Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 24 April 2011

Kelebihan wanita di sisi Islam



Kelebihan wanita secara umum

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.  Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

3. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

4. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

5. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

6. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Kelebihan wanita sebagai anak perempuan

1.  Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

2. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



Kelebihan wanita sebagai isteri

1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

2. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

3. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

4. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

5. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

9. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

10 . Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

11. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

12. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Kelebihan wanita sebagai ibu


1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

6 . Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

9. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

10. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

11. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

12. . Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

13. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

15. . Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

16. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

17. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


PESANAN RASULULLAH S.A.W KEPADA ANAK BAGINDA FATIMAH AZ-ZAHRA

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.
Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".

Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis".
Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. Melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim".

Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.

Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang dititahkanNya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nEscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?

Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat"

p/s : marilah kaum hawa bersyukur kerana kita dijadikan sebagai hawa. Alhamdulillah.

Sabtu, 23 April 2011

Kisah lelaki muda dan syaitan

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab, "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab: "Aku adalah Syaitan!"

Lelaki muda itu sungguh terkejut..

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya bimbang jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat."

Selasa, 19 April 2011

Artis kahwin 20 Mac lepas, kini hamil 4 bulan.

Sedihnya makngoh membaca pengakuan tanpa segan silu artis tersebut.

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.

p/s :Jauhilah zina.

Sabtu, 16 April 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang ke-tujuh

Makngoh berterima kasih kepada nuffnang kerana bermurah hati memberikan be lagi kepada makngoh :)

Alahai pengetua yang tidak kusayang

 Musim e-gtukar ni, maka ramailah guru yang berkunjung ke bilik pengetua masing-masing untuk mendapatkan tandatangan pengesahan. Guru yang tidak pernah berkunjung ke bilik pengetua pun terpaksa juga berkunjung untuk mengadap pengetua. Kalau pengetua okay tentu tidak jadi masalah, tetapi kalau pengetua yang garang, tegas tak bertempat dan tidak pandang guru pun, jadi macammanalah guru nak serahkan cetakan e-gtukar?

Kisah di sekolah makngoh yang kedengaran dari guru-guru yang memohon e-gtukar, pengetua tidak mahu menyokong perpindahan guru-guru terbabit. Alasannya, tidak mahu menghuru-harakan dan kucar-kacirkan sekolah jika guru dapat berpindah. Maklumlah, jika guru pindah, tentu jadual waktu perlu dibuat baru dan beberapa jawatan yang disandang oleh guru terbabit perlu diganti guru penganti.

Jadi, cadangkan makngoh kepada KPM, JANGANLAH DIBUKA E-GTUKAR DI PERTENGAHAN TAHUN INI JIKA TIDAK MAHU SEKOLAH DI BAWAH KPM KUCAR-KACIR. Ini tidak, e-gtukar dibuka dan guru dibenarkan memohon tetapi perlu dileteri dan dimarahi pengetua pula apabila mengadap untuk meminta pengesahan.

Seorang kawan makngoh, guna alasan ancaman keselamatan untuk berpindah malah dia sudah ada 2 laporan polis sebagai bukti. Namun, semua itu tidak dipandang oleh pengetua sebaliknya dia diperli dan disuruh carilah sekolah mana-mana pun tidak selamat di dunia ini. Hahaha...

Well, kepada pentadbir sekalian, jika guru ada memohon pindah, itu bermakna mereka ada masalah di sekolah tersebut. Mungkin berjauhan dengan keluarga, rasa tidak selamat dan rasa terancam. Buat apa menyimpan guru bermasalah di sekolah anda? Biarlah mereka pindah dan selesaikan masalah mereka supaya mereka boleh bekerja dengan lebih produktif. Alahai~ ~ ~ ~ ~ ~.

Dengar cerita ada seorang guru sudah 10 tahun berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Tidak pernah dibenarkan berpindah! Huh

Selasa, 12 April 2011

RM 13000 punya pasal, ikan patin dapat glamour

Semalam kalau tak silap makngoh, seorang pelanggan bising-bising di suratkhabar memberitahu bahawa dia telah menghabiskan RM13000 kerana belanja 50 orang rakannya menjamu selera ikan patin di Temerloh Pahang. Sampaikan kementerian perdagangan bla...bla...bla pun memberi respon terhadap aduan pelanggan tersebut.


Mungkin kerana ada sesuatu telah terjadi, hari ini pelanggan tersebut telah memberitahu bahawa sebenarnya RM 13000 adalah untuk 350 orang makan. Itu duit yang dia habiskan untuk belanja rakan-rakannya. Jadi makngoh kira-kira seorang makan dalam RM 37 sahaja. Okay lah tu. Memang berbaloi dah. Lagipun, dengar cerita bukan makan ikan patin jer, makan udang galah dan ikan krai.
                        
Cuma sekarang, makngoh terfikir jika makngoh lah orang yang dibelanja. Makngoh di dalam kelompok 350 orang itu, adakah perlu untuk makngoh membayar kembali duit makan ikan patin tersebut walaupun asalnya kawan itu kata dia nak belanja. Bukannya apa, sebab dah dicanang satu Malaysia tentang mahal la apa la...ibarat membangkit la pula. Kalau makngoh, memang makngoh jadi tak sedap hati la, entah halal ke tidak jadinya ikan patin yang ada dalam perut tu.

Jadi, nasihat kepada mereka yang suka belanja kawan, survey dulu harga dan conggak dulu berapa anggaran kemungkinan duit yang perlu dibelanjakan dalam istilah lain disedekahkan. Malu eh kalau dah jadi macam ikan patin tu.

Ahad, 10 April 2011

Ratu Cantik Nyah | Miss Malaysia 2010. Kenapa nama negeri dirahsiakan?

Makngoh petik laporan dari Harian Metro yang BARU NAK mendedahkan mengenai penganjuran Ratu Cantik Mak Nyah di sebuah negeri yang disebut sebagai negeri pantai timur.

Hello, sekarang ini dunia internet, disorok macamana pun orang tahu la negeri mana yang dimaksudkan itu. Lagipun di blog-blog telah bising mengenai cerita ratu cantik ini malah siap dengan videonya lagi. Makngoh sendiri pun tengok dengan "sound mute". Masa tu makngoh tak tahu mengenainya, bila makngoh baca komen-komen dari pembaca baru makngoh tahu ler rupanya ratu cantik maknyah. Manalah makngoh tahu sebab mukanya cantik-cantik la jugak, suara je makngoh tak dengar sebab dimutekan.

Makngoh rasa ada sebabnya kenapa nama negeri tersebut dirahsiakan. Ini kerana laporan akhbar ada menyebut
Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Negeri mana ler yang kabur dengan undang-undang syariah untuk menghukum golongan mak nyah yang berpakaian menjolok mata.

Malah ada mak nyah yang ditemubual, memberitahu bahawa
Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan"
Niat yang baik tapi kaedahnya salah. Mak nyah menyertai program tersebut turut menyatakan bahawa
“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,”

Penyanyi yang bernama Noraniza Idris turut dijemput untuk menghiburkan tetamu dan peserta malam kejadian. Cantik kak Ani bertudung litup. :)

Laporan Metro klik sini 

Ingin lihat video, sila masuk OhTidak.com dan blog Mazidul tv3.

p/s : bak kata Mazidul, isu ratu cantik ini tidak kaitan dengan jualan telur tiruan yang mengemparkan negera minggu lepas.

Maaf tiada gambar bukti , sebab tak mahu upload.

Jumaat, 8 April 2011

Al- Fatihah untuk Ahmad Sarbini Mohamad, 56 tahun dan Mohammed Abdul Lalil @ Jalil



Arwah Mohammed Abdul Lalil @ Jalil merupakan Konstabel 9364 yang telah meninggal
dunia pada tahun 25 Ogos 1950 akibat pesawat Douglas DC-3 yang dinaiki arwah telah terhempas.

Setelah hampir 60 tahun, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Bukit Treh, Muar Johor pada 6 April 2011. Al- Fatihah.



Arwah Ahmad Sarbini Mohammed adalah Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM).

Arwah dilaporkan ditemui mati di tingkat satu,
Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane.

Kes kematian arwah masih lagi dalam siasatan namun sama-samalah kita sedekahkan
 AL-Fatihah untuk arwah.

Khamis, 7 April 2011

Guru perempuan patah hidung ditumbuk pelajar 14 tahun



Alahai anak murid sayang....

Sungguh sayang dengan generasi baru Malaysia yang memang langsung tak takut guru apatah lagi nak hormat guru. Bagi mereka guru itu apalah sangat. Hanya tunggul kayu yang boleh bercakap : ada di depan kelas, masuk apabila loceng berbunyi dan keluar apabila loceng berbunyi.

Kejadian ini berlaku di Kangar apabila guru perempuan di atas tu, Mariati Mat Ali, 37 tahun dikatakan cuba meleraikan pergaduhan pelajar. Kejadian itu berlaku sewaktu peralihan waktu dan guru tersebut yang kebetulan lalu, cuba menenangkan keadaan.

Namun, malang tidak berbau, guru tersebut pula yang menjadi mangsa. Menyesal tak guru tu kerana menganggu pelajar-pelajarnya yang sedang asyik bergaduh? Terfikir tak dia, kalau dibiarkan pelajar tu jadi macamana? Uhhhhhhh.....

...MANA BOLEH! ITU TUGAS GURU!!!!!!

Tugas guru untuk dicederakan pelajar. Haha...

Sejak pindah ke sekolah baru, makngoh jadi putus asa dengan pentadbiran dan sistem keadilan yang dipratikkan di sekolah. Apa yang berlaku adalah semua salah guru 100%. Pelajar hanyalah budak yang belum matang. Oleh itu, jika pelajar bising memekik dalam kelas, itu bukan salah pelajar. Itu salah guru yang tak dapat mengawal kelas. Kesalahan pelajar yang tidak hormat guru bukanlah kesalahan tetapi itu adalah kebiasaan orang muda zaman sekarang. Ewah!!! 

Semasa makngoh awal-awal mengandung...makngoh dari surau melintasi sekumpulan pelajar yang sedang beratur nak masuk ke makmal sains. Pelajar tu adalah pelajar yang makngoh ajar juga. Tiba-tiba seorang pelajar tertolak ke arah makngoh menyebabkan makngoh hampir terjatuh ke dalam longkang ataupun ke dalam semak samun taman ciptaan. Pelajar itu ditolak oleh ketua kelas mereka. Mereka sedang asyik main tolak-tolak. Walaupun dah melanggar guru dan hampir menyebabkan guru terbaring dalam longkang, namun budak-budak tu buat tak tahu sahaja. Tak ada pun kata "maaf cikgu!"...

Makngoh hanya gelengkan kepala. Inilah, pelajar ciptaan peraturan baru yang mana pelajar tidak pernah bersalah tetapi guru  yang bersalah. "Kenapa makngoh pergi lalu di koridor yang ramai budak?. Guna ler jalan lain!!!!

p/s : pelajar dulu-dulu, diam di dalam kelas semasa guru ada kerana hormatkan guru! pelajar sekarang diam dalam kelas hanya kerana takutkan guru. Bagaimana pula dengan guru yang mereka tak takut. Cakap ler e-displin ker, bapak e-disiplin ker...memang mereka tak heran pun!

Ops, teacher cannot touch students yer, even dont jentik-jentik students!!! Kalau Mau mati  buat ler...

Ahad, 3 April 2011

Al-Fatihah untuk arwah Saiful Syazani bin Saiful Sopfidee , 7 tahun

 
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.

Sedihnya makngoh tengok gambar di atas tu.

Arwah Saiful Syazani ini seorang anak yatim. Kematian ibu. Arwah tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur 3 tahun lagi. Makngoh tak pasti sejak umur berapa dia ke sekolah agama yang mana telah menyebabkan nyawanya melayang.

Menurut ibu angkat, arwah gembira ke sekolah tersebut dan sering juga pulang ke rumah kerana jarak sekolah ke rumah adalah 1 km sahaja.

Bapa kandung arwah pula memberitahu bahawa sudah setahun dia tidak berjumpa dengan anaknya itu kerana dia tinggal Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu.

Kejadian sadis ini bermula apabila arwah dituduh mencuri wang rakan-rakannya. Malah, diberitakan bahawa sebelum kejadian ini, arwah sudah berkali-kali dituduh mencuri. Kemuncaknya  malam Khamis lepas, apabila arwah diikat tangannya di tingkap dan dibelasah oleh guru agama yang juga warden asramanya. Arwah dibelasah hampir 2 jam sehingga pengsan. Dikatakan bahawa, arwah telah merayu dan menangis minta dilepaskan. Bayangkan, pelakuan kejam tersebut dilakukan kepada budak yang berumur hanya 7 tahun. kasihannya.

Menurut laporan akhbar, insiden soal siasatan dan belasah itu bermula pukul 7 malam, dan arwah hanya dikejarkan ke hospital pada pukul 1.30 pagi. Berapakah jarak masa di situ? Jika benar hampir dua jam bermakna hampir pukul 9 malam. Guru agama tersebut tidak sembahyang ke? Jika benar hampir dua jam bermakna arwah mula pengsan lebih kurang pukul 9 malam, jadi kenapa baru pukul 1.30 pagi baru dihantar ke hospital?

Bukan sekadar guru agama tersebut yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi juga beberapa guru-guru lain di sekolah agama tersebut juga perlu disoal siasat.

Beginikah cara sekolah agama berfungsi dan memberi hukuman kepada pelajar? Adakah garis panduan sekolah agama tidak sama dengan sekolah harian biasa?

Pencuri dewasa yang mengaku mencuri pun tidak dikenakan hukuman dibelasah hingga mati. Inikan pula seorang budak 7 tahun yang tidak mengaku mencuri, sekadar dituduh. Sangat kasihan dan malang.

Al-fatihah. Makngoh rasa arwah gembira di alamnya sekarang. Dia kanak-kanak yang belum akil baligh.

Wahai guru agama yang membelasah arwah, tentu anda gembira dan puas hati kerana telah berjaya menghapuskan "pencuri" di asrama anda. Semoga tiada lagi kecurian di asrama anda selepas ini. Hukuman yang anda berikan memang sangat-sangat berkesan dan berbekas di hati setiap pelajar anda. Percayalah!

Andalah insan lemah yang mengikut hawa nafsu dan bisikan amarah dari syaitan.

Klik di sini untuk cerita dari Metro
http://makngohselamoh.blogspot.com/2011/04/guru-agama-belasah-pelajar-hingga-kooma.html 

p/s : teringatkan adik bongsu lelaki makngoh yang berumur 11 tahun. Rindu padanya yang sedang berada di kampung.

Opsyen guru yang diperlukan oleh setiap negeri bagi pertukaran Jun 2011 (sumber dari KPM)

OPSYEN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KE
 NEGERI-NEGERI BAGI PERTUKARAN JUN 2011



SEKOLAH MENENGAH HARIAN (SMK)
Bil
Negeri
Opsyen Yang Boleh Dipertimbangkan
1
Perlis
Bahasa Melayu, Geografi, KH-ERT, KH-SP, ICT
2.
Kedah
Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Seni Visual, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, ICT, Reka Cipta
3.
Pulau Pinang
Reka Cipta, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, Pendidikan Islam, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Geografi, KH-ERT, KH-SP, KH-KMT
4.
Perak
Reka Cipta, LK, TK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT
5.
Selangor
Kaunseling, MPT-Perdagangan,  Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT
6.
Kuala Lumpur
Reka Cipta, LK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT
7.
Putrajaya
LK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, ICT
8.
Negeri Sembilan
Reka Cipta, LK, Prinsip Akaun,   Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT
9.
Melaka
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, Bahasa Cina, PJK Lelaki, Rekacipta, Prinsip Akaun,TK,KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT
10.
Johor
Kaunseling, Reka Cipta, TK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, ICT
11.
Pahang
Reka Cipta, LK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Moral,  ICT
12.
Terengganu
Reka Cipta, LK,  Bahasa Inggeris, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, ICT
13.
Kelantan
Reka Cipta, LK, TK,  Bahasa Inggeris, Pengajian Am, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Bahasa Cina, ICT
14.
Sarawak
Kaunseling, Reka Cipta, LK, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, ICT
15.
Sabah
Kaunseling, Reka Cipta, LK, Perdagangan,  Pengajian Am, Pendidikan Seni, PJ&K, KH-ERT, KH-SP, KH-P&K, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, ICT
16.
Labuan
Kaunseling, Perdagangan,  Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah, PJ&K, KH-ERT, KH-P&K, Pendidikan Moral, ICT

makngoh ambil dari sini. Harap KPM tidak kisah makngoh berkongsinya dengan guru lain yang tidak masuk ke e-gtukar.

* maklumat di atas adalah milik Kementerian Pelajaran Malaysia.

p/s : memang betul ler....tak ada pun opsyen matematik/sains diperlukan. :( huwaaaa sedihnya

Cerita dan komen guru mengenai E-Gtukar 2011

Sistem pertukaran guru online, E-Gtukar telahpun dibuka pada 1 April 2011 lepas.
Ramai kawan-kawan makngoh dah siap mengisi borang pertukaran ini dek kerana bersemangat
 nak berpindah ke sekolah baru.

Namun menurut mereka, ada sedikit masalah dengan e-gtukar di mana
perkiraan bulan untuk 'lama bertugas di negeri sekarang hingga tarikh pertukaran iaitu 1-Jun 2011' mengalami sedikit masalah.

Perkiraan bulan tersebut tidak boleh secara automatik seperti dulu-dulu, dan
juga tidak boleh secara manual kerana guru tidak boleh key-in pun di situ.

Jadi, ada rakan-rakan makngoh biarkan sahaja ruangan tersebut kosong.

Selain itu juga, fungsi simpan sementara juga kadang-kadang ada error. Ada rakan makngoh yang tak boleh simpan sementara. Jika dia sign out dan log in kembali, data yang telah dia isi telah hilang dan perlu isi kembali. Namun, ada juga guru yang bagitau, dia tiada masalah dengan fungsi simpan sementara tu.

Antara error yang lain, sila lihat di bawah ini. Memang naik tanduk juga, buat berkali-kali tetapi apabila klik Papar Maklumat, error macam ini yang keluar. Refresh dan buat sekali lagi, keluar error ini lagi.



Sekian untuk makluman mereka yang search di blog makngoh mengenai 'komen e-gtukar'. Makngoh dah komen nih :)

Guru agama belasah pelajar hingga koma.

Jahat punya guru!!! Tergamak pukul budak 7 tahun dekat 2 jam hingga pengsan dan koma. This kind of stupid teacher makes other teachers look stupid too.

Laporan dari Harian Metro

 
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.


Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.
“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~********

Makngoh nak guru tu dikenakan tindakan yang dia boleh ingat sampai mati!!! Apa hak dia pukul anak orang sampai begitu sekali? Banyak dah kes pelik yang ditimbulkan oleh guru agama. Ada agama tapi masih ikut syaitan!

Sabtu, 2 April 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang keenam

Syukur, dapat lagi BE bagi bulan April nih.

Walaupun baru 6 BE dan BE yang aktif hanya 2, tetapi
menjadikan makngoh tambah semangat update blog.
Hehe....



Tadi berjalan di blog sayaarief, dia gitau dah dapat 41 BE...fuh...banyaknya!

Malaysia terlebih guru Matematik dan Sains?

Semasa makngoh berada di Sabah, makngoh tak merasa bahawasanya guru matematik dan sains sudah terlebih di sekolah-sekolah di Malaysia kerana di sekolah lama makngoh sendiri, masih lagi kekurangan guru Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan Biologi. Malah, pada awal tahun ini, dalam beberapa bulan... guru bukan opsyen terpaksa mengajar subjek-subjek tersebut untuk pelajar yang bakal duduki SPM.

Apabila makngoh berada di sekolah baru ini pula, makngoh dapati memang berlaku lebihan guru matematik, sains dan sains tulen. Ada guru matematik yang mengajar KH, mengajar PJK, geografi, sejarah, Pendidikan Seni dan macam-macam lagi. Ada pula guru biologi yang mengajar Bahasa Melayu.

Sesekali terdengar juga bebelan dari guru senior "asyik-asyik hantar guru sains dan matematik....guru BM, guru geografi tak ada pula hantar!!!" . Habis....kami ini, guru matematik dan sains, bukannya kami pilih ke sekolah mana yang kami nak masuk. Kami dihantar! Pergilah bebel dengan orang yang hantar kami ke sekolah.

Terselit juga perasaan, kehadiran kami tidak dialu-alukan malah dianggap bebanan untuk sekolah. Lain pula kalau di Sabah, sekolah memang tiada guru matematik sains, maka kami diterima dengan hati yang gembira oleh pengetua dan rakan-rakan guru.

Macamana kami memilih opsyen matematik sains di universiti? Sudah tentu sebab dihebahkan bahawa dulu kekurangan guru matematik sains. Guru matematik sains amatlah diperlukan untuk memegang jawatan dan mengisi kekosongan tugas di sekolah. Jadi, kami belajar ikut keperluan semasa. Sekarang, hanya lebih kurang 5 tahun selepas tamat belajar, dihebohkan bahawa guru matematik sains adalah berlebihan.

Opsyen yang kekurangan guru sekarang terutamanya di KL, Selangor ini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, sejarah, PJK, P Seni dan Agama. Jika Bahasa Inggeris makngoh percaya memang kurang guru tetapi kalau opsyen lain makngoh rasa bukan kurang, tetapi penempatan adalah tidak seragam dan sekata. Kelantan, Terengganu dan Kedah antara negeri yang dipenuhi dengan guru-guru BM, Geo, Sej dan yang lain. Kenapa itu berlaku? Sudah tentu akibat penggunaan "kabel". Negeri dah penuh guru opsyen tersebut tetapi akibat guna 'kabel' maka 'disumbatlah' juga guru berkabel itu.

Makngoh sendiri pernah bertanya kepada pengawai di KPM -:
        "Kenapa saya di tempatkan di KL sedangkan saya tidak minta negeri ini?"

Pengawai tersebut dengan lajunya jawab dengan menggunakan skrip sedia-ada.
    "Sebab KL sekarang nak pakai opsyen cikgu. KL memang tak cukup guru opsyen matematik"

Makngoh jawab "Iye ker? Kalau macam tu kenapa saya ni kena ajar Pendidikan Seni dan PJK?"

Terdiam sekejab dan tergagap pengawai tu nak jawab. Last-last dia jawab "Tak apalah,cikgu. Jadikan itu sebagai pengalaman"

Okay. Fine. Makngoh pun tak kisah mengajar subjek lain selain matematik. Makngoh boleh jadikan itu sebagai pengalaman tetapi kenapa kalau semasa guru nak minta tukar sekolah, alasan opsyen itu sangat-sangat diberatkan seolah-olah, guru opsyen lain tak boleh ajar subjek lain. Apabila sampai ke sekolah, lain pula jadinya. Peraturan di kertas tidak sama dengan peraturan yang diaplikasikan.

Makngoh percaya dengan kata-kata pengawai KPM, memang benar sekarang guru matematik sains sudah lebih. Beliau juga berkata, yang belum posting ni pun tak tahu nak hantar ke mana. Rata-rata tempat di Malaysia sudah cukup guru sains matematik.

TETAPI, pendapat makngoh HANTAR JE LAH KE SABAH DAN SARAWAK! KAT SANA MEMANG BELUM CUKUP TETAPI GURU YANG TAK MAHU PERGI. TAK MATI LER KALAU POSTING KE SABAH SARAWAK TU. Masa single dan bujang lah nak menimba pengalaman di tempat orang. Mustahil semua guru yang belum posting itu sudah KAHWIN dan ada alasan tak nak tinggalkan suami/isteri di semenanjung.


PETIKAN DI BAWAH INI MAKNGOH PETIK DARI BERITA HARIAN MENGENAI ISU LEBIHAN GURU MATEMATIK DAN SAINS.

Minda Pengarang: Kementerian perlu tangani lebihan guru elak pembaziran tenaga pengajar berulang

ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah turut membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Antara usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya.

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar dua subjek berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing membabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.

Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu. Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidang yang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas.

Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.
Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah tidak wajar pengambilan guru pelatih dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.

Jumaat, 1 April 2011

Gambar pelbagai masakan paprik

Dah lama makngoh tak bercerita pasal resepi. Sebabnya....sebab makngoh tak masak sejak pindah ke KL nih. Huhu. Asyik makan di kedai di atas beberapa sebab tertentu. Dapur rumah berasap hanya untuk masak air jer. Nasi pun tidak pernah masak. Isk...isk...memang teruk.

Sejak hamil nih, hobi makngoh lain sikit. Ada hobi suka melihat gambar makanan dan suka makan... hehe. Jadi tadi, makngoh google paprik dan dapatlah macam-macam masakan paprik. Wah,,,,nasib baik tengah kenyang nih. Jadi tak terliur.

Ada macam-macam masakan paprik yang makngoh jumpa. Rupanya, kerang pun ada orang buat paprik oooo....macamanalah rasanya?

Yang lain tu, masakan paprik biasa seperti paprik ayam, daging, udang dan sotong. Dah biasa kan?

Okey ler, selamat menjamu selera melihat gambar-gambar di bawah ini -:



kredit to -: bapak google

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!