Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 20 April 2014

Feri karam : Penolong Pengetua bunuh diri

Penolong pengetua sebuah sekolah tinggi yang berjaya diselamatkan daripada feri karam di Korea Selatan ditemui mati pada Jumaat, dipercayai membunuh diri.

Polis di pulau Jindo berkata mayat Kang Min-Kyu yang berusia 52 tahun ditemui berdekatan sebuah gimnasium di mana keluarga 268 mangsa yang masih hilang ditempatkan.

"Punca kematian masih disiasat," kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan polis berkata mangsa ditemui menggantung diri di sebuah pokok.dipercayai membunuh diri.


Seramai 475 orang berada di dalam feri tersebut sewaktu ia karam pada pagi Rabu, 352 orang daripadanya ialah pelajar Sekolah Tinggi Danwon di Ansan selatan Seoul.


Mereka dalam perjalanan untuk bercuti di destinasi percutian popular di pulau Jeju.

Penolong pengetua itu merupakan salah seorang daripada 179 orang yang berjaya diselamatkan.

Anak babi dijadikan anak harimau



 

Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang. Tidak lama selepas tu, harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik di mana sel-sel otaknya tidak lagi dapat berhubung dengan baik.

Oleh kerana spesis ini agak terancam, pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya. Akhirnya, cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak Harimau dan menyerahkan kepada ibu harimau tersebut.

Usaha tersebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyanyangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri.




88 belia ditahan di homestay dalam keadaan mabuk

GEORGETOWN - Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya. - Bernama

KEK PUDING KARAMEL

Sumber: kurniaanmu.blogspot.com

KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
2 sudu besar air
Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair
35g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah>>sama mcm kak hana

Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Bas jatuh gaung lagi

Sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Singapura telah tergelincir ke dalam gaung disebabkan hujan lebat, petang tadi. Kejadian berlaku di Muadzam menghala ke Gambang. Semua penumpang terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Jumaat, 7 Mac 2014

Kenapa KDN melarang penerbitan Ultraman The Ultra Power?

   Lihat sahaja gambar di sebelah

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!