Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 10 Ogos 2010

Kekeliruan Hari Syak : Hari Haram Berpuasa iaitu Hari 30 Sya'ban.

Tadi ada beberapa pertindihan pendapat mengenai hari haram puasa. Ramai yang sudah tahu hari ini adalah hari tengok anak bulan.

Jadi...boleh ke berpuasa hari ini? Iaitu hari 10 ogos 2010 bersamaan 29 Sya'ban 1431 H. - Soalan lebih tepat, bolehkah puasa ganti hari ini?

Ada pendapat mengatakan hari ini masih boleh berpuasa sebab hari ini bukan Hari Syak dan hari Syak jatuh pada 30 Sya'ban iaitu esok kalaulah 1 Ramadhan tidak menjelma esok.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan hari ini HARAM berpuasa walau apa jenis puasa pun kerana hari ini adalah hari Syak dan hari tengok anak bulan. Mana satu?

Makngoh lampirkan beberapa rujukan makngoh-:
1) Blog Tazkirah Awam mengatakan -:

Haram berpuasa pada hari-hari berikut:

a. Hari raya fitrah (raya puasa)

b. Hari raya adha ( raya haji)

c. Hari-hari tasyrik iaitu hari ke sebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan zulhijjah.

d. Hari yang yang di syak akan awal ramadhan.

e. Mana-mana hari selepas lima belas haribulan syaaban, jika bukan puasa qadha atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daipadanya atau bukan hari yang ia beradat puasa.

*** Harus berpuasa pada hari syak atau hari-hai selepas lima belas haibulan syaaban, jika puasa itu qadha atau nazar atau kifarat atau berbetulan hari yang ia biasa puasa seperti puasa sunat hari isnin dan puasa hari khamis.


2. Rahmat Blog pula mengatakan -:

Berpuasa pada Hari yg Diragukan (HARI SYAK) Dari Ammar bin Yasir ra berkata “Barangsiapa yg berpuasa pada hari yg diragukannya bererti ia telah durhaka kepada Abul Qasim .”

Menurut Turmudzi hadis ini hasan lagi shahih dan menjadi amalan bagi kebanyakan ulama. Hadis itu juga merupakan pendapat Sufyan Tsauri Malik bin Anas Abdullah ibnu Mubarok Syafi’i Ahmad serta Ishak. Kebanyakan mereka berpendapat jika hari yg dipuasakannya itu termasuk bulan Ramadhan hendaklah ia mengqadha satu hari sebagai gantinya. Dan jika ia berpuasa pada hari itu krn kebetulan bertepatan dgn kebiasaannya maka hukumnya boleh tanpa dimakruhkan.

Dari Abu Hurairah ra Nabi saw bersabda “Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhan itu dgn sehari dua hari kecuali jika bertepatan dgn hari yg biasa dipuasakan maka bolehlah kamu berpuasa pada hari itu.”

3. Makngoh juga merujuk Jabatan Agama Islam Selangor, tapi jawapannya tidak begitu terperinci iaitu -:

Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."


4. Koleksi Soal Jawab Agama pula memberikan jawapan yang lebih bagus
iaitu -:


Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Namun begitu larangan ini tidak termasuk bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa, seperti seorang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai contoh, dan berkebetulan hari syak itu jatuh pada hari Isnin atau Khamis. Maka orang sebegini tidak termasuk dalam larangan tersebut, ini kerana Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan hadith ini, apabila seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin sebagai contoh, kemudian berkebetulan pula hari syak itu jatuh pada hari isnin tersebut maka dia boleh berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak ada larangan untuknya.

Berdasarkan hadith ini, apabila diharuskan puasa sunat pada hari syak yang jatuh pada hari, yang mana seseorang itu kebiasaannya dia berpuasa padanya, maka mengqadha puasa Ramadhan yang lalu pada hari syak adalah lebih utama untuk dikatakan harus. Ini kerana qadha Ramadhan itu adalah suatu yang wajib dan menangguhkan qadha Ramadhan hingga selepas Ramadhan adalah suatu yang tidak dibenarkan.

al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ berkata :

“Berkata sahabat-sahabat kami (dari mazhab al-Syafie) : “Tidak sah puasa pada hari syak dari masuknya Ramadhan tanpa khilaf…, Jika dilakukan padanya puasa qadha atau Nazar atau kafarah, ianya diterima, ini kerana apabila diharuskan puasa padanya (hari syak) dengan puasa sunat yang telah menjadi kebiasaan, maka puasa fardhu (seperti Qadha dan seumpamanya) adalah lebih utama (untuk dikatakan harus, ini seperti mana waktu-waktu yang diharamkan solat, kerana jika pada seseorang itu ada puasa qadha ramdhan sehari, maka sesungguhnya dia mesti mengqadhakannya, kerana waktu qadhanya telah menjadi sempit
"

5. Soaljawab Agama ada juga bercerita mengenai Hari Syak iaitu -:

Madzhab Syafi’iy tidak mengharamkan puasa pada hari syak sebagaimana dakwaan Dr Tariq Sweidan. Imam Nawawi (alMajmoo’, 6/400) menjelaskan boleh.

a. Hadith dalam Riadhus Saalihin adalah hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah ” Janganlah seorang darimu mendahului puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali bagi orang yang biasa berpuasa , maka tidak mengapa dia berpuasa pada hari itu.”

Maka jika seseorang biasa berpuasa senin dan khamis, maka Juma’at dan Sabtu sebelum 1 Ramadhan itu dia tidak boleh berpuasa. Jika dia biasa berpuasa Nabi Daud (puasa selang seli), maka bolehlah. Katakan dia puasa pada hari Khamis, maka puasa Nabi Daud AS jatuh seterusnya pada hari Sabtu, maka hari Sabtu dibolehkan puasa.

b. Memang jumhur membolehkan berpuasa pada hari syak berpandukan hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah itu. Bagi orang yg tidak biasa berpuasa sunat yang konsisten, maka diharamkan berpuasa atasnya pada hari Juma’at dan Sabtu sebelum Ramadhan 2006.

Komentar akan hal ini Syeikh Muhammad Saleh alUthaimiin (syarh Riadhus Salihiin, 3/394) berkata pendapat yang tepat ialah diharamkan puasa pada hari syak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~ ****************~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi, bagaimanakah pendapat yang telah anda pegang?

Permasalahan utama yang makngoh keliru...
1) Bolehkah puasa qada' hari ini 10 Ogos 2010 (29 Sya'ban 1431 H)?
2) Bolehkah puasa qada' pada hari Syak (30 Sya'ban 1431 H)

Disebabkan kekeliruan ini dibahaskan oleh ustazah dan golongan agama tempat makngoh bekerja dan masing-masing tidak bertemu kesimpulan sendiri jadi makngoh sendiri tidak berani meletakkan kesimpulan.

p/s : makngoh tak puasa hari ini. Puasa ganti dah beres :) syukur.

baca sambungan di sini

5 ulasan:

  1. kemusykilan eelobor: bakpo nok qodho time sudden death nie mok ngoh? hari2 lain sebelum tuh keh banyok lg...maso panjey dale setahun

    BalasPadam
  2. hok tu lah ...manusia ni time seput baru nok sungguh buat. Tapi bila doh buat jadi keliru gini pulak...pahtu saim2 duk bagi mcm2 pendapat...

    BalasPadam
  3. Puasa Pada Hari Syak

    Maksud hari Syak itu ialah pada 30 haribulan Sya‘ban, tersebar berita
    di kalangan orang ramai bahawa anak bulan Ramadhan telah dilihat,
    akan tetapi tidak disabitkan oleh hakim (pemerintah) kerana tidak
    dipersaksikan penglihatan anak bulan itu oleh seorang yang adil atau
    ianya dipersaksikan oleh dua orang kanak-kanak, beberapa orang
    perempuan, seorang hamba atau seorang fasik.

    Hukum berpuasa sunat pada hari Syak adalah diharamkan tanpa ada
    sebab atau bukan kerana adat kebiasaan berpuasa sunat. Hukum
    haram tersebut bukan hanya disebabkan ia merupakan hari Syak
    sahaja, bahkan juga kerana ia terkandung dalam hari-hari separuh
    kedua bulan Sya‘ban.

    Dalil yang melarang berpuasa sunat pada hari Syak adalah
    berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ammar bin Yasir :

    Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari di mana orang
    ramai merasa syak padanya (hari Syak), maka sesungguhnya dia
    telah menderhakai Abu al-Qasim (Nabi) Shallallahu ‘alaihi
    wasallam.”
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Sebaliknya jika tidak ada tersebar berita tersebut, yakni berita anak
    bulan Ramadhan telah dilihat, maka tidaklah dikatakan hari itu
    sebagai hari Syak, bahkan ia adalah termasuk hari-hari daripada bulan
    Sya‘ban.
    Persoalan mengenai hari Syak ini tidak akan disentuh dengan panjang
    lebar di sini. Ini kerana di Negara Malaysia penetapan anak
    bulan adalah berdasarkan ru’yah, iaitu pensabitan penglihatan anak
    bulan dan hasil penglihatan anak bulan tersebut disebarkan kepada
    orang ramai secara teratur dan berkesan. Oleh yang demikian, tidak
    timbul persoalan hari Syak dan hukum berpuasa sunat pada hari
    tersebut.

    BalasPadam
  4. terima kasih pd yg memberikan penerangan ini...makngoh rasa dah faham skrg :)

    BalasPadam
  5. salam, kadang-kadang jgnlah menilai org yang buat puasa sudden death ni semata-mata sengaja ye. mcm saya ni time puasa pregnant puasa byk tinggal pastu menyusu anak pulak. sekurang-kurangnya saya masih berusaha utk habiskan puasa sblm ramadhan yang akan datang. hanya Allah yang tahu amalan hambanya..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!