Kisah di sekolah makngoh yang kedengaran dari guru-guru yang memohon e-gtukar, pengetua tidak mahu menyokong perpindahan guru-guru terbabit. Alasannya, tidak mahu menghuru-harakan dan kucar-kacirkan sekolah jika guru dapat berpindah. Maklumlah, jika guru pindah, tentu jadual waktu perlu dibuat baru dan beberapa jawatan yang disandang oleh guru terbabit perlu diganti guru penganti.
Jadi, cadangkan makngoh kepada KPM, JANGANLAH DIBUKA E-GTUKAR DI PERTENGAHAN TAHUN INI JIKA TIDAK MAHU SEKOLAH DI BAWAH KPM KUCAR-KACIR. Ini tidak, e-gtukar dibuka dan guru dibenarkan memohon tetapi perlu dileteri dan dimarahi pengetua pula apabila mengadap untuk meminta pengesahan.
Seorang kawan makngoh, guna alasan ancaman keselamatan untuk berpindah malah dia sudah ada 2 laporan polis sebagai bukti. Namun, semua itu tidak dipandang oleh pengetua sebaliknya dia diperli dan disuruh carilah sekolah mana-mana pun tidak selamat di dunia ini. Hahaha...
Well, kepada pentadbir sekalian, jika guru ada memohon pindah, itu bermakna mereka ada masalah di sekolah tersebut. Mungkin berjauhan dengan keluarga, rasa tidak selamat dan rasa terancam. Buat apa menyimpan guru bermasalah di sekolah anda? Biarlah mereka pindah dan selesaikan masalah mereka supaya mereka boleh bekerja dengan lebih produktif. Alahai~ ~ ~ ~ ~ ~.
Dengar cerita ada seorang guru sudah 10 tahun berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Tidak pernah dibenarkan berpindah! Huh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)