Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 29 April 2010

kurikulum dan kokurikulum

cantik tengok budak2 berbaju uniform dan kecik2 dah pandai kawat



mak ngoh sajer jer terpanggil nak bercerita isu kurikulum dan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah, sebab pernah terbaca cerita kurikulum dan kokurikulum sama penting. betul ker sama penting? musykil mak ngoh. setahu mak ngoh yang dah tua nih, markah kokurikulum hanya diambil sebanyak 5% saja sebagai penilaian utk pelajar lepasan SPM masuk U or mana2 pusat pengajian... tapi itupun bukan semua kolej, matrikulasi dan universiti melihat markah kokurikulum ini.

Untuk orang yang xtau apa2 sal kokurikulum zaman moden nih, meh mak ngoh nak cite... kokurikulum dibahagikan kepada 3 yang utama, unit beruniform, kelab dan persatuan dan sukan permainan. Ada sekolah yang wajibkan pelajar ambil semua ketiga2 bahagian nih, ada sekolah yang wajibkan pelajar amik 2 sahaja. setahu mak ngoh lah nih yer,.


yang mak ngoh paling musykil, kenapa pihak sekolah begitu beria-ia meminta pelajar bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum nih? sehingga ada pelajar yang terpaksa meninggalkan sekolah selama berhari-hari tanpa belajar kurikulum, ada yang tertinggal berbab-bab subjek penting semata2 kerana mahu melibatkan diri dengan aktiviti kokurkulum peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau asia.

mak ngoh rasa, pihak sekolah terlalu pentingkan nama sekolah dan nama pentadbir saja. maklumlah kalau ada pelajar yang menang dalam aktiviti2 kokurikulum, siapa yang dapat nama? sekolah dan pentadbirnya lah. kan ?

tapi wajarkah pihak sekolah mengabaikan pelajaran pelajar? amat menyedihkan... pihak sekolah mengambil kesempatan di atas kedaifan pelajar dan bakat pelajar. pelajar pula, bila dah menang, diberi pengiktirafan,hadiah dan habuan hingga ada pengetua dan guru yang sudi belanja pelajar yang menang dalam aktiviti kokurikulum nih makan di tempat2 mahal. mana lah pelajar2 nih tak leka, malah semakin hanyut mengejar kejayaan kokurikulum hingga lupakan kurikulum.

sekarang nih pun, mak ngoh perhatikan ada aktiviti2 kokurikulum yang memerlukan pelajar meninggalkan kelas selama beberapa jam kadang2...ke sekolah hanya untuk berlatih sukan, berlatih kawad dan berlatih simpulan2 tali... adoiiii , sangat tidak setuju.

di mana silapnya? Kementerian Pelajaran mmg wajibkan pelajar mengikut aktiviti sukan dan unit beruniform , tapi pihak sekolah kenalah pandai mengurus masa pelajar untuk belajar kurikulum dan juga kokurikulum. Tahniah kepada sekolah2 yang pandai mengurus benda2 nih. ada sekolah yang menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu sebab tak mahu menganggu P&P. Sangat bagus. malah ada Pengetua yang melarang guru mengadakan latihan kawad ker, latihan sukar ker or apa2 latihan kokurikulum pada waktu P&P. Masalahnya berapa buah sekolah jer yang wat cam nih? Nak buat hari Sabtu, terpaksa korbankan waktu cikgu cikgi... nnt bising plak cikgu cikgi... nak buat aktiviti lepas waktu persekolahan, bising lagi cikgu cikgi xmahu pulang lewat ke rumah...mcm2 alasan.


sebelum menutup bebelan mak ngoh nih, mak ngoh nak bercerita kisah seorang pelajar genius la gak. pelajar nih pernah mewakili sekolahnya ke peringkat Asia lagi tu tuk pertandingan catur. kalau peringkat kebangsaan memang tiap2 tahun dia ikutlah. Tahun lepas 2009, budak nih amik SPM, namun dek kerana kesibukan dia mengikuti aktiviti2 kokurikulum di luar sekolah nih, menyebabkan dia jarang2 ke sekolah dan banyak tertinggal pelajaran. Oleh kerana dia pelajar bijak, dia study sendiri beberapa subjek yang senang dan dia minat seperti matematik dan add math. Namun sayangnya, belajar sendiri untuk subjek Sains Tulen mcm Fizik, Kimia dan Biologi mmg lah xboleh. akhirnya budak tu xleh A- pun tuk subjek sains tulen malah tidak kredit subjek kimia.


Harapan budak tu sangat tinggi kerana dia ingin mengikuti matrikulasi sains hayat. disebabkan result sains tulen yang teruk dia tak gagal menempatkan dirinya. isk isk isk isk.... bila perkara ini sampai ke telinga guru-gurunya, mereka pun jawab " Alah, tak dapat 1st intake, nnt dapat 2nd intake". Mungkin pengetahuan guru2nya pun kurang gak, mereka tak tau bezakan 1st intake n 2nd intake matrikulasi. 1 st cuma setahun, 2nd intake 2 tahun<>

Jadi kepada orang2 di luar sana terutamanya mak ayah, mestilah amik peranan. Aktif kokurikulum, tidak bermaknanya berjaya dalam pelajaran. Memanglah falsafah pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI namun penguatkuasaan biarlah bertempat. Pelajar cuma ada 2 kaki, 2 tangan dan 1 badan jer...mana nak terkejar2 aktiviti kokum lagi mana nak terkeja2 belajar lagi. pandai2 yang cikgu cikgi uruskan masa untuk pelajar yer... Letihnya membebel banyak plak nih...huh

bersukan tu bagus, leh sihatkan badan

(p/s : mak ngoh dah pesan kpd anak cucu mak ngoh supaya utamakan pelajaran, anda pula bagaimana?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!