Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2010

Puasa tetapi tidak solat, apa hukumnya?

Rasulullah bersabda : " Celakalah orang yang masuk ke dalam bulan Ramadhan membawa dosa dan keluar bersama dosa juga"

Puasa orang yang tidak bersolat tetap sah tetapi perlu diingat bahawa sembahyang itu tiang agama dan soalan pertama yang diajukan apabila meninggal dunia kelak adalah tentang sembahyang.

Ada ulamak berpendapat bahawa seseorang yang meninggalkan sembahayang boleh menjadi kafir.

Menurut Rasulullah : " Jika seseorang itu tidak solat, pahala puasanya akan tergantung sehinggalah dia menunaikan solat"

Tingkatan Orang-Orang Berpuasa

Maaflah, macam banyak entri makngoh pasal puasa ni. Tapi...bagi makngoh, kalau bukan 10 orang yang membaca entri ni, seorang pun jadi dah. Janji berkongsi ilmu dan semoga penulisan makngoh ini diberkati. Tak salah kan mencari pahala dalam menulis?

Entri kali ini, makngoh nak bercerita mengenai tingkatan-tingkatan orang berpuasa. Ya, puasa kita semua walaupun sama-sama berlapar dahaga tetapi belum tentu puasa kita sama.

Tingkatan puasa dibahagikan -:
1) Puasa Orang Kebanyakkan - iaitu puasa yang hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin.

2) Puasa Khusus - ialah bukan sekadar menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin tetapi turut memelihatan pancaindera daripada perkara haram. Contohnya, memandang wanita bukan muhrim dengan nafsu, mengumpat, menfitnah, mendengar sesuatu yang berdosa.

3) Puasa khusus al-khusus - adalah puasa terbaik yang lazimnya dilakukan para aulia dan para nabi. Golongan ini bukan sahaja menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, malah hanya mengingati ALLAH dan akhirat.

Dari pandagan fekah, puasa orang kebanyakkan tetap sah diterima oleh ALLAH, tetapi Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " bahawa orang yang mengamalkan puasa begini tidak mendapat apa-apa kecuali rasa lapar dan dahaga"

Apabila pancaindera tidak dipelihara maka tidak timbul kesan takwa terhadap ALLAH.

Dalam satu hadis lagi, Nabi bersabda :
"Sesiapa yang belum boleh meninggalkan cakap bohong dan mengamalkannya, maka tidak ada keperluan bagi ALLAH supaya dia meninggalkan makan dan minum"

Rahsia mencari bila Malam Lailatul Qadar

Sabda Rasulullah SAW "Di dalam bulan Ramadhan, di sepuluh akhir, malam 21, malam 23 atau malam bulan Ramadhan. Barangsiapa yang mengerjakan qiam pada malam itu kerana imannya kepada ALLAH dan mengharapkan keredhaanNya, nescaya diampunkan oleh ALLAH akan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang"

Menurut Iman Al-Ghazali berdasarkan kebiasaan pengalamannya, malam Al-Qadar dapat diketahui berdasarkan hari permulaan Ramadhan

~~ Jika mula puasa pada Ahad atau Rabu, maka malam Al-Qadar pada malam 29 Ramadhan

~~ Jika mula puasa pada Isnin, maka malam Al-Qadar pada malam 21 Ramadhan

~~Jika mula berpuasa pada hari Khamis, maka malam Al-Qadar pada malam 25 Ramadhan

~~ Jika mula puasa pada hari Sabtu, maka malam Al-Qadar pada malam 23 Ramadhan

~~ Jika mula puasa pada hari Selasa dan Jumaat, maka malam Al-Qadar pada malam 27 Ramadhan.

*** namun hakikatnya malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar dirahsiakan ALLAH. Rasulullah sendiri tidak menjelaskan dengan tepat masa berlakunya malam tersebut.

Sabda Baginda "Sesiapa yang beriktikaf bersamaku maka hendaklah beriktikaf di 10 yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dijadikan lupa dan sungguh aku bersujud pada paginya di air dan di tanah kerana itu carilah ia di 10 akhir dan carilah ia di tiap-tiap malam yang ganjil"

Cara Menghidupkan malam Al-Qadar
~~ mengerjakan taat
~~solat Tahajud
~~Beristigfar
~~Tahlil, tahmid, tasbih
~~Selawat
~~Berzikir
~~Membaca al-quran
~~Beriktikaf

dipetik dari Buku Mencari Ketenangan dan menyuci jiwa tulisan Syeikh Al Maqari Haji Othman Bin Hamzah Terbitan Pusaka Haji Abdul Majid

Selasa, 10 Ogos 2010

11 Ogos 2010 (Rabu) bersamaan 1 Ramadhan 1431 H : Selamat Berpuasa

~~~~** Selamat Berpuasa **~~~~
Mak Ngoh ucapkan kepada semua yang membaca entri ini.
Firman ALLAH bermaksud -:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke- atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu
daripada kamu, semoga kamu bertakwa"

sambungan .....Hari Syak

Ini adalah sambungan entri petang tadi mengenai Kekeliruan Hari Syak.

Makngoh terjumpa lagi maklumat mengenai Hari Syak ni dari IslamGRID.

Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)

(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.

Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)

Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang.

Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.

Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan.

____________________________

1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".

2. Sabil Al-Muhtadin (2:142).

ekeke ekeke...bulan Ramadhan menjelma...dah pasang hajat nak jadi baik...

Ya, itulah yang selalu diperdengarkan bila Ramadhan menjelma.

1) Yang berpakaian seksi mula nak berbaju longgar dan terus berbaju kurung sepanjang bulan puasa.

2) yang tidak bertudung mula nak bertudung di bulan puasa

3) yang make up tebal mula menipiskan make up

4) yang main-main solat mula nak serius solat.

5) yang banyak cakap mula cuba untuk kurang bercakap yang tidak berfaedah.

6) yang jarang pegang al-quran mula membelek kitab itu

7) yang banyak makan mula berhajat nak kurangkan makan

8) yang tak pakai sarung kaki mula shopping sarung kaki

9) yang tak pernah-pernah bangun malam, mula bangun malam.

10) yang suka mengumpat, mula cuba kurangkan mengumpat

11) yang berlisptik mula tak berani nak pakai lisptik

Baguslah tu, bulan Ramadhan memproses kita menjadi orang yang lebih baik dan mendidik kita ke arah kesempurnaan.

Bukankah hendak berubah baik tidak perlu menunggu bulan tertentu? Namun tidak dinafikan, tidak salah memulakan perubahan diri dengan bulan Ramadhan kerana bulan ini memberikan pahala yang berlipat kali ganda.

Persoalannya, sejauhmanakah kita tetap pendirian dan beristiqamah dengan azam dan hajat nak jadi baik itu? Adakah kita berubah baik untuk bulan puasa sahaja kemudian setelah takbir raya kita kembali dengan perangai lama.

Makngoh teringat pula rancangan hiburan tv3 tahun lepas, bila 2 orang pengacara hepi go laki itu mula bermain-main dengan istilah puasa. Nak salam ...eh eh eh tak boleh sebab puasa...nak cakap banyak-banyak....eh eh eh tak boleh sebab puasa.... LAST-LAST ada orang kecam! Ingat puasa ni main-main ker???

Kekeliruan Hari Syak : Hari Haram Berpuasa iaitu Hari 30 Sya'ban.

Tadi ada beberapa pertindihan pendapat mengenai hari haram puasa. Ramai yang sudah tahu hari ini adalah hari tengok anak bulan.

Jadi...boleh ke berpuasa hari ini? Iaitu hari 10 ogos 2010 bersamaan 29 Sya'ban 1431 H. - Soalan lebih tepat, bolehkah puasa ganti hari ini?

Ada pendapat mengatakan hari ini masih boleh berpuasa sebab hari ini bukan Hari Syak dan hari Syak jatuh pada 30 Sya'ban iaitu esok kalaulah 1 Ramadhan tidak menjelma esok.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan hari ini HARAM berpuasa walau apa jenis puasa pun kerana hari ini adalah hari Syak dan hari tengok anak bulan. Mana satu?

Makngoh lampirkan beberapa rujukan makngoh-:
1) Blog Tazkirah Awam mengatakan -:

Haram berpuasa pada hari-hari berikut:

a. Hari raya fitrah (raya puasa)

b. Hari raya adha ( raya haji)

c. Hari-hari tasyrik iaitu hari ke sebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan zulhijjah.

d. Hari yang yang di syak akan awal ramadhan.

e. Mana-mana hari selepas lima belas haribulan syaaban, jika bukan puasa qadha atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daipadanya atau bukan hari yang ia beradat puasa.

*** Harus berpuasa pada hari syak atau hari-hai selepas lima belas haibulan syaaban, jika puasa itu qadha atau nazar atau kifarat atau berbetulan hari yang ia biasa puasa seperti puasa sunat hari isnin dan puasa hari khamis.


2. Rahmat Blog pula mengatakan -:

Berpuasa pada Hari yg Diragukan (HARI SYAK) Dari Ammar bin Yasir ra berkata “Barangsiapa yg berpuasa pada hari yg diragukannya bererti ia telah durhaka kepada Abul Qasim .”

Menurut Turmudzi hadis ini hasan lagi shahih dan menjadi amalan bagi kebanyakan ulama. Hadis itu juga merupakan pendapat Sufyan Tsauri Malik bin Anas Abdullah ibnu Mubarok Syafi’i Ahmad serta Ishak. Kebanyakan mereka berpendapat jika hari yg dipuasakannya itu termasuk bulan Ramadhan hendaklah ia mengqadha satu hari sebagai gantinya. Dan jika ia berpuasa pada hari itu krn kebetulan bertepatan dgn kebiasaannya maka hukumnya boleh tanpa dimakruhkan.

Dari Abu Hurairah ra Nabi saw bersabda “Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhan itu dgn sehari dua hari kecuali jika bertepatan dgn hari yg biasa dipuasakan maka bolehlah kamu berpuasa pada hari itu.”

3. Makngoh juga merujuk Jabatan Agama Islam Selangor, tapi jawapannya tidak begitu terperinci iaitu -:

Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."


4. Koleksi Soal Jawab Agama pula memberikan jawapan yang lebih bagus
iaitu -:


Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Namun begitu larangan ini tidak termasuk bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa, seperti seorang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai contoh, dan berkebetulan hari syak itu jatuh pada hari Isnin atau Khamis. Maka orang sebegini tidak termasuk dalam larangan tersebut, ini kerana Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan hadith ini, apabila seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin sebagai contoh, kemudian berkebetulan pula hari syak itu jatuh pada hari isnin tersebut maka dia boleh berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak ada larangan untuknya.

Berdasarkan hadith ini, apabila diharuskan puasa sunat pada hari syak yang jatuh pada hari, yang mana seseorang itu kebiasaannya dia berpuasa padanya, maka mengqadha puasa Ramadhan yang lalu pada hari syak adalah lebih utama untuk dikatakan harus. Ini kerana qadha Ramadhan itu adalah suatu yang wajib dan menangguhkan qadha Ramadhan hingga selepas Ramadhan adalah suatu yang tidak dibenarkan.

al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ berkata :

“Berkata sahabat-sahabat kami (dari mazhab al-Syafie) : “Tidak sah puasa pada hari syak dari masuknya Ramadhan tanpa khilaf…, Jika dilakukan padanya puasa qadha atau Nazar atau kafarah, ianya diterima, ini kerana apabila diharuskan puasa padanya (hari syak) dengan puasa sunat yang telah menjadi kebiasaan, maka puasa fardhu (seperti Qadha dan seumpamanya) adalah lebih utama (untuk dikatakan harus, ini seperti mana waktu-waktu yang diharamkan solat, kerana jika pada seseorang itu ada puasa qadha ramdhan sehari, maka sesungguhnya dia mesti mengqadhakannya, kerana waktu qadhanya telah menjadi sempit
"

5. Soaljawab Agama ada juga bercerita mengenai Hari Syak iaitu -:

Madzhab Syafi’iy tidak mengharamkan puasa pada hari syak sebagaimana dakwaan Dr Tariq Sweidan. Imam Nawawi (alMajmoo’, 6/400) menjelaskan boleh.

a. Hadith dalam Riadhus Saalihin adalah hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah ” Janganlah seorang darimu mendahului puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali bagi orang yang biasa berpuasa , maka tidak mengapa dia berpuasa pada hari itu.”

Maka jika seseorang biasa berpuasa senin dan khamis, maka Juma’at dan Sabtu sebelum 1 Ramadhan itu dia tidak boleh berpuasa. Jika dia biasa berpuasa Nabi Daud (puasa selang seli), maka bolehlah. Katakan dia puasa pada hari Khamis, maka puasa Nabi Daud AS jatuh seterusnya pada hari Sabtu, maka hari Sabtu dibolehkan puasa.

b. Memang jumhur membolehkan berpuasa pada hari syak berpandukan hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah itu. Bagi orang yg tidak biasa berpuasa sunat yang konsisten, maka diharamkan berpuasa atasnya pada hari Juma’at dan Sabtu sebelum Ramadhan 2006.

Komentar akan hal ini Syeikh Muhammad Saleh alUthaimiin (syarh Riadhus Salihiin, 3/394) berkata pendapat yang tepat ialah diharamkan puasa pada hari syak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~ ****************~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi, bagaimanakah pendapat yang telah anda pegang?

Permasalahan utama yang makngoh keliru...
1) Bolehkah puasa qada' hari ini 10 Ogos 2010 (29 Sya'ban 1431 H)?
2) Bolehkah puasa qada' pada hari Syak (30 Sya'ban 1431 H)

Disebabkan kekeliruan ini dibahaskan oleh ustazah dan golongan agama tempat makngoh bekerja dan masing-masing tidak bertemu kesimpulan sendiri jadi makngoh sendiri tidak berani meletakkan kesimpulan.

p/s : makngoh tak puasa hari ini. Puasa ganti dah beres :) syukur.

baca sambungan di sini

Sabtu, 31 Julai 2010

Puasa Wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram

Puasa Wajib
1) Wajib dan disyariatkan di bulan Ramadhan untuk mereka yang telah akil baligh kecuali mereka-mereka yang mengalami keuzuran atau masalah yang dibolehkan tidak berpuasa.

2) Puasa yang telah diniatkan atau nazar. Contohnya anda bernazar akan berpuasa selama sehari jika mendapat kerja atau jika lulus peperiksaan.

Puasa Sunat
1) 9 Zulhijjah (untuk mereka yang tidak mengerjakan haji)
2) 9 dan 10 Muharram ataupun puasa 10 dan 11 Muharram.
3) Hari Isnin dan hari Khamis
4) Puasa 3 hari pada setiap bulan
5) Puasa pada hari putih iatu 13hb,14hb dan 15hb setiap bulan.
6) Puasa 6 hari pada bulan Syawal. Afdalnya berturut-turut

Puasa Makruh
1) apabila berpuasa pada hari Jumaat sahaja
2) apabila berpuasa pada hari Sabtu sahaja

Ini kerana ulamak berpendapat makruh kerana orang Yahudi agungkan hari Sabtu dan orang Nasoro agungkan hari ahad. Oleh itu kalau mahu berpuasa, biarlah 2 hari berturut samaada Jumaat dan Sabtu, Khamis dan Jumaat, atau Sabtu dan Ahad.

3) Puasa ad- Dahr (berterusan) kerana dibimbangi puasa tersebut boleh mudaratkan orang lain seperti bayi yang menyusu.

Puasa Haram
1) Hari Aidil Fitri dan Hari Aidil Adha

2) Hari Tasyrik yang tiga iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah.Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa

3) Hari Syak ialah 30 Sya'ban di mana bila orang-orang ragu tentang awal bulan Ramadhan karena hilal (bulan) tidak terlihat. Saat itu tidak ada kejelasan apakah sudah masuk bulan Ramadhan atau belum. Ketidak-jelasan ini disebut syak. Dan secara syar‘i umat Islam dilarang berpuasa pada hari itu. Namun ada juga yang berpendapat tidak mengharamkan tapi hanya memakruhkannya saja.

4) Haram puasa wanita haid dan nifas

5) Haram puasa bagi wanita yang berpuasa sunat tanpa izin suami

6) Puasa selamanya walaupun tubuh orang itu mampu untuk berpuasa. Bagi mereka yang ingin berpuasa banyak hari, Rasulullah SAW menyarankan untuk berpuasa seperti puasa Nabi Daud as iaitu sehari puasa dan sehari berbuka.

Rabu, 14 Julai 2010

Pandangan Islam : Apa akibat kalau terlalu banyak makan?

Rasulullah bersabda " Bencana yang pertama menimpa umat ini selepas pemergian Nabi adalah penyakit berpunca daripada kekenyangan. Apabila perut kenyang, maka tubuh akan jadi gemuk, lalu lemahlah hati dan jantungnya dan bergeloralah nafsunya" Riwayat Bukhari.



Terlalu banyak makan akan menyebabkan - :

~ hilang rasa takut kepada ALLAH

~ hilang kasih sayang sesama manusia kerana orang lain dianggap sudah kenyang.

~ sukar untuk beribadat

~sukar menerima hikmah dan kebenaran

~ nasihat dariapda orang yang kenyang tidak meresap ke hati pendengar

~ dapat pelbagai penyakit


Tahukah anda? Perut yang selalu kenyang menjadi pintu syaitan keluar masuk ke hati manusia. Syaitan berlari dalam pembuluh darah manusia, mengoda manusia untuk melupakan ALLAH.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada diganggu syaitan ini? Caranya dengan berlapar.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!