Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

Lama tak jenguk blog

Lama betul makngoh tak jenguk blog makngoh. Kalau tak silap dari 10 Ogos 2011,
makngoh tak jenguk blog.

Makngoh kena tahan di wad pada 10 Ogos tu sebab doktor cek ada premature contraction dengan
kadar  kontraksi 2 kali dalam 10 minit. Masa tu kandungan makngoh baru masuk 34 minggu.  Ditahan di wad 2 malam, kemudian suami makngoh datang jemput makngoh balik kampung. Kebetulan doktor bagi mc selama seminggu. 

16 Ogos 2011, makngoh bersalin walaupun due sebenar adalah 18 Septermber 2011. Awalnya baby lahir. 
Jadi, bila dah ibu ni memang tak sempat nak mengadap laptop. Malam ni, tiba-tiba teringat nak online dan cek nuffnang ada BE rupanya. 

Alamak, sayang betul dapat 3 BE tapi blog tak update. Tengoklah, duitnya pun ciput-ciput je la. Hm... 
p/s : tolong-tolong la klik iklan nuff kalau korang ternampak yer!

Sabtu, 2 April 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang keenam

Syukur, dapat lagi BE bagi bulan April nih.

Walaupun baru 6 BE dan BE yang aktif hanya 2, tetapi
menjadikan makngoh tambah semangat update blog.
Hehe....



Tadi berjalan di blog sayaarief, dia gitau dah dapat 41 BE...fuh...banyaknya!

Ahad, 27 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang kelima

Semalam makngoh sedikit sedih sebab BE makngoh MAS MH Buddy LB dah pun bergerak menjadi Pendapatan Meter. Jadi makngoh harapkan Digi Super Reload jer lah yang jadi BE.

Tadi, alhamdulillah. Ada lagi satu BE hadiah dari Nuffnang iaitu DIGI Justin Bieber pula datang
 menapak di blog usang makngoh. :) I like.


p/s : makngoh terfikir, kalau blogger macam makngoh yang macam chipsmore dalam blog...
jab ada jab tak ada .....boleh dapat BE, tentu mereka yang melekat dalam blog dalam BE RM ribu riban kan?

Apa-apa pun rezeki dan nasib masing-masing...
lagipun bukan earning blog yang makngoh utamakan.
Saja hobi makngoh merepek dan membebel dalam blog time tak ada kerja.


Rabu, 9 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang keempat

Syukur alhamdulillah. Mungkin rezeki baby, baru hari Isnin lepas makngoh dapat BE Digi Super Reload,

 hari ini makngoh cek nuffnang, dapat lagi satu BE MAS MH Buddy.
Duit untuk hari ini adalah 28 sen.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?

Pemurah betul nuffnang.



Terima Kasih nuffnang kerana sudi hadiahkan BE kepada blog makngoh yang tak seberapa ini.

Isnin, 7 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang ketiga

Tadi, sambil baring-baring makngoh blogwalking ke blog si adik yang comel ni http://erinzezryana.blogspot.com/ 

dalam blognya, dia bercerita yang dia dapat BE. Membaca ceritanya tentang nuffnang, maka makngoh tergerak hati nak cek earning nuffnang makngoh yang slow-slow jer.

Alhamdulillah, tak sedar pun sejak bila dapat BE Digi Super Reload. Tengok-tengok ada duit RM2... hehe. Tak selindung tanpa malu, makngoh tunjuk ler RM 2.

Tak sangka juga makngoh bulan ni dapat BE sebab makngoh sekarang tak begitu aktif update blog. Sibuk dan sentiasa penat sampaikan hilang mood nak menulis dan merepek di blog. Lagipun status nuffnang makngoh berubah dari glitterati kepada ahli biasa bulan lepas. Semuanya gara-gara sebab makngoh tercopy paste iklan di suratkhabar ke dalam blog. Apabila sedar status dah tukar, jadi makngoh delete entri yang menayangkan iklan tersebut. Tak sangka pula dengan cepat, nuffnang tukar kembali status kepada glitterati dan bagi BE.

Bila tengok ada galakkan dari nuffnang ni, maka  makngoh berkobar-kobar kembali nak bergiat secara aktif merepek di alam maya.
Terima kasih nuffnang. Syukur, alhamdulillah!

Sabtu, 22 Januari 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang kedua

Seminggu dua ni, makngoh jarang sangat update blog sebab kesibukan di tempat baru
dan emosi yang kurang stabil. Ekeke.

Maklumlah, walaupun sudah tua, bukan semua orang boleh sesuaikan diri dengan tempat baru lebih-lebih dengan tempat yang banyak kejutan dan kepelikan sangat-sangat. Barulah makngoh faham, kenapa budak darjah 1 menangis di awal tahun...hua hua hua


Hari ni, tiba-tiba teringin nak cek nuffnang, tengok-tengok ada lagi pemberian dari nuffnang.
Terima kasih banyak-banyak.

Makngoh pun tak sedar sejak bilakah iklan burger king ada kat header tu.


Sila-silalah yer tolong klik untuk makngoh. Dapat duit banyak-banyak nanti, leh makngoh
makan Burger King.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bilangan pengunjung blog makngoh 9 - 15 oktober


 

Blog makngoh tidaklah sehebat blog orang lain yang dapat unik visitor ribu-ribu tiap hari. Tapi makngoh bersyukur dengan nombor yang dah nuffnang keluarkan ini.

Nombor-nombor ini memberi semangat kepada makngoh untuk terus berblog. 

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG BLOG MAKNGOHSELAMOH.

kunjungan anda ke sini amat dihargai :)

Khamis, 14 Oktober 2010

Terima kasih kepada para pengunjung blog

Printscreen ni makngoh baru je amik tadi, pukul 3.30 petang. Terima kasih kepada mereka yang datang berkunjung, memberi komen dan juga kepada silent readers sekalian.

Jemput datang lagi ye ke blog usang ini

Rabu, 13 Oktober 2010

Makngoh sesat jalan sebab malu bertanya :/

Sebenarnya dah lama makngoh usaha nak buat entri yang  autopublish tetapi makngoh TAK TAHU.

Nak tanya blogger lain tetapi MALU kemudian search di google, memanglah ada caranya > pergi kat POST OPTION, cari tempat  post date and time, klik scheduled at dan letaklah tarikh dan waktu yang diinginkan macam gambar di bawah ni.
 

Makngoh cuba buat macam tu tetapi di post option makngoh tu 
TAK ADA pun scheduled at


Jadi, makngoh pun biarkan je lah. Malas fikir. Haha...

Beberapa hari lepas barulah makngoh dapat mengesan masalah blog ni yang tiada istilah scheduled at di post option.

Ini adalah kerana -:

Sebab makngoh guna OLD EDITOR.

Lepas makngoh pilih UPDATED EDITOR, barulah keluar SCHEDULED AT.

Akhirnya, barulah boleh makngoh buat autopublish di blog yang usang ini.


Jadi, anda jangan pelik, jika blog ini ada entri pada pukul 10 pagi waktu sekolah sebab makngoh dah pandai buat entri  autopublish.

 La la la la...

p/s : pendirian makngoh, waktu kerja kena kerja... jangan main blog, facebook, or ETC. Di rumah baru boleh main blog.

Menteri buat laporan polis terhadap blog

Adus, kalau itu blog makngohselamoh, menangis tak berlagulah makngoh. Tak mahulah dikaitkan dengan apa-apa skandal pelik-pelik ni.

Menteri tersebut adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Blog yang terlibat adalah
1) Rocky's Bru
2) Taikors and Taikuns (TnT)
3) Bigdogdotcom

Alasan laporan polis dibuat adalah kerana blog-blog tersebut mendakwa anak lelaki Rais Yatim mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

3 blog tersebut, tak pernah makngoh kunjungi. Tapi nak try jalan-jalan tengok blog tersebut petang nanti.

Ahad, 26 September 2010

Buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog

Sebelum main blog ni, makngoh tak tahu rupanya ada blogger yang bergaduh dan saling buat entri memerli dan menyerang. Tapi bila dah menceburi blog ni, baru makngoh tahu tentang kewujudan perangai macam tu.

Kemudian, makngoh terfikir 'alahai dalam blog pun boleh bergaduh ke?"

Wakaka...

Amboi, ketawa makngoh. Rupanya kehidupan dalam blog sama juga dengan kehidupan dalam realiti. Manusia ada 1000 ragam di realiti dan itulah juga manusia yang 1000 ragam dalam blog.

Dengan macam-macam ragam, macam-macam sikap, macam-macam pendirian itulah yang menjadi punca masalah. Masing-masing ada cara tersendiri dalam menulis. Jadi biarkan mereka dengan pendirian mereka. Biarkan dia dengan pendirian dia. Biarkan makngoh dengan pendirian makngoh. Kalau semua blogger ada satu pendirian, maka tak meriahlah dan tiada variasi blog. Idea tidak dapat berkembang!

Sayangnya orang kita lebih bersikap tertutup dan ada segelintir pula susah dibawa berbincang.

Apapun, kesimpulan yang makngoh dapat "buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog"

Pandai bergaul di alam nyata, pandailah juga bergaul di alam blog.

Sabtu, 25 September 2010

Saya klik nuff awak, awak klik nuff saya tau!

Ops, satu lagi entri sebelum bersiap. Ekeke...

Dalam seminggu dua ni, makngoh perhatikan MACAM ramai pula yang tinggalkan msg di shoutbox makngoh pasal "klik nuff, jangan lupa klik nuff saya pula"

Makngoh berterima kasih sangat kepada mereka yang memang betul klik. Tapi sayangnya, yang makngoh perasan, sebenarnya tiada pun yang klik sebab seminggu ni, akaun nuff makngoh statik/pegun/ tak bergerak/ duit tak naik pun.

Makngoh tak paksa pun visitors makngoh klik nuff blog ni tetapi makngoh bersyukur dan berterima kasih jika ada yang klik. Cuma makngoh nasihatkan janganlah MENIPU.

Kalau sekadar blogwalking, teruskan blogwalking dan kalau sekadar say hai pun okay dah. Jika sempat, makngoh akan balas kunjungan anda tu. Nasihat makngoh, jangan mengaku klik, jika anda tidak berbuatnya.

TAPI makngoh akui, ada blogger yang memang betul klik...bila mereka klik, makngoh cek nuff memang ada duit bertambah. TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka itu.

Jumaat, 24 September 2010

Makngoh : Blogger popular hari ini?

ekeke....tajuk menandakan tahap perasan sudah over the border.
makngoh nak kongsi gambar di bawah ni...
walaupun disenarai ke 3 tapi makngoh syukur,
ada jugak orang tengok profail makngoh :) terima kasih

Isnin, 20 September 2010

Kenali orang kuat Nuffnang

Sebut saja nuffnang semestinya blogger semua telah mengetahui mengenainya. Nuffnang merupakan satu rangkaian pengiklanan online yang terbesar di asia.

Makngoh memetik laporan dari Kosmo hari ini dalam ruangan infiniti mengenai sejarah penubuhan nuffnang dan orang kuat di sebalik jenama nuffnang yang rata-rata terdapat di blog-blog negara kita.

Laporan Kosmo menyebut - :
SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.






Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.



"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

Komen makngoh -: Rezeki masing-masing. Siapa rajin, dialah yang dapat lebih. Kalau dah rajin, tapi belum jugak dapat duit nuff yang banyak, maknanya kena usaha lagi la tu. Kalau tak dapat jugak? Redha dan tawakal je, mungkin rezeki adalah di tempat lain. :)

Ops, buff earn makngoh dah BERTUKAR menjadi metered earning pulak sejak makngoh tak update blog minggu lepas.

Ahad, 19 September 2010

Alhamdulillah, perjalanan kembali ke Sandakan dipermudahkan

Setelah bercuti lebih kurang 2 minggu di rumah, melangsungkan majlis perkahwinan dan juga menyambut hari raya, akhirnya...makngoh kembali lagi ke Sandakan.

Syukur, perjalanan hari ini dipermudahkan dari Kota Bharu hinggalah ke Sandakan.

Sepanjang perjalanan makngoh tidur je, jadi malam ni, bolehlah makngoh mengemas pakaian, iron baju untuk esok dan juga update blog.

Lama betul rasanya makngoh tak update blog ni, tapi syukur kelihatannya ada juga pelawat yang jenguk blog usang ini.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
KALAU SUDI DATANGLAH LAGI

Jumaat, 10 September 2010

Cuti Raya : Kunci rumah elok-elok, jangan lupa kunci blog

Bukan apa, musim-musim cuti raya ni, ada lah sekerat dua yang mengambil kesempatan menambah rezeki dengan mencuri dan berbuat jahat. Mencari rumah-rumah dan kereta yang ditinggalkan untuk dijadikan mangsa.

Dua tiga hari lepas, di Balai Islam Lundang pun ada kes kecurian kereta yang diletakkan di perkarangan pejabat. Hanya dengan alarm berbunyi selama beberapa saat dan kereta tersebut telah berjaya dibawa lari. Hebat sungguh. Terlepas di dunia, di akhirat takkan terlepas.

Sekarang pula, lagi canggih. Mencuri dan mengodam laman web. Memang kerja orang yang tiada kerja. Sebab tu makngoh nasihatkan, bukan setakat kunci kereta, kunci rumah tetapi kena kunci blog dan web anda rapat-rapat. Haha.

Laporan penuh, baca di sini la ye :)

Isnin, 6 September 2010

Adoi, unique visitors makngoh dah jatuh

Makngoh sibuk bebebenar sehari dua ni, makanya memang tak sempat nak update blog.makngoh HANYA sempat masuk seminit dua untuk tengok komen dan nuff.

Tadi makngoh cek analitik, purata unique visitor makngoh dah jatuh 790 orang/week. Kebiasaanya, adalah 1000 orang lebih /week dan sehari dua lepas 800 orang lebih. TETAPI pagi ni dah tukar dari kepala 8 jadi kepala 7.

Mungkin seminggu lagi akan terus jatuh dan tukar lagi kepala 7 jadi kepala 6 kemudian 5 kemudain 4 dan seterusnya.
Ekekeke... Tak mengapalah. Salah makngoh tak update blog.

UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MASIH BERTANDANG KE BLOG MAKNGOH YANG USANG NI WALAUPUN MAKNGOH TAK UPDATE BLOG.

KEPRIHATINAN ANDA DIHARGAI.
EWAH
:)

Rabu, 1 September 2010

Macam-macamlah kata kunci orang search google ni

Anda baca sendiri la ye apa kata kunci tersebut. Ada yang pelik, yang bagus tetapi malangnya ada yang 18SX. Hai, di bulan Ramadhan ni pun ada yang mencari benda pelik-pelik untuk memuaskan nafsu ke?

Isk isk..tak baik tul.
Tahniah kepada orang yang search telor dadar tu. Sedap tu telor dadar mayonis yang makngoh cedok resepinya dari tv. Nyum...nyum...

Kuasa blog dan kuasa blogger

Jangan dianggap blog itu hanya sebuah penulisan online yang tiada nilai dan tiada pengaruh. Betul kan? Malah, pada zaman sekarang blog adalah satu satu sumber ilmu dan sumber pembacaan mengantikan buku. Makngoh sendiri mengakui, sumber bacaan makngoh sekarang adalah lebih kepada blog. Tentu blogger yang lain pun sama.

Mungkin inilah transformasi kemajuan yang dibawa bukan sahaja di negara kita tetapi di serata dunia. Zaman sekarang blog amat berpengaruh hingga boleh mengugat keharmonian politik dalam sesebuah negara.

Tengok sahaja negara kita. Pada pilihan raya yang lepas, blog dilihat sebagai medium baru untuk pihak-pihak tertentu berkempen, membuat cerita dan menyampaikan cerita. Walaupun semua itu belum tentu kesahihah dan kebenarannya namun ternyata kaedah itu berkesan untuk menarik pengundi, itu diakui sendiri oleh beberapa pemimpin parti.

Namun tidak banyak blogger menyedari kuasa yang mereka miliki iaitu kuasa blog. Jika digunakan dengan betul, blog akan jadi lebih terpengaruh dan suara penulisan anda boleh digunapakai. Amboi, makngoh bercakap macam orang hebat berblog. Hehe. Tidak ye, makngoh tak hebat dan makngoh hanya berikan pandangan.

Hebat atau tidak blog? Kebanyakkan search di google akan terlebih dahulu memaparkan blog walaupun yang dicari itu adalah berita dari suratkhabar. Yang berada di ranking atas adalah blog walaupun blog tersebut hanya copy-paste laporan berita dari suratkhabar. ATAUPUN walaupun berita tersebut palsu. Jadi, pembaca akan terpengaruh dan bagi yang membuta tuli akan terus percaya laporan dari blog dan dari situlah kuasa blog terserlah. Namun, tidak dinafikan pembaca juga celik akal, boleh berfikir pro dan kontra sebelum mempercayai sesuatu perkata atau ilmu.

Blog peribadi yang hanya bercerita mengenai kehidupan peribadi dan tidak ubah seperti diari online dilihat sebagai kurang berpengaruh walaupun mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Ini kerana pengalaman kehidupan harian hanya mempengaruhi orang lain untuk turut berfikir sama seperti penulisnya pada paras minumun sahaja.

Blog yang lebih berpengaruh adalah seperti blog keagamaan dari penceramah terkenal tanah air, blog politik, blog masakan, blogshop dan blog pendidikan. Blog-blog ini, jika menulis... akan menyuntik neuron pembaca untuk berfikir, mempercayai atau tidak dan seterusnya mengaplikasikan isi blog.

Blog juga dilihat sebagai media untuk mengembar-gemburkan cerita. Ada cerita yang hangat dan top disebabkan oleh blog walaupun media massa rasmi negara tidak mengulas panjang mengenai cerita tersebut. Lihat sahaja mengenai Rafiqin Darwisy, Zanita, isu makanan halal-haram dan juga mengenai artis. Jadi, sedarkah blogger bahawa kita mempunyai kuasa penulisan yang boleh menjadikan sesuatu isu itu panas, suam atau sejukbeku je.

Oleh itu, kita blogger boleh menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat, berkongsi ilmu, bercerita mengenai isu semasa malah boleh memberi komen untuk sesuatu isu sosial, rancangan tv, artis, ketelusan sesuatu jabatan kerajaan atau swasta dan macam-macam lagi. Percayalah, jika kita bertujuan agar komen itu adalah supaya dilakukan penambahbaikkan, tak mustahil jika suatu hari nanti suara blog kita di dengar.

Namun sayangnya, ada yang salah faham, salah tafsir dan salah erti bila blogger menyuarakan pendapat dan komen. Bagi mereka yang berfikiran sempit, mereka menuduh blogger itu hanya suka memburukkan orang/jabatan/isu sosial tanpa mereka fikir positif dan negatif sesuatu entri tersebut.

Maka timbullah tag negatif kepada seseorang blogger. Mengapa kita membataskan sempadan penulisan kita sendiri sedangkan undang-undang mengatakan tidak salah melakukan demikian Itulah kebebasan bersuara.(kecualilah buat isu sensitif hinggakan anda disaman atau digari). Mengapa kita terima rancangan ADUAN RAKYAT TV3? walaupun rancangan itu memaparkan banyak ketidaktelusan dari sesebuah jabatan. Wartawan-wartawannya banyak mendedahkan sikap acuh tidak acuh dan lepas tangan beberapa pihak. Mengapa kita tidak melihat itu sebagai memburukkan orang? Kita terima rancangan itu sebagai membela nasib rakyat.

Begitulah juga blogger dan entri masing-masing. Biarkanlah blogger mengutarakan isu-isu boleh mencelik mata rakyat dan boleh membela rakyat. Janganlah kita hanya memandang sudut negatif penulisan blogger tanpa kita fikir apa kebaikan penulisan tersebut. Iye ndak? Sayangnya, silap orang kita "apa yang orang buat semua salah" "diri sendiri perasan baik"

Tidak mustahil...blog juga boleh jadi terpengaruh dengan menerbitkan entri seperti rancangan BERSAMAMU TV3 dan lebih-lebih lagi BULETIN UTAMA dan BERITA NASIONAL.

Anda mahu contoh entri yang cuba menyampaikan maklumat?
1) Baca je entri makngoh yang lepas-lepas seperti kes mangsa simbah asid , kes pelancong asing yang menuduh polis lepas tangan , puasa di Sandakan hambar dan macam-macam lagi.

2) Entri Amir Aizat mengenai lambakan cerita Indonesia di tv3

3) Entri Kaizen Shinobi mengenai perjanjian Sabah masuk Malaysia

4) Syafrizal.net bercerita mengenai minuman beralkohol dalam versi minuman ringan.

dan banyak lagi entri yang membuka mata pembaca untuk menilai. Sayangnya tak mampu makngoh list kan dek kelembaban broadband makngoh bila berada di kampung (ayat ni pun nak sedarkan celcom bukan nak burukkan celcom)

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Adakah anda mahu blog anda hanya menjadi bacaan rujukan umum atau blog anda menjadi satu transformasi ke arah kebaikan. Yang penting, tidak boleh dinafikan lagi. BLOG ITU ADA KUASA. Wahai blogger yang optimis sekalian, marilah kita terus membebel dan menulis sehingga ada yang mendengar suara kita. Kepada blogger yang pesimis, terpulang kepada anda.

MY BLOG MY POWER > no kondem-kondem yer

Ahad, 29 Ogos 2010

Erk! Rupanya server makngoh ni US punya....



Tajuk yang tidak dapat difahami. Iye kan? hehe...makngoh pun tak faham sebab tak tahu nak buat ayat macam-mana. Makngoh ni tak pandai apa-apa pasal internet. Nasib baik la ada suffer8zine and syeragh yang kadang-kadang menolong :)
Yang penting sila baca "which is currently hosted in Mountain View, United States"


Apakah yang sebenarnya

" Mountain View, US tu" <

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!