Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Ogos 2015

Suami curang dengan sepupu sendiri| Kisah Benar



ORANG ketiga sering dikaitkan dengan masalah dalam rumah tangga pasangan suami isteri. Jika tidak pun kekasih gelap, sudah tentunya mentua. Selagi tidak wujud kata sepakat dan tolak ansur dalam kalangan kedua-dua pihak, selama itulah rumah tangga pasangan suami isteri tidak akan aman damai.


Juga kerana perangai pasangan tidak kira suami atau isteri yang menidakkan kesetiaan yang telah termeterai antara kedua-dua pihak semasa memilih untuk hidup bersama.
Apa pun alasan dan sebabnya, masalah tersebut boleh diselesaikan, jika pasangan mempunyai kesedaran, rasa insaf dan bertanggungjawab terhadap komitmen masing-masing.
Kisah Hani (bukan nama sebenar) yang saya pilih minggu ini merupakan pengakuan ikhlas seorang isteri terhadap perangai suami yang amat dicintainya. Namun setakat cinta dan kasih saja tidak mencukupi untuk menjerat hati suami kerana lelaki ini sukar dibaca hati mereka, kata Hani.
Hani bukan sahaja berdepan dengan masalah suami yang tidak setia dan mata keranjang tetapi juga sikap mentua yang asyik memenangkan anaknya walaupun anaknya itu telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak yang masih kecil.

Ikuti kisah Hani seterusnya:

“Ini kali pertama saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman bersama anda semua terutama wanita yang senasib dengan saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, itu permintaan saya.
“Kisah saya bukan istimewa sangat tetapi saya yakin ia mungkin turut dialami wanita di luar sana yang sedang bergelut dengan perasaan untuk mempertahankan rumah tangga mereka.
“Nama saya Hani berusia 20-an dan telah berkahwin dua tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya, seorang pegawai di sebuah bank. Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun lebih.
“Alhamdullilah kehadiran cahaya mata ini memberi sinar baharu kepada saya. Tetapi suami pula menerimanya sebagai satu beban. Bukan tujuan saya menceritakan keburukan suami tersayang tetapi sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman ini agar semua kaum wanita di luar sana mendapat iktibar daripada apa yang saya alami.
“Saya berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka, setelah hampir empat tahun bercinta ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti. Keluarga merestui pernikahan kami dan saya sangat sayangkan suami dan anak.

“ Merekalah segala-galanya dalam hidup saya. Sebelum kahwin saya diberitahu yang suami pernah putus tunang. Maksudnya pertunangan sejak kecil atas dasar persaudaraan. Apabila berjumpa saya, suami minta diputuskan pertunangan dengan sepupunya kerana dia tidak mahu bernikah dengan saudara.

“Salah satu perkara yang harus saya terima adalah takdir, kerana takdir jugalah yang telah menyatukan saya dengan suami. Saya yang pilih dia, saya harus akur dengan takdir yang telah disusun untuk saya.

“Di awal perkahwinan memang tiada masalah, kami sangat bahagia walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham. Namun setelah saya melahirkan anak sulung kami, keadaan mula berubah.
“Suami mula berubah. Dia banyak menghabiskan masa di rumah ibunya. Balik kerja di situlah dia bertapa. Rupa-rupanya saya mendapat tahu sepupu yang pernah menjadi tunangannya itu tinggal bersama ibunya sementara mencari rumah sewa kerana dia mendapat kerja di Kuala Lumpur.
“Empat bulan keadaan tidak berubah. Balik kerja dia terus ke rumah ibunya sedangkan saya bergelut dengan anak di rumah. Mana nak ambil anak di taska, nak buat kerja rumah lagi. Memang saya penat sangat. Bila saya bagi tahu suami, dia salahkan saya. Katanya dah tau penat kenapa beranak awal?
 
“Tergamak dia kata begitu sedangkan anak itu kan rezeki dan anugerah Allah. Masuk enam bulan, perang besar berlaku. Saya bertanya dengan baik kenapa dia selalu balik rumah maknya. Kan lebih baik balik rumah tolong saya jaga anak. Jawabnya malas, dia tak ada masa nak melayan anak, penat dan membebankan.

“Mengucap panjang saya dengan kata-katanya itu. Dia tuduh saya cuba mengawal pergerakannya. Pada hal saya tahu dia ke sana untuk bersama sepupunya. Bahkan mereka selalu keluar berdua membeli-belah dan makan-makan tanpa pengetahuan saya.
“Saya sangat kecewa dengan sikap suami dan meminta dia berubah dan kembali seperti dulu. Tapi nak tahu apa yang saya dapat? Dia minta izin untuk berkahwin dengan sepupunya itu kerana masih sayangkan dia.
“Kalau sudah sayang kenapa minta putuskan pertunangan dulu dan kahwin dengan saya? Memang betul lelaki pandai bermain kata-kata. Sanggup melukakan hati isteri hanya kerana ingin puaskan hati sendiri.

“Seperti yang saya bimbangkan, suami akhirnya berkahwin dengan sepupunya dengan restu mentua saya. Dalam sekelip mata seluruh keluarga itu berubah dan menyalahkan saya di atas apa yang berlaku. Pada hal, anak dia yang buat salah, saya yang terkena tempiasnya.

“Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Keluarga saya mengamuk dan mahu bersemuka dengan suami tapi saya tidak benarkan. Kata saya pada mak dan ayah, orang dah tak nak, kita jangan terhegeh-hegeh lagi. Saya masih boleh hidup tanpa dia.

“Sakitnya hati, hancur luluh mengenangkan dia melayan sepupunya dengan penuh kasih sayang sedangkan saya terabai dengan anak yang masih dahagakan kasih seorang bapa. Pada masa yang sama, saya berharap saya tidak akan lama menanggung derita ini. Saya tidak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.


“Sokongan keluarga terus menjadi kekuatan saya. Saya melakukan solat hajat dan beramal ibadat sepenuh hati untuk mendapatkan ketenangan.
“Akhirnya saya mendapat petunjuk dari Allah SWT. Saya merendah diri dengan pergi berjumpa suami dan meminta supaya dia melepaskan saya dengan baik. Saya tidak mahu berkongsi kasih. Lagipun saya tidak sanggup diperlakukan seperti orang yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Buat apa bersuami kalau sepanjang masa tidak ada di rumah. Asyik berkepit dengan isteri baru saja. Saya reda dia bernikah dengan sepupunya. Kalau itu takdir saya, saya terima dengan lapang dada.
“Sebagai manusia biasa tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Begitu juga dengan saya. Yang lain biar saya simpan di hati sebab pada saya setiap masalah rumah tangga perlu diselesaikan oleh tuan empunya diri sahaja. Orang lain tidak boleh campur. 


‘’Setelah menunggu hampir enam bulan dan tidak ada perubahan di pihak suami, saya akhirnya memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah kerana tidak tahan lagi diabaikan suami.
“Sudahlah tidak pulang ke rumah selepas bernikah lain, nafkah anak dan tanggungjawab zahir batin kepada saya juga tidak dilunaskan. Saya nekad untuk menuntut cerai kerana sudah tidak dapat menerima dia lagi dalam hidup saya.


“Mujur keluarga terutama mak, ayah dan abang memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah akhirnya saya dibebaskan dengan talak satu setelah hampir enam bulan naik turun mahkamah. Anak secara automatik di bawah jagaan saya.


“Saya tidak tahu kenapa suami boleh berubah dengan begitu mudah, adakah kerana sabotaj ibu mentua atau memang suami ingin kembali kepada sepupunya? Sehingga kini saya tidak pernah bertanya dan tidak ingin ambil tahu.


“Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun sedih terpaksa jadi ibu tunggal di usia muda, ia ada hikmah tersembunyi. Rezeki saya dan anak melimpah-limpah dan saya juga dinaikkan pangkat.


“Buat masa ini, saya tidak langsung teringin untuk mencari pengganti sebab serik dengan apa yang berlaku. Baik macam mana kita dengan suami, bercinta sampai empat tahun, kalau dia nak tinggalkan kita, dia akan buat juga.


“Kepada mertua, jangan lihat kebaikan anak sahaja dan menyalahkan menantu. Tegur perangai anak sendiri dulu sebelum nak salahkan menantu. Saya harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai lelaki, suami dan bapa. Jangan ambil mudah masalah rumah tangga.


“Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Bukan nikah cerai, nikah cerai macam salin baju. Ingat di dunia mungkin anda terlepas, tetapi di akhirat...balasan Allah pasti menanti!’’ tegas Hasni menamatkan ceritanya.


Kagum saya dengan semangat yang ditunjukkan oleh Hani dalam memperjuangkan hak dan mempertahankan kedudukannya sebagai isteri. Kekuatan dan semangat inilah yang harus ada pada semua wanita yang bergelar isteri apabila berdepan dengan masalah rumah tangga. Jangan mengalah pada keadaan.


Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya, walau yang datang itu badai dan ombak yang mengganas, bertabahlah kerana di antara waktu-waktu itu, ada bahagia yang menunggu!

Salam

Isnin, 22 Jun 2015

Nadrah Aina | Dia sanggup bagi nama perempuan simpanan dia untuk nama anak kami

Makngoh terbaca cerita ni dari sebuah blog. Macam best nak share!

________________________________________________________________________________

Bukan nak mencari salah suami, bukan nak mencanang keburukan suami. Tetapi inilah yang telah terjadi. Bila anda baca, mungkin rasa seperti Cerekarama atau drama di televisyen. Tetapi sekali lagi nak ditekankan, ini yang telah terjadi.





Aku dan Alwi, kami berkenalan awal tahun 2005. Masih ingat lagi betapa bersungguh-sungguhnya dia cuba nak mendekatkan diri dengan aku. Tapi, masa itu aku dah ada special boyfriend. Dia pun terpaksa mengalah dan dihulurkan tangan dengan niat hanya ingin menjadi sahabat.

November 2005, special boyfriend aku ajak berkahwin. Namun, mak dan ayah aku suruh kami bertunang terlebih dahulu.

Selama tempoh pertunangan kami, Alwi masih setia menjadi sahabat aku.


Mac 2006, beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung, tunang aku kemalangan dan terlantar di ICU selama dua bulan.


Dia lumpuh dan aku pada masa itu sudah tekad mahukan mak dan ayah menikahkan aku dengan dia supaya aku dapat menjaganya. Malangnya, cadangan aku ditolak oleh bakal mak dan ayah mertua aku. Mereka tak mahu aku terseksa sebab doktor dah maklumkan bahawa tunang aku akan lumpuh dan mungkin tiada harapan.

Hampir tiga bulan, Allah lebih sayangkan dia. (Al-fatihah buat Raden Fakri)


Alwi yang masih setia menjadi sahabat aku. Sentiasa ada di sisi memberi aku semangat agar aku terus kuat setelah kehilangan satu-satunya lelaki yang aku cintai.


Mac 2011, genap lima tahun tunang aku pergi. Aku masih single, sangat sibuk dengan exam, study dan Alhamdulillah dah kerja dengan kerjaya yang bagus. Keluarga dan kawan-kawan selalu bising suruh aku bukakan hati semula untuk menerima lelaki lain.


Bukan nak cakap besar, tetapi dah lebih 10 orang lelaki yang cuba kenal, cuba berkawan dan nak rapat dengan aku but it's about feeling. Aku tak boleh paksa dan Alwi masih setia menjadi sahabat aku.

Oktober 2011, setelah sekian lama hanya berhubung melalui telefon dan Skype, aku sudah bersedia berjumpa dengan Alwi. Alwi tetap seperti dulu, masih setia menjadi sahabat aku yang baik, memahami, menerima aku seadanya dan yang paling aku sebak, dia melamar aku.

Rupanya selama ini Alwi masih setia dengan perasaan dia. Masih suka dan sayang aku dalam diam.


Ye, aku sayang Alwi tetapi bukan cinta. Aku minta masa dengan Alwi, masih setia menjadi sahabat aku.


Puas aku buat istikharah, cukup banyak aku buat solat hajat meminta petunjuk dari Nya. Tetapi aku tak dapat apa-apa perasaan. Mak pula memujuk aku supaya terima Alwi dan mungkin siapa tahu selepas kami kahwin, perasaan cinta akan datang?

Jadi aku nekad, aku terima Alwi.

Jun 2012, majlis perkahwinan kami diraikan dengan besar-besaran atas permintaan mak dan ayah Alwi sebab Alwi anak tunggal lelaki mereka.


And yes, aku bersyukur berkahwin dengan dia. Lelaki yang setia tunggu aku, lelaki yang betul-betul buktikan kasih sayang dia terhadap aku. Mak dan ayah mertua aku pun terlalu baik dan manjakan aku.

Mac 2014, hampir dua tahu berkahwin, aku baru disahkan mengandung dan selama itu Alwi sabar menunggu dan kasih sayang dia masih seperti dulu. Malah lebih lagi. Alwi masih setia menjadi sahabat, teman dan suami yang terbaik untuk aku.


Oktober 2014, aku selamat melahirkan anak perempuan untuk Alwi. Anak tanda cinta kami. Ye, cinta. Selepas kahwin aku dah jatuh cinta dengan Alwi. Sahabat dan suami aku.


Alwi beritahu aku yang dia sudah ada nama untuk anak kami dan aku dengan rela setuju walapun aku dah ada nama yang aku pilih sendiri.


Nadrah Aina, itu nama yang dipilih. Kami juga buat keputusan untuk panggil Nadrah sebagai nama timangan anak kami.

Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hidup bersama orang yang aku cinta. Alwi dan Nadrah.

Mac 2015, Alwi terlelap depan televisyen dengan Nadrah. Aku tergerak hati nak buka telefon Alwi. Bukan sebab nak check WhatsApp, call etc, sebab aku percayakan Alwi. Tak pernah sedikit pun aku pernah curiga pada dia. Tak pernah!

Aku buka telefon Alwi sebab nak tengok gambar Nadrah yang dia rakam semalam semasa kami pergi kenduri. Masa itu, telefon aku kehabisan bateri. Tetapi Allah nak tunjuk, dah sampai masa untuk aku sedar, tiada hubungan yang kekal, tiada hubung yang bahagia sentiasa. Aku terjumpa gambar perempuan lain dalam telefon Alwi. Gambar perempuan tengah cium pipi dia atas katil (mungkin di hotel).


Allah, tangan aku mengigil, dadah rasa macam nak pecah. Air mata marah, geram, sedih semua bercampur. Aku tarik nafas, aku istigfar, aku mengucap, aku cuba tenang. Aku cari contact number yang aku curigta, tetapi lagi sekali Allah nak bantu aku dengan mudah, aku jumpa satu nama 'Nadzri'. Tetapi di WhatsApp profile photo, gambar perempuan itu!


Esoknya aku mesej Nadri nak jumpa. Aku cakap aku isteri Alwi. Pada mulanya dia langsung tak mahu berkerjasama. Tetapi aku ugut, kalau dia beritahu Alwi yang aku call dia dan kalau dia tak nak jumpa aku juga, aku akan sebarkan gambar dia atas katil dengan Alwi dan terus dia setuju. Padahal aku tak ada pun gambar yang dimaksudkan.


Bila berjumpa, dia mengaku sudah lama kenal dengan Alwi semenjak Januari 2014. Bermakna, dua bulan sebelum aku disahkan mengandung. Dia tahu Alwi sudah ada isteri dan pada awalnya, Alwi hanya mahu berkawan dengan dia tetapi dia tidak dapat elak bila dah terlanjur sayang pada Alwi.


Masa itu, aku rasa semua itu mengarut!

Kau boleh elakkan perempuan! Boleh sebenarnya! Tetapi kau pilih untuk terima salam perkenalan Alwi itu! And surprisingly konon awalnya nak berkawan tetapi selepas empat bulan kenal, dia dah terlanjur dengan Alwi. Ye! Dah terlanjur! Maknanya dah tidur sama!

Allah, aku cuba kuatkan hati ini. Perlahan-lahan aku redha.

Malam itu juga aku berdepan dengan Alwi. Aku ugut dia untuk tinggalkan dia dan dia tidak akan jumpa Nadrah sampai bila-bila. Aku desak dia untuk beritahu aku kenapa dia buat aku macam ini.


Dan akhirnya, Alwi mengaku dia perlukan zuriat. Dia mahukan anak tetapi tak sangka bila dia dah mula sayangkan perempuan itu, aku disahkan mengandung. Dia cuba tinggalkan perempuan itu tetapi dia tidak mampu. Dia tidak sangka aku tahu sebab selama ini aku tak pernah ambil tahu mana dia pergi, apa yang dia buat even buka telefon dia. Ini yang dia balas atas kepercayaan aku.


Dah dua minggu aku silent treatment Alwi. Setiap hari dia merayu, meminta aku mengampunkan dosa dia, minta aku maafkan dia. Setiap hari juga aku memohon kepada Allah bagi aku petunjuk, mohon Allah lembutkan hati aku kalau jodoh aku dengan Alwi dapat diselamatkan. Allah Maha mengetahui, Allah nak aku kuat, nak aku tekad untuk tidak kembali kepada Alwi.


17 April 2015, pagi itu bila aku sudah bersedia untuk memaafkan Alwi, perempuan itu call aku. Dia merayu supaya aku izinkan Alwi kahwin dengan dia. Pada mulanya aku cuba pertahankan perkahwinan kami. Aku marah perempuan itu tetapi bila dia sebut,


"Akak, saya Nadrah Aina bersumpah tidak akan menuntut hak sebagai isteri kedua asalkan akak izinkan Alwi berkahwin dengan saya!"


Aku istigfar, aku minta dia ulang balik apa yang dia cakap. Aku tak silap dengar. Ye, baru aku tahu nama perempuan simpanan Alwi, Nadrah Aina! Nama anak perempuan kami yang Alwi sendiri daftarkan!

Suami yang aku cinta, hilangkah kepercayaan yang aku beri. Sanggup bahagi perasaan sayang pada perempuan lain. Hanya kerana aku lambat mengadungkan anak dia? Hanya kerana aku bagi kepercayaan 100% kepada dia?

Paling aku tak sangka dia sanggup bagi nama perempuan simpanan dia untuk nama anak kami? Anak tanda cinta kami? Cinta yang dia harapkan dari aku bertahun-tahun lamanya?

Ya Allah..

Dengan ini aku sedar, perkahwinan tak cukup dengan rasa cinta semata-mata. Tak boleh bagi kepercayaan 100%. Tak boleh sedikit pun alpa dengan perasaan suami.

Hari ini aku tak mampu panggil nama anak aku, darah daging aku sendiri dengan nama perempuan simpanan suami aku sendiri.

Ahad, 15 April 2012

Suami curang dengan sepupu isteri

Entri ini diambil dari Utusan Malaysia.

SETIAP wanita yang telah bergelar isteri tentunya ingin dikasihi oleh suami sehingga ke akhir hayat. Setiap saat mereka mahu dibelai dan dimanja oleh suami tercinta.

Perkahwinan yang dibina tentunya ingin diselamatkan walau apa terjadi kerana kasih terhadap suami telah tersimpul mati.

Namun mampukah seorang isteri menikmati keindahan dan kebahagiaan itu bersama suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh?

Dilema inilah yang ditanggung oleh Nadia (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun yang kini sedang berperang dengan suaminya Nazir (bukan nama sebenar), 38 tahun disebabkan Nazir ada hubungan sulit dengan sepupunya, S.

Semuanya bermula apabila Nadia menumpangkan sepupunya di rumah mereka sejak empat bulan lalu.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah ini seterusnya seperti yang diceritakan oleh Nadia dalam pertemuan kami baru-baru ini.

"Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta.

"Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.

"Namun panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu.

"Sepupu saya berusia 23 tahun, anak sulung ibu saudara saya, adik kepada ibu saya. Dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.

"Sebagai anak saudara dan kakak sepupu yang paling tua dalam keluarga kami tentu saya tidak menolak permintaan ibu saudara saya itu memandangkan adik sepupu saya itu yang kami panggil S tidak pernah tinggal di bandar besar sebelum ini.

"Suami pula tidak menolak apabila saya beritahu permintaan ibu saudara saya itu. Memang saya dan suami ikhlas membantu. Secara kebetulan tempat kerjanya sehala dengan pejabat suami saya.

"Setiap hari dia menumpang kereta suami ke pejabat, balik pun sama, suami saya menjemputnya setiap hari. Pada mulanya saya tidak nampak akan timbul masalah dengan perkara itu.

"Tetapi lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang keretanya, suami selalu pulang lewat ke rumah bersama S. Alasannya dia sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang.

"Saya merasa pelik, setelah tiga bulan tinggal di KL, masakan S tidak tahu selok belok pulang ke rumah sendiri, kalau tidak larat menaiki bas, teksi banyak. Kenapa mesti tunggu suami saya juga. Paling tidak, dia boleh telefon saya bagi tahu suami saya lewat, saya boleh jemput dia.

"Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu.

"Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut.

"Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa. Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.

"Tuhan Maha Kaya dan ingin bantu saya. Satu hari, pembantu rumah saya mohon bercuti untuk ke rumah kakaknya yang jatuh sakit. Memandangkan hari itu Jumaat saya izinkan sebab Sabtu dan Ahad saya tidak bekerja.

"Anak kami saya tumpangkan di rumah adik saya yang tidak jauh dari rumah kami, lagipun anak kami sama sekolah. Balik dari pejabat saya boleh jemput dia.

"Pada hari Jumaat itu, saya keluar kerja seperti biasa selepas setengah jam suami dan S keluar. Saya tidak syak apa-apa akan berlaku kerana saya yakin suami dan S ke tempat kerja. Menjelang tengah hari saya tidak sedap hati. Teringatkan anak di rumah adik, saya mengambil keputusan pulang awal. Hampir pukul 4 petang saya keluar dari pejabat. Mulanya hendak terus ke rumah adik menjemput anak tetapi tergerak hati untuk pulang ke rumah dulu menyalin pakaian dan kemudian menjemput anak untuk pergi makan.

"Menghampiri rumah hati saya berdegup kencang. Dari luar saya lihat kereta suami ada di parkir. Pelik juga, selalu malam baru balik, ini awal sudah sampai. Agaknya dia tidak sihat, hati berkata tanpa mahu buruk sangka dengan suami.

"Saya letak kereta di luar pagar, kemudian berjalan masuk ke rumah. Pintu tidak berkunci, malah sedikit terkuak. Saya melangkah masuk dengan dada yang semakin kencang. Terdengar suara orang bercakap, pelik siapa agaknya, hati berkata lagi.

"Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya.

"Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga.

"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada kakak. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami kakak pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.

"Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi. Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.

" Seluruh adik-beradik saya yang berada di Kuala Lumpur berhimpun di rumah adik. Esoknya keluarga kami sampai dari kampung termasuk ibu S. Mentua saya menangis dan memeluk saya, ibu dan bapa bersedih dengan kejadian itu sementara ibu S yang juga ibu saudara saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Berkali-kali dia meminta maaf dia atas perbuatan anaknya itu.

"Adik saya dan mentua ke rumah saya untuk membawa suami dan S ke rumahnya. Sebelum mereka tiba saya telah nekad untuk memohon dilepaskan. Keputusan saya muktamat. S berkali-kali memegang kaki saya minta ampun, tapi saya sudah tidak boleh memandang wajahnya lagi lebih-lebih lagi suami.

"Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.

"Sebelum perbincangan selesai saya meninggalkan rumah adik. Saya perlukan ketenangan. Kedua-dua anak kami saya bawa bersama. Saya bagi tempoh seminggu kepada suami untuk keluar dari rumah kerana rumah itu adalah rumah saya, nama saya.

"Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu. Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.

"Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.

"Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain. Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita,'' demikian Nadia berpesan sebelum menutup cerita.

Cerita Nadia memang menyedihkan. Ia ibarat diberi susu tetapi dibalas dengan tuba. Saya yakin kesedihan itu mengambil masa untuk dilupakan kerana ia membabitkan saudara sendiri. Kes seperti yang Nadia lalui memang kerap berlaku dalam masyarakat hari ini. Dalam pada kita berusaha menjaga hati orang atau saudara mara, biasanya kita akan terlupa pada hati sendiri.

Apa pun saya harap Nadia tidak patah semangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadikan kejadian itu satu pengalaman berharga dalam hidup. Mungkin Allah menguji Nadia untuk menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik pada masa depan. Soal hati susah di ramal, tidak kira sudah menjadi milik orang atau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

Menamatkan catatan, jika kesedihan itu semakin menghimpit, bersihkanlah jiwa agar ia tenang dan kembali bersinar serta mampu membalut luka di hati yang telah berdarah.

p/s : dalam dunia ini tiada siapapun yang boleh kita percayai dan tiada kecuali pun. Percaya pada diri sendiri sahaja.  Orang yang ada di sekeliling kita, orang yang datang dalam hidup kita, mereka semua hanyalah persinggahan. Pasti mereka akan tinggalkan kita ... cepat atau lambat. Bersedialah untuk ditinggalkan!

Selasa, 6 Mac 2012

Suami jadi kacang

Dipetik dari Utusan Malaysia 

KEPAHITAN hidup Puan Rosmalena yang dipaparkan di ruangan ini sebulan lalu membuat saya terrpanggil untuk berkongsi pengalaman pahit saya.

 ''Nasib saya rasanya lebih malang kerana bukan sahaja ditinggalkan dengan tiga anak yang masih kecil dan semuanya bersekolah rendah, bahkan terpaksa membayar hutang yang dipinjam suami atas nama saya berjumlah hampir seratus ribu ringgit, tanpa sesen pun dibantu apa lagi diberi nafkah anak-anak setiap bulan.'' Itu cerita Farrah Alina dalam e-melnya.

''Kalau ada orang kata perbuatan membuang bayi itu kejam, saya rasa bekas suami saya Ris lebih kejam lagi. Sanggup dia memujuk rayu saya membuat pinjaman bank untuknya selepas itu membuat hubungan dengan wanita lain.

''Memang saya pegawai kanan kerajaan tetapi itu tidak bermakna dia boleh sesuka hati menganiaya saya. Apa alasannya tidak mahu membayar hutang? Adakah kerana saya ada pekerjaan tetap? Tahukah dia saya terpaksa menanggung pelbagai masalah dalam menguruskan keluarga dan persekolahan anak-anak. Walau gaji saya tinggi, berapa sangat yang tinggal selepas bayar hutang, sewa rumah, tambang bas sekolah anak-anak, duit tuisyen dan makan minum.

''Selepas perniagaannya meningkat naik, Ris berlagak seolah-olah dia bukan suami saya lagi. Perangainya mula berubah, seleranya bertukar, dia jadi pemarah hanya dengan saya sedangkan kepada kawan-kawan, saudara maranya termasuk saudara mara saya sendiri, dia tunjuk muka syurga, senyum memanjang, tak banyak cakap dan terlalu bersimpati kepada setiap masalah mereka.

''Lapan tahun awal perkahwinan, hidup kami bukan senang. Gaji saya masih rendah manakala Ris pula malas kerja. Kalau bekerja pun sering bertukar, tak sesuai katanya. Boleh dikatakan sepanjang hari dia duduk di rumah dan hobinya melayari Internet, semua urusan rumah dan anak di tangan saya.

''Oleh kerana dia suka berniaga tapi tak ada modal, saya diminta membuat pinjaman bagi membantu dia memulakan perniagaan. Katanya kalau perniagaannya berjaya, saya juga yang senang. Jadi kerana suami, saya bantu. Lagipun saya dah terlalu penat bekerja sendiri. Malangnya baru dua tiga tahun dia senang, dia mula berubah. Dia buat hubungan dengan ramai perempuan. Ada yang dia kenal kerana urusan berniaga, tak kurang juga melalui internet.

"Apabila saya minta dia bayar hutang bank yang saya pinjam kerana menolongnya, adalah setahun dua dia bayar, lepas tu dia mula buat lengah. Saya faham bukan dia yang berhutang tapi tahukah dia kalau saya susah dia pun susah juga. Itu yang saya fikir tapi dia tak fikir macam itu, dia suka layan wanita lain kerana tak sukakan saya lagi. Dia lupa siapa tolong 'hidupkan' dia seperti sekarang ini.

''Kalau dilihat dari segi rupa paras ketika tak bekerja, rasanya tak ada perempuan pun ingin. Kini setelah ada kereta mewah dan saya kira pendapatannya sekitar RM50,000 sebulan tentulah ramai wanita sukakan dia.

Akhirnya dia kahwin dengan gadis pembantu kedai. Bukan hendak menghina, tetapi itulah kenyataannya. Dia berubah setelah ada banyak wang dan kawan. Maklumlah dah kaya bukan sengkek macam dulu.

''Saya cuba buat tuntutan nafkah anak-anak melalui Biro Bantuan Guaman, malangnya saya dikatakan tidak layak menggunakan khidmat tersebut sedangkan hakikatnya, setelah dipotong hutang tak berapa ringgit gaji yang tinggal. Kerana tidak mampu mengambil peguam, sehingga kini saya tidak mampu menuntut apa-apa pun.

Memakan diri''Lepas cerai, Ris bagi nafkah anak-anak ikut suka hati dia saja. Kalau saya minta dia bayar hutang bank dia langsung tak bagi. Pendek kata dia memang nak menyusahkan saya dengan hutang keliling pinggang. Saya sering menangis mengenangkan nasib, tapi apa nak kata memang salah sendiri nak tolong suami akhirnya memakan diri.

''Apa yang menyakitkan hati saya, Ris terlalu baik dengan orang lain. Pijak semut pun tak mati. Semua orang kata dia pemurah, sopan, suka belanja orang makan dan suka tersenyum. Sebaliknya kalau dengan saya perangainya hanya Allah yang tahu. Pantang cakap sikit dia mula meninggi suara. Nasihat saya langsung dia tak dengar.

''Disebabkan perangainya yang hipokrit itulah ramai saudara mara saya termakan cakapnya. Bayangkan abang saya sendiri sanggup membantu menguruskan perkahwinan kedua Ris dengan perempuan itu. Saya tak pasti sama ada dia percayakan Ris hingga sanggup menolongnya atau adakah wang ringgit Ris membuatkan saya ditolak ke tepi.

''Jika ada majlis kahwin anak-anak saudara saya, Ris dan isteri barunya itu tidak segan silu datang bertandang. Saya amat tertekan dengan perangainya. Dia memang tiada hati perut langsung.

''Sedihnya, saudara mara saya hanya mendiamkan diri atas perbuatan Ris menganiaya saya. Adik-beradik layan saya seolah-olah saya ipar mereka. Padahal sebaliknya.

''Untuk Puan Rosmalena, kita memang tidak bernasib baik mendapat suami jenis ini yang memang tak pernah ada perasaan bersalah dengan apa yang mereka lakukan.

''Mengenai sumpah bekas suami puan di Mahkamah Syariah, ia adalah Sumpah Laknat. Tak mustahil sumpah ini akan memakan dirinya satu hari nanti. Percayalah. Balasan Allah tetap ada hanya menunggu masanya sahaja.
''Dulu Ris pun menafikan dia telah ceraikan saya di luar mahkamah. Dia pun hendak bersumpah tetapi setelah hakim beritahu kesannya Ris jadi takut. Akhirnya dia mengaku menceraikan saya di rumah.

"Saya percaya Allah melihat perrbuatannya. Saya tak halalkan setiap sen duit yang saya bantu menjayakan hidupnya. Pembalasan Allah mungkin lambat, tetapi ia pasti.

''Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah kerana kita yakin di pihak yang benar. Percayalah hukum Allah pasti akan datang satu hari nanti," pinta Farrah Alina kepada Rosmalena yang senasib dengannya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Orang kedekut macam ni pun ada jugak!

Kes 1 
Ada seorang cikgu, sekolah buat jamuan potluck. Semua guru keluar duit samaada nak bayar nasi kerabu RM10, nasi dagang RM10, biskut, buah , kuih roti atau macam-macam lain. Guru tersebut kata tak mahu bayar sebab mahu beli sendiri roti gulung. Kemudian dia pergi periksa harga di bakeri, harga satu roti gulung RM 5.00 beli dua boleh RM4.50 satu. Dia fikir kalau beli dua tak cukup, kena beli sekurang-kurangnya 4. Tapi bila 4 dia kena bayar RM 18. Jadi dia buat keputusan untuk bayar nasi kerabu RM10 dan pakat-pakat di sekolah. Tiba hari potluck, dia belum lagi bayar. Masa makan nasi kerabu, terasa sangatlah tidak sedap. Dia pun buat keputusan tak mahu bayar sebab tak sedap. Tapi sedap tak sedap, dia makan jugak. Selain itu, dia makan juga makanan lain.


memanglah, potluck itu siapa yang rajin dan siapa yang sudi keluarkan duit lebih boleh bawa macam-macam jenis makanan. Orang bawa memang suruh makanan. Tapi tak malu ke orang lain bawa makanan masing-masing, kita pula tak bawa apa-apa dan hanya jadi tukang makan jer. Dahlah tak bayar, mengutuk lagi tak sedap.

Kes 2 
Suatu hari,  pergi makan-makan. Cikgu Z order makanan yang mahal-mahal, manakala cikgu Y order makanan yang biasa-biasa sahaja. Tiba time nak bayar, cikgu Y tolong dahulukan duitnya. Kemudian beberapa minggu lepas tu, cikgu Z nak bayar hutang, cikgu Y kata bahagi sama banyaklah walaupun makanan awak tu mahal. Bila bahagi sama banyak jadi keluarkan hujung duit itu 70 sen, cikgu Y kena beri baki 30 sen kepada cikgu Z. Tapi cikgu Y tiada duit syiling baki. Jadi, cikgu Z batalkan niat nak bayar hutang. Mahu tunggu cikgu Y ada duit 30 sen dulu sebagai baki duit...kui kui.
Kan best, kalau kawan-kawan hari ini awak belanja saya, esok saya belanja awak. Tak tebal ke muka nak bagitau cashier bayar asing-asing? Dah la tu, duit 30 sen pun berkira. Alamak
 Kes 3
Cikgu A baru pindah masuk rumah sewa. Disebabkan tak tahu tempat, jadi dia minta cikgu B temankan dia mencari barang-barang seperti garment rack, selipar jepun dan meja jepun tu. Selama 2 hari berturut-turut merata pasaraya seperti Giant, Carefour, Parkson malah kedai biasa mereka kunjungi namun cikgu A belum beli apa-apa kerana kata-katanya nak survey tempat yang lagi murah. Kasihan cikgu B yang jadi driver ke hulu ke hilir. Kemudian, mereka pergi ke sebuah pasaraya. Pasaraya tu tidak memaparkan harga, pelanggan kena scan harga tersebut. Cikgu A ambil selipar jepun tapi dia tak pasti harga selipar itu. Dia beratur bukan main lama menunggu untuk bayar. Tiba di kaunter, dia tanya casher berapa harga selipar jepun tu, cashier jawab tak pasti, kena scan dulu. cikgu A risau kalau scan, dia kena bayar. Jadi dia cancel, tak jadi beli selipar jepun tersebut dengan alasan tidak tahu harga.

Ingat ini cerita tipu ke? Cerita betul ler

Kes 4

Cerita ni makngoh sendiri alami time makngoh di Sabah. Makngoh ada cerita tentang pasar tani di Kelantan dan makngoh cerita la selipar sandal murah harga RM 9.90 pun ada jual. Dia pun nak kirimlah dengan makngoh beli sepasang sandal untuk dia bila makngoh balik Kelantan. Dia tekap tapak kaki dia di kertas lukisan dan bagi makngoh kertas tu. Dia nak makngoh ikut ukuran tapak kaki dia la. Haha...
Tapi, makngoh buang kertas sebelum balik kampung lagi.
Di kampung, makngoh pun belikanlah dia sandal RM 9.90 tu. Selain tu ramai gak guru-guru yang kirim tudung bawal dan macam-macam lah. Dia bagi makngoh RM 10 dan dia minta baki 10 sen dari makngoh. Alahai, selipar tu dah la naik Airasia lagi tu. 10 sen pun mahu kira...haha

Isnin, 31 Oktober 2011

Kisah benar mengenai kembar


Makngoh dapat satu cerita dan kisah benar mengenai pasangan kembar  Brielle dan Kyrie yang telah dilahirkan 12 minggu lebih awal dari tarikh jangka. Disebabkan tidak cukup bulan dan memerlukan jagaan rapi, kedua-dua mereka dimasukkan di dalam incubator secara berasingan.

Berat Kyrie mula bertambah dan kesihatannya semakin stabil tetapi Brielle yang lahir dalm 2lbs menghadapi masalah pernafasan, masalahan jantung dan beberapa komplikasi yang lain. Dia dijangkakan tidak dapat bertahan lama.

Jururawat yang merawat mereka telah cuba sedaya termampu untuk memastikan kesihatan Brielle bertambah baik tetapi tiada apa yang membantu. Setelah pelbagai cara dan ubat tidak berkesan, jururawat tersebut tekad melanggar polisi hospital dan meletakkan kedua-dua kembar tersebut di dalam satu incubator.

Setelah pasangan kembar itu tidur, jururawat tersebut meninggalkan mereka dan apabila dia kembali, dia melihat satu kejadian yang sukar dipercayai. Dia memanggil rakan-rakannya dan juga doktor. Mereka terkejut melihat pasangan kembar tersebut di bawah.

Rupanya, apabila Brielle diletakkan berdekatan dengan kakaknya, Kyrie meletakkan lengan kecilnya di atas badan Brielle untuk memeluk dan menyokong adiknya itu. Dari detik itu, Brielle mula bernafas dengan baik dan kadar denyutan jantung bayi tersebut menjadi normal.

Sejak itu, jururawat dan doktor mengambil keputusan meletakkan kembar itu bersama di dalam inkubator kerana apabila mereka bersama, mereka sama-sama membantu berjuang untuk hidup.
 
Teringat lagu Acha "Berdua denganmu pasti lebih baik. Aku yakin itu"

Rabu, 24 November 2010

Suami kelar leher isteri hingga mati

Suami jenis apa tu?
Isteri pula sedang mengandung.

Dia ingat isteri lembu yang dikorbankan masa raya aidil adha ke?

Semoga lelaki itu insaflah dan terima balasan setimpal dengan dosa yang dia lakukan.

Cemburu tak bertempat.

Berita selanjut di bawah ni yer

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.


Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

sumber metro

Jumaat, 29 Oktober 2010

Aku dah kawin skarang

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

by Tuah Mohd Bakheet on Friday, 29 October 2010 at 15:19

Klik tajuk untuk link sumber atrtikel.

Ahad, 8 Ogos 2010

Kisah benar : Nafsu tak mengira usia, rupa dan kelulusan pendidikan

Makngoh nak berkongsi satu kisah benar mengenai kehidupan suami isteri. TAPI tujuan makngoh bukan nak mengutuk, memburukkan atau menyalahkan mana-mana pihak.

Tujuan makngoh bercerita ini untuk dijadikan sempadan dan tauladan untuk pihak isteri mahupun pihak isteri.

Kisah ini berlaku di Kelantan, daerah mana dan kampung mana tu biarlah rahsia. Isterinya bertugas sebagai nurse dan sentiasa sibuk dengan syif malamnya. Suami pula bertugas sebagai guru dan mereka sudah ada 3 orang anak, darjah 3, darjah 1 dan umur 5 tahun yang bongsu.

Menyedihkan, apabila setiap kali si isteri pergi kerja malam...si suami membawa pulang kekasih hati ke rumah mereka untuk memadu asmara dalam istilah lain berzina. Si anak pula, samaada anak mereka telah tidur ataupun anak dihantar ke rumah emak suami untuk dijaga ketika isteri bekerja.

Perlakuan suaminya itu berulang berkali-kali sampaikan orang kampung sudah tidak tahan dan memberitahu kejadian tu kepada si isteri awal tahun ni, bulan Januari lepas.

Namun, si isteri tidak percaya dan bertanya hal sebenar kepada suami.

Si suami pula, bila isteri bertanya tentang hal itu, dia terus melenting dan maki hamun isteri. Dalam meradang itu, dia menceraikan isterinya.

Lepas bercerai, isteri tinggal di rumah tu dan si suami menyewa di di tempat lain. Tetapi bila hujung minggu, suaminya tetap ke rumah itu memotong rumput dan bercucuk-tanam. Rupanya dia menyesal tetapi sudah terlanjur menceraikan isteri. Anak mereka yang tiga orang tu pula, dipisahkan. Yang bongsu tinggal bersama emak suami dan 2 orang lain tinggal bersama masih tinggal dengan ibunya.

Dalam pada itu, orang-orang kampung juga ada bertanya tentang masalah sebenar rumahtangga mereka. Kata suaminya
~~~dia sunyi. Isteri tiada di malam hari sibuk dengan kerja. Bila isteri pulang kerja, dia pula yang kena pergi kerja. Jadi mereka tiada masa bersama.

~~ isterinya tak jaga makan pakai dia. Makan minumnya dia yang kena cari sendiri.

~~anak-anak terabai sebab isterinya sibuk dengan kerja.

Namun, menurut isterinya pula -:
~~ sebelum dia pergi kerja, makan malam disediakan siap di atas meja. Tapi langsung suaminya tak sentuh makanan tu. Suaminya balik kerja di siang hari pun, isterinya sediakan makan minum. Bukannya tidak buat apa-apa.

~~ anak-anak cuma tidak bersamanya di waktu malam sahaja. Di siang hari, dia tetap menjaga anaknya.

~~ hubungan suami isteri mereka...biarlah mereka sendiri yang tahu.

Bulan 5 lepas, suaminya pun telah berkahwin dengan kekasih yang selalu dibawa pulang tu. Rupanya, kekasihnya itu seorang ustazah bertudung labuh mengajar di sekolah rendah dan baru sahaja mula mengajar hujung tahun lepas. Sangat menyedihkan dengan perwatakkan ustazah itu.

Ini baru bulan 8...tetapi ustazah itu sudah mengandung 8 bulan dan baru je mengadakan majlis lenggang perut.

Isteri yang ditinggalkan suaminya tu pula, menyewa di rumah lain bersama 2 orang anaknya. Rumah mereka itu sekarang dalam proses untuk dijual.

Sungguh sedih, rumahtangga musnah hanya disebabkan nafsu serakah semata-mata. Ambillah pengajaran dari kisah ini.

Jumaat, 2 Julai 2010

kisah benar :Isteri terlanjur tak tahan dihina suami

KALAU ditakdirkan waktu dapat diundur kembali, tentu Farisha Natasha Ashman (bukan nama sebenar) tidak membuat kesilapan besar dalam hidupnya.

Dia kesal dipertemukan dengan Hazmil Ahmad (bukan nama sebenar) yang juga suami orang kerana pertemuan itu hanya membawa dirinya ke lembah kecurangan.

Segalanya bermula apabila dia terlalu kecewa dengan rumah tangga yang dibina bersama Azlan Hanapiah (bukan nama sebenar) ketika dia mula menghidu kenakalan suaminya yang sering menjalin hubungan dengan wanita lain sehingga membosankannya.


Memiliki saiz badan agak gempal, Farisha akur dia tidak punya daya tarikan sehebat gadis yang bertakhta di hati suaminya apatah lagi dalam meniti usia 40-an.


"Tetapi suatu ketika dulu saya juga memiliki bentuk badan menarik. Dia yang tergila-gilakan saya, ketika itu saya sudah ada kekasih lain tetapi dia beria-ia hendak memperisterikan saya. Setelah bergelar isteri, dia mengabaikan saya.


"Saya rasa tidak adil apabila diperlakukan sedemikian. Pedih hati saya bila sering terjumpa gambar wanita cantik dalam pelbagai gaya seksi dalam telefon bimbit suami. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang saya menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali hendak bercakap dengan suami.


"Mulanya saya menganggap ia permainan gadis sekarang yang nakal, tetapi saya pernah terbaca pesanan ringkas (SMS) meluahkan rasa sayang, dan rindu dalam telefonnya. Saya memang kecewa tetapi apabila diajukan pada suami, dia mula memaki-hamun dan menuduh saya yang bukan-bukan," katanya yang sudah hampir 20 tahun mendirikan mahligai bersama suami tercinta.


Tidak dinafikan suaminya yang agak tinggi mempunyai paras rupa agak menarik, sekali gus menjadi tarikan ramai wanita. Namun, dia sering berfikiran positif kerana dia sendiri memiliki kerjaya yang baik dan bertaraf profesional, tiada masa untuknya memikirkan perkara bukan-bukan.


Keadaan rumah tangganya mula kucar-kacir apabila suaminya bertemu dengan gadis jelita dan menjalin hubungan dengan wanita berkenaan.


"Paling memilukan apabila pernah terserempak suami dan wanita lain di sebuah pasar raya. Ketika itu saya bertanyakan suami tetapi dia menyatakan wanita itu setiausahanya. Saya tidak tahan dengan pembohongannya dan saya siasat hingga ke pejabat tetapi saya temui setiausahanya yang sebenar, bukan wanita itu.


"Sejak itu hubungan saya dan suami semakin renggang, dia pula semakin mengabaikan nafkah zahir dan batin

"Bahkan, dia menghina dan mengatakan tidak berselera, mengutuk saiz badan saya malah langsung tidak lagi tidur dengan saya. "Hampir setahun memendam perasaan sehingga saya bertemu Hazmil (bekas rakan sekolah) dan menceritakan segala kepedihan dialami. Bagi saya, dia sajalah tempat saya mencurah segala suka duka," katanya.


Menurut Farisha, kisah suaminya tidak berhenti di situ kerana pencariannya memikat gadis terus berlangsung sehingga pelbagai cerita mengenai kecurangan suaminya itu sampai ke pengetahuannya.


"Paling menyedihkan bila suatu pagi saya dikejutkan dengan panggilan daripada suami supaya datang ke balai polis kerana dia terpaksa bermalam di lokap gara-gara ditangkap khalwat. "Sebagai isteri, saya ke sana dan menjaminnya tetapi sepanjang jalan pulang, saya lebih banyak mendiamkan diri dan dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.


"Sejak itu saya terus menyimpan perasaan kerana satu demi satu bukti saya temui dia masih ada ramai kekasih lain. Dia selalu bercuti, menghabiskan duit untuk wanita lain yang 'dipancing' demi kepuasannya. Apabila mendapati banyak wang daripada akaunnya dikeluarkan tanpa pengetahuan saya, saya terus menyimpan segala bukti.


"Paling memilukan bila saya ajak suami bersemuka dan berbual dari hati ke hati, dia kemudian mengatakan hatinya sudah tiada untuk saya. "Dia mengaku meniduri beberapa wanita dan tidak dapat melupakan kekasihnya itu yang dianggap lebih hebat berbanding saya.


"Walaupun sedih dengan kenyataan yang saya anggap penghinaan itu, saya tetap bertenang. Jauh di sudut hati saya menyimpan rasa terkilan, dendam dan kelukaan yang amat dalam hingga pernah saya rasa hendak mati saja. "Sejak itu, saya rasa hilang arah dan bermurung kerana merasakan hidup ini sudah tidak berguna lagi. Apabila diajukan perkataan cerai, suami memarahi hingga membuatkan saya bungkam," katanya.


Disebabkan rasa sedih itu, dia kemudian sekali lagi bertemu dengan lelaki yang menjadi pendengar setia untuk meluahkan segala luka di hati. Semakin lama lelaki itu bukan hanya menunjukkan rasa simpati sebaliknya turut memberi harapan dan kasih sayang kepadanya, mungkin atas dasar simpati.


"Mungkin kerana terlalu marah, saya dan lelaki itu akhirnya terlanjur. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lakukan semata-mata ingin tahu sama ada saya sudah tidak memberangsangkan atau sebaliknya, selain rasa marah yang masih bersisa pada sikap suami.


"Saya tahu, saya berdosa besar kepada suami atas kecurangan yang saya lakukan.


"Saya mengerjakan umrah dua tahun lalu dan bertaubat nasuha serta mengharapkan Allah mengampunkan dosa besar yang dilakukan itu. "Walaupun tahu saya perlu sujud pada suami mengenai perbuatan terkutuk itu, saya merasakan semuanya berpunca daripada suami yang menyebabkan saya jadi begitu. "Kini, saya sudah tidak berhubungan lagi dengan teman lelaki saya itu kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu," katanya yang mengakui insaf dengan perbuatannya enam tahun lalu. Kini dia menjalani hidup seolah-olah bahagia walaupun hakikatnya dia hanya 'berlakon' dalam rumah tangganya demi menjaga hati banyak pihak.

dipetik :Harian Metro

Sabtu, 26 Jun 2010

Kisah benar : Suami di Johor, isteri di Kelate ada lelaki lain

Ops.... terlebih dahulu bukan nak mengumpat. Cuma nak jadikan sebagai pengajaran dan sempadan kepada semua isteri dan bakal isteri orang.

Selepas berkahwin, insan pertama yang perlu kita dahulukan adalah suami dan suami adalah insan mulia bagi setiap isteri.

Kisah ni baru jer berlaku beberapa hari lepas. Baru je lagi. Suaminya bekerja di Johor tapi tak abaikan isterinya, setiap bulan, suaminya sentiasa berikan duit belanja Disebabkan kasihan isteri bersusah payah hantar anak ke sekolah yang dalam 3-4 orang tu, suaminya belikan lagi sebuah kereta Myvi untuk isteri tersayang.

Setiap kali pulang ke kampung, suaminya diberitahu oleh orang kampung bahawa isterinya ada lelaki lain. Mana taknya, memang selalu sangat orang kampung terserempak dengan isterinya dengan lelaki lain.

Namun oleh kerana tidak nampak dengan mata sendiri, jadi suaminya tidak percaya. Lagipun dia yakin, isterinya seorang yang setia.

Beberapa hari lepas, suaminya pulang ke kampung. Pada 1 hari, si isteri memberitahu suami, hendak keluar mencari susu anak yang telah habis. Suaminya pun izinkan. Setelah si isteri keluar rumah, si suami pun keluar gak. Tapi sekadar keluar jalan-jalan. Bukan nak menyiasat isterinya pun.


ALLAH itu MAHA Adil. Si suami menunggang motosikal terserempak si isteri dengan seorang lelaki di dalam kereta dengan mesra. Namun dia sabar.

Bila isterinya pulang ke rumah, dia bertanya dan 2 penampar singgah di pipi isterinya. Kemudian, perempuan tersebut diceraikan.

Esoknya, suaminya pergi ke sekolah tempat kerja teman lelaki bekas isterinya tu. Rupanya, teman lelaki isterinya seorang ustaz yang juga suami orang. Tanpa banyak bicara, ustaz tersebut dibelasah oleh suami tersebut.

Pengajaran yang mak ngoh belajar dari cerita nih
  • Ikut suruhan agama dan jauhi larangan agama. Bukankah seorang isteri wajib mentaati suaminya.
  • Seorang ustaz pun tak betul gak. Ye tak? Dah tahu perempuan itu isteri orang tapi tetap dijadikan kekasih gelap. Kalau ustaz nak kahwin lagi satu, boleh jer. Tak salah. Tapi carilah anak dara orang atau janda orang. Jangan isteri orang. Ustaz zaman sekarang hanya sekadar nama dan gelaran.
  • Jangan berjauhan suami isteri. Yer...suami isteri memang tak boleh berjauhan bagi mengelakkan godaan syaitan. Tahu tak, isteri boleh ditinggalkan maksimun 3 bulan jer sebab seorang wanita perlukan belaian lelaki ...(malu lak nak taip ayat nih)
  • Kepercayaan, tak boleh diberikan 100% kepada pasangan. Lelaki atau wanita sama jer sekarang nih. Pandai curang.
  • Fikir baik buruk sesuatu perkara sebelum anda teruskannya. Sebelum jalinkan hubungan gelap, fikirkan anak-anak dan masa depan perkahwinan anda.
  • Nafsu syaitan ....itu perosak bagi segala-segala hubungan. Kerana nafsu, rosak hubungan anak dan ibubapa, kerana nafsu rosak hubungan adik-beradik, kerana nafsu rosak hubungan suami isteri dan paling penting kerana nafsu rosak hubungan dengan ALLAH. Mohonlah keampunan ALLAH.

YA ALLAH, sesungguhnya aku insan yang lemah dan sentiasa tergoda dengan dunia. Ampunilah dosaku YA ALLAH.

Isnin, 24 Mei 2010

Guru wanita mangsa lelaki PENGIKIS

Hakikat kehidupan...bukan mak ngoh nak burukkan semua lelaki bersifat pengikis tapi tak dinafikan ada segelintir lelaki yang berjiwa iblis dan cuma mahu hidup senang dengan hasil penat lelah seorang wanita bergelar isteri.

Mak ngoh ada 2 kisah benar yang berlaku di sekeliling mak ngoh sendiri. Kisah pertama nih mengenai seorang guru wanita yang mengajar di salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumah mak ngoh. Dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bertugas sebagai tentera di Perak. Lebih kurang setahun berkenalan, akhirnya mereka berkahwin, kononnya lelaki ini, tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga. Di awal perkahwinan, mereka hidup berjauhan, maklumlah isteri di Sandakan, suami di Perak.

Di dalam kejauhan, si suami meminta si isteri membelikan buah tangan setiap kali pulang ke Perak. Buah tangannya bukan alang-alang. Mahu dompet, mahu seluar dan baju yang mencecah ribu ringgit. Namun dek kerana buta cinta, guru wanita itu menurut kata suaminya. Kemudian awal tahun 2009, guru wanita tersebut telah berjaya ditukarkan ke Perak dan tinggal bersama dengan suaminya. Si suami meminta isteri membelikan kereta VIOS untuk kegunaan mereka. DAN kereta VIOS itu pula, diletakkan nama si suami, atas permintaan suaminya. Guru wanita itu mula merasa curiga namun dek kerana sayang dibiarkan je


Hari demi hari... semakin banyak permintaan si suami dan semakin terhakis gaji si isteri. Kemuncaknya, apabila si suami meminta si isteri membelikan sebuah banglo dengan dan dinamakan atas nama suami. Si isteri mula naik angin dan bising. Dengan hati iblis suami pun kata " Hei, kera..aku suruh kau beli, kau beli je lah. Kau ingat aku suka sangat ker kat kau?" Tengoklah dan hayatilah. Akhirnya, pasangan ini bercerai di pertengahan tahun 2009. Berakhirlah derita guru wanita tersebut hidup bersama lelaki durjana yang cuma mengambil kesempatan.


Kisah kedua pulak adalah kisah yang sedang berlaku dan belum ada kesudahan. Mengenai seorang guru wanita yang teramat baik hati. Mak ngoh kenal sangat guru nih, dia jenis tak pandai nak marah orang pun. Tak pandai mengumpat dan tak pandai memburukkan orang. Namun kerana sedih dan tidak tahan, akhirnya dia meluah dengan rasa dengan mak ngoh. Meminta nasihat dari mak ngoh, tapi apalah yang boleh mak ngoh buat. Hanya sekadar menasihatkannya berdoa dan bersabar.


Episod cintanya bermula sejak di UPSI, dia berkenalan dengan seorang lelaki di intenet dan kebetulan lelaki tersebut juga tinggal dan bekerja di Tanjung Malim. Dengar kata lelaki tu bekerja sebagai pegurus estet. Perhubungan yang rapat dan mereka ini sentiasa bergaduh. Lepas gaduh, baik balik. Begitulah setiap masa. Akhirnya pasangan ni bertunang pada hujung tahun 2005. Di dalam masa bertunang tu pun, mereka sentiasa bergaduh sebab lelaki tu kaki perempuan. Akhirnya mereka putus tunang tahun 2006 tetapi tiba-tiba selepas kami semua habis praktikal mengajar, guru wanita ini memaklumkan dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut. Masa tu kami sekadar ber SMS dan mak ngoh tanya " Yakin ker dengan keputusan nih? Dia jawab " YA, laki tu dan berjanji akan berubah demi aku". Namun hati mak ngoh masih tak percaya dengan lelaki tu. Malah mak ngoh tak pergi pun ke majlis perkahwinan mereka. TAnda BoikOT ??? Entah lah.

Kemudian, awal tahun 2007, kami mula posting dan kawan mak ngoh nih mengenalkan mak ngoh dengan suamina. Memang dari riak wajahnya...sangatlah tidak boleh dipercayai. Semasa semua guru baru sedang berkumpul di dewan, kawan mak ngoh nih menunjukkan mak ngoh kepada bekas kekasih suaminya yang juga seorang guru. Bekas-bekas kekasih. Teruk laki tu. Memang dia dah aim guru UPSI.

Kami sama-sama posting ke Sabah. Suami kawan mak ngoh nih ditinggalkan di semenanjung kononnya sebab dia pun kerja. Baru jer 3 bulan posting, kawan mak ngoh nih dah buat personal loan RM 50 ribu . Tujuanya, sebab suaminya nak beli kereta BMW. Bengang tol mak ngoh time dengan cerita dia. Itu belum lagi cerita suaminya yang curang dengan perempuan dan adik-adik UPSI.


Kemudian, setahun kemudian, kawan mak ngoh boleh tukar ke semenanjung dan tinggal bersama suami. Dia dah dapat anak seorang time. Tapi cerita suaminya curang tak habis-habis lagi. Yang paling menyakitkan hati, rupanya suaminya berhutang dengan mak dia untuk duit hantaran perkahwinan mereka. Mahu tak mahu, kawan mak ngoh nih terpaksa pulak buat loan RM 10,000 untuk membayar hutang hantaran perkahwinan tersebut. Kemudian baru-baru nih, dia beritahu mak ngoh baru buat loan dengan potongan gaji RM 1200 sebulan selama 15 tahun. Loan itu untuk suaminya buka perniagaan tapi dah bankrap pun perniagaan tersebut.


Kini, kawan mak ngoh tu sedang mengandung anak kedua. Suami dah jarang-jarang balik ke rumah kerana sibuk dengan perempuan lain. Antaranya perempuan tu adalah seorang ustazah yang bertugas di Johor. Ustazah tu dah tahu laki tu dah kawin tapi masih nak mengatal gak. Hm... tak tahulah. Wanita menganiaya wanita. Untuk bekalan bersalin nanti, kawan mak ngoh ada simpanan RM 5000 di bank yang disimpan sembunyi tanpa pengetahuan suami tapi rupanya bila nak pergi ambil, duit tu dah licin dikebas oleh suami dengan menggunakan ATM.

Berani dan kejam suaminya tu, di telefon bimbitnya buat wallpaper gambar perempuan lain. Kemudian bila bergaduh, dia akan mengugut kawan mak ngoh melarikan anak sulung mereka yang baru berumur 3 tahun. Mak ngoh sedih sangat dengan nasib kawan mak ngoh nih. Sangat sedih. Tak tahulah macamana kesudahannya. Pernah mak ngoh nasihatnya supaya bercerai namun dia kata dia fikir anak dan fikir duitnya yang dah banyak habis.

Siapa yang baca cerita nih, tolonglah doakan semoga kawan mak ngoh nih mendapat penyelesaian bagi masalahnya. Tolonglah doakan kebahagian kawan mak ngoh nih. Dia seorang yang sangat baik dan tidak pernah melukakan hati mak ngoh pun sepanjang 10 tahun kami berkawan. Mak ngoh sangat kasihankan dia.


Pesanan kepada diri sendiri dan kepada guru wanita ataupun wanita yang bkerja yang bujang, pilihlah suami dengan baik. Berhati-hatilah dengan lelaki yang berjiwa iblis. Semoga kita semua mendapat pasangan yang beriman kepada ALLAH dan yang berniat baik kepada kita. Amin...

Ahad, 2 Mei 2010

Kisah Benar : Siksa Seorang Anak

Kehidupan ni memang sukar bagi orang yang miskin dan tiada pendapatan tetap.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ada seorang pelajar nih,Form 4 lelaki, baik budaknya dan hepi go lucky tapi sejak tahun lepas jarang hadir ke sekolah. jadi PK HEM dan kaunselor telah pergi ke rumahnya untuk bertanya khabar

di rumahnya, PK HEM diberitahu oleh ibunya yang anaknya tidak dapat ke sekolah kerana menjaga adik2 yang kecil sementara ibunya bekerja. selain itu, ibu pelajar itu juga kelihatan tertekan dengan kemiskinan yang mereka hadapi. Bapa pelajar tersebut tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah kepada mereka sekeluarga. rumah sewa yang mereka duduki pula, sudah lama tak bayar sewa dan bekalan elektrik rumah mereka tu, telah dipotong oleh tuan rumah.

Beberapa bulan selepas itu, dengan pelajar tersebut yang masih tidak hadir ke sekolah, sekali lagi PK HEm menjenguk ke rumah pelajar miskin itu. Berita lagi sedih, ibu pelajar tu telah melarikan diri dari rumah meninggalkan anak2 yang masih kecil seramai 5 orang sendirian. sedihnya.

jadi pelajar tu, tak dapat ke sekolah dan mereka adik beradik bekerja sendiri untuk menyara diri. Pelajar tu bekerja mencuci kereta dan adiknya bekerja di kilang biskut. manakala, adik2 yang kecil tu jaga diri sendiri time abang n kakak kerja. kesian.

tapi apakah tindakan wakil rakyat di situ yang telah menang tanpa bertanding? apa tindakan ketua kampung dan apa tindakan pihak sekoalah? tak ada ke orang yang sudi melaporkan kepada badan kebajikan masyarakat bagi membantu pelajar2 miskin ini.


Reflection : Sedang mengusahakan tindakan badan kebajikan.

Rabu, 21 Oktober 2009

maafkan cikgu....

Kisah nih, Mak Ngoh amik dari emel gak. Best plak cite nya jadi Mak Ngoh kongsi jer lah :)

Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Begitulah ceritanya.... :)

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!