyawanya sendiri. Robot kesayangannya masa dia umur lima tahun sampai sekarang dia masih simpan”.

Pelik sungguh Hanif Asran, desis hati Tasha.

“Aunty berjanjilah simpan rahsia Tasha dan Hanif. Janganlah sampai ke pengetahuan papa dan uncle Rahim. Biarlah ia menjadi rahsia hidup kami selamanya”


Opsss putus.
Cerpen ini ditulis oleh mak ngoh sendiri, sebarang salinan perlu minta izin dulu ye

sambungannya ada.......tapi kena tunggu

Rabu, 16 Jun 2010

Cerpen : Jodoh Kita Part 2


“Tipu !!!. Aku kenal kau Aina. Aina apa dah terjadi pada kau?” Aina mengatur langkahnya laju dan sampai ke kereta.

“Abang...”panggil Aina ke arah Haris yang sedang leka berbual dengan seseorang. Haris berpaling melihat adiknya yang sedang diganggu oleh seorang lelaki.

“Hei....kenapa kau kacau adik aku?” soal Haris mengengam penumbuk .Dia dapat melihat jelas lelaki itu memegang bahu Aina.
“Aina.....tunggu. Aku Asrol !!!”
“Kau nak penumbuk aku ke?. Aku kata jangan kacau adik aku”marah Haris dan nyaris-nyaris penumbuk mengena Asrol tetapi tangannya dipegang oleh Aina.

“Sudahlah…jom kita balik”kata Aina dan menarik Haris ke kereta dan akhirnya mereka meninggalkan tempat itu.
“Lis, abang rasa elok Lis tukar kolej”ucap Haris.
“Tukar kolej? Kenapa?”
“Iyelah…hari pertama pun dah ada orang kacau”
“Tak payahlah. Lain kali Lis tahu jaga diri”pujuk Aina.
“Baiklah. Kalau ada orang kacau Lis lagi bagitau abang !!!”

Aina ke kolej seperti biasa dengan dihantar dan diambil oleh Haris. Mama juga sudah boleh mengerakkan tangan dan sudah boleh duduk di kerusi roda. Hubungan Aina dengan keluarga itu juga semakin rapat dan dia juga sudah lupa bahawa dia adalah anak angkat . Cuma hatinya terusik apabila memandang ke arah Asrol. Pemuda itu tidak menganggunya lagi malah menjelingnya pun tidak walaupun mereka sekelas .

“ Harlisa…boleh tak kita berbual sekejab?” tegur satu suara. Aina berpaling dan melihat Asrol sedang berdiri di belakangnya.
“Iya…berbual?. Bo…leh..” jawab Aina ragu-ragu. Asrol tersenyum dengan jawapan Aina.
“Ada apa?”
“Saya nak minta maaf mengenai kejadian hari tu. Saya ingat awak ni…..”
“Aina”
“Ya. Mana awak tahu?”
“Sebab awak panggil saya ‘Aina’ masa tu”jawab Aina tersenyum.
“Iya…dia kawan saya. Wajah awak sama dengannya”
“Ooo…dia belajar di sini ke?”
“Tak. Dia menghilangkan dirinya. Hari ni dah masuk 47 hari dia hilang”
“Tak buat laporan polis?” Aina berpura-pura simpati. Hatinya tersentuh apabila mengingati tempoh kehilangannya.
“Dah tetapi pihak polis tidak menemuinya. Semua orang seolah-olah sudah putus asa tetapi saya akan tetap mencarinya”
“Eh, abang saya dah datanglah. Saya pergi dulu”
“Ok…”


~ * ~ * ~

Aina termenung di sebuah bangku menunggu kedatangan Haris mengambilnya. Kadang-kadang dia rasa kasihan apabila melihat Haris terpaksa bersusah-payah datang dari pejabat mengambilnya dan pergi ke pejabat semula. Haris terlalu baik kepada tetapi kadang-kadang
Haris juga menunjukkan sikapnya yang suka mengongkong lebih-lebih apabila Haris menemuinya bersama Asrol. Dia menganggap Haris berbuat begitu kerana ingin menjaganya sebagai adik tetapi entah mengapa hatinya mengatakan Haris berlagak seperti kekasihnya.
Walau bagaimanapun apabila difikirkan balik Aina juga menyukai Haris tetapi dia terpaksa melupakan perasaannya kerana tidak mahu mengecewakan Datuk Hamidi.
“Lis…jauhnya termenung!!!” tegur Haris mengejutkanya.
“Sorry abang lambat…”
“Takpe…”. Aina terus masuk ke dalam kereta.
“Iye…takpe sebab boleh borak dengan pakwe, kan?”sindir Haris.
“Apa abang merepek ni?Abang ingat Lis macam tu ke?”marah Aina serta-merta. Entah mengapa dia tidak dapat mengawal amarahnya pada hari itu.
“Lis…relaks…sayanggg. Jangan macam ni” terkejut Haris dengan sikap Harlisa, cuba membelai rambut Aina. Sepanjang perjalanan itu mereka membisu hinggalah sampai ke rumah.
Masing-masing membatukan diri di dalam kereta dan kedua-duanya seolah dipaku, tidak berganjak.
“ Lis, I’m sorry” ujar Haris memecah sunyi mereka. Akhirnya Aina membuka pintu kereta.
“Ok takpe. Tetapi lain kali abang kena ingat Lis adik abang bukan kekasih abang…”bentak Aina
~ * ~ * ~
Haris menghempaskan fail yang dibacanya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja. Dia cuma teringatkan Harlisa. Sejak tiga hari lalu mereka sudah tidak bertegur-sapa dan Lis juga menjauhkan dirinya.

“… Lis adik abang bukan kekasih abang….”. Dia terlupa bahawa Lis adalah adiknya sedangkan selama ini dia menjaga Lis lebih dari itu.
Memang dia cemburu melihat Lis bersama Asrol sejak pertama kali lagi. Entah mengapa dia tidak dapat menahan perasaan itu. Dia rasa gembira bila dapat berbual dan bergurau mesra dengan Lis. Dulu adiknya tidak begitu cuma selepas dia balik dari London, dia mendapati keperibadian gadis itu berbeza.
Mungkin Harlisa menerima tamparan yang hebat daripada apa yang terjadi terhadap mama. Wajah Harlisa menjelma lagi, menganggu minda. Haris menumbuk mejanya dengan kuat dan terasa perit di buku tangannya. Dia tidak ingin dikatakan jatuh cinta pada adik sendiri. Lantas dia bingkas bangun dan menuju ke bilik papanya.

“Papa, Haris nak ke London”ucapnya setelah memberi salam. Datuk Hamidi mengerut dahinya.
“Kenapa. Ada apa masalah?”
“Takde. Cuma rasa nak berhijrah ke London”
“Menetap di sana?”duga si ayah dengan serius sambil memusingkan kerusinya.
Haris angguk.
“Sebab Harlisa?”
Haris geleng.
“Jangan nak tipu . Papa tahu apa yang terbuku dalam hati Haris”memang dia mengerti apa yang telah terjadi kepada anaknya itu. Pandangan mata sahaja sudah cukup memberitahunya.
“Ampun papa. Haris rasa Haris dah berdosa papa. Haris kena tinggalkan Malaysia, Haris tidak boleh tinggal di sini”pohon Haris yang melutut di kaki Datuk Hamidi.
“Mari papa ceritakan satu rahsia kepada Haris”

~ * ~ * ~
“Lis…buatkan abang air”beritahu Haris dan melangkah masuk ke bilik tidurnya kembali. Aina bingkas bangun daripada sofa dan bergegas ke dapur untuk membancuh air.

“Abang…ini airnya” beritahunya perlahan dan meletakkan air itu. Lelaki itu sibuk mengetuk keyboard komputernya.
“Tunggu kejab” Haris tetap leka mengadap komputernya.
Aina memerhatikan keadaan bilik Haris. Suasana yang terhias kemas.
“Kenapa. First time ke masuk ke sini?”soalnya.
“Ya”jawab Aina tanpa berfikir panjang.

“Ooo…dulu-dulu tu siapa yang masuk ke bilik abang. Bukankah Lis juga yang masuk?”perli Haris menghentikan kerjanya dia bingkas bangun mengadap Aina.
“Ada sebarang alasan?”soal Haris mengenyitkan matanya.
“No. Takde”
Aina kaget. Mengapa Haris berkelakuan pelik pada malam itu? Haris merenung mata Aina.
“Kenapa renung Lis macam tu?” soalnya yang malu dengan renungan itu.
“Saja. Bukan luak pun…!!!”ayat yang sama diucapkan oleh Aina
“Abang nak beritahu Lis sesuatu. Dah lama abang nak beritahu perkara ni…”
“Apa dia?”
“Lis ni cantiklah . Ramai kawan abang berlumba nak dapatkan Lis termasuklah Asrol…”
“Abang, apa abang merepek ni?”.Aina semakin rimas dengan perlakuan Haris. Mereka semakin rapat.
“Shyyy…diam sayang. Abang tak habis cerita lagi….”Haris menekapkan jari telunjuknya ke bibir Aina.
“Abang pun nak memiliki Lis…”. Secepat kilat dia menyambar tangan Aina yang ingin menampar pipinya.
“Relaks…jangan cepat bertindak…. Bayangkan kita dua insan berbeza. Kita bukan adik-beradik. Kita adalah insan yang dijodohkan untuk bersama” pujuk Haris menombak mata Aina.

“Adakah Aina akan menyintai saya”soal Haris sengaja menyebut nama Aina. Dia berharap Aina menyedarinya.
“Tell me, please” rayunya lagi. Dia merapatkan bibirnya ke arah bibir Aina dan sepantas kilat Aina menolaknya. Gadis itu berlari menuju ke pintu.

“Tunggu dulu Aina Sabrina”
Langkah Aina terhenti. Dia terpampan.
“Saya cintakan Aina Sabrina dan bukannya arwah Harlisa. Salahkah saya?”Haris menarik Aina mengadapnya.
“Wrong person…!!!”jawab Aina dan berlari keluar dari bilik itu. Masih berdalih dan menolaknya dirinya yang sebenar. Apa yang harus dilakukannya. Bolehkah dia mengaku dia Aina Sabrina? Bagaimana pula Haris mengetahui siapa dirinya sebenarnya? Ah, macam-macam persoalan tiba-tiba menjengah fikiran.

~ * ~ * ~
Aina terkejut besar mendengar berita yang baru diterimanya. Zaza menelefonnya menceritakan tentang kematian Asrol. Pemuda itu kemalangan jalan raya. Airmatanya mengalir laju dan dia segera berlari ke bilik Haris, membenamkan mukanya ke dada lelaki itu. Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Haris. Rasa menyesal menyerangnya dengan hebat. Sungguh. Dia belum sempat memberitahu pemuda itu bahawa dialah Aina Sabrina, kawan baiknya sejak kecil.

“Asrol sudah tiada” ucapnya tanpa ditanya.
Alangkah luluhnya hati Haris mendengar ucapan itu. Ternyata kasih Aina telah tertumpah pada Asrol.

Haris mengemaskan pakaiannya setelah Aina berlalu dari biliknya. Dia tekad untuk tinggalkan Malaysia. Dia terpaksa. Sebelum berangkat dia sempat menjenguk Aina yang tertidur di sofa.
Gadis itu kesedihan. Pak Mat menghantarnya ke airport dan meninggalkannya di sana seorang diri Penerbangannya lebih kurang 2 jam lagi dan dia merasakan lambatnya waktu itu. Dia sudah tidak tahan berada di Malaysia. Wajah Aina datang bersilih-ganti. Tiba-tiba bahunya ditepuk.
“Hendak ke mana?”soal seorang gadis.
“London” jawabnya tanpa berpaling ke arah suara itu.
“Mencari Aina Sabrina”duga suara itu.

Haris tersentak. Dia berpaling. Gadis itu mengenyitkan matanya.
“Aina…!!!” dia bagaikan terlompat dari kerusinya. Aina juga bangun mengadapnya.
“Aina Sabrina juga ada di London jika Haris ke sana kerana Aina Sabrina berada dalam hati Haris”tambah Aina.
“Aina…abanggg..”
“Shyyy…”ucap Aina dan menutup bibir merah Haris.
“Aina dah kehilangan sebuah persahabatan dan Aina tak ingin cinta ini juga hilang…Aina cintakan Haris”
“Aina…. terima kasih sayang”jawab Haris dan mencium tangan Aina. Dia berjaya.


Nak baca Jodoh Kita Part 1? Klik sini

Rabu, 26 Mei 2010

Cerpen : Jodoh Kita Part 1


“ Aku cuba sembunyikan agar tiada siapa tahu tapi ia hadir setiap kali mata kita bertentang...aku tidak peduli siapa kau dan dari mana kau hadir selagi kau mencintaiku”


Rasa yang sungguh selesa dan dingin seolah-olah dia berada di atas katil bertatahkan emas dan berselimutkan sutera. Aina menarik selimut itu lagi hingga ke paras bahunya. Matanya masih lagi berat untuk dibuka tetapi dia merasakan ada sesuatu kelainan pada selimutnya. Bau bilik itu juga lain. Tiba-tiba, dia kedengaran langsir yang dibuka dan lantas itu juga sinaran matahari menyilaukan matanya. Cepat-cepat dia membuka matanya dan alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan di bilik itu.

“Cik Harlisa dah bangun?. Baru tadi Datuk bertanyakan tentang cik…”ujar seorang perempuan separuh umur kepadanya . Aina bangun dari katil itu, masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia tidak tahu bagaimana dia berada di bilik itu. Perempuan tua itu pula masih mengukir senyuman seolah-olah sudah biasa dengannya.

“Cik Harlisa mandi dulu. Nanti Mak Jah siapkan sarapan ya…”ujarnya lagi dan mula mengatur langkah meninggalkan Aina. Aina keliru. Siapa pula Harlisa, di mana dia berada dan bagaimana dia sampai ke sini?”.

“Tunggu dulu, makcik. Saya bukan Harlisa. Di mana saya ni?” tanyanya dalam keadaan yang cemas. Dia tidak pernah berada di bilik sebegitu indah itu dan penuh kemewahan.
“Kenapa Cik Harlisa kata begitu? Inikah rumah cik. Apa yang cik merepek ni?”jawab perempuan dengan tenang. Tanpa menunggu jawapan daripada Aina perempuan itu terus meninggalkannya.

Aina terduduk kembali di atas katil. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepadanya?. Apa yang diingatinya, dia berjalan seorang diri di dalam kawasan yang gelap dan dia ditarik oleh seseorang. Mulutnya ditutup kemas dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ya !!! Dia amat pasti dengan apa yang telah berlaku. Dia bukan Harlisa.

“Cik tak mandi lagi?” suara perempuan tua tadi mengejutkannya. Perempuan itu sentiasa menguntum senyuman. Aina berasa amat rimas dengan kelakuan perempuan itu. Dia dapat merasakan perempuan berpura-pura dan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Terus dia berdiri dari katil itu.

“Sudahlah !!!. Tak payahlah makcik nak berpura-pura dengan saya. Jangan nak menipu saya. Saya bukan Harlisa dan saya nak tahu di mana saya berada saya berada sekarang ni…”tanpa dapat menahan kesabarannya, Aina meninggikan suaranya.

Suasana sepi seketika hanya kedengaran nafas Aina yang turun naik. Dia dapat merasakan dirinya dipermainkan dan apakah permainan ini sebenarnya?. Mengapa dia yang menjadi mangsa permainan itu? Setahunya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun.

Perempuan itu melangkah beberapa langkah ke arah meja solek di bilik itu dan mengambil satu ‘frame’ gambar yang berada di situ. Dia menghulurkannya kepada Aina.
“Inikan gambar cik?”

Aina meneliti gambar itu dan memang benar itu wajahnya. Dia betul-betul keliru dengan apa yang berlaku.

“Kalau cik tak percaya, nanti Mak Jah ambil gambar-gambar lain”tambah perempuan, membuka laci meja solek dan mengeluarkan beberapa buah album gambar .

Aina membelek-belek gambar-gambar itu satu persatu. Melihat insan di dalam gambar itu yang kelihatan ceria dan gembira dengan keluarganya. Memang betul itu wajah itu ada iras wajahnya dan yang pasti bukan wajahnya. Akhirnya dia faham dengan apa yang berlaku setelah melihat gambar Datuk Hamidi memeluk erat gadis itu dan berhujankan salji. Sungguh bahagianya mereka.

“Itukan papa Cik Harlisa ? ”ucap perempuan itu lagi.
Aina mendiamkan dirinya. Dia masih leka membelek gambar-gambar itu. Dia sudah faham apa yang dimainkan oleh Datuk Hamidi. Hatinya diusik pilu. Lelaki itu cuba mengembalikan kenangan yang tidak akan berulang lagi.
“Mak Jah keluar dulu ya”

<<<<<<<<>>>>>>>>
Aina menunggu kepulangan Datuk Hamidi di perkarangan rumah banglo itu. Suasana rumah itu begitu tenang sekali, kebetulan kedudukannya yang berhampiran dengan bukit. Di perkarangan rumah itu juga terdapat taman bunga dan kolam dengan anak-anak ikan emas yang sedang enak berenang ke sana ke mari.

“Sayang…rumah sebesar itu tetapi tiada penghuni.”bisik Aina sendirian. Setelah hampir maghrib, Aina masuk kembali ke rumah itu dan orang yang ditunggunya belum lagi menunjukkan dirinya. Dia menjenguk ke dapur melihat Mak Jah yang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

“Cik Harlisa … nak apa?” soal perempuan itu terkejut. Aina senyum.
“Sebentar tadi Datuk telefon, dia beritahu ada urusan di London tiga hari” beritahu perempuan itu lagi. Tangan ligat membersihkan pinggan di dalam sink.

“Oh…begitu”jawab Aina sedikit terkejut. Dia merasakan lelaki itu ingin menjauhkan dirinya. Aina termenung, bagaimana dia ingin menyesuaikan dirinya dengan keadaan di rumah itu sedangkan tuannya entah ke mana.

Lari atau tidak. Aina juga terfikir untuk melarikan diri dari banglo itu tetapi dia masih waras. Lelaki itu ikhlas untuk mengambilnya sebagai anak angkat cuma Aina yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan itu.

<<<<<<<<>>>>>>>>>>>
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari itu genaplah tiga hari Datuk Hamidi berada di London dan Mak Jah memberitahu Aina bahawa lelaki itu akan tiba di Malaysia tengah hari itu juga. Apa yang peliknya, Mak Jah kelihatan begitu sibuk mengadakan persiapan seolah-olah ingin menyambut kepulangan orang yang telah bertahun-tahun tidak ditemuinya. Rumah itu dihias dengan cantik. Aina membantu Mak Jah memasak makanan tengah hari.

Saat yang ditunggu telah tiba. Sebuah kereta Mercedes hitam masuk ke perkarangan banglo itu. Mak Jah, Pak Abu dan Aina berdiri di muka pintu menyambutnya. Jantung Aina berdenyut kencang. Dia tidak tahu bagaimana dia akan bersemuka dengan Datuk Hamidi. Apakah dia perlu memanggil lelaki ‘papa’?

Lain yang dijangka, bukan Datuk Hamidi seorang saja yang keluar dari kereta itu tetapi ada seorang lagi pemuda lagi di sampingnya. Aina meneguk air liurnya perit. Datuk Hamidi menjeling ke arahnya manakala pemuda mengukir senyuman kepadanya. “Selamat pulang ke tanah air Haris” ucap Mak Jah dengan gembira dan memeluk pemuda itu. Pak Abu juga berpelukan erat dengan pemuda itu dan suasana gamat seketika.

“Siapa pula Haris?”bisik hati Aina.
“Hei… Lis mengapa diam ni?”tanpa disedari pemuda itu telah berada di hadapannya. Aina tergaman. Apa yang ingin diucapkannya? Dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi dan dia sendiri tidak tahu siapa lelaki itu.

“Tak suka ke abang balik?”ucap pemuda itu lagi. Aina terus mencari kelibat Datuk Hamidi untuk meminta penjelasan tetapi lelaki itu cuma menundukkan kepalanya.
“Kenapa tak suka…Cik Lisa masak banyak makanan kegemaran Haris”celah Mak Jah dan ketawa. Aina juga terpaksa mengukir senyum.
“Bagus adik abang…”ucap Haris mencuit hidung Aina. “Adik!!!”bisik hati Aina lagi.
“Salam…abang”terkeluar ucapan itu dari bibir Aina dan serta-merta dia mengambil tangan pemuda itu dan menciumnya. Dia tahu dia harus bertindak melihatkan keadaan Datuk Hamidi yang resah .

“Oklah…jom kita masuk dulu” celah Datuk Hamidi.
“Eh tunggu dulu…Mana mama…?”soal Haris mengejutkan Aina dan yang lain. Suasana sunyi seketika. “Siapa pula mama”bisik hati Aina lagi.

“Dia ada mesyuarat penting di Bali . Baru pagi tadi dia berangkat. Dia pun tengah tunggu Haris sebenarnya tapi…”jawab Mak Jah cepat-cepat menyelamatkan keadaan.
“Tak apalah” potong Haris cepat-cepat seolah-olah kecewa dengan ‘mama’.

Aina cuma mendiamkan diri dan bergerak bersama keluarga itu menuju ke meja makan. Apa yang bermain di benaknya ialah siapakah ‘mama’ dan adakah Haris itu abang kandung Harlisa?.

<<<<<<<<<<>>>>>>>
Setelah selesai solat Isyak, Aina mengambil kembali album gambar yang pernah dilihatnya pada hari pertama dia di situ. Dia ingin mencari gambar-gambar pemuda itu Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat Aina mengemas album itu meletakkannnya Alangkah terkejutnya Aina melihat Datuk Hamidi tercegat di depannya.

“Boleh papa masuk”ujar lelaki itu tanpa kaget menyebut perkataan ‘papa’.
Aina mengangguk kepalanya dan mengizinkan lelaki itu masuk. Dadanya terasa sebak mendengar perkataan itu. Pertama kali dalam hidupnya ada seorang lelaki yang membahasakan dirinya begitu. Sejak kecil lagi dia keempunan mendengarnya dan kini ada orang yang sudi memperdengarnya. Air matanya menitis membasahi pipinya tanpa disedari.

“Kenapa menangis?”
“Sakit..!!!?”soalnya lagi. Dia memimpin Aina ke sofa. Aina mengelengkan kepala dan menyapu airmatanya.
“Pertama kali saya dengar orang membahasakan diri ‘papa’ dengan saya”ucap Aina meluahkan perasaannya, dadanya semakin diombak pilu. Datuk Hamidi cuma tersenyum dengan ucapan itu. Hatinya turut terusik mendengarnya. Dia tahu Aina tidak pernah menatap wajah ayahnya sejak lahir lagi. Gadis cuma menumpang kasih-sayang di rumah anak yatim sahaja.

“Jangan kata begitu. Mulai hari ini Aina jadilah ahli keluarga kami…janganlah menolak lagi”
Aina tidak dapat membendung airmatanya lagi lantas dia terus mencium tangan lelaki itu. Dia terharu dengan keikhlasan Datuk Hamidi. Alangkah baiknya, jika dia yang menjadi Harlisa yang sebenarnya.

“Terima kasih, Datuk”ucapnya dalam keadaan sebak.
“Bukan Datuk tapi papa”ujar Datuk Hamidi membetulkan perkataan itu dan mereka sama-sama tersenyum.
“Papa minta buat masa ini biarlah Aina guna nama Lis ya… sebab kita mesti rahsiakan perkara ini daripada Haris”
“Baiklah… tapi mengapa?”
“Sebab papa tak nak Haris putus semangat lagipun ada satu perkara lagi yang Aina dan Haris tidak tahu”jawab lelaki itu dengan suara yang agak mendatar.
“Mari papa tunjukkan”jawabnya lagi dan menarik tangan Aina keluar dari bilik itu.
“Mak Jah tolong panggilkan Haris ke bilik saya”arah Datuk Hamidi.

Setelah pintu bilik tidur itu dibuka, mata Aina tertumpu kepada seorang perempuan sedang berbaring di atas katil.

“Mari papa kenalkan kepada mama”ucap Datuk Hamidi dengan suara yang tersekat-sekat di kerongkongnya. Jantung Aina tersentak kuat. Dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan ‘mama’ walaupun sudah tiga hari dia berada di rumah itu.
“Idah… abang dah jumpa Lis…inipun dia. Idah… bangun sayang…”lembut sahaja suaranya mengejutkan perempuan itu. Perempuan itu membuka matanya dan berkedip-kedip menatap Aina.
“Mama…”seru Aina dan memegang tangan perempuan itu. Namun perempuan itu tidak memberi sebarang respon. Tangannya sejuk dan kaku. Aina terus memandang Datuk Hamidi meminta penjelasan.

“ Batinnnya sahaja yang hidup, fizikalnya sudah mati” beritahu lelaki itu dan membelakangi Aina untuk menyapu airmatanya. Aina terduduk mendengarnya. Dia mencium-cium tangan ‘mama’ tetapi perempuan itu hanya melihatnya tanpa sebarang makna. Airmatanya Aina mengalir dengan laju. Walaupun tiada ikatan di antara mereka tetapi entah mengapa hatinya mengatakan mereka begitu dekat sekali.

“Papa sudah putus asa untuk merawatnya. Papa tahu hanya Lis yang boleh merawatnya kerana dia yang menyebabkan semua ini”.

“Sebenarnya Lis terjebak dengan dadah dan malam itu dia telah masuk ke bilik ini untuk mencuri wang tetapi mujur terserempak dengan papa. Dia mengugut akan mencederakan dirinya tetapi mama dan papa tidak pedulikannya. Malangnya Lis lebih berani…dia menikan dirinya sendiri dan masa itu juga mama kamu pengsan” sambung lelaki itu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku.

“Sebab itukah dia meninggal?”
“Tidak. Dia dapat diselamatkan. Tetapi tiga bulan lepas itu dia meninggal dunia di pusat pemulihan ….sebab dadah”jawab Datuk Hamidi. Kali ini lelaki itu sudah dapat menahan airmatanya.
“Papa kesal kerana tidak dapat mendidiknya dengan baik” Lelaki itu menyapu airmata di pipi Aina. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan Haris masuk ke dalam bilik itu setelah diarahkan.
“Haris…mari jumpa mama kamu…”ucap Datuk Hamidi.

<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Aina termenung di balkoni biliknya. Dia memerhatikan pemandangan bukit-bukau yang tersergam indah di depannya. Tetapi fikirannya masih terkenang kepada ‘mama’. Kesian perempuan itu. Sepenuh hidupnya bergantung kepada orang lain. Sebutir patah perkataan pun tidak pernah terkeluar daripada mulut ‘mama’ cuma matanya sahaja yang dapat berkedip-kedip.

Tiba-tiba matanya ditutup oleh seorang.
“Teka siapa saya….”ujar suara itu , lelaki. Hati Aina berdebar-debar, lelaki itu betul-betul menganggapnya Lis dan memperlakunya seperti Lis.
“Abang…. Sudahlah” marahnya dan menyentap tangan itu daripada wajahnya. Pemuda itu ketawa dengan kerenah Aina .
“Abang ingat dah berubah jadi gadis ayu tapi rupanya masih macam singa” guraunya dan mencuit hidung Aina.
“Ingat tak nama bukit tu?”tambahnya lagi.
“Ha…nama?”soal Aina kembali. Dia tidak tahu-menahu mengenai bukit itu.
“Lis dah lupa ke?. Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita panggil itu bukit ‘gajah’. Sampai hati Lis lupa…”.
“Alah, lupa nama bukit pun jadi masalah”jawab Aina dan melangkah ke sofa. Dia berharap agar Haris tidak menanyakan soalan yang pelik-pelik lagi.
“Nama abang ingat tak?”soal Haris lagi sambil mengekorinya ke sofa. Tersirap darah Aina mendengar soalan itu.
“Malas nak ingat…nama abang bukannya sedap sangat”jawab Aina setelah mendapat idea.
“Aik…Haris Indrawan…tak sedap ke?”soal Haris mengerutkan dahinya
“Tahulaaa nama awak tu Harlisa Indragiri” jawabnya mengenakan Aina. Aina diam, takut untuk memberikan sebarang respon kerana tidak ingin terlanjur kata.
“Lis dah berubah sekarang” ujar Haris dengan serius.
“Ha…”
“Iya. Dulu abang nak masuk bilik ni pun susah, nak berbual jarang sekali boleh, nak bergurau lagilah. Macammana kawan-kawan Lis sekarang?”
“Ah…sihat…ok tapi…”
“Tapi apa?”
“Lis dah tak berkawan dengan mereka” sengaja dia memberi jawapan sebegitu semoga tiada lagi soalan mengenai kawan-kawan Harlisa.

“Baguslah, abang tak suka Lis berkawan dengan mereka. Nak-nak lagi Joe. Tumbukannya masih terasa di pipi abang” jawab Haris sambil mengosok-gosok pipinya. Aina memerhatikan raut wajah itu . Wajah yang sebanding dengan namanya yang sedap didengar.
“Kenapa renung abang macam tu?”. Dia berasa kekok dengan renungan sebegitu-Renungan yang boleh mencairkan hati lelaki.
“Ah…saja nak tenung, bukan luak pun..!!!” jawab Aina tersengih.
“Lis dah ada kekasih?” soal Haris lagi.
“Dah” jawab Aina yang semakin rimas dengan soalan Haris.
“Ada soalan lagi?” sambung Aina.
“Dah tak ada soalan tapi……. nampaknya cepatlah papa dapat cucu” jawab Haris dan bangun daripada sofa.
“Abang...!!!”marah Aina dan cuba mengejar Haris yang sudah berlari keluar dari biliknya. Kedengaran suara Haris yang ketawakannya.

<<<<<<>>>>>>>
Aina pergi ke kolej dengan hati yang berdebar-debar. Setelah ditetapkan kelasnya, dia melangkah ke kelas itu bersama seorang pensyarah. Aina dijemput duduk oleh seorang gadis disebelahnya.
“Hai...awak anak Datuk Hamidi, kan?”soal gadis itu dan menghulurkan tangannya.
“Ya”jawabnya kepelikan dengan soalan itu.
“Saya Zaza. Rasanya sudah lama awak tak kelihatan di bandar ni. Awak ke mana?”
“Ha....ada. Saya tak ke mana-mana” jawab Aina ringkas, rimas. Dia membuka bukunya dan cuba menumpukan terhadap pelajaran yang diajar.

Semasa melangkah keluar daripada kelas, Aina terdengar namanya dipanggil. Hajat dia ingin berpaling tetapi hatinya menegah daripada berbuat demikian. Fikirnya tiada siapa yang mengenalinya dengan nama Aina. Tiba-tiba bahunya ditepuk dan alangkah terkejutnya melihat Asrol, kawannya sejak kecil.

“Siapa awak?”soal Aina cuba menyembunyikan perasaannya.
“Aina... aku ni. Mustahil kau tak kenal aku”jawab Asrol cemas.
“Siapa Aina?. Saya Harlisa!!!”

(oppsss....putus dah, nanti sambung balik yer)
dont copy-copy, hakcipta terpelihara
Nak baca Jodoh Kita Part 2? Klik sini

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!