Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 1 Ogos 2010

Asal Usul Bendera Malaysia

Salam petang semua. Tahukah anda hari ini 1hb Ogos 2010? Mesti anda tahu kan... Tahukah anda hari ini 20 Sya'ban 1431 H mesti jugak anda tahu kan?



1hb Ogos juga bermakna kita berada di bulan kemerdekaan. Walaupun kita semua bersemangat dan tidak sabar menunggu tibanya Ramadhan, jom kita hayati juga bulan kemerdekaan negara kita.



Ceritanya begini ye kanak-kanak semua. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk dan masyarakat beserta pemimpin berpendapat bahawa elok sekiranya diadakan sebuah bendera sebagai lambang kepada kewujudan persekutuan tersebut.



Maka, satu pertandingan merekacipta bendera telah dianjurkan di peringkat kebangsaan. Pertandingan tersebut dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948 dan pengerusinya adalah Sir Alec Newboult.



Pada 15/11/1949, jawatankuasa ini telah terima 373 rekabentuk bendera. Daripada itu, hanya 3 rekaan sahaja yang disenaraikan pendek dan dikemukan ke Majlis Perundangan Persekutuan. Daripada 3 rekaan itu pula, satu rekaan telah dipilih iaitu di bawah -:
Rekaan bendera di atas adalah oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari JKR Johor. Pada asalnya, bulan sabit dan bintang berwarna putih tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna tersebut ditukar menjadi warna kuning bagi melambangkan warna diraja.

Pada 26 Mei 1950, buat kali pertamanya bendera itu dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh sultan, menteri besar negeri dan wakil-wakil sultan.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, sekali lagi upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan tepat pada 12.01 malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Bendera ini dinaikkan oleh Tahir bin Abdul Majid diiringi lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan umum.

Pada 31 Ogos 1997 jam 11.58 malam, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang.

Kalau ada pelajar sekolah atau bukan pelajar sekolah yang mahu memahami maksud lambang dan warna pada Jalur Gemilang, anda dengarlah lirik lagu Jalur Gemilang ciptaan Pak Ngah dan senikata oleh Siso. (tiada kaitan di antara pak ngah ini dengan mak ngoh yer)



merah membara semangat waja
putihmu bersih budi pekerti
kuning berdaulat payung negara
biru perpaduan kami semua

CCTV utk kakitangan awam yang curi tulang...

eke kekeeke...mak ngoh suka skuad macam ni. Elok benar dipantau kerja-kerja kakitangan awam nih. Dorang nih buat kerja secara maksimun ke tidak? Dorang nih tak buat kerja ker? Dorang nih main-main masa bekerja?

Skuad tu kena juga siasat secara online. Adakah kakitangan awam ni online sewaktu time bekerja...bermain facebook, main online game, main chatting terutamanya YM, donwload movie dan lagu, main blog dan macam-macam online yang tiada kaitan pun dengan kerja sebenar.

Huhu..mesti yang ramai yang marah ni. Dengar kata siap ada CCTV lagi tu untuk siasat kakitangan awam yang mengular ke tempat lain terutamanya ke kafeteria, gerai makan dan shopping complex. (gerai makan pun nak letak CCTV?)

Yang penting lagi, CCTV di sekolah, bilik guru dan dalam kelas. Kalaulah ini dilaksanakan, mahu 100% lulus peperiksaan. Guru dan pelajar sama-sama takut. Betul nih! walaupun nampak menyusahkan dan semestinya ramai yang tidak setuju tapi sebenarnya kaedah ini sangat SESUAI.

Pengetua terutamanya boleh pantau dari biliknya je, kelas mana yang guru tidak masuk, pelajar mana yang nakal, guru mana yang suka duduk dalam kelas, guru mana yang main facebook dan game di dalam bilik guru, pelajar mana yang bertugas bersihkan kelas, pelajar mana yang malas nak bersihkan kelas dan macam-macam lagilah. Sangat banyak yang boleh dipantau. Lagi 1, boleh cek, guru mana suka lama-lama di kantin sekolah. Wakaka.

Asyik!

Titian yang akan kita lalui di akhirat kelak

Dalam hadis Nabi saw menceritakan adanya satu jambatan yang sangat lembut dan licin serta sangat tajam merentang di atas neraka menuju ke syurga. Menurut Abi Said Al-Hudri :"Telah sampai kepadaku bahawa jambatan itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang"

Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim menceritakan Ibnu Wahab berkata "Nabi saw berdoa bermaksud "YA ALLAH selamatkanlah, selamatkanlah umatku, maka semua mereka melintasi jambatan tersebut"

Sebahagian mereka melintasi jambatan yang licin dan sangat tajam itu sangat mengeletar takut. Maka melintaslah 7 golongan -:

golongan pertama melintas seperti kilat menyambar
golongan kedua melintas seperti angin lalu
golongan ketiga melintas seperti burung terbang dengan cepat
golongan keempat melintas seperti larinya kuda lumba
golongan kelima seperti larinya pelumba lari
golongan keenam seperti larinya binatang ternak
golongan ketujuh seperti lari sehari semalam.

Sebahagian yang lain melintasi sampai satu bulan, setahun, dua atau tiga tahun. Ada yang sampai 25ooo tahun mereka.

Diriwayatkan manusia yang melintas jambaan itu dikepung oleh api di bawah kaki mereka, di atas kepala mereka, sebelah kanan, kiri, hadapan dan belakang mereka.

Menakutkan. Betul tak? Hanya amal soleh dan iman kita yang boleh membantu melitasi titian ini.

Masa kecil dulu, ada seseorang beritahu mak ngoh nipisnya titian sirat adalah seperti nipisnya rambut yang telah dibelah 7. Bayangkan...

Khasiat Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannyadan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasasakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

Hikmah Bismilah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jagalah kencing anda

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (melagakan orang lain)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!