Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label penderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penderaan. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Putri Nur Damia Nor Arif Erman | DERA



Kuala Terengganu: “Tergamak dia (bekas bapa mentua) melihat saja cucu, darah dagingnya didera sebegini,” kata Mimi Norma Sakirah Ruslan, 18, ibu kepada Putri Nur Damia Nor Arif Erman, 4, kanak-kanak perempuan dipercayai menjadi mangsa dera nenek tirinya.

Mimi Norma Sakirah yang tinggal di Kampung Saujana, Setiu, mengakui hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan. Anaknya itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin.

“Saya meraung apabila melihat keadaan Damia yang lebam mata dan mengalami bengkak. Saya juga diberitahu ada rakan pernah ternampak Damia didera ketika di kawasan pasar malam tempat bekas bapa mentua berniaga.

“Perbuatan isterinya ke atas Damia memang tak akan saya lupa dan maafkan,” katanya ketika ditemui di HSNZ, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa dera nenek tirinya berusia 27 tahun berikutan beberapa kesan kecederaan pada badan dan mukanya termasuk bengkak mata kiri.

Difahamkan, kejadian menimpa kanak-kanak itu dikesan pegawai perubatan berusia 29 tahun yang bertugas di HSNZ, Kuala Terengganu ketika merawat mangsa, jam 2 pagi kelmarin.

Mimi Norma Sakirah berkata, Putri Nor Damia dijaga bekas bapa mentuanya selepas dia bercerai sejak awal tahun ini.

“Saya mempunyai dua anak iaitu Damia dan adik lelakinya Nor Hakim Nor Arif Erman yang berusia lapan bulan. Apabila bercerai, saya dan bekas suami bersetuju supaya saya menjaga Nor Hakim dan suami menjaga Damia.

“Selepas ini saya akan mula bekerja dan bertekad menanggung Damia serta adiknya,” katanya.

Pengarah HSNZ Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemeriksaan mendapati Putri Nur Damia mengalami kecederaan yang bukan disebabkan kemalangan.

Sabtu, 27 Jun 2015

Penderaan kanak-kanak perempuan 5 tahun di Pasir Mas Kelantan

Maklum kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia 5tahun di Pasir Mas Kelantan


A) Rantau panjang Rpt 3759/15
(25/06/2015@2140HRS)
B) PENGADU:-
NAMA: Sana Binti Abdul Malek
KPT: 871103-67-5056
KERJA: Surirumah
ALAMAT: PT 391 Taman Attarbiah Kg Guchil Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan
C) MANGSA:
Nama: Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin
KPT: 101022-03-0976(5thn)
Alamat: Blok Q 915 Taman Rantau Mas, Rantau Panjang Kelantan
D)SASPEK:
1)Nama: Rahayu bt Hassan
Nama panggilan: -
Umur: 25thn (anggaran)
Pekerjaan: Surirumah
Alamat : Kg.Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan
2) Nama: Zulkifli bin Che Othman
KPT: -
Umur: 40an
Pekerjaan: Peniaga kedai aksesori kereta di Rantau Panjang
Alamat: Kg Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan
E) FAKTA KES:-
Pada minggu lepas tarikh tidak pasti pengadu telah terima panggilan telefon daripada isteri kepada bekas suami bernama Rahayu bt Hassan menyatakan bahawa dia dan suami tidak lagi mahu menjaga anak saya bernama zuliana serta mahu menyerahkan hak penjagaan kepada pengadu. Pengadu setuju dan berjanji akan mengambil anaknya. Kemudian pada 24/06/2015 jam lebih kurang 0100hrs bertempat di belakang Pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang Kelantan pengadu telah pergi mengambil anaknya di sana. Kemudian pengadu lihat keadaan anaknya lemah dan tubuh badan anaknya dipenuhi parut. Pengadu syaki anak didera oleh ibu tiri.
Kemudian pengadu datang ke balai membuat repot.
F)SIASATAN AWAL
-pengadu dan bekas suami telah bercerai sejak tahun 2013
- hasil perkahwinan pengadu dan bekas suami mempunyai seorang anak perempuan
- selepas bercerai anak pengadu dijaga oleh bekas suami iaitu ayah kandung anaknya
- pengadu telah berkahwin lain dan kini mempunyai seorang anak berusia 6bulan
- bekas suami pengadu juga telah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak berusia lebih kurang setahun.
- pengadu dan anak(mangsa) jarang berjumpa selepas perceraian tersebut kerana masalah hubungan yg kurang baik bersama isteri baru bekas suami.
- kali terakhir pengadu berjumpa dgn mangsa adalah pada bulan puasa tahun lepas dan tidak lagi berhubung lagi selepas itu.
- Pengadu dihubungi oleh isteri bekas suami baru-baru ini dan menyatakan dia dan suami tidak mahu lagi menjaga mangsa kerana kesibukan
- pengadu setuju untuk mengambil mangsa tinggal bersamanya
- semasa pengadu mengambil anaknya dapati anaknya dalam keadaan lemah dan tubuh badannya dipenuhi parut.
-mangsa memberitahu bahawa mami(ibu tiri) telah mencubitnya
- pengadu bawa mangsa pulang ke Golok Thailand dan mangsa ditahan di Hospital Golok Thailand sehingga dibawa pulang ke Malaysia pada 26/06/2015
G) TINDAKAN
- telah rakam percakapan dgn pengadu di Ipd Pasir Mas
- mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II utk pemeriksaan pegawai perubatan.
- hasil pemerhatian awal fizikal mangsa mendapati seluruh badan mangsa dipenuhi kesan parut
- keadaan mangsa lemah dan tubuh kurus kering
- mangsa enggan bercerita apa-apa kepada sesiapa kerana masih dlm keadaan trauma
- Usaha kesan dan tangkap saspek terlibat akan dijalankan segera. - Siasatan lanjut akan diteruskan.
G) kes disiasat di bawah sek.31(1)akta kanak-kanak 2001

Selasa, 31 Julai 2012

Kanak-kanak 4 tahun didera dan ditinggalkan di hospital meninggal


tak tergamak melihat keadaan anak ini. Gambar hiasan


Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.


Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.


“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.


doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Jumaat, 11 Mei 2012

Mangsa dera Mohd Danish Aiman telah sedar dari koma

Makngoh baru tahu mengenai berita ini. Bayi malang ini dilaporkan telah sedarkan diri pada 29 April 2012. Alhamdulillah. Namun, pendera kejam bayi ini masih belum dapat ditangkap.

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pegawai perubatan yang enggan dikenali itu berkata bagaimanapun kanak-kanak malang berkenaan masih gagal memberi respon tindak balas.

"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, Ahad.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini diberi makan dan minum melalui tiub dan dia diberi rawatan fisioterapi agar saraf-sarafnya tidak keras dan sentiasa bergerak.
 
Keadaan Mohd Danish dilihat semakin stabil setelah kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu itu menjalani pembedahan di bahagian kepala Sabtu lepas.

Mohd Danish koma dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya Sabtu lepas ekoran perselisihan faham antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki terbabit.

Akibat penderaan itu Mohd Danish mengalami pendarahan pada otak sebelah kiri dan dia dijangka akan menjalani pembedahan buat kali kedua.

Sementara itu Ketua polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata gerakan memburu suspek masih giat dijalankan oleh polis dan lelaki itu dipercayai masih berada di sekitar Kuala Terengganu.
Polis telah menemui beberapa petunjuk namun masih gagal mengesan suspek, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempuyai maklumat mengenai lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jusoh, 31, berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membatu siasatan. BERNAMA

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!