Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 24 November 2010

Calon SPM meninggal dunia di sekolah

Takziah kepada keluarga arwah. Dikhabarkan arwah mengadu sesak nafas ketika mendengar taklimat peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1 lebih kurang pukul 7.45 pagi 23 November 2010. Arwah telah dibawah ke bilik kesihatan tetapi malangya petugas perubatan mengesahkan arwah telah meninggal dunia. Arwah merupakan pesakit jantung sejak lahir.

Al-fatihah.

kejadian ini berlaku di Ledang, Johor.


Kepada calon lain yang sedang menduduki SPM, makngoh doakan semuanya cemerlang.

Suami kelar leher isteri hingga mati

Suami jenis apa tu?
Isteri pula sedang mengandung.

Dia ingat isteri lembu yang dikorbankan masa raya aidil adha ke?

Semoga lelaki itu insaflah dan terima balasan setimpal dengan dosa yang dia lakukan.

Cemburu tak bertempat.

Berita selanjut di bawah ni yer

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.


Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

sumber metro

Selasa, 23 November 2010

Sejadah Corak Kepala Babi

Sejadah corak kepala babi > memang isu yang mengejutkan tetapi bagi makngoh bukan mengemparkan umat Islam Malaysia pun.

Kenapa sejadah yang bercorak kepala babi kita bising sedangkan anak-anak kita sudah biasa melihat kartun-kartun yang direka dengan macam-macam bentu binatang. Bukan setakat anak kecil malah yang dewasa pun gila membeli patung-patung dengan macam-macam bentuk binatang. 

Mungkin sedikit pelik kerana sejadah adalah tempat sujud. Itu sahaja. Benda-benda lain tak apa lah kut? Kan?

Sebenarnya, isu keagamaan sangat sensitif di Malaysia. Sejadah dengan corak babi, menandakan ada pihak cuba menghina Islam kerana mereka tahu Islam mengharamkan babi.

Teringat pula makngoh pada Kasita Bohong , satu id dalam facebook yang mempermainkan agama Islam. Id tersebut, macam tidak puas hati dengan cara Islam di sini. Dia kata orang Islam makan daging lembu depan orang Hindu boleh tetapi kenapa orang Islam marah kalau bukan Islam makan daging babi depan mereka?  Sekarang, id tersebut sudah tidak aktif. Mungkin baru beberapa hari ini id tersebut tidak aktif.

KERANA ITULAH, hidup dalam kelompok berbilang agama ini, kita harus bertolak ansur dan saling memahami. Bukan agama lain sahaja perlu faham agama Islam, tetapi orang Islam juga perlu ambil tahu mengenai agama lain. Barulah kita tahu apa pantang larang mereka juga. Kita kena saling jaga keharmonian yang ada ini.




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Isnin, 22 November 2010

Petua mengubati sihir dan menjauhi sihir | Ayat Al-Quran

Amalan mengubati sihir
Baca tiga surah di bawah ini. Hembus di air. Kemudian, gunalah air itu untuk minum dan mencuci kepala. Lakukan selama 41 hari.
1.  Surah Yunus – Ayat 81 & 82
2.  Surah Al A’araf – Ayat 117 hingga 120
3.  Surah Toha – Ayat 69

Amalan setiap hari untuk menjauhi sihir
1.     Amalkan 3 qul- al falaq, al naas, al ikhlas – setiap satu 3 kali
2.    Al fatihah
3.    Al kursi
4.    Baca berdoa.
5.    Sapu di kepala pada waktu malam dan awal pagi.

Sumber Dr Fatma Al-Zahra

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mesti anda pelik mengapa makngoh selitkan pengumuman ini di dalam blog makngoh.

Sejak tidak dapat pindah ni, barulah makngoh tahu bahagian yang bertanggungjawab meluluskan atau mengagalkan pertukaran guru adalah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Jadi, makngoh kenalah ambil tahu mereka-mereka yang bertugas di BPSH ini.

  

Tahniah dan selamat bertugas kepada YB Datuk Haji Isa bin Haji Abu

Salam Buatmu...TV2 tadi sangat dipuji

Tahniah TV2 - RTM yang berani memaparkan cerita loghat macam ni.

Salam buatmu adalah drama 100% menggunakan skrip dalam bahasa kelate dan lokasi berlakon pun di Kelantan.

Pelakon-pelakon pula ada pelakon terkenal dan pelakon tempatan. Tak ada error satu pun dalam lakonan mereka ni. Ery Putra pula memang jadilah watak jahatnya tu.

Dengan ketengahkan dikir barat sebagai jalan cerita utama, memang baguslah. Kelihatannya macam RTM bersungguh-sungguh menaikkan populariti dikir barat di Malaysia.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!