Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 6 Februari 2011

Kalau dah tiada adab

Nak kata naik minyak sangat-sangat tidaklah juga. Tapi makngoh bebel juga tadi dengan nada yang kuat. Ada ke patut abang ipar housemate makngoh buka pintu bilik tidur makngoh. Time tu makngoh tengah baring-baring mengadap laptop. Nasib baik pakai baju dan kain kalau makngoh berkembam tak ke naya.

Kalau ketuk dulu tak apa juga. Ini terus buka. Dah tahu bilik ada orang, bukannya nak cepat-cepat tutup tetapi duk renung tenung lagi. Ah, geram betul dengan manusia tak ada adab nih.

Terloncat makngoh dari tilam dan cepat-cepat tutup kembali pintu dan kunci kemas-kemas sambil membebel. Memang makngoh tahu abang ipar dan kakak housemate makgoh nak datang rumah. Tapi makngoh tak sangka abang iparnya buka pintu bilik orang suka-suka hati. Gatal dan miang. Dah tahu rumah sewa perempuan suka-suka je mengendap.

Makngoh call suami dan mengadu tapi makngoh pula yang kena tegur. "Kenapa tak kunci bilik?" Siang-siang hari, malas nak kunci bilik lagipun biasanya housemate makngoh akan ketuk dulu sebelum masuk.

2 ulasan:

  1. memang takde adab!
    kalau saya bengang jugak~ pulak tu, lelaki yg bukan muhrim! haih..

    BalasPadam
  2. fuh..serius bahaya situasi di atas..apa2 boleh berlaku sekarang, so mybe jalan terbaiknya kunci pintu tak kira masa

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!