Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Doa ketika sedih

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu’aliahi wasallam bersabda: “apabila seorang hamba ditimpa kegelisahan atau kesedihan, lalu ia berdo’a:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Allaahumma innii ‘abduka, wabnu ‘abdika, wabnu amatika, naashiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adlun fiyya qodhoo-uka, as-aluka bikullismin huwalaka, sammayta bihi nafsaka, aw anzaltahu fii kitaabika, aw ‘allamtahu ahadan min kholqika, awis ta’ tsar ta bihi fii ‘ilmil ghoibi ‘indaka, an taj’alal qur-aana robbii’a qolbii, wa nuuro shodrii, wa jalaa-a huznii, wa dzahaaba hammii.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

Nescaya Allah akan menghilangkan kecemasan dan kesedihannya, kemudian Dia akan menggantikan semua itu dengan kegembiraan”.

Kemudian para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami mempelajari (menghafal) kalimat-kalimat tersebut?”.

Baginda menjawab, “Ya, hendaknya siapa saja yang mendengarnya mempelajarinya” [Riwayat Ahmad1/391, Ibnu Hibban, Abu Ya'la, al-Hakim, dan yang lainnya, dengan sanad yang shahih menurut pendapat Al-Albani]



Rabu, 27 Oktober 2010

Yekk, hembus | buang hingus di khayalak ramai

Sekarang ni tiba-tiba pula datang musim selsema, batuk dan demam di tempat makngoh ni. Makngoh tak pasti la kalau tempat anda pun ada penyakit selsema, demam dan batuk ni.
Jadi, apabila selsema, macam-macamlah bunyi hingus yang akan keluar. Ya, itu penyakit. Tapi pandai-pandailah jaga kebersihan dan etika menghembus hingus tu.

Yang makngoh tak berkenan sangat, terutamanya di tempat kerja. Malas nak ke tandas, lepas tu duduk jer depan kawan hembus hingus dengan suara yang tinggi dengan macam-macam kahaknya.
Adoi, kasihan la kawan yang tengah makan ker, minum ker... terpaksa menghayati orang yang tengah membuang kumbahan macam tu siap dengan background music lagi tu.
Ei, pengotor lah.

Kalau budak kecil @ kanak-kanak itu lain hal, tak apa lagi. Ini dah tua-tua, masih tak tahu lagi adab dan etika. Kalau tak segan pun, sekurang-kurangnya fikirkan orang di sekitar anda.



Ini memang selsema teruk la sampaikan tisu digantung. Lepas guna terus buang. Kemudian tarik, guna tisu lain lagi.

Jadi, nasihat kepada mereka yang nak buang hingus tu, pandai-pandailah cari port sesuai untuk membuang kumbahan anda itu. Hormatilah dan sensitiflah kepada orang di sekeliling nak nak lagi yang mengandung ker, yang jenis alergik dan yang
mudah muntah ker.

Hingus dan kahak ni benda kotor yang semua orang tak suka.
Tak suka tengok dan tak suka dengar.

Bebel-bebel juga, ini doa untuk menghadapi apa-apa penyakit menular tak kiralah H1N1, denggi ker atau apa-apa penyakit.

 
Doa penyakit menular

Ahad, 3 Oktober 2010

Doa Agar Dapat Membayar Hutang dan Selamat dari Kekafiran

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dia berkata : Fatimah telah datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia meminta kepada baginda akan seorang pembantu. Maka baginda bersabda kepada Fatimah, ucapkanlah :

"Ya ALLAH, RABB langit tujuh dan Rabb Arasy yang agung. Rabb kami dan Rabb segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injul dan al-Quran. Yang memecahkan biji-bijan dan logam. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu, Engkaulah Yang Menguasai ubun-ubunnya, Engkaulah yang Awal, tiada ada sesuatu pun sebelumMu dan Engkaulah yang terakhir, lalu tdak ada sesuatu pun sesudahMu.Engkaulah yang Zahir, maka tidak ada sesuatu pun yang ada di atasMu dan Engkau pulalah Yang Batin, maka tidak ada sesuatu pun selainMu. Lunaskanlah hutangku dan cukuplah aku dari kefakiran."

Sabtu, 31 Julai 2010

Doa Penenang Jiwa


sebab hati mak ngoh tak berapa bahagia ni,
jadi mak ngoh nak kongsi doa ini bersama mereka yang sudi membaca


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan


Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yang tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU


Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina...


Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku..
dan halaulah keresahan dari jiwaku...


Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,

Daku tidak meminta tolong melainkan kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH


p/s :doa ni bukan milik makngoh. jadi sesiapa nak copy-paste dipersilakan tanpa perlu keizinan. Hanya milik ALLAH.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!