Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 12 Jun 2011

Rindu suami dan keluarga di kampung

Makngoh baru je sampai KL petang semalam. Suami makngoh yang hantar makngoh kemudian pagi tadi, dia naik bas balik ke kampung.

Sekarang, alhamdulillah...lebih kurang pukul 6 tadi, dia dah pun selamat sampai di kampung. Nasib baik, hari ini Kelantan cuti umum sempena Final Piala FA, jadi tak apalah dia bercuti. Esok boleh mula kerja. Bulan depan, dia datang lagi ambil makngoh untuk majlis solat hajat untuk keselamatan makngoh dan bakal bayi kami.

Sebelum ini, kalau balik kampung makngoh boleh balik sendiri tapi memandangkan usia kandungan dah semakin matang, jadi suami datang ambil dan hantar makngoh. Kasihan dia. Keletihan berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tiap kali makngoh cuti.

Mohon pertukaran masuk ke Kelantan pun tak dapat. Tapi, bagi yang tak tahu cerita asyik tanya kenapalah berjauhan dengan suami? Kenapa tak tukar bertugas di tempat suami je. Macamana wei? ALLAH masih mahu menguji kesabaran kami. ALLAH belum izinkan makngoh pindah tapi makngoh percaya nanti ada rezeki pindah untuk makngoh dan bakal bayi kami.

Di KL ni, ada kawan serumah pun... tapi takkan dapat ganti kesunyian tanpa suami dan keluarga. Sedihnya.
Makngoh kena kuatkan semangat dan bersabar. Susah-susah hidup makngoh, makngoh tahu ada lagi guru-guru wanita lain yang lagi susah dari makngoh. Suami di Kelantan, dia pula dengan anak di Sabah atau Sarawak.

Doakanlah agar makngoh dapat pindah ke tempat yang berhampiran dengan suami nanti. Memang terasa lemah berseorangan di tempat orang nak nak lagi bila berbadan dua. KPM pula buat tak endah masalah guru-guru wanita ni.

p/s : pelik pula bila ada guru wanita bujang yang dapat pindah. Tapi guru wanita yang hamil, yang dah anak 2 3 orang minta pindah tak dapat-dapat.

3 ulasan:

  1. Sabar la MAKNGOH. Suatu hari nanti, dapat pindah akan lebih bererti lagi kehidupan. Mungkin masanya belum sampai. Jangan difikirkan sangat.

    Ingat yang positif saja, ya..

    Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”

    BalasPadam
  2. mak ngoh org mana? dr sandkn ke kl? xdpt pulg berkhidmt dkt dgn suami ke

    BalasPadam
  3. biasa la tu mak ngoh..sekolh kami pun begitu..yg pregnant xdpt lak pndh..yg tak smpi sethun di sni plak yg dpt pndh berbndg yg dh 7thn berkhidmt..enthla..mgkn ada tgn yg membantu kot...usaha lg eh

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!