Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 18 Disember 2011

Contoh kiraan pergerakan gaji guru DG41 P1T8 SSM Ke SBPA

Makngoh tak pasti betul atau tidak kiraan gaji makngoh. Sambil-sambil study slide show taklimat SBPA jadi makngoh cuba-cuba buat kiraan gaji guru gred DG41 dengan tangga gaji P1T8 tahun 2011.


 


1 JANUARI 2012

P1T8 ( RM 2329) ke P1T9 (RM 2419.45)                   = RM 90.45
P1T9 (RM2419.45) ke T4 ( RM 2600)                        = RM 180.55

JUMLAH PERTAMBAHAN GAJI SSM KE SBPA     = RM 271

1 APRIL 2012 

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN T4 (RM 2600) ke T5 ( RM 2825) = RM 225

JUMLAH NAIK GAJI 2012 = RM 271 + RM 225 = RM 496 

SEMAKAN PENGIRAAN SBPA T5 ( RM 2825) - P1T8 ( RM 2329) = RM 496



nota kaki :::::::: tak pasti pengiraan di atas betul atau tidak

Jadual gaji guru dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)



notakaki : kredit kepada tuan punya gambar

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | Taklimat | Slide Show

Salam semua. Esok 19hb Dec sepatutnya makngoh ke sekolah untuk mendengar taklimat mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Namun disebabkan makngoh sekarang di kampung jadi pihak sekolah bagi kelonggaran untuk tidak menghadirkan diri.

Ramai orang terutamanya cikgu sedang sibuk bercakap mengenai SBPA. Jadi makngoh cuba cari di internet taklimat mengenai SBPA dan 2 slide show di bawah ni ada menerangkan serba sedikit mengenainya.

Kepada cikgu-cikgi, dah fikir ke nak tandatangan ke tidak SBPA ni? Atau nak kekal SSM je. Makngoh sendiri pun tak berapa pasti lagi. Nantilah hujung bulan ni, makngoh nak ke sekolah dan tanya pendapat kawan-kawan dan kerani sekolah. Mereka lagi arif. :)

Khamis, 3 November 2011

Oh, Apek @ Khairul Fahmi, apa dah jadi?

Berhati-hati bila bertingkah, takut nanti menyesal diri.
Jangan lupa diri, tak mustahil yang tinggi di atas boleh jatuh menyembah bumi

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!