Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2015

Pelajar orang asli | Sah bukan sebab takut cikgu tetapi tidak jumpa jalan pulang



Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu.


Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10.

“Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

“Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka,” katanya kepada media ketika ditemui di Wad 5 Pedriatik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

Terdahulu Missudiar dan Noreen yang ditemani ibu masing-masing menerima kunjungan daripada Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tengku Abdul Rahman.

Sementara itu, ibu Missudiar, Rosita Bahir berkata, anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas empat hari berada di HRPZII di bawah pengawasan doktor pakar.

“Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia lebih ceria sebab dapat banyak hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Missudiar mendakwa ada mendengar bunyi helikopter tentera dan pernah menjerit kepada anggota pasukan penyelamat di kawasan berhampiran mereka.

Namun peliknya, jeritannya itu tidak didengari pasukan penyelamat walaupun jarak antara mereka dengan kumpulan tujuh kanak-kanak hilang itu tidak jauh.

Pengakuan itu diceritakan Akek Bahir, 46, bapa saudara Missudiar ketika ditemui di HRPZII, semalam.

Katanya, Mussudiar dapat mendengar bunyi helikopter yang melintasi mereka yang ketika itu dianggarkan berada kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.

“Malah, ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya.

Akek yang juga Penghulu Kampung Gawen itu percaya pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang ‘dijaga’ oleh Tenrog (orang bunian).

"Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

“Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya.

Khamis, 30 Julai 2015

Mayat ustazah ditemui di Sungai Pergau, Jeli

JELI - Misteri kehilangan seorang ustazah mengajar Al-Quran sejak Selasa lalu terbongkar selepas mayatnya ditemui terbaring di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, mayat, Ruziah Saupi, 50, ditemui oleh seorang penjala ikan di sungai terbabit dalam keadaan mengiring di atas batu yang terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya.

Anak ketiga mangsa daripada tujuh beradik, Mohd. Khardir Alias, 28, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada malam Selasa lalu.

"Kali terakhir kami bertemu adalah di rumah saya yang terletak di Kampung Dendong di sini. Dia memasak kira-kira pukul 12 tengah malam sebelum kami makan sama-sama.

"Arwah kemudian pulang ke rumah yang terletak di kampung sama sebelum dia dsedari hilang keesokkannya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Khardir berkata, kehilangannya disedari oleh orang kampung yang datang ke rumah untuk mengaji Al-Quran dengan ibunya yang merupakan seorang guru.

"Mereka mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka pada pukul 3 petang, tetapi arwah tidak menyahut ketika penduduk memberikan salam.

"Itu mendatangkan kemusykilan kepada kami kerana dia tidak pernah ke mana-mana tanpa memaklumkan kami," katanya.

Katanya, hatinya luluh apabila dalamkejadian semalam mayat ibunya di tepi sungai terbabit belakang sebuah stesen minyak dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

"Saya tidak mengetahui punca kejadian tersebut kerana selepas dua hari kehilangannya," ujarnya yang masih bersedih atas kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kejadian mangsa.
"Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat mangsa selain sedang menyiasat motif sebenar kejadian tersebut," katanya.
Kejadian ini turut menjadi viral di laman sosial mendakwa mangsa maut akibat dibunuh berpunca daripada dendam lama.

 




Khamis, 20 September 2012

337 orang terminum air mayat, minta ganti rugi RM100 juta

Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
- gambar hiasan
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

 Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu- utusan malaysia

Selasa, 31 Julai 2012

Kembar 12 - ibubapa pilih 1, 11 lagi dicampak dari atas gunung



Berlaku di negara China. Makngoh harap berita yang makngoh baca itu tidak benar sama sekali. Kasihan pada bayi-bayi kecil yang tidak bersalah ini.

Cerita mereka di bawah -:

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti"

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.

 “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

sumber

Negara China kena buat peraturan, ibubapa yang melahirkan kembar perlu dibunuh. Baru adil. Bayi yang dilahirkan tidak bersalah pun.

Ahad, 22 April 2012

Fatimah Mina binti Mohd Juferi (Allahyarhamah) | Pelajar UPSI meninggal dunia

Makngoh dengar kisah kematian pelajar tersebut semalam.

Antara spekulasi yang diperkatakan....
1. pelajar tersebut terjun selepas mencederakan diri di tingkat 5?
2. pelajar tersebut didapati murung dan bercakap sendirian?
3. pelajar tersebut tidak sedarkan diri dan di bawah pengaruh/unsur mistik?
4. pelajar tersebut mengalami tekanan perasaan
5. pelajar tersebut TERjatuh dan bukan sengaja terjun

(sumber dari sinarharian. Sila klik)

(diulang sekali lagi, itu adalah spekulasi yang sedang bertebaran)

Selain itu, makngoh juga dengar bahawasanya
1. pelajar tersebut seorang yang baik dan berbudibahasa
2. pelajar tersebut seorang muslimah yang menjaga aurat dan pemakaiannya.
3. pelajar tersebut disenangi oleh ramai kawan-kawan sekuliah. 

Setelah makngoh mengodek beberapa sumber inilah yang makngoh perolehi -:
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek

Sesungguhnya kematian itu akan datang mendapatkan kita bila-bila masa sahaja. Itulah suprise yang sangat-sangat suprise dalam hidup kita dan hidup orang lain juga.

Rabu, 28 Mac 2012

11 April (Rabu) Hari Kelepasan Am Tambahan


Selamat bercuti...

Nak buat apa yer? Balik kampung, tak sempat :(

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!