Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 30 April 2010

Penderaan Kanak- kanak

Hari nih Mak Ngoh rasa amat sebak bila baca paper mengenai kisah kanak-kanak yang berlaku di dalam negara kita sekarang. sedih lah mentang-mentang kanak-kanak insan yang lemah dan tidak berdaya macam-macam orang dewasa buat pada kanak-kanak. Ada pulak tu orang dewasa sendiri yang mengabaikan keselamatan dan kebajikan anak sendiri. Tak patut sungguh.

kesan lebam tanda didera : Kes 1

Kes 1 Di Melaka pula 28hb April 2010,seorang kanak-kanak tahun empat telah didera dengan rotan dan getah paip oleh kedua-dua ibubapa kandungnya. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut dikatakan seorang yang hyperaktif. Difahamkan kanak2 tersebut telah dipelihara oleh neneknya sejak lahir namun diserahkan kembali kepada ibubapanya pada tahun 2008. Sejak itu, kanak2 tersebut telah didera. Masalahnya, dia ada 4 beradik dan hanya di seorang jer yang didera. Ibubapa kandung pun pandai bezakan kasih sayang terhadap anak. Apatah lagi ibubapa tiri. Jahat punya manusia. Kes ni terbongkar apabila kanak2 itu sudah tidak tahan sakit di dera dan dia melarikan diri ke pasar malam di tempat tinggalnya dan ditemui oleh seorang lelaki tua dalam keadaan ketakutan pada pukul 8.30 malam. Lelaki tua itu telah menyerahkan kanak2 ini kepada kawannya dan kawannya melaporkan kepada polis. Sekarang, ibubapa kanak2 nih ditahan polis. Susah lah, bila sudah jadi kes polis...ibubapa dikenakan tindakan, adik beradik yang lain siapa yang jaga? budak nih nanti siapa yang nak jaga? sanggup lagi ker ibubapanya jaga anak yang telah bawanya ke lokap polis? Hiduplah kita dengan kasih sayang. Mak Ngoh rasa sedih mengenangkan nasib kanak2 nih dan adik bradiknya.


Kes 2 : Bayi cedera jari

Kes 2 cerita kedua nih pasal kanak2 berumur 2 tahun di Kuala Lumpur yang dilapor pada 28hb April 2010 telah didera oleh pengasuhnya. Jahat tul pengasuhnya tu hingga sanggup
memasukkan jari kanak2 tersebut ke dalam kuah sup yang panas sehingga menyebabkan kulit jari melecur dan kuku kanak2 ini tercabut. Adoiii sakit dan peritnya
penderitaan budak nih. Berapa jari? 8 jari rasanya...sebab setahu Mak Ngoh jari ibu kanak2 tersebut selamat namun kemungkinan kanak2 itu mengalami kecacatan.
Kesian...budaknya comel sangat. Dunia!!!








Kes 3 nih cerita bayi yang terjatuh dari buaian yang berlaku di Gombak lebih kurang 29hb April 2010. Bayi 18 bulan itu dikatakan telah terjatuh dari buaianya sehingga menyebabkan kecederaan teruk di kepala dan polis mengesahkan tiada unsur dera. Namun pengasuh bayi tersebut telah menghilangkan diri selepas menghantar bayi nih ke hospital. Takut mungkin. Dia telah cuai menjaga bayi tersebut sehingga menyebabkan kematian kepadanya.


Kes 4 Kes yang paling sedih. Ibu yang cuai. Bapa bekerja. Ada paper cakap ibu bkerja di kantin sekolah, ada paper cakap ibu pergi ke majlis di tempat berhampiran rumah ketika kejadian. Kisahnya 4 beradik. yang sulung berumur 12 tahun. yang bongsu baru pandai berjalan. 2 beradik yang tengah tu ibunya bawa bersama meninggalkan si sulung dan si bongsu di rumah. Si sulung yang masih lagi kanak2 gak, tertidur di ruang tamu. Adik bongsunya pula berjalan2 ke dapur, menemui akuarium yang diletakkan di atas lantai dengan ikan2 yang asyik berenang.Apa lagi, bayi itu pun main2 dengan ikan tu dan tersembam jatuh ke dalam akuarium. Difahamkan bayi tersebut bertarung nyawa selama 14 jam sebelum ditemui oleh ibunya. Dibawa ke hospital dan meninggal dunia :(... yang mak ngoh sedihnya,,,mak ngoh risau sulung mengalami
tekanan dan dipersalahkan.


Reflection ::: janganlah macam nih wahai ibubapa dan pengasuh sekalian. itulah, tugas menjaga dan mengasuh dan mendidik bayi dan kanak2 nih besar dan berat. Tapi ganjaran pahala pun besar juga. Fikirkanlah. Hentikanlah deraan kepada bayi dan kanak2. Mereka ni lemah. Mereka ni bukan anak patung, bila rosak boleh dibetulkan or ditukar beli baru. Sayangilah bayi dan kanak-kanak. Pupuklah rasa kasih sayang di dalam diri kita masing-masing. JANGAN DERA!!! JANGAN CUAI!!!

Khamis, 29 April 2010

Kelate VS Pahang 8 Mei 2010


Hehehehehehe, ketawa bdekah- dekah luh... dulu mak ngoh nih, tak minat sangat bola sepak tp bila kelate mula up nih, mak ngoh jadi suka lak plak tengok2 dan mengikuti perkembangan bola sepak negara kita nih. tapi yang dalam negara nih jer,,,bola sepak luar negara, MU, Arsenal dan lain-lain tu, mak ngoh tak amik pusing pun.
Jadi ....yang mak ngoh nak bebel nih...bukan pasal team bola sepak kelate tapi pasal penyokong bola sepak kelate yang memang sangat2 bersemangat dan bersungguh2 menyokong pasukan Red Warriors. Mak ngoh pun bersemangat gak, tengok tu paling atas blog, logo Red Warrior lagi tu..ahaksss.
memberi dorongan dan sokongan kepada team kegemaran kita, memanglah sangat bagus,. namun yang menyedihkan bila ada penyokong kelate yang sangat sangat pendek akal telah membuat insiden memalukan dalam Liga Malaysia last year...hancur luluh hati mak ngoh nih bila tau insiden tu...aiseh. ada ker patut main bakar2 kasi rosak stadium plak tu. merosakkan nama negeri kelate jer di mata Malaysia nih. tapi mak ngoh dengar cite, budak yang bakar2 tu ditampar oleh penyokong-penyokong kelate yang lain. betul ke tak xtau lah. tapi yang konfom, budak2 tu mmg ada ditangkap polis. cerita lepas ditangkap tu, itupun mak ngoh tak tau gak...
2010 nampaknya belum ada lagi insiden memalukan yang dilakukan oleh penyokong kelate namun nampak gayanya awal2 tahun nih, team kelate bermain secara berseri-seri. namun semenjak 2 menjak 2 3 game baru- baru nih, team kelate menang 3 gol...3 gol......3 gol.... bagus lah tu...syukur..
JADI??? Adakah 3 gol itu akan terus diperolehi oleh team kelate? tak kisah lah baper gol, janji menang,,, itulah harapan mak ngoh dan penyokong kelate yang lain . kalau mak ngoh nih lelaki dan masih muda, dah lama mak ngoh join team bola sepak kelate nih..ahaksss tapi mak ngoh dah tua dan bukan lelaki.
kepada sape2 yang berminat nak pegi tengok kelate VS pahang 8mei2010 nih, bolehlah tengok gambar paling atas post nih...baca sendiri lah yer :) ... pastu kalau ada yang tau rombongan kapal terbang ke stadium pahang tu gitau la yer...sebab tempat mak ngoh nih jauh, xkan sapai dengan bas...
Anyway......gudluck Red Warriors yang sekarang bjersi putih...putih itu kesucian.bukan keserian yer...huhuhuhu. untuk mereka yang berminat nak join Kelab Penyokong Bola Kelate Facebook...search carilah Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan. Boleh jugak bjalan-jalan ke url http://www.kelate.net/ . Akhir kata GOMO KELATE GOMO....

kurikulum dan kokurikulum

cantik tengok budak2 berbaju uniform dan kecik2 dah pandai kawat



mak ngoh sajer jer terpanggil nak bercerita isu kurikulum dan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah, sebab pernah terbaca cerita kurikulum dan kokurikulum sama penting. betul ker sama penting? musykil mak ngoh. setahu mak ngoh yang dah tua nih, markah kokurikulum hanya diambil sebanyak 5% saja sebagai penilaian utk pelajar lepasan SPM masuk U or mana2 pusat pengajian... tapi itupun bukan semua kolej, matrikulasi dan universiti melihat markah kokurikulum ini.

Untuk orang yang xtau apa2 sal kokurikulum zaman moden nih, meh mak ngoh nak cite... kokurikulum dibahagikan kepada 3 yang utama, unit beruniform, kelab dan persatuan dan sukan permainan. Ada sekolah yang wajibkan pelajar ambil semua ketiga2 bahagian nih, ada sekolah yang wajibkan pelajar amik 2 sahaja. setahu mak ngoh lah nih yer,.


yang mak ngoh paling musykil, kenapa pihak sekolah begitu beria-ia meminta pelajar bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum nih? sehingga ada pelajar yang terpaksa meninggalkan sekolah selama berhari-hari tanpa belajar kurikulum, ada yang tertinggal berbab-bab subjek penting semata2 kerana mahu melibatkan diri dengan aktiviti kokurkulum peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau asia.

mak ngoh rasa, pihak sekolah terlalu pentingkan nama sekolah dan nama pentadbir saja. maklumlah kalau ada pelajar yang menang dalam aktiviti2 kokurikulum, siapa yang dapat nama? sekolah dan pentadbirnya lah. kan ?

tapi wajarkah pihak sekolah mengabaikan pelajaran pelajar? amat menyedihkan... pihak sekolah mengambil kesempatan di atas kedaifan pelajar dan bakat pelajar. pelajar pula, bila dah menang, diberi pengiktirafan,hadiah dan habuan hingga ada pengetua dan guru yang sudi belanja pelajar yang menang dalam aktiviti kokurikulum nih makan di tempat2 mahal. mana lah pelajar2 nih tak leka, malah semakin hanyut mengejar kejayaan kokurikulum hingga lupakan kurikulum.

sekarang nih pun, mak ngoh perhatikan ada aktiviti2 kokurikulum yang memerlukan pelajar meninggalkan kelas selama beberapa jam kadang2...ke sekolah hanya untuk berlatih sukan, berlatih kawad dan berlatih simpulan2 tali... adoiiii , sangat tidak setuju.

di mana silapnya? Kementerian Pelajaran mmg wajibkan pelajar mengikut aktiviti sukan dan unit beruniform , tapi pihak sekolah kenalah pandai mengurus masa pelajar untuk belajar kurikulum dan juga kokurikulum. Tahniah kepada sekolah2 yang pandai mengurus benda2 nih. ada sekolah yang menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu sebab tak mahu menganggu P&P. Sangat bagus. malah ada Pengetua yang melarang guru mengadakan latihan kawad ker, latihan sukar ker or apa2 latihan kokurikulum pada waktu P&P. Masalahnya berapa buah sekolah jer yang wat cam nih? Nak buat hari Sabtu, terpaksa korbankan waktu cikgu cikgi... nnt bising plak cikgu cikgi... nak buat aktiviti lepas waktu persekolahan, bising lagi cikgu cikgi xmahu pulang lewat ke rumah...mcm2 alasan.


sebelum menutup bebelan mak ngoh nih, mak ngoh nak bercerita kisah seorang pelajar genius la gak. pelajar nih pernah mewakili sekolahnya ke peringkat Asia lagi tu tuk pertandingan catur. kalau peringkat kebangsaan memang tiap2 tahun dia ikutlah. Tahun lepas 2009, budak nih amik SPM, namun dek kerana kesibukan dia mengikuti aktiviti2 kokurikulum di luar sekolah nih, menyebabkan dia jarang2 ke sekolah dan banyak tertinggal pelajaran. Oleh kerana dia pelajar bijak, dia study sendiri beberapa subjek yang senang dan dia minat seperti matematik dan add math. Namun sayangnya, belajar sendiri untuk subjek Sains Tulen mcm Fizik, Kimia dan Biologi mmg lah xboleh. akhirnya budak tu xleh A- pun tuk subjek sains tulen malah tidak kredit subjek kimia.


Harapan budak tu sangat tinggi kerana dia ingin mengikuti matrikulasi sains hayat. disebabkan result sains tulen yang teruk dia tak gagal menempatkan dirinya. isk isk isk isk.... bila perkara ini sampai ke telinga guru-gurunya, mereka pun jawab " Alah, tak dapat 1st intake, nnt dapat 2nd intake". Mungkin pengetahuan guru2nya pun kurang gak, mereka tak tau bezakan 1st intake n 2nd intake matrikulasi. 1 st cuma setahun, 2nd intake 2 tahun<>

Jadi kepada orang2 di luar sana terutamanya mak ayah, mestilah amik peranan. Aktif kokurikulum, tidak bermaknanya berjaya dalam pelajaran. Memanglah falsafah pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI namun penguatkuasaan biarlah bertempat. Pelajar cuma ada 2 kaki, 2 tangan dan 1 badan jer...mana nak terkejar2 aktiviti kokum lagi mana nak terkeja2 belajar lagi. pandai2 yang cikgu cikgi uruskan masa untuk pelajar yer... Letihnya membebel banyak plak nih...huh

bersukan tu bagus, leh sihatkan badan

(p/s : mak ngoh dah pesan kpd anak cucu mak ngoh supaya utamakan pelajaran, anda pula bagaimana?)

Ahad, 25 April 2010

budak sekolah cuba bunuh diri...



isk isk isk... kesian pun ada...nak marah pun ngan budak nih... islam...islam ... islam...itu yang mak ngoh nak marah sgt.



dik oooiiii, kita orang islam, xboleh bunuh diri walau sekuat mana sehebat mana dugaan dan ujian yang ALLAH turunkan kepada kita. kes nih berlaku di sebuah sekolah, lebih kurang 23hb april 2010 la rasanya.





kenapa ini berlaku ??? sebab budak ini mengalami tekanan kerana cintanya ditolak oleh rakan sekelasnya juga... selain menolak cintanya, si perempuan itu dan rakan2 lelaki yang lain dikatakan telah mengejek budak lelaki ini, menyebabkan dia pecahkan cermin tingkap kelasnya dan bersantai2 di balkoni belakang tu. Ayat bersantai nih , xmo guna ayat niat nak bunuh diri.


selain itu juga, difahamkan, ayah budak ini, yang juga seorang pensyarah telah meninggal dunia sebulan yang lepas, dan mak budak ini bertugas di sekolah itu juga.


namun, syukur alhamdullillah, budak ini tidak berjaya membunuh diri kerana bomba merangkul tubuhnya sebelum dia sempat terjun.



Apa apa pun, ini budak lagi... pegangan agama pun nipis lagi. jadi sebagai orang dewasa, mak ngoh amat berharap orang berada di sekeliling budak nih, membimbing budak ini. lagi satu, mak ngah harap orang sekelilingnya juga janganlah mencaci tindakan bodohnya dan janganlah diungkit lagi. bukan per, takut dia makin tertekan.


Sebagai orang tua, mak ngoh rasa sedihlah gak zaman sekarang, mcm ramai pulak kedengaran orang cuba bunuh diri...tp syukur tak berjaya. semoga mereka semua bertaubatlah. orang yang bunuh diri dikira bukan islam, tidak boleh disemadikan di kubur orang islam.... dan akan ditempatkan di dalam api neraka SELAMANYA....SELAMANYA....wallahualam.

burung melintas jalan


Isk isk.... apa yang mak ngoh nak cite nih, bukan cite rekaan tapi kisah benar semata- mata. Mak ngoh nih tinggal di nature city, jadi memang biasalah melihat haiwan n binatang yang berada sangat dekat ngan kita.

Setiap hari mak ngoh drive sorang2 gi pat keje, jauh la gak pat keje mak ngoh nih...highway namanya, tp xmcm highway sgt lah. Jadi, di dalam kesunyiaan driving tu, mak ngoh dengar lagu, suka dengar coloteh dj2 muzik.fm dan kadang2 tukar cenel gak time lagunya xbesh...ahakss



Mata mak ngoh nih plak, walaupun memang pandang ke depan time drive, tp leh nampak gak apa yang berlaku di sisi jalan. korang pun mesti sama gak, xkanlah drive asik pandang depan jer...boring la gak kan? nak nak yang drive sorang-sorang...




Nak dijadikan cerita...tengah-tengah asik drive dengan kelajuan lam 80km/h , tiba-tiba tertengok, sesuatu benda senang melintas jalan...benda itu nak kata besar, xdelah besar...kecik jer. kalau orang yang melintas senang jer mata nampak, tapi si burung murai... isk isk..


mau tak mau terpaksa mak ngoh slow down my car, bagi laluan kepada burung murai untuk melintas.
Yang mak ngoh tak puas ati nya...bukan sebab mak ngoh kena brek secara emergency,..tp xpuas ati tol ngan burung tu. dia kan leh terbang, nape xmo terbang. nak jugak, jalan kaki melintas jalan....mengada2 tol burung tu. mau jer pegi penyek2 burung tu. dah lah tu, walaupun tau ada kereta kat depan, dia, si burung murai tu, selamba jer jalan dengan lenggang lengok kangkong dia. Sabar jer lah.

sekarang nih, pelik tol. dah ada kemudahan tuk terbang, tp mo gak jalan kaki... nampak gaya bukan manusia jer yang pelik, tapi haiwan pun menunjukkan kepelikkan masing-masing dah. ini mungkin sebab haiwan pun menghidu asap2 kilang yang kotor seperti manusia juga. AHaksss...

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!