Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label tips dan petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips dan petua. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Tulisan Dato Roslan Ab Hamid


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

 
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.
Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 10.
Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

  1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
  2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
  3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
  4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.” Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
  5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.
  6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan di kedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.
  7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapakan bahan untuk kerja esok hari.
  8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.
  9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kiat maafkan semua orang.
  10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulois alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
*Catatan ini tulisan Dato' Roslan Ab Hamid

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tips ketika sedih

Ketika kamu merasa sedih,

pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.......


"Inilah perjalanan hidupku.. ALLAH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.  Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.
Terima kasih ALLAH kerana mengasihiku"


Selepas itu, buka matamu dan senyumlah....
 
Namun segagah mana pun berdiri kadang-kadang jatuh terduduk juga
walaupun tidak terus tersungkur. 


Semoga ALLAH kirimkan lagi  sisa kekuatan

demi maruah 
demi nyawa
demi perasaan

p/s : ini adalah post yang ke 901. 

Ahad, 15 Januari 2012

Barangan keperluan menunggu kelahiran anak

Selain dari barang persediaan ke hospital, ibu mengandung juga sepatutnya sediakan barang-barang lain sebagai keperluan bayi dan ibu selepas  bersalin. Bukan boros tapi mahu tidak mahu tetap juga kena sediakan terutamanya untuk bayi tersayang agar dia selesa dan sihat-sihat.
Makngoh cadangkan barang-barang seperti berikut perlu disediakan

A) Keperluan bayi

Pakaian
  1. Baju lengan panjang dan lengan pendek
  2. seluar panjang dan pendek
  3. sarung tangan dan sarung kaki
  4. Kain lampin setengah dozen pun dah cukup
  5. Lampin pakai buang. Makngoh suka jenama Pet Pet
  6. Selimut
  7. Barut bayi setengah dozen 
  8. Tuala mandi bayi
  9. Sapu tangan digunakan selepas bayi menyusu


 Mandian
  1. sabun bayi
  2. bedak bayi
  3. losyen bayi
  4. syampu
  5. besen mandian
  6. putik kapas
  7. bakul mandian
  8. pengalas mandian tidak licin
  9. termometer suhu


Penyusuan
  1. Botol susu
  2. Puting
  3. Berus botol susu
  4. Warmer susu
  5. Pencuci botol susu. Makngoh guna jenama Pureen. 
  6. Sterilizer
  7. Bekas bertutup untuk simpan botol susu bersih
  8. Bekas simpan air panas untuk buat susu

Tidur
  1. Bantal
  2. Bantal peluk
  3. tilam
  4. Katil bayi
  5. Buaian bayi
  6. Motor elektrik buaian
  7. Bantal senang hati : jangan kata tak ada...ada dijual untuk melenakan bayi tidur

Kesihatan
  1. Minyak telon
  2. Minyak Yue Yee
  3. Minyak TYT
  4. Ubat sarat (cirit-birit) akar kayu atau ubat klinik dan lain-lain
  5. Mandian Herba TYT untuk kesegaran bayi dan penyakit Jaundis


Lain-lain 
  1. beg hospital bayi
  2. Tikar getah bayi
  3. Kapas basah makngoh suka jenama Pureen. Bau harum
  4. Bakul pakaian
  5. Bakul ubat
  6. Bakul botol susu ( ketiga-ketiga bakul ni ada dijual 1 set, kalau di Pengkalan Kubor harga dalam RM 130 siap dengan bantal + tilam bayi, cantik-cantik)
  •  

B ) Keperluan Ibu
pakaian
  1. baju, kain batik dan lain-lain
  2. pad bersalin
  3. stoking
  4. bengkung
kesihatan
  1. mandian herba TYT untuk ibu
  2. jamu
  3. minyak angin
  4. pil kesihatan
  5. batu tungku

Penyusuan badan
  1. ubat hormon tambah susu badan / bidan urut
  2. bra menyusu
  3. pad payudara
  4. pam perah susu

mungkin ada lagi barang yang makngoh terlupa list dan ada barang yang tak perlu disenaraikan. Bergantung kepada bajet kita masing-masing dan mengikut keperluan. Ada barang kena tunggu bayi lahir dulu baru beli macam buai dan motor buai. Sebab ada bayi tak mahu pun tidur dalam buai. Macam anak makngoh, kadang-kadang mahu tidur di buai dan mesti buainya sentiasa bergerak, jadi kenalah beli motor elektrik buainya.

Apabila kita buat persiapan dengan rapi menyambut bayi, kita tahu betapa bertuahnya anak kita. Tapi bayangkan bagaimana dengan bayi yang kelahirannya dibenci. Bayi luar nikah. Kesian bayi-bayi itu...lepas lahir terus dicampak dan dibuang macam sampah. Allahuakhbar, hentikanlah dan semoga tiada lagi bayi menjadi mangsa nafsu.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!