Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Oktober 2017

Cat tandas sekolah dengan nama bank di Malaysia | Kreatifkah?

Gambar di atas telah dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun facebook bernama  R-Wind Raj pada 12 Oktober yang lalu dan menjadi viral di beberapa kumpulan whatsapp dan facebook. Ramai guru memuji idea kreatif tersebut namun tidak kurang juga yang TIDAK bersetuju mengecat nama bank berikut di tandas iaitu tempat yang dianggap kotor. 

Walaupun mendapat teguran dari rakan guru namun R-Wind Raj tetap dengan pendirian beliau mengatakan ianya hanya sebuah idea kreatif.




Gambar di atas diambil dari kumpulan facebook Guru Malaysia. Bukan hak milik penulis blog. 

Ahad, 3 Januari 2016

Isu guru duka lara | Kenapa KPM biarkan sehingga 30K guru berjauhan pasangan?



Isu guru berjauhan pasangan sudah lama menjadi isu. Menteri Pendidikan silih berganti namun penyelesaian masih belum menampakkan hasil termasuk juga Menteri Pendidikan yang baharu. Ingat dulu, zaman makngoh bujang ... Menteri Pendidikan ketika itu Hishamudin beliau siap cadangkan guru kahwin dengan guru satu sekolah... haha. Jika guru robot bolehlah...kahwin ikut sedap je kan. Tapi sebab cikgu ni manusia ada hati ada perasaan ada pilihan tersendiri. Jodoh tuhan dah tentukan. 


Kemudian teringat pula cerita Noh Omar yang cakap kalau tak nak ke pendalaman, cikgu-cikgu sila berhenti kerja. Aduhai...kesian kami guru-guru. Kebanyakan guru-guru ni anak orang biasa-biasa je. Bukan anak datuk datin. Anak tan sri atau dari keturunan kaya raya (walaupun cikgu sekolah makngoh ayah dia ahli parlimen) . Kebanyakan guru ni lahir dari pengorbanan ibubapa bergolok gadai untuk anak-anak dapatkan ijazah pendidikan. Takkan semudah itu kami nak berputus asa membiarkan pengorbanan ibubapa begitu saja. Sebab itu ada guru yang bertahan...bertahun-tahun nun di pendalaman,  berbelas-belas tahun terpisah pasangan tapi sabar sabar redha usaha macam tu lah dari tahun ke tahun menunggu April dan September. Berjaga menunggu server error egtukar jadi ok .. menghabiskan ink printer...cetak itu cetak ini walaupun jauh di sudut hati memang dah tahu akan .....GAGAL. 



Tiba-tiba hari ini dikejutkan pula dengan berita 2000 guru duka lara berjaya disatukan. Eh, siapa? Siapa yang dah disatukan. Kami guru-guru berjauhan tiada menerima apa-apa makluman dan surat pun. Kami ada group whatsapp guru berjauhan tapi seorang dari kami tiada pun dapat panggilan atau apa-apa makluman. Kami ada group pertukaran guru di facebook.... tapi tiada berita pun ada guru yang dapat. Siapa yang dapat? Takkanlah 2000 orang yang berjaya itu membisu tak mahu kongsi berita gembira masing-masing.



Yang pelik, siap nak masuk fasa kedua dah. Eh.....eh. Konfius kami guru-guru yang berjauhan ni. Fasa 1 apa cerita? 1848 itu angka apa? 2000 tu angka yang mana pulak. 



Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.

“Kementerian akan lihat guru-guru yang ‘berduka lara’ ini, kami fokus untuk satukan mereka. Di seluruh negara terdapat lebih kurang 30,000 guru yang berpisah dengan pasangan mereka, ini antara langkah pertama yang diambil untuk satukan mereka dan proses pertama sudah siap dan kami akan teruskan. 
“Hampir 2,000 guru berjaya disatukan, ada ramai lagi. Mereka kini boleh menyemak kekosongan dan membuat permohonan pertukaran secara online, iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa untuk membuat keputusan, ini memudah cara, kami sudah amalkan sejak dua tahun lepas,” katanya.
                                                                                                                   Dipetik dari sini 
  
SEBENARNYA hati kami guru berjauhan pasangan ini seperti mati hidup semula selepas penyataan--penyataan penuh harapan dari Dato' Seri Mahdzir Khalid. Makngoh rasalah, beliau satu-satu menteri pendidikan yang bercakap dan bertindak untuk membantu guru bersama pasangan. Dahulu Mary Yap juga pernah menaik status yang kononnya ingin membantu guru PJJ tapi langsung tiada hasil. Yes...langsung tiada hasil. Guru PJJ tetap tidak diberi keutamaan dalam pertukaran. 


  

Yang menjadi ralat kami guru-guru PJJ mengapakah bilangan guru PJJ mencecah 30K sedangkan egtukar dibuka 2 kali setahun dan semakan semula juga 2 kali setahun. Di mana silapnya??? Mengapa ada guru yang telah berbelas-belas tahun berjauhan pasangan hinggakan masyarakat luar memandang isu tersebut sebagai normal dan biasa. Cikgu ada cuti banyak boleh jumpa pasangan sewaktu cuti. Jadi kamilah isteri / suami separuh masa itu. Yang berkhidmat anak murid separuh mati dan berkhidmat untuk anak dan pasangan dalam 10 kali setahun sahaja. Sewaktu cuti sekolah dan cuti perayaan. Anda semua ada 365 hari bersama pasangan tetapi mengapa kami tidak boleh? Sebab guru umpama lilin membakar diri... (itupun kalau lilin boleh pakai lagi) 

 

Di kementerian ada bahagian yang menguruskan pertukaran guru dan makngoh sangat tak faham mengapa boleh keluar angka 30K ? Jika ada 30 orang pelajar yang gagal, sah-sah dah kering muka guru dimarah kerana makan gaji buta...yang tak buat kerja. Teringat pada tahun 2013, makngoh buat rayuan di KPM menggunakan alasan emak sakit Chronic Subdural Haematoma. Kepala bertebuk sebab ada pendarahan. Pengawai yang melayan makngoh dengan bangga jawab "ada cikgu sendiri yang kanser tahap 4 pun gagal, inikan pula alasan sekadar ibu yang sakit"  WOWWWW.  Jadi, cikgu yang lulus egtukar tu guna alasan jenis apa baru boleh lulus tukar? 

Cerita makngoh tak habis begitu je. Makngoh print gambar-gambar emak makngoh, jaja dan merayu pengawai di KPM jangankan nak tengok. Jeling pun tidak gambar yang makngoh nak tunjuk. Betul. Itu pengalaman makngoh sendiri. Keluar bilik pengawai dengan airmata. Berjalan ke tempat parking yang jauh. Orang duk tengok je kita duk menangis .Mungkin itu fenomena biasa di KPM.  Tapi tak serik lagi. Ada masa free pergi lagi. Mengadap lagi. Layanan tetap sama. Keluar dengan airmata lagi dan Akhirnya...putus asa. Hingga ke hari ni makngoh dah tak jejak kaki ke Putrajaya. Dengar kata ada pengawai baru dah yang berkhidmat. 

Tahun 2016, tahun ke 6 makngoh berjauhan anak dan suami. Mereka di kampung, makngoh di KL. Duit habis atas Malindo, Firefly, Darul Naim, Mutiara dan Perdana. Itu rutin 6 tahun. Dari mengandung sorang-sorang di KL hingga sekarang anak dah nak masuk 5 tahun. Paling perit drive sendiri ke hospital dengan kontraksi 5 minit sekali. Nurse asyik tanya mana waris? Makngoh tak dapat nak bagitau yang suami jauh di Kelantan. Tak sempat nak datang. Telefon mak di kampung dengan airmata bercucuran. Masuk wad sendirian tanpa keluarga. Nasib baik ada  hamba ALLAH  suami isteri yang tolong belikan makanan dan minuman untuk makngoh. Memang betul duka lara hidup jauh pasangan ini. Sangat perit. Sebab tu makngoh respect sangat kepada guru wanita PJJ yang sanggup jaga anak sendirian tanpa suami.  Makngoh tahu sangat payah...lebih-lebih lagi bila anak sakit atau mak sendiri yang sakit. Tanya je mana-mana guru PJJ macam-macam cerita sedih boleh dengar. Sekolah mkangoh sendiri ada 3 orang PJJ. 




Ahad, 15 November 2015

Alamat Sektor dan unit KPM yang menguruskan pertukaran guru 2015

Alamat -:


Unit Pengurusan Guru

Sektor Pengurusan Sekolah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,

62604 Putrajaya

Telefon: 603 8884 9370

Faks: 603 8888 6671

Nombor FAKSIMILI untuk pertukaran guru 

178.Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
--
88846673
KAUNTER (SEMAKAN DAN PERTANYAAN PENEMPATAN/PERTUKARAN GURU)
160.Kaunter Utama Aras 4
--
88849370


UNIT PENGURUSAN GURU
93.Zanol bin Hj Awang, Encik
zanol.awang
Ketua Unit88849332
94.Mohamad Hizal bin Talib, Encik
hizal.talib
Penolong Pengarah88849459
95.Tuan Norhaleza binti Raja Muhammad, Puan
norhaleza.raja
Penolong Pengarah88830652
96.Syerwiah binti Abu Hassan, Puan
syerwiah.abuhassan
Penolong Pengarah88849444
97.Lee Choong Yew, Encik
leezy1209
Penolong Pengarah88849348
98.Adnan bin Ahmad, Encik
adnan.ahmad
Penolong Pengarah88849352
99.Arba'atun Adawiah binti Ahmad, Puan
adawiah.ahmad
Pengelola Kanan88849456
100.Paskaran a/l Subramaniam, Encik
paskaran
Pengelola Kanan88849351
101.Aw Ming Fah, Puan
aw.ming.fah
Pengelola Kanan88849469
102.Munira binti Mahmad, Puan
munira.mahmad
Pembantu Tadbir88849498
103.Noraini binti Ariffin, Cik
norainiariffin
Pembantu Tadbir88849350
104.Pikeri bin Ahmad, Haji
pikeri
Pembantu Tadbir88849499
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
83.Jafri bin Abu, Dr.
jafri.abu
Ketua Penolong Pengarah88849555

Rabu, 5 Ogos 2015

Kisah ayah cari anak di sekolah | Rupanya anak ponteng.

Ni kali kedua.. ak jumpe pakcik ni.. dtg skolah.. cari ank die.. 1st time dtg.. pakcik ni nk blikan baju sukan utk ank die.. tp dtg skola ank xde kat skolah..

"Pg td die keluar pegi skola cikgu.. pakai bj skola.. bwk beg skola.. minta duit nk bli bj sukan.. sy dtg nk blikan.. cari die xde.. cikgu dia kt da lame die x dtg skola.. sy takot die kne buang.. mane sy nak cari die ni ye..."
mmg xleh jwb.. sbb sah2 ank die x masok skola..
Arini.. pakcik ni dtg lg.. dok jengok kat tepi bilik ak ngadap ke padang..
"Assalamualaikum cik.. pakcik cr sape?.."
"Sy cr ank sy cikgu.. nk tgk die dtg skola x.. td sy pergi kelas die.. kwn2 nye ckp bdk2 kelas die kat padang.."
Ak panggil bdk.. suh carik ank pakcik ni..
"Cikgu.. bdk2 kelas die ckp ****** da 2 ari x dtg skola..."
Pakcik ni tgk ak.. muke die cm kompius..
"Cikgu.... ank sy pergi skolah cikgu.. sy hantar td pg... die pkai bj skolah.. bwk beg skola.. sy bg duit blanje cikgu..."
Die trus jln.. tekebil2 pakcik ni..muke tahan sedih... ak tau die kecewe gile ngn ank die..
Hmmm... hai la ank... kalo yg dtg ni berbaju kot.. berkasut kilat.. keluar dr perot bmw, ak x kesah.. tp... ape dose bapak ko smpai ko nipu org tua ni... smpai bile ko nk tgk bapak ko begini nasib nye.. x tringin ke nk hepikan die.. die x mtk ko blikan die banglo mewah tepi highway exit kajang tu.. die mtk ko g skola je.. tu pon susah ke?..

Selasa, 7 April 2015

Contoh surat izin suami | E-Gtukar 2015

Nama dan alamat suami

1 April 2015
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras  4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.                                                                                             

Tuan,
KEIZINAN SUAMI  PERTUKARAN GURU SESI JAN 2015
Perkara di atas dirujuk.  Saya merupakan suami kepada _______ (number ic isteri ) yang kini bertugas di _________dengan ini mengizinkan isteri saya untuk berpindah ke_________.

02.       Antara sebab saya mengizinkan perpindahan isteri adalah seperti berikut :
a.      
b.      






03. Di harap pihak tuan menimbangkan permohonan tukar isteri saya. Sekian terima kasih.


Yang benar ,
____________
(nama dan tandatangan suami)

Khamis, 6 Mac 2014

Direktori Unit pengurusan sekolah menengah BPSH KPM 2014


Senarai nama pengawai di atas, dalam bahasa mudahnya adalah pengawai yang bertugas di bahagian pertukaran KPM untuk sekolah menengah.

Al-Fatihah kepada Cikgu Shaari bin Md Nor SK Kompleks Gong Badak






Perkhabaran dari Pantai Timur, SK Kompleks Gong Badak seorang guru telah meninggal dunia.
Namun, berita kematian arwah dicalitkan dengan kisah terkejut kerana kedatangan nazir.

Daripada sumber terdekat, arwah sebenarnya baru selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara dan pada hari kejadian arwah telah memaklumkan yang arwah gelap mata dan terasa nak pitam.

Arwah berusia 51 tahun.

Alfatihah

Isnin, 11 November 2013

Tarikh keputusan pertukaran guru sesi Januari 2014

Bilakah tarikh sebenar keputusan pertukaran guru sesi Januari 2014?  

 

KPM dilihat terlalu sangat berahsia bermula sejak 1 September ketika permohonan pertukaran dibuka dan sehingga sekarang tiada apa-apa makluman dari pihak KPM mengenai keputusan tersebut.

Sekarang, sudah masuk minggu terakhir persekolahan yang sepatutnya minggu terakhir persediaan guru untuk pulang ke kampung halaman.

Makngoh rasa, minggu inilah minggu keputusan tersebut. Namun tarikh sebenar tidak diketahui.

 
Tarikh yang menjadi sebutan

1 NOVEMBER 2013 - BERLALU
8 NOVEMBER 2013  - BERLALU
11 NOVEMBER 2013 - TUNGGU
14 NOVEMBER 2013 - TUNGGU
15 NOVEMBER 2013 - TUNGGU
1 DISEMBER 2013   - TUNGGU

Result Egtukar sesi Jan 2014 telah dikeluarkan pada 25hb November 2014 pada pukul 9 malam.

Rayuan Egtukar sesi Jan 2014 diterima sehingga 10hb Disember 2014 dan keputusan dikeluarkan pada 10hb Januari 2014 pada pukul 10 malam.


Jumaat, 2 Ogos 2013

Keputusan rayuan eGtukar Sesi Julai 2013

Seperti yang dijanjikan oleh pengawai KPM, keputusan rayuan pertukaran guru sesi Julai 2013 akan diumumkan pada hujung bulan Julai.

Keputusan tersebut telah pun diketahui bermula 30 Julai lalu. Ada guru yang tahu melalui panggilan telefon dan juga emel.

Tahniah kepada yang berjaya. Yang belum tahu keputusan, silalah hubungi KPM dan bercakap dengan pengawai berkenaan.

Rabu, 28 November 2012

Rayuan pertukaran guru sesi Januari 2013

Salam semua.

Makngoh dengar-dengar khabar bahawasanya keputusan rayuan guru bagi sesi Januari 2013 akan diumumkan pada 17 Disember 2012 pada hari Isnin melalui web egtukar KPM. 

Kepada rakan-rakan guru yang memohon rayuan diharapkan agar rayuan kita semua berjaya hendaknya.

Makngoh sendiri telah 2 kali naik ke Putrajaya untuk merayu agar permohonan pertukaran makngoh disemak semula dan ditempatkan berdekatan dengan suami dan anak makngoh yang masih kecil.

Kali pertama ke Putrajaya pada 6 November 2012 bersama rakan-rakan sekolah makngoh yang turut merayu atas masalah masing-masing.

Kali kedua pula pada 9 November 2012 bersama dengan suami.

Jawapan yang diberikan oleh pengawai-pengawai yang bertugas tidak mengecewakan tetapi tidak boleh diletakkan harapan yang tinggi. Jawapan standard yang diberikan adalah "kami akan cuba bantu"

Jadi, sama-sama kita tunggu 17hb ini, adakah nasib kita dibantu atau tidak.

Khamis, 13 September 2012

UPSR : Kertas jawapan bermasalah | Kenyataan Akhbar oleh KPM



Tetapi...
kenapa ada guru pengawas UPSR memaklumkan arahan yang diterima oleh Ketua pengawas
"Jika pelajar ingin menjawab E, maka kosongkan ruang jawapan" ???
Mana satu yang betul ni?

Cara-cara buat surat izin suami egtukar sesi Januari 2013

Ramai yang bertanya mengenai format surat keizinan suami yang perlu dilampirkan bersama borang egtukar. Makngoh sendiri pun tak pernah tengok format sebenar apa itu surat keizinan suami tetapi makngoh berikan kaedah surat yang makngoh selalu buat. Dengan format tersebut, makngoh berjaya tukar dari Sabah ke KL. Sekarang makngoh usaha tukar dari KL ke Kelantan. 

Format -:
1. Mesti ikut format rasmi dialamatkan kepada pegetua sekolah atau kpm atau pihak yang berkenaan.

2. tajuk ditulis seperti 'surat keizinan suami' ataupun "keizinan suami untuk pertukaran tempat bekerja isteri" dan tajuk lain yang cikgu fikirkan sesuai.

3. Perenggan pertama, suami kenalkan diri sebagai suami kepada si fulan si fulan dan kalau boleh letaklah nombor ic isteri dan tempat mengajar isteri sekarang.

4. Perenggan kedua, ceritalah masalah kenapa suami tidak boleh berpindah ke tempat bekerja isteri.

5. Perenggan ketiga, ceritalah masalah-masalah yang dihadapi isteri di tempat bekerjanya.

6. Perenggan terakhir, ucapkan terima kasih dan 'kata-kata rayuan yang ringkas' agar permohonan pertukaran isteri diluluskan.

Ingatan -:
Semasa makngoh mula-mula belajar surat rasmi semasa di sekolah rendah dulu, makngoh masih ingat cikgu makngoh pesan kalau buat surat rasmi jangan panjang berjela-jela sangat dan jangan sangat bersifat peribadi. Mereka-mereka itu orang besar yang sibuk dan ada banyak lagi surat yang perlu dibaca. Jadi tulislah dengan padat dan straight to the point tak perlu berkias-kias panjang. Cikgu Bahasa Melayu pun cakap English gak dalam kelas BM. Dikhuatiri  jika ada tulis panjang lebar dan sangat berkias menyebabkan mereka hilang mood nak baca, tak jumpa isi penting surat anda dan risau terus tolak tepi surat anda ketika di perenggan pertama lagi. Siapa yang rugi kan? 

YA ALLAH, semoga kami yang memohon bertukar tempat mengajar ini diluluskan dan dapat tinggal dengan bahagia bersama keluarga masing-masing. Amin.

Liyana Adnan dan Nurul Ain Ann tubuh kelab anti-cikgu ke?

Dua bukti penting di bawah yang makngoh ambil dari blog rakan-rakan. Isu yang telah lama disebut-sebut oleh rakan-rakan guru seluruh Malaysia sebenarnya tetapi baru hari ini makngoh berkesempatan mengabadikan isu penting ini dalam blog kesayangan makngoh untuk dikenang hingga akhir hayat. 
 
Untung laa sape jadi cikgu - Liyana Adnan

assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"

-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni...

"aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"

-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?

dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni....

 --------------------------------------------------------------------------------- 

"Guru broken English, kurang ajar,makan gaji buta, kerajaan juga buta"- Nurul Ain Ann-Kamil


Keceluparan Nurul Ain Ann Kamil pula menyebut
  1. Guru bergaduh dengan suami/kekasih etc dan melepaskan geram kepada pelajar. 
  2. Guru kurang ajar.
  3. Guru tak tahu berkomunikasi dengan ibubapa
  4. Guru melayu tak boleh bercakap bahasa Inggeris
  5. Guru bahasa Inggeris salah menggunakan bahasa Inggeris
  6. Guru asyik bergosip
  7. Guru berniaga barang Cosway, Avon etc
  8. Guru selalu MC
  9. Guru selalu mengandung semata-mata kerana cuti bersalin 3 bulan
  10. Guru makan gaji buta
  11. Kerajaan buta (kerana beri guru cuti bersalin yang lama)
  12. Ibubapa tak percayakan guru dan hantar anak ke pusat tuisyen (doktor ke yang mengajar di pusat tuisyen? ) 
---------------------------------------------------------------------- 

Setelah dihentam dengan teruk, makngoh dimaklumkan Liyana Adnan si jurutera 
telah pun menutup blog dan juga akaun facebooknya. Nurul Ain Ann Kamil pula mengeluarkan
 status ini beberapa hari lepas. 
 
-sumber gambar dari encik google

Sabtu, 14 Julai 2012

Rayuan pertukaran guru sesi Jun 2012 | Apa cerita?

Hai...tak tahu nak berkata apa. Pertukaran bulan Jun lepas makngoh gagal. Semasa result pertukaran tu keluar, makngoh sedang berada di hospital menemani emak yang operate kepala pada 15 Mei. Sebabnya ada darah di selaput otak atau istilah sebenar "acute on chronic subdural haemmorage". Selain ambil CRK, makngoh juga ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dan anak kecil makngoh di kampung. 

      
Walaupun sibuk di kampung, makngoh usahakan juga untuk menulis surat rayuan, disertakan juga dengan laporan doktor mengenai penyakit emak dengan harapan adalah peluang makngoh untuk pindah mengajar di kampung menemani emak dan menjaga anak serta bersama suami. 

Hingga tarikh sekarang ni 14 Julai, sudah berkali-kali suami makngoh telefon JPN Kelantan, JPWPKL dan juga ke KPM. Apa yang diberitahu oleh kerani, "sekolah menengah belum meeting". Jadi, makngoh dan makngoh pasti guru-guru lain juga menunggu bilakah mereka akan meeting? Bilakah akan keluar nama untuk mereka yang lulus rayuan? Adakah sebenarnya rayuan ini tiada? 

Tapi, beberapa minggu lepas memang sudah ada guru yang berjaya rayuan dan berpindah dekat dengan keluarga masing-masing. GURU SEKOLAH RENDAH. Hanya guru sekolah menengah sahaja yang diam dengan berita "belum meeting lagi".

Walaupun ada suara-suara mengatakan rayuan sekolah menengah sebenarnya tiada tetapi makngoh masih berharap agar khabar angin tersebut salah. Makngoh berharap agar masih ada sinar untuk pindah. Makngoh mahu bersama anak, suami dan menjaga emak. Teringat lagi kata-kata doktor, walaupun telah dibedah, penyakit emak makngoh mungkin akan berulang lagi. Bukan bertahun-tahun tetapi bulan.

Orang atasan tolonglah faham masalah guru-guru yang mohon bertukar. Bukan sesuka hati sahaja kami mahu bertukar sekolah. Kami ada masalah masing-masing. Janganlah korbankan jiwa dan semangat kami semata-mata kerana sistem pertukaran berasaskan kabel. Kami tidak faham tetapi kami hanya mendengar...kabel...kabel...kabel...barulah boleh tukar. 

Sedih. Sangat sedih. Terbeban dengan tugas yang banyak, ditambah pula dengan hati yang risau, ditambah pula dengan rindu kepada anak kecil, ditambah pula dengan keselamatan seorang diri di tempat orang. Ah...macam-macam masalah. Bukan merungut dengan satu-satu masalah tersebut, tetapi minta difahami dan diselami apa yang jiwa kami sedang rasakan. Bertahun-tahun berjauhan dengan suami, anak dan keluarga. Seolah-olah tiada erti berumahtangga. Seolah-olah robot yang tiada perasaan dan hati nurani, hanya jalankan tugas dengan istilah saya yang menurut perintah.

Betul, kami senyum. Kami berjenaka dan kami ketawa di sekolah. Tetapi dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu perit dan deritanya. Di benak kepala kami ini...ibarat ada batu besar yang melekat di medula oblongata. Amat berat terasa. Setiap hari menghadapinya walaupun di saat mata terpejam. Stress yang amat.

 

Makngoh harap, akan dapat surat lulus rayuan pertukaran yang bertarikh 1 Ogos 2012. 
Amat terdesak untuk pindah.

Selasa, 27 Mac 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

Terdapat 2 tugasan yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu
Tugasan 1  : Ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian
Tugasan 2 :  Perniagaan runcit (pasar malam, pasar sari, pasar minggu, pasar tani, pasar lambak, pasar tamu)

Perincian kerjakursus, cara pemarkahan dan kaedah menyiapkan kerjakursus dengan markah maksimum boleh diperolehi dari web ini...

KLIK DI SINI 

Selamat menyiapkan kerjakursus

Rabu, 7 Mac 2012

Guru stress hinggakan perlu dibedah otak


inilah yang berlaku apabila orang atas hanya tahu mengarah dan orang bawah dianggap robot. 
Apabila bab kerja, guru kena buat itu buat ini, 
Apabila bab disiplin pelajar, guru jangan buat itu, guru jangan buat ini, 
menjeling pelajar pun guru tak boleh... 
macamana guru tak stress? 
jika hari-hari berdepan dengan kerja bertimbun dan pelajar yang sangat bermasalah disiplin?
hanya pada ALLAH tempat mengadu

Sabtu, 18 Februari 2012

Mengisi maklumat dalam aplikasi pangkalan data murid (PDM) | Maklumat yang perlu diisi

Ramai guru yang bising dan merungut kerana ditugaskan mengisi kembali maklumat pelajar walhal maklumat tersebut telah diisi pada awal tahun dalam Sistem maklumat murid.

Semalam, makngoh cuba isi maklumat untuk pelajar makngoh tingkatan 1 dan makngoh dapati memang guru tingkatan kerana mengisi semula semua maklumat pelajar. Pertama, daftar murid dengan memasukkan nombor kad pengenalan murid tersebut (seeloknya jangan masukkan nombor sijil lahir). Selepas itu, satu kotak maklumat murid akan keluar, guru kelas tingkatan 1 perlu mengisi
    1. No. Sijil Lahir : sila isi tanpa jarak (contoh : A1231231) 
    2. No. Daftar : sila isi berdasarkan nombor pendaftaran di sekolah 
    3. Nama : sila isi mengikut MyKid / kad pengenalan atau sijil lahir 
    4. Tarikh lahir : sila taip tarikh lahir dalam format dd/MM/yyyy
    5. Jantina : sila pilih jantina murid
    6. Kaum : sila pilih kaum murid Agama : sila pilih agama murid 
    7. Warganegara : sila pilih warganegara murid 
    8.  Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi selain daripada warganegara
    9. Alamat : sila nyatakan alamat rumah 
    10.  Poskod : sila nyatakan poskod alamat rumah 
    11.  Negeri : sila pilih negeri alamat rumah
    12.  OKU : sila pilih Ya atau Tidak

    Itu sahaja yang perlu diisikan sehingga 24 Februari ini dan selepas 26 Februari pula guru kelas perlu mengisi maklumat bapa iaitu

    1. Nama Bapa / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    3. Status Bapa / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
    4. Kaum : sila pilih kaum bapa / penjaga utama
    5. Agama : sila pilih agama bapa / penjaga utama
    6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara bapa / penjaga utama
    7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
    8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
    9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
    10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan bapa / penjaga utama
    11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
    12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
    13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
    14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
    15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji bapa / penjaga utama
    16. Tanggungan : sila nyatakan tanggungan isi rumah tidak termasuk anak yang telah bekerja

     Maklumat ibu yang perlu diisikan adalah   

    1. Nama Ibu / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    3. Status Ibu / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
    4. Kaum : sila pilih kaum ibu / penjaga kedua
    5. Agama : sila pilih agama ibu / penjaga kedua
    6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara ibu / penjaga kedua
    7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
    8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
    9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
    10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan ibu / penjaga kedua
    11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
    12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
    13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
    14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
    15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji ibu / penjaga kedua
    16. No. Telefon Pejabat : sila nyatakan nombor telefon pejabat
     Tarikh akhir pengisian maklumat ibubapa ini adalah 20 Mac 2012

    Pengisian data ini akan berulang-ulang sehingga semua maklumat murid dalam tanggungjawab guru kelas berkenaan siap sepenuhnya. 

    Namun, menurut guru data sekolah makngoh, maklumat bagi tingkatan 2 hingga tingkatan 6 pula sudah ada tetapi maklumat SMM dari tahun 2011. Jadi, guru kelas tidak perlu mengisi maklumat tetapi hanya mengemaskini maklumat kerana mungkin ada perubahan seperti alamat dan nombor yang guru kelas perlu betulkan. Paling penting, guru kelas mesti memastikan kelas pelajar tersebut adalah betul.  Jika tidak betul, guru kelas perlu pindah kelas pelajar-pelajar yang berkenaan. 


    Jadi cikgu-cikgu ... susah sangat ke PDM ni? Taklah kan? Kalau buat betul-betul boleh siap sekejab sahaja tanpa berhari-hari. Kalau buat sambil merungut dengan hati yang tidak ikhlas itulah yang jadi susah nak siap.


    Ikhlaskan diri dalam pekerjaan kita kerana ALLAH s.w.t. Dapat gaji dapat pahala. Dah mati pun, pahala terus dapat untuk mereka yang memberi ilmu ni. 

    Saya mahu isi PDM lah. http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/
     

    Jumaat, 17 Februari 2012

    Download Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 2011

    Surat pekeliling ini adalah sebanyak 69 mukasurat mengenai Program Bersepadu Potensi dan Kompentasi

    Nak tahu lebih lanjut, klik di sini

    Aplikasi Pangkalan Data Murid (PDM)

    Baru sahaja reda Sistem Maklumat Murid yang mana guru bersekang mata mengisi maklumat, sekarang guru diarahkan pula mengisi maklumat tersebut secara online melalui aplikasi PDM.

    PDM diperlukan untuk pangkalan data SAPS dan SPPBS di mana guru-guru perlu untuk mengisi markah pelajar masing-masing.

    Inilah link PDM
    http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/



    Makngoh rasa tentu akan timbul masalah server down dan macam-macam lagi traffic jem dengan aplikasi terbaru ini. Sedangkan SAPS yang tahun lepas pun bising sampai masuk suratkhabar dan tv.
    Hehe

    notakaki : orang suruh buat, kita buat...sebab 'saya yang menurut perintah'

    Labels

    AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

    ~Komen Terbaru~

    Get This Recent Comment Widget!