Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 2 Ogos 2010

Video pelajar perang mulut dengan guru > biadab

makngoh dari dapat fesbuk...seorang kawan guru yang share :)

dari shahirul.com yang mahu media prima siarkan video ini

Neraka dan penghuni neraka

Penghuni neraka dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan muka tertelungkup, dibutakan, dipekakkan dan dibisukan. Mereka dalam keadaan hina dan melutut mengharapkan ihsan.

pandangan mereka tak lagi bermaya. Mereka dihalau ke arah neraka. Dari jauh lagi pintu neraka terbuka dan menyambar penghuni-penghuninya. Orang-orang yang mengikut orang yang diikut sewaktu di dunia dulu, ketika melihat azab mula merasa menyesal. Menyesal mengikut orang lain, sedangkan yang patut diikuti adalah ALLAH.

Neraka juga dijaga oleh malaikat yang keras, bengis dan kuat. Kediamannya dan tempat tinggal tinggal dalam neraka sangat buruk. Penghuninya dimasukkan ke tempat yang sempit. Namun demikian,neraka sentiasa tidak penuh malah sentiasa minta tambahkan penghuninya.

Di dalam neraka, penghuni neraka mengeluh nasib malang mereka dan meminta tolong dari ALLAH supaya dikeluarkan dari neraka untuk beramal soleh. Allah menempelak mereka "Tidakkah Aku telah mengutuskan utusanKu".
Penghuni neraka saling menyalahkanyang lain ekoran kedegilan mereka di dunia untuk beramal.

Mereka diberi makan buah Zaqqum iaitu makanan logam yang mendidih dalam pertu. Pohon buah ini keluar dari dasar neraka. Mayangnya seperti kepala syaitan. Juga diberi minum dengan air nanah. Apabila dihirup sahaja, hampir tidak dapat diteguk. Apabila mereka minum, isi perut dan kulit mereka hancur lebur. Juga diberi air yang mendidih sehingga terputus-putus isi perutnya.

Pakaian merereka pula dari api dan disiram ke tas mereka dengan air yang mendidih. Tempat tidur dan selimut mereka dari api.

Penghuni neraka akan dibalas mengikut apa yang mereka kerjakan. Seksaan neraka itu suatu bencana yang sangat malang. Dari jauh lagi sudah kedengaran jerit pekik mereka.

Kayu api neraka adalah orang yang menyembah selain ALLAH. Kulit-kulit mereka dipanggang dan digantikan dengan kulit yang baru untuk merasai azab neraka.

Siksaan lain di neraka adalah dirantai, dibelenggu dan diseret. Bagi penghuni nereka, kematian datang keapda mereka dari segala penjuru tetapi mereka tidak amti. Mereka terus disiksa dengan keras.

Setiap kali mereka hendak keluar dari perasaan sedih, mereka dilontarkan kembali ke dalamnya dan dikatakan keapda mereka.

"Rasalah azab neraka yang kamu dustakan mengenainya" Firman ALLAH dalam surah As-Sajadah ayat 20.

Masa mak ngoh taip entri ni, sudah terbayang betapa azabnya neraka itu. Mengerunkan. Marilah bersama jauhi larangan ALLAH dan kerjakan amalan soleh.

Dipetik dari "mencari ketenangan dan menyuci jiwa"
Syeikh Al Maqari Haji Othman Bin Hamzah.

Ahad, 1 Ogos 2010

Orang Melayu suka melatah lucah

Latah kadang-kadang sebab sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang, namun bila menjadi kebiasaan, latah tersebut menjadi sebati dengan lidah orang yang menyebut.

Tapi...percayalah, melatah itu boleh dikawal dan diatasi. Latah ni bukan je berlaku di kalangan orang tua tapi turut berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pelajar sekolah makngoh pun ada yang suka melatah.

Okay, nak melatah...melatahlah tapi yang tak sedap didengar latah yang lucah. Kadang-kadang lucah tersebut hingga tahap memalukan diri sendiri hingga orang yang mendengar terlopong.

Pelik juga dengan sifat orang melayu kita.

Jadi, di sini mak ngoh nak nasihatkan kepada orang yang melatah tu, cubalah melatah secara ilmiah dan berhemah sedikit.

Antara contoh ayat melatah ilmiah adalah -:
1) opocot, y sama dengan m x plus c
ini adalah rumus matematik y = mx + c
nak skrip melatah yang lagi panjang??

2) mak engkau, pecutan sama dengan halaju akhir tolak halaju awal bahagi masa
Nah, ambil, panjang dah tu....

ATAUPUN, kalau nak melatah dalam versi mat saleh ;
3) opocot, terkejut i... physics is the study of natural phenemenon and the properties of matter.

Kuang kuang....skrip-skrip tersebut memang selalu mak ngoh bagi kepada pelajar-pelajar mak ngoh supaya senang mereka menghafal rumus dan definisi.

Okay, pergi pulak kepada melatah secara berhemah
1) opocot, budi bahasa budaya kita...
Nah...kan cantik ayat macam tu yang terpacul keluar.

2) opocot mak engkau, menabung amalan mulia.
Melatah sambil memberi nasihat

3) opocot, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan
melatah secara patriotik.

Gurauan semata-mata, maaf kalau ada yang terasa. Namun dinasihatkan kepada mereka yang ada masalah melatah atau saudara mara yang melatah, cubalah kawal perkataan yang keluar dari mulut semasa melatah.

Ataupun cuba kawal mulut dari bercakap. Jadi, contohnya apabila diciut orang cubalah diamkan diri sahaja.

Mak ngoh pernah dengar cerita, orang melatah secara pergerakan. Ada seorang anak muda menegur dan mengusik makcik yang sedang memotong kayu api. Makcik tersebut melatah dan cuba menghayun parang ke arah pemuda tu hingga budak tu lari lintang pukang dan makcik tu mengejar dengan keadaan sedar tak sedar. Nak macam gitu?

Lembu bawa Hilux

just one singh

ekeke eke...entri santai di malam hari

Ragam budak sekolah terhadap english dan komputer

Pelajar tidak mengambil English itu sebagai ilmu tetapi pelajar hanya mahu mengambil English itu sebagai hiburan. Oleh itu, terdapat guru bahasa Inggeris yang mengajar menggunakan musik dan seterusnya membincangkan grammar, article, WH questions, tenses dan macam lagi berdasarkan yang ada di dalam lagu tersebut.

Hiburan dan keseronokan sahaja yang pelajar lihat. Kerana itu bila menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran, pelajar kurang berminat. Tetapi pelajar gemar menggunakan komputer untuk hiburan dan keseronokkan seperti melayari laman sosial (facebook, my space, twitt) , menonton video (tak semestinya video lucah), mendengar dan muatturun lagu, chatting dan mencari kenalan di internet.

ERK! bukan semua juga pelajar macam gambar di atas.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!