Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Oktober 2017

Resepi Kerabu paku pakis.


Bahan-bahan
1. 2 ikat pucuk paku pakis. Dipotong pendek dan dicelur dengan air yang mendidih.
2. Segengam taugeh
3. 4 ulas bawang besar ditumbuk
4. 2 ulas bawang putih ditumbuk
5. 2 sudu besar lada hitam ditumbuk
6. Semangkuk santan. (optional boleh dididihkan dan disejukkan atau guna santan mentah)
7. 5 ekor ikan kembung / selayang diambil isi dan tumbuk
8. Semangkuk kerisik ditumbuk.
9. Semangkuk kerang yang telah direbus ( makngoh tak letak)
10. Garam dan gula

Cara-cara
1. Gaul semua bahan yang ditumbuk termasuk garam dan gula.
2. Masukkan santan, kerang dan paku pakis.
3. Suaikan rasa dan boleh dihidangkan.

Jika menggunakan santan mentah, elok disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan cepat basi.

Isnin, 9 Oktober 2017

Kerabu rebung nipah


Bahan-bahan
1. Semangkuk Kerisik
2. Setengah mangkuk Isi ikan selayang kembung rebus
3. 4 ulas Bawang merah
4.1 ulas Bawang putih
5. 1 labu Bawang besar
6. 1 cawan Santan
7. 2 sudu Lada hitam
8. Garam / gula

Cara buat
1. Rebung nipah perlu dicelur dengan air panas terlebih dahulu. Tos dan keringkan. Nak cepat boleh perah pelan-pelan dengan tangan.

2. Isi ikan,bawang putih, bawang merah, lada hitam ditumbuk halus.

3. Gaul sebati dengan rebung dan kerisik.

4. Masukkan santan, garam gula. Perisakan ikut kesesuaian.

5. Hias dengan hirisan bawang besar, hirisan limau nipis dan lada merah besar.

Sabtu, 3 Disember 2016

Lawar ikan


Cara buat
Ikan tamban-siang buang tulang, hiris. tak perlu masak
Cili ditubuk kasar
Bawang merah dihiris halus
Daun kesom dihiris halus
Limau 'kerat lintang' diperah air. Jika tiada limau ni, boleh guna limau nipis atau limau kasturi.
Garam,gula, cuka(pilihan)

Gaulkan semua bahan. Ikan akan masak bila bercampur dengan air limau dan cuka. Sedap dimakan dengan nasi atau diratah. Rasa masam pedas. nyum nyum.


Sabtu, 14 November 2015

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal

 

Menu paling remeh temeh yang amat mudah . 

Bahan-bahan -: 
1. Cili kering
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Belacan (optional)
5. Gula garam

Cara-cara -: 
1. Blender cili, bawang dan belacan kemudian tumis hingga pecah minyak. 
2. Masukkan gula garam dan sedikit air asam jawa.
3. Gaul hingga sambal jadi pekat. 
4. Masukkan hirisan bawang besar. Matikan api.
4. Masukkan sambal di dalam ikan cencaru yang dah siap digoreng.

Resepi : Daging Bakar Happycall



Alkisah, Saja nak test pemanggang ajaib. Makngoh perap daging dengan garam kunyit lada hitam dan bawang putih je. Lepas tu masuk dalam pan dan bakar. Kejab je dah masak.



 
Makan dengan nasi panas.  Cicah air kicap atau sos atau makan gitu je.

Resepi : Kerabu Perut Lembu



Kerabu perut lembu memang peberet makngoh la. Rasanya masam-masam pedas gitu memang kecur air liur ler.

Bahan-bahan
1. Perut lembu direbus hingga empuk. Dihiris.
2. Bawang besar dimayang kasar
3. Bawang merah dimayang kasar
4. Kacang panjang dihiris
5. Tomato buang biji dan dihiris
4. Taugeh
5. Cili padi hiris
6. Perahan air limau nipis atau limau kasturi atau cuka.
7. Garam dan ajinomoto

Cara-cara
1. Gaul je semua bahan di atas tu.
2. Jika nak berkuah sikit, masukkan air rebusan perut tadi.

Air asam Cendawan Makngohselamoh


 

Versi 1

Bahan-bahan -:
1. Cendawan disiat-siat dan dicelur dengan asam keping
2. Bawang besar dimayang
3. Bawang merah dimayang
4. Lada hitam ditumbuk halus
5. Tomato dihiris
6. Cili padi dihiris
7. Daun bawang dan daun sup dihiris


Cara buat -:
1. Gaul je semua bahan tadi. Jika nak berkuah, ambil air yang digunakan untuk celur cendawan.
2. Jika nak masam tambahkan asam limau atau cuka.
3. Masukkan garam dan ajinamoto.

Versi 2 

Bahan-bahan -:
1. Cendawan disiat-siat dan dicelur
2. Bawang besar dimayang
3. Bawang merah dimayang
4. Belacan dibakar dan dilenyek dengan air celur cendawan tadi
5. Daun kesum dihiris
6. Cili padi dihiris


Cara buat -:
1. Gaul je semua bahan tadi. Jika nak berkuah, ambil air yang digunakan untuk celur cendawan.
3. Masukkan garam dan ajinamoto.

Ahad, 23 Ogos 2015

Resepi : Solok Lada

Bahan-bahan
1. Cili hijau
2. Kelapa tua yang diparut
3. Serai*
4. Halia*
5. Ikan kembung @ ikan selayang yang direbus*
6. Bawang putih*
7. Bawang merah*
9. Lada hitam*
10. Garam
11. Gula
12. Telor

Cara-cara

  1. Cili dibelah tapi jangan putus. Dibuang biji bersih-bersih. Rendam cili di dalam air dan kemudian toskan.
  2. Kelapa tua parut digoreng tanpa minyak hingga garing kekuningan. Lepas tu dicampur dengan segengam kelapa tua yang tidak digoreng.
  3. Bahan yang bertanda * ditumbuk lumat dan gaul dengan kelapa. Pastikan ikan dan kelapa dalam nisbah yang sesuai. 
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masukkan sebiji telor dan gaul rata. 
  6. Masukkan campuran tersebut ke dalam cili 
  7. Lapik periuk dengan daun pucuk ubi kayu@daun kubis@apa2. Letak cili yang telah dimasukkan kelapa. Susun kemas. 
  8. Curahkan air santan ke dalam periuk. Tak perlu banyak-banyak. 
  9. Letak di atas dapur hingga cili masak. 
  10. Siap!


    Kuantiti tidak dapat dinyatakan kerana bergantung kepada saiz cili dan saiz ikan yang digunakan. 










Selasa, 18 Ogos 2015

Resepi : Ayam panggang Happycall

Bahan untuk perap ayam -: 
1. Serai
2. Bawang putih
3. Bawang merah
4. Halia
5. Lada hitam
6. Rempah
7. Jintan manis jintan putih
8. Garam
9. Gula

Cara-cara -: 
1. Blenderkan semua bahan di atas. Lepas dah siap blender, jika nak buat ayam panggang kicap, jadi gaulkan bahan tu dengan kicap, jika dengan madu gaul madu. Makngoh sekadar gaul dengan kunyit sahaja. 

2. Perapkan ayam.

3. Tanpa gunakan minyak, panaskan pemanggang Happycall, kemudian bakar ayam dalam 15 minit dengan api sederhana. Siap. 



  

Bahan perap, makngoh dah buat siap-siap dan simpan dalam peti. Jika nak memangang terus ambil dan gaul je dengan ayam or daging or ikan. 

Jumaat, 14 Ogos 2015

Resepi : Bihun goreng Singapore

Bahan-bahan untuk bihun goreng
1. 1 bungkus bihun direndam hingga lembut
2. 1 labu bawang besar
3. 6 ulas bawang putih
4. Lada hitam dan lada sulah
5. Kubis dan bunga kubis
6. Lobak merah
7. Isi ayam/ sotong/udang/daging
8. Kek ikan
9. Serbuk perasa Knorr
10. Garam

Cara -:
1. Blenderkan bawang besar dan bawang putih hingga hancur dan tumis.
2. Bila sudah garing, masukkan isi ayam/ daging. Tambah sedikit air. Masak hingga ayam/ daging      masak.
3. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk hancur, tambah air sesuai dengan bihun.Masukan seafood yang ada.
4. Masukkan garam, serbuk perasa, lobak merah yang telah dihiris dan bunga kubis.
5. Gaul dengan bihun hingga sebati.
6. Masukkan kubis dan gaul sekali lagi. Angkat.
7. Hidangkan dengan taburan daun bawang, daun sup, bawang goreng, hirisan timun, lada merah dan tomato serta sambal kicap.



Bahan sambal kicap :
1. Segengam Cili 
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 lada merah dibuang biji

Cara buat : 
1. Blenderkan 3 bahan di atas dengan air masak. Kemudian tapis buang air. Masukkan di dalam mangkuk. 
2. Perah air limau kasturi/ limau nipis dan sedikit cuka, Masukkan kicap, garam dan gula. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. 

Happycall Double Grill Pressure Pan



Dah lama makngoh survey  pemanggang ajaib tapi tiada kesungguhan nak membeli. Lagipun duduk di rumah bujang, bukan rajin sangat nak masak sebenarnya. Cuma akhir-akhirnya rasa nak bertukar selera ke arah masakan grill dan kukus je. Jadi makngoh pun google sekali lagi mencari yang murah...tak kisah la brand apa pun. Setiap kali ke Pengkalan Kubor pun makngoh ada tengok-tengok harga yang murah. Ada yang harga RM49 jer tapi lupa dah jenama pe. Tapi lambat lak pulak nak balik kampung.

Terjumpa iklan Happycall RM75/set (dengan syarat beli 3 set) di mudah.my , makngoh tanya kawan-kawan sekolah jika yang berminat nak share. Alhamdulillah ada 3 orang nak share, jadi makngoh pun roger jurujual minta dia hantar ke sekolah makngoh 4 set.

Alhamdulillah, petang tadi... orangnya datang hantar 4 set Happycall Pan dengan harga hanya RM75 dan cas penghantaran dia ambil RM10. Bila dah ada depan mata barangnya, rupanya ramai la pulak yang nak gak. Alahai, silap gak makngoh tak tanya kawan-kawan yang lain.  Takpelah, order lain kali lak. Esok makngoh ada kursus jadi ahad la makngoh akan merasmikan pemanggang ajaib ini... jeng..jeng..nak masak apa yer?









Sabtu, 8 Ogos 2015

Kuetiew Kungfu






Bahan A

400 gm kuey teow

5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
kiub ayam Knorr
garam
minyak

Bahan C
Seulas bawang putih
Cili
Perahan limau kasturi
Kicap


Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, kiub ayam, sos tiram, baby corn dan lobak merah. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng, limau nipis atau kasturi dan sambal kicap.
7. Untuk buat sambal kicap : Tumbuk bawang putih dan cili. Masukkan dalam mangkuk perahkan limau kasturi, masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.


Resepi ini telah diedit dari blog seseorang. Sorry lupa nama

Resepi : Nasi air bersup



Makngoh memang suka makanan yang berasaskan sup. Memang minat sangat tapi tak pandai nak masak sup yang sedap macam di kedai. Sob sob.

Oklah. Nak kongsikan nasi air bersup yang makngoh buat hujung minggu lepas. 

Bahan nasi air : 
1. Secawan beras

Cara memasak : 
1. Cuci beras hingga bersih. Masak di dalam periuk. Jika lambat sangat nak hancur tu... bila dah jadi nasi, blenderkan je nasi tu. Pastu masuk semula dalam periuk dan keringkan air.. 

Bahan sup : 
1. Tulang + daging + ayam
2. Sup bunjut adabi
3. Halia
4. Bawang putih
5. Bawang putih 
6. Serbuk perasa
7. Lada hitam
8. Lada sulah
9. Garam

Cara memasak : 
1. Rebus tulang, daging dan ayam. Masukkan sup bunjut, halia mayang, bawang mayang. 
2. Biarkan hingga daging @ ayam tu empuk. Masukkan serbuk perasa. garam, lada hitam dan lada sulah.
3. Tak perlu masin sangat. 

Bahan kicap
1. Cili padi
2. Bawang putih
3. Limau kasturi atau limau nipis
4. Kicap
5. Garam 
6. Gula
Cara buat : 
1. Tumbuk cili dan bawang putih. 
2. Masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan kicap, garam, gula dan perahan air limau. 


Bahan hiasan dan tambahan : 

1. Ikan bilis goreng garing. Boleh tumbuk jika mahu ikan bilis halus. 
2. Isi ayam (dari sup tadi) dicarit-carit
3. Kacang tanah yang digoreng tanpa minyak. Ditumbuk kasar.
4. Bawang goreng
5. Daun bawang 
6. Daun sup
7. Kubis masin
8. Hirisan limau nipis


Cara hidangan :

Masukkan nasi, taburkan bahan hiasan dan tambahan yang lain. Curah sup. Sambal kicap hidang berasingan.


Ahad, 15 Februari 2015

Belut Goreng


Bahan-bahan
  1. Belut yang telah dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa 1 jam. 
  2. 1 labu bawang besar
  3. Cili kering diracik kasar dan lada merah kecil dibersihkan
  4. 2 ulas bawang merah
  5. 1 ulas bawang putih
  6. Garam gula ajinomoto
  7. Kicap pekat
  8. Sos tiram
  9. Madu

Cara-cara
  1. Perapkan belut dengan kicap pekat, sos tiram, garam gula dan ajinomoto mengikut citarasa anda selama 30 minit.
  2. Goreng belut  di dalam  minyak yang banyak dan panas hingga garing dan ranggup (jika suka)
  3. Toskan belut.
  4. Tumiskan bawang, cili kering dan lada merah kecil. Masukkan belut dan sedikit madu. Gaul sebati.

Paprik Belut


Bahan-bahan 
  1.  2 ekor belut dibersihkan dan direndam 1 jam dengan air asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.
  2. 4 batang serai*
  3. 1 labu bawang besar*
  4. 4 helai daun limau purut*
  5. 2 ulas bawang putih*
  6. 5 ulas bawang merah*
  7. 5 tangkai lada hijau + merah* (tambah lagi jika nak pedas)
  8. sedikut kunyit hidup*
  9. 1 biji tomato hijau*
  10. sedikit lengkuas* (optional)
  11. sedikit halia* (optional)
  12. Garam, gula dan ajinomoto.
  13. Sedikit air asam jawa
  14. 3 keping daun limau purut dikoyakkan.

Cara-cara
  1. Bahan bertanda *  dimesin tetapi jangan terlalu lumat.
  2. Tumis bahan yang telah dimesin tadi hingga garing.
  3. Masukkan belut dan gaul lagi.
  4. Masukkan air asam jawa. Jangan terlalu masam. 
  5. Masukkan garam, gula dan ajinomoto.
  6. Tambah air kosong jika bahan terlalu pekat. 
  7. Tutup api, gaulkan lagi dengan kepingan daun limau purut.
Makngoh buat versi pekat macam gambar. 

Ahad, 20 April 2014

KEK PUDING KARAMEL

Sumber: kurniaanmu.blogspot.com

KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
2 sudu besar air
Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair
35g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah>>sama mcm kak hana

Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Jumaat, 1 April 2011

Gambar pelbagai masakan paprik

Dah lama makngoh tak bercerita pasal resepi. Sebabnya....sebab makngoh tak masak sejak pindah ke KL nih. Huhu. Asyik makan di kedai di atas beberapa sebab tertentu. Dapur rumah berasap hanya untuk masak air jer. Nasi pun tidak pernah masak. Isk...isk...memang teruk.

Sejak hamil nih, hobi makngoh lain sikit. Ada hobi suka melihat gambar makanan dan suka makan... hehe. Jadi tadi, makngoh google paprik dan dapatlah macam-macam masakan paprik. Wah,,,,nasib baik tengah kenyang nih. Jadi tak terliur.

Ada macam-macam masakan paprik yang makngoh jumpa. Rupanya, kerang pun ada orang buat paprik oooo....macamanalah rasanya?

Yang lain tu, masakan paprik biasa seperti paprik ayam, daging, udang dan sotong. Dah biasa kan?

Okey ler, selamat menjamu selera melihat gambar-gambar di bawah ini -:



kredit to -: bapak google

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!