GEORGETOWN - Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika
meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo
yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris
berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan
dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang
awam.
"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan
majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana
yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut
menemui pelbagai botol arak.
"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati
35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah.
Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.
"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu
dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap
desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya. - Bernama
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Ahad, 20 April 2014
KEK PUDING KARAMEL
Sumber: kurniaanmu.blogspot.com
KEK PUDING KARAMEL
Bahan-bahan

Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
2 sudu besar air
Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair
35g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah>>sama mcm kak hana
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Bas jatuh gaung lagi
Sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Singapura telah tergelincir
ke dalam gaung disebabkan hujan lebat, petang tadi. Kejadian berlaku di
Muadzam menghala ke Gambang. Semua penumpang terselamat dan hanya
mengalami kecederaan.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Jumaat, 7 Mac 2014
Kenapa KDN melarang penerbitan Ultraman The Ultra Power?
Lihat sahaja gambar di sebelahKUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Khamis, 6 Mac 2014
Direktori Unit pengurusan sekolah menengah BPSH KPM 2014
Senarai nama pengawai di atas, dalam bahasa mudahnya adalah pengawai yang bertugas di bahagian pertukaran KPM untuk sekolah menengah.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)