Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 | 10 Oktober 2011 Terengganu 3 Kelantan 1

Dengar kata berlaku insiden panas dan provokasi dalam padang di Kuala Terengganu malam tadi hingga menyebabkan 2 pemain Kelantan terpaksa keluar padang akibat layangan kad merah. Penyokong pula mendakwa pengadil berlaku tidak adil dan berat sebelah.

Jadi, keputusan malam tadi, Kelantan kalah kepada Terengganu.

Sebagai hiburan sampingan,bacalah surat dalam bahasa Terengganu ni.

Ahad, 17 Oktober 2010

Lawak dari Nyetok.com

Makngoh tadi berjalan-jalan ke blog nyetok.com
Wah, banyak betul kartun-kartun dalam web tu rupanya.
Di bawah ni 3 gambar yang simple tapi kalau tengok renung betul-betul. Fuh...canggih eh idea dia.

 Paul Kurita ganti Paul Moss dalam Malaysian Idol

Sabtu, 16 Oktober 2010

Lawak akad nikah, belum apa-apa dah sah.

 

Tapi....sesetengah anak muda zaman sekarang.....
memang DAH SAH sebelum jumpa tok kadi.

Alih-alih, dapat anak...buang jer!

Ahad, 22 Ogos 2010

Ore kelate mari gak sini kelih iklan raya Petronas hok sohor dulu dlm versi kelate

Lawak bila dibuat sari kata dale bahaso kelate kito gak. :)

Budak comel, tidur dalam mangkuk nasi :/

Kalaulah pelajar sekolah boleh kahwin?

Tugas dan tanggungjawab guru sudah boleh dikurangkan
terutamanya terhadap pelajar perempuan.
Sebab pelajar perempuan
di bawah tanggungjawab suaminya...
:)

Ahad, 15 Ogos 2010

Kisah mak mertua kelate dengan menantu KL


Pada suatu pagi, mak mertua bawa menantu barunya, orang Kl you... pergi berjalan-jalan ke Pasar Siti Khadijah.

Semasa singgah di sebuah gerai, menantu mahu membeli buah mangga "cik ana"


" Tolong timbe boleh 5 kilo ko nantu i nih"kata mak mertua itu.


Jurujual tu pun kata" Pilih sendiri dik nok hok mano, boh dale jabir" sambil hulurkan plastik beg kepada menantu. Menantu tu pun ambil dan pilih buah mangga tu walaupun dia tak faham apa ke benda la jabir.


Mak mertua tu pula, tiba-tiba ditegur oleh kawan lama sekolah dia. Jadi mereka berbual sakan.

Menantu tiba-tiba menjeri " mek...o mek....ada lipas ni" panggilnya. Lipas tu ada di celah-celah mangga. Dia panggil mek aka mama sebab suaminya pun panggil mek dan yang paling penting, dia takut lipas.




"oloh,lah. Katoklah"jawab mak mertua yang asyik berbual dengan kawan lama.


"Bukan katak lah mek. Tapi lipas"jawab menantu.


"Homlah. Meme lipah. tapi katoklah"


"Mana satu la mek ni. Lipas ke katak?" tanya menatu.


"Wei lok budak ni. nyo tanyo kito balik. Hok kelih tu gapo?"


"Tak tanya pasal balik. Tanya pasal lipas ke katak?"


"Dop eh, kalu doh napok lipah gak, katoklah"jawap mak mertua.

Menantu sudah pening lalat. Tiba-tiba "Pang!!!!!".

Tamatlah riwayat lipas itu dikatok oleh jurujual.

Katanya menantu dalam hati "Oh, rupanya lipas itu katak kalau dalam loghat Kelantan. Peliklah orang kelantan nih"


*sudut bahasa
katok = pukul / belasah
jabir = plastik beg
kelih = lihat / tengok

Bila spesis lain mula belajar merempit

ekekeke...jaga-jaga kunci motosikal anda.

Jumaat, 13 Ogos 2010

1Malaysia dah tukar jadi 4Isteri

Anda tak percaya ker 1Malaysia sekarang, dah ada orang tukar jadi 4Isteri.
OH no...

Logo 1 Malaysia

Ini pula 4Isteri
Amboi...senyum simpul suami-suami di luar sana.
Tak pe isteri-isteri sabar...jangan cepat ajak gaduh. Jaga suami elok-elok tau.
p/s : jangan marah ye, gurau-gurau di petang hari menunggu buka puasa...ekeke...dalam sejam lagi, kat sini dah boleh buka puasa.

Ahad, 1 Ogos 2010

Orang Melayu suka melatah lucah

Latah kadang-kadang sebab sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang, namun bila menjadi kebiasaan, latah tersebut menjadi sebati dengan lidah orang yang menyebut.

Tapi...percayalah, melatah itu boleh dikawal dan diatasi. Latah ni bukan je berlaku di kalangan orang tua tapi turut berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pelajar sekolah makngoh pun ada yang suka melatah.

Okay, nak melatah...melatahlah tapi yang tak sedap didengar latah yang lucah. Kadang-kadang lucah tersebut hingga tahap memalukan diri sendiri hingga orang yang mendengar terlopong.

Pelik juga dengan sifat orang melayu kita.

Jadi, di sini mak ngoh nak nasihatkan kepada orang yang melatah tu, cubalah melatah secara ilmiah dan berhemah sedikit.

Antara contoh ayat melatah ilmiah adalah -:
1) opocot, y sama dengan m x plus c
ini adalah rumus matematik y = mx + c
nak skrip melatah yang lagi panjang??

2) mak engkau, pecutan sama dengan halaju akhir tolak halaju awal bahagi masa
Nah, ambil, panjang dah tu....

ATAUPUN, kalau nak melatah dalam versi mat saleh ;
3) opocot, terkejut i... physics is the study of natural phenemenon and the properties of matter.

Kuang kuang....skrip-skrip tersebut memang selalu mak ngoh bagi kepada pelajar-pelajar mak ngoh supaya senang mereka menghafal rumus dan definisi.

Okay, pergi pulak kepada melatah secara berhemah
1) opocot, budi bahasa budaya kita...
Nah...kan cantik ayat macam tu yang terpacul keluar.

2) opocot mak engkau, menabung amalan mulia.
Melatah sambil memberi nasihat

3) opocot, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan
melatah secara patriotik.

Gurauan semata-mata, maaf kalau ada yang terasa. Namun dinasihatkan kepada mereka yang ada masalah melatah atau saudara mara yang melatah, cubalah kawal perkataan yang keluar dari mulut semasa melatah.

Ataupun cuba kawal mulut dari bercakap. Jadi, contohnya apabila diciut orang cubalah diamkan diri sahaja.

Mak ngoh pernah dengar cerita, orang melatah secara pergerakan. Ada seorang anak muda menegur dan mengusik makcik yang sedang memotong kayu api. Makcik tersebut melatah dan cuba menghayun parang ke arah pemuda tu hingga budak tu lari lintang pukang dan makcik tu mengejar dengan keadaan sedar tak sedar. Nak macam gitu?

Lembu bawa Hilux

just one singh

ekeke eke...entri santai di malam hari

Selasa, 13 Julai 2010

BMW ~ Bukan nama kereta tapi Belum Mandi Wajib

Huhuhu...mungkin budak-budak remaja memang dah tahu mengenai istilah BMW yang membawa maksud Belum Mandi Wajib. Tapi mak ngoh yang tua nih, tidak tahu dan baru tahu tengahari tadi.

Macamana mak ngoh tahu? Sebab tadi tengah mengajar Math di kelas 4A kemudian azan. Jadi mak ngoh berhenti mengajar sekejab. Habis azan, mak ngoh suruh la seorang budak lelaki baca doa selepas azan.

Budak laki tu selamba jawab " BMW, cikgu"
"Erk, apa? " itu jer soalan mak ngoh. Apa ke bendalah BMW tu.
"Cikgu nih. Belum mandi wajib la" jawab kawan-kawan mereka yang lain.

Budak-budak tu dengan muka selamba jer. Jadi mak ngoh suruhlah budak lain tolong ketuai bacaan doa.

Selepas habis baca doa mak ngoh pun tanya lagi budak yang BMW tu " Pelik pulak kamu BMW kenapa? Kalau orang dah kahwin memanglah..ini kamu yang bujang"

Budak-budak dalam kelas tu mula ketawa.

"Alah cikgu, tak sengaja bah cikgu" jawab budak tu.... Makin kuatlah ketawa kawan-kawannya yang lain.

Malas dipanjangkan cerita. Mak ngoh pun sambunglah mengajar. Huhu. Sekian.

Siapa yang BMW tu....sila-silalah MW yer... nak sembahyang kena MW dulu.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!