Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 9 Ogos 2010

Mazhab Kristian yang mirip Islam

Amaran : Artikel ini tidak sesuai dibaca oleh remaja ISLAM bawah umur. Kalau nak baca juga, kena ada bimbingan orang dewasa.

Makngoh dapat emel dari kawan bertajuk
"MAZHAB KRISTIAN MIRIP ISLAM"

Makngoh tak berani nak komen banyak cuma makngoh kongsikan di sini untuk mereka yang nak tahu bagaimanakah bentuk mazhab tersebut.

PETIKAN EMEL TERSEBUT

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini.



Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?


Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok

Kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat..

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjEmaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh) , sa'atuts tsalis(dhuha) , sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan

Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR....... .......
Perhatian kalau terjumpa macam ayat quran, lihatlah jika penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay, maka teruslah reject.

Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. .... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.... ...sebenar ayat Bible

PENGAJARAN EMEL INI:

KITA ORANG ISLAM KENA MENDALAMI AJARAN AL-QURAN, JANGAN BUTA AL-QURAN DAN JANGAN PUTUS MENGAJAR AL-QURAN KEPADA ANAK-ANAK KECIL DAN REMAJA.

KITA KENA KUKUHKAN AJARAN AGAMA ISLAM DAN KENA PASTIKAN REMAJA DAN ANAK KECIL KITA MENGETAHUI 100% PEKARA FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

SUPAYA NANTI MEREKA TIDAK KELIRU DENGAN ANCAMAN MENDATANG

Ada sesetengah pelajar makngoh tak faham apa yang mereka yang tak faham

Pagi tadi, makngoh mengikut Bengkel Fizik SPM dan dalam bengkel tu, cikgu-cikgu fizik meluah perasaan tentang masalah-masalah pelajar fizik mereka.


Sambil-sambil tu, disebabkan makngoh ni guru math gak jadi makngoh pun selitkan juga masalah pelajar matematik kelas 5B makngoh.


Ada seorang 2 pelajar matematik kelas 5B sangat lemah. Kadang-kadang naik geram juga makngoh dengan pelajar-pelajar tu. Sudahlah lemah lepas tu malas pula nak berusaha.

Beberapa minggu lepas, Makngoh ada beri mereka kerjarumah berkaitan transformation pada hari Khamis. Isnin depanya, makngoh minta kerjarumah tu. Dalam 35 orang pelajar, hanya 2 orang yang buat. Yang lain guna alasan lupa buat. Okay, makngoh sabar lagi.


TAPI makngoh suruh semua pelajar berdiri dan makngoh soal sorang-sorang mengenai transformation. Nota-nota transformation tu makngoh beri Khamis tu.


Ada soalan panas makngoh -:

" What is rotation?"


Budak yang makngoh tanya tu sengih-sengih jer...maknanya tak dapat jawab.
Jadi makngoh tukar soalan lagi panas.
"Eja rotation"


Budak tu pun ejalah rotation dan betullah ejaan tu. Kemudian makngoh tanya lagi,
"apa maksud rotation dalam bahasa Melayu. "

Budak tu tak boleh jawab. Adoiiii mendidih hati makngoh. Padahal diterangkan dalam nota, dah diberi nota dan sebenarnya trasformation ni mula diajar dalam silibus Form 2 lagi.

"Jawablah, takkan kamu tak tahu maksud rotation?"

"Tak faham cikgu, tak faham maksud dia"


Masa tu, terasa hancur hati makngoh. Seorang pelajar kata dia tak faham maksud rotation. "Rotation itu putaran" <>

Makngoh bukan tanya mendalam pun. Makngoh tak tanya pun ciri-ciri putaran yang perlu ada untuk jawab SPM seperti pusat putaran, arah putaran dan sudut putaran.


Makngoh cuma tanya maksud rotation dalam bahasa melayu dan dia tanpa rasa bersalah dia jawab dia tak faham maksud rotation dalam bahasa melayu.

Pelajar...mereka ingat dengan menjawab tidak faham...jadi kesalahan itu boleh diletakkan di bahu guru mereka yang kononnya tidak pandai mengajar. Masalahnya, mereka sendiri tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang mereka tidak faham.

Kenapa berlaku begitu? Sebab mereka tidak tumpukan perhatian dalam kelas, tidak mendengar arahan dan penerangan guru, mereka tidak membuat kerjarumah dan tidak ulangkaji balik topik yang telah diajar. KERANA itulah wujud pelajar yang tidak faham apa yang mereka tidak faham.

Kepada pelajar-pelajar, percayalah MATEMATIK SPM SANGATLAH SENANG DAN SANGATLAH KACANG kerana :


~ tajuk-tajuk yang masuk paper 1 dan paper 2 sudah diketahui.

~~ tajuk yang masuk paper 2 section A : sudah tersusun dan keluar tajuk yang sama setiap tahun kecuali Bab Graphs of functions Form 5 yang kadang-kadang ditukar dengan Bab Set Form 4

~~~ tajuk yang masuk paper 2 section B juga adalah tajuk yang sama keluar pada SPM lepas-lepas iaitu graphs of function form 5, transformation form 5, statistics form 4, plans and elevation form 5 dan earth as sphere form 5. Pilih 4 tajuk dari 5 tajuk diberi.


Adoi...senang sangat-sangat. Kenapa masih tak boleh?

PUNCA UTAMA : MALASSSSS


BERSABARLAH DUHAI HATI~~~

~~kalau sudah berusaha memberikan mereka ilmu tetapi jika mereka masih tidak mahu menerimanya, jangan bersedih kerana
pahala di akhirat tetap ada~~

Ahad, 8 Ogos 2010

blog aku, aku punya suka la



Makngoh lupa dah, entri siapa ntah yang bercerita pasal lagu di blog. Tuan punya entri tu kata, dia tak suka blog diletakkan lagu. Makngoh pun tumpang komen gak.

Memang makngoh tak suka blog berlagu tapi tidak salah kalau itu lagu yang mengajak ke arah kebaikan. Nasib baik laptop makngoh ni dah MUTE sejak berkurun lamanya. Jadi tak tahulah, blog mana yang der lagu. Makngoh cuma akan enable sound bila masuk youtube je. ekeke..




Jalan-jalan blog tadi...jumpa satu blog baru. Ingat nak follow sebab follower dia tak sampai angka 2 digit pun. tapi tak jadi follow sebab-:

Dengan angkuhnya, ada ayat



1) BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LA

2) Kalau tak suka boleh keluar dari blog aku

3) aku tak jemput pun korang datang blog aku

4) Aku punya suka la nak letakkan lagu ke apa pun.


Yang ke 3, makngoh tu tak suka.

Kita manusia ni, tak sempurna dan kadang-kadang buat silap. Bila buat silap, teguran teman dan keluarga itulah cara untuk membetulkan silap kita. Tapi, bila orang tegur, kita tak terima pun teguran itu,apa gunanya hidup berkawan dan berkeluarga. Bila ditegur, dihalau pula. Sombong macam hebat sangat, langsung tak ada sifat rendah diri.


Kalau tak suka dengan teguran itu pun, gunalah ayat yang lebih sopan dan yang menampakkan ciri gadis Melayu Islam. Blog makngoh pun pernah ditegur oleh beberapa anonymous mengenai satu entri makngoh yang panas pasal kes bunuh diri. Bila ditegur dan bila tahu ada yang tak suka entri tu, makngoh delete entri tersebut. Senang cite sebab makngoh tak rugi apa-apa pun bila deletenya.


Yelah, makngoh pun orang baru dalam dunia blog...tetapi makngoh nak beritahu ada seorang dua blogger yang sangat ego, sombong, sangat beremosi dan berlagak. Nasib baik, blogger tersebut bukan blogger yang menjadi ikutan ramai.

Apa-apa pun, kembali kepada agama. Tiada dalam Islam kata, bila dia hak kita, suka hati kitalah nak buat apa. Seorang suami tiada hak suka hati dia ke atas isteri. Seorang bapa pun tiada hak suka hati dia ke atas anak.

Jadi, kita pun tiada hak suka hati kita ke atas blog kita. Terutamanya blog free yang tak kena bayar satu sen pun macam blogspot ni. Hak kita yang dipinjamkan cuma username dan password. Ilmu dan penulisan dalam blog, milik Allah. Bila menulis, ianya dah jadi tatapan umum yang perlu ada tatasusila dalam berbahasa.

orang yang tidak menerima teguran adalah orang yang sombong dan rugi.

senang cite : up to you lah girl, kubur masing-masing.

Tapi makngoh akan terus menegur sebab Islam kata amal mahruf, nahi mungkar.
sombong adalah penyakit hati yang mati dan sangat dibenci oleh ALLAH


Allah melarang kita sombong:

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Allah benci dengan orang-orang yang sombong:

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]

Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]

Nabi juga berkata bahwa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti.


Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]

maaf bagi yang terasa hati dengan entri ini...makngoh nak menegur...bukan nak cari musuh.

wahai calon exam 2010, tinggal berapa hari lagi nak exam?

Tadi...teringat pula pada adik makngoh yang kecil. Darjah 6 dan ambil UPSR tahun ni. Makngoh pun cari di web KPM berapa hari lagi budak kecik tu nak exam...rupanya 44 hari lagi. Kalau mula tarikh 8/ogos/2010 ni.
Makngoh tak risau sangat dengan adik makngoh yang ni, cikgu-cikgu sekolahnya rajin sangat-sangat. Hari Jumaat dan Sabtu pun buat kelas tambahan. (kelate cuti hari Jumaat). Masa cuti pertengahan penggal bulan 6 hari tu, sekolah adik makngoh ni buat kelas tambahan non-stop setiap hari selama 14 cuti. Sangat mengujakan.

Hai... adik sendiri, dah boleh urut dada. Makngoh risau students makngoh pulak ni. Nasib baik, makngoh dah tak mengajar PMR macam last year. Jadi tahun ni kerisauan makngoh pada SPM je lah yang tinggal 107 hari lagi.
Wahai pelajar-pelajarku sekalian, sudahkah habiskah revision semua subjek dan yang penting dah habiskah revision subjek Math???

Seram sejuk pula makngoh ni....

p/s : Ada dalam 3 4 hari lagi menjelang bulan Ramadhan yang penuh berkat. Marilah berdoa agar kita semua sempat melangkah ke bulan Ramadhan tahun ni. :) InsyaALLAH.

Niat di hati nak cuci blog hari ni, tapi tak menjadi...

Sibuk memanjanglah makngoh seminggu dua ni. Tengok tu...entri pun ciput je semenjak dua menjak ni. Tak sempat nak buat entri.

Beberapa hari lepas, makngoh buat satu entri dengan bangganya nak mencuci blog hujung minggu ni...sebab jeles Ben Ashaari pun cuci blog. Ekekeke...Baca entri tu di sini.

TETAPI kesibukan melanda. Semalam, makngoh kena ke sekolah sebab ada program ANTIDADAH untuk pelajar-pelajar. Hari ni makngoh duduk rumah tapi kena buat kerja sekolah jugak. Jadi tak sempatlah nak mencuci blog.

TETAPI KEDUA 3 hari lepas kalau tak silap, makngoh sempat edit beberapa url blog followers makngoh. Jadi, itulah hasil cuci blog yang sempat dibuat.

KALAU ada masa lagi, ingat nak buat beberapa list yang lain. Sebab macam sikit jer list blog dalam ni.

Opss...tadi dalam sibuk-sibuk, ada 2 orang peraih undi..erk bukan....adik-adik tukang banci datang umah mak ngoh. Dorang datang nak banci. Nak tahu apa soalan mereka > asal mana, mengajar di mana, mengajar apa, berapa sewa rumah, berapa lama dah menyewa rumah ni, ada handset ker, ada WIFI ke, ada internet ker, ada astro ker, ada aircond ker, ada penapis air ker, ada laptop ker, ada blender ker...dan yang lainnya makngoh lupa dah...ekekeke.

TETAPI KETIGA...ala bukan lama pun dorang datang. Kejab jer... Kemudian dorang pergi ke rumah sebelah, TETAPI KE EMPAT orang dalam rumah tu tak keluar pun. Last-last dorang pun bergerak ke rumah lain.

ALAHAI adik-adik pembanci, kalau pasal rumah sebelah tu, tanya makngoh jer...makngoh tahu ....agagaga...makngoh dah start jaga tepi kain orang.
No no no

Piala Malaysia...Adeh! Kelate dan Negeri Sembilan satu kumpulan



Nak kata bagus ker tak bagus ek ...
tahun lepas Kelate dan Negeri 9 ni bertemu di Final dan Negeri 9 berjaya jadi JUARA PIALA MALAYSIA


Itu cerita tahun lepas,

Tahun ni, tiba-tiba pula...Kelate dan N9 diundi dan berada dalam kumpulan yang sama.

Apa cite nanti...kita tunggu lepas raya nanti sebab perlawanan bermula 14 September sehingga 30 Oktober.

Yang pasti makngoh rasa bergegar dan hangat la game Piala Malaysia tahun ni.
Mana taknya, Kelate vs N9 tu... ramai penyokong yang panas bontot ler nanti...

Sebelum Final lagi,rasanya dah bergegar stadium. ...hua hua hua

Juara dan Naib Juara bagi setiap kumpulan akan dapat bertanding ke peringkat suku akhir.

IKLAN : GOMO KELATE GOMO

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!