Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 14 Oktober 2017
Resepi Kerabu paku pakis.
Bahan-bahan
1. 2 ikat pucuk paku pakis. Dipotong pendek dan dicelur dengan air yang mendidih.
2. Segengam taugeh
3. 4 ulas bawang besar ditumbuk
4. 2 ulas bawang putih ditumbuk
5. 2 sudu besar lada hitam ditumbuk
6. Semangkuk santan. (optional boleh dididihkan dan disejukkan atau guna santan mentah)
7. 5 ekor ikan kembung / selayang diambil isi dan tumbuk
8. Semangkuk kerisik ditumbuk.
9. Semangkuk kerang yang telah direbus ( makngoh tak letak)
10. Garam dan gula
Cara-cara
1. Gaul semua bahan yang ditumbuk termasuk garam dan gula.
2. Masukkan santan, kerang dan paku pakis.
3. Suaikan rasa dan boleh dihidangkan.
Jika menggunakan santan mentah, elok disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan cepat basi.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Cat tandas sekolah dengan nama bank di Malaysia | Kreatifkah?
Gambar di atas telah dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun facebook bernama R-Wind Raj pada 12 Oktober yang lalu dan menjadi viral di beberapa kumpulan whatsapp dan facebook. Ramai guru memuji idea kreatif tersebut namun tidak kurang juga yang TIDAK bersetuju mengecat nama bank berikut di tandas iaitu tempat yang dianggap kotor.
Walaupun mendapat teguran dari rakan guru namun R-Wind Raj tetap dengan pendirian beliau mengatakan ianya hanya sebuah idea kreatif.
Gambar di atas diambil dari kumpulan facebook Guru Malaysia. Bukan hak milik penulis blog.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Isnin, 9 Oktober 2017
Kerabu rebung nipah
Bahan-bahan
1. Semangkuk Kerisik
2. Setengah mangkuk Isi ikan selayang kembung rebus
3. 4 ulas Bawang merah
4.1 ulas Bawang putih
5. 1 labu Bawang besar
6. 1 cawan Santan
7. 2 sudu Lada hitam
8. Garam / gula
Cara buat
1. Rebung nipah perlu dicelur dengan air panas terlebih dahulu. Tos dan keringkan. Nak cepat boleh perah pelan-pelan dengan tangan.
2. Isi ikan,bawang putih, bawang merah, lada hitam ditumbuk halus.
3. Gaul sebati dengan rebung dan kerisik.
4. Masukkan santan, garam gula. Perisakan ikut kesesuaian.
5. Hias dengan hirisan bawang besar, hirisan limau nipis dan lada merah besar.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Sabtu, 6 Mei 2017
Jangan buat Maryland Bridge | Rawatan pergigian
Ingatan untuk siapa-siapa yang pergi untuk dapatkan rawatan pergigian
Jika doktor tawarkan maryland bridge bagi mengantikan gigi yang telah dicabut, dinasihatkan janganlah buat. Lagi bagus anda buat crown brige terus.
Maryland bridge sebenarnya tidak kukuh, asyik tertanggal dan setiap kali nak simen dan tampal semula doktor akan cas RM 100 - RM 200 setiap kali tampalan. Ramai doktor gigi yang mengakui maryland bridge ni sangatlah tidak sesuai. Malangnya ada doktor yang tamak dan malas trim gigi untuk crown bridge. Kenakan harga sehingga RM1000 bagi sebatang gigi maryland, buat ala kadar sekadar tampal tanpa buat pemeriksaan terperinci.
Makngoh bercerita dari pengalaman sendiri buat maryland di sebuah klinik milik doktor wanita di Kota Bharu. Sangat menyedihkan dan mengecewakan. Asalnya makngoh ke klinik tu untuk buat crown bridge tetapi doktor tu cakap maryland lagi bagus, tak perlu trim gigi dan segalanya bagus la dia cerita. Jika tertanggal tak apa, dia tampal free je. Rupanya pakai tak sampai 2 hari, tertanggal, pergi jumpa dia...dia tawarkan makngoh buat implan pulak. Rasa nak menyumpah doktor tu. Maryland dah habis beribu. Implan lagi RM5000 wei. Jika tanggal, tampal free tu pulak cuma sekali tampal sahaja. Jika selepas tu tanggal lagi dia akan cas macam biasa. Itulah jenis doktor yang nak cepat kaya dan fikirkan duit je tanpa faham niat sebenar jadi doktor gigi. Kita ni pulak tiada ilmu dalam bab pergigian...ingatkan doktor yang ada ilmu tu boleh membantu tetapi makin tambah masalah je.
Makngoh dah haramkan kaki jejak klinik tu lagi sebab sangat-sangat mengecewakan dan merugikan duit sahaja dengan hasil yang menyakitkan hati. Makngoh ni dah banyak kali dapat rawatan klinik gigi dari rawatan braces hingga ke tampalan biasa. Jadi makngoh boleh sebut klinik gigi mana yang bagus dan yang kurang area Kota Bharu tu.
SERIUS MEMANG KECEWA
Sekarang makngoh dapatkan rawatan di Kuala Lumpur. Memang agak mahal tapi service doktor lagi okay.

Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)