Lagu yang macam-macam genre yang entah apa-apa itu sebenarnya menjauhkan umat Islam dari melakukan ibadah berguna seperti berzikir dan beristigfar.
Dalam Islam, kita dianjurkan supaya mengisi masa dengan berzikir dan mengingati Allah. Sedangkan Nabi Muhammad, kekasih Allah dan manusia agung yang sudah memang dijanjikan syurga sentiasa berzikir dan beristigfar.Apatah kita ini. Hamba kepada Allah. Kita ini belum tentu lagi syurga neraka. Semuanya bergantung amalan seharian kita.
Sayangnya, masa lapang yang ada dihabiskan dengan mendengar lagu dan menyanyi(walaupun sekadar menyanyi kecil)
Masalah kita, teknologi terlalu canggih dan kita tak guna kecanggihan itu ke arah agama. Telefon tangan yang canggih manggih dipenuhi dengan lagu yang langsung tiada manfaat pun. Kan lagi bagus diisi dengan surah, zikir dan rakaman ceramah agama. Yang parah lagi, telefon canggih untuk simpan video lucah.
Celik mata, pagi-pagi...ada radio. Sudah dihidang dengan musik yang merosak hati Pergi kerja dalam kereta pun bermusik juga. Di tempat kerja, pasang winamp pun musik juga.
Alangkah baik kalau teknologi sekarang digunakan ke arah kebaikan. Dengarlah radio yang banyak putarkan zikir, doa dan ayat quran. IKIM.fm. Begitu juga di kereta terutamanya kereta yang mainkan pendrive, cd atau kaset.
Kan bagus, sambil-sambil dengar...boleh kita turut berzikir dan mendapat manfaatnya.
Hiburan zaman sekarang hanya banyak yang melalaikan!
Kita terlalu banyak disuap dengan hiburan...terutamanya lagu.
Tengoklah di tv, hampir setiap saat di tv ada lagu dan musik. Iklan sekarang pun banyak musik. Iklan air tapi kena menari dan menyanyi. Iklan banci penduduk pun ada lagu jugak!
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Isnin, 26 Julai 2010
Kenali Nifsu Sya'ban
Mak ngoh tercari-cari artikel tentang nifsu sya'ban. Hari ni 14 Sya'ban dab esok adalah 15 Sya'ban. Akhirnya mak jumpa artikel di bawah. Sangat berguna. Jadi mak ngoh letakkan di blog ni untuk rujukan diri sendiri. Kalau ada yang mengambil iktibar dari artikel ini, alhamdulillah. Tentu sekali meriah di masjid dan surau-surau malam ini menyambut Nifsu sya'ban.
ARTIKEL PERTAMA :
Kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty memberi maksud “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.
Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban iaitu 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di dalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.
“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU http://www.inijalanku.wordpress.com/
ARTIKEL KEDUA:
Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?
Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.
Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Ada yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?
Dalam Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan.
Dipetik dari sini Pondok Khabib
Nifsu Sya'ban sekali setahun...marilah kita berusaha beramal.

Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Ahad, 25 Julai 2010
Blogger paling suka jalan ke blog mak ngoh :) > SYERAGH..
OOOHOIII
Bukan tak de idea nak membebel dalam blog nih, tapi mak ngoh rasa elok wat entri untuk mereka-mereka yang suka jalan-jalan ke blog nih :)
Bukan tak de idea nak membebel dalam blog nih, tapi mak ngoh rasa elok wat entri untuk mereka-mereka yang suka jalan-jalan ke blog nih :) Okay, malam nih, mak ngoh buat untuk sorang kanak-kanak dulu yer.
Dia nih ibarat kata pepatah "orang kampung mak ngoh la jugak".
Asal Kedai Mulong, Kelate. Kampung mak ngoh sebelah kampung dia. eke ke ekeke...
Dia lahir tahun 85 rasanya. Mak ngoh tua 2 tahun dari dia nih.
Sebab tu mak ngoh panggil dia kanak-kanak.
Syeragh jangan mare yer!!!!
Syeragh faham ker "Woh ulon anih ting"
wakaka
Ini entri Syeragh yang menarik pasal ikan bertangan. Mantap Syeragh bagi info berguna macam nih. Keep it up!Ada lagi beberapa blogger yang selalu bertandang ke blog ni.
Nanti mak ngoh buat entri untuk anda pulak!
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Bukan soal halal, haram atau syubhah
Tapi soal bangga dan hebat.
Yer, itulah penyakit yang menimpa orang Islam terutamanya orang Melayu. Kita yang terlalu menaiktarafkan makanan dan minuman dari barat.
Kalau boleh makan KFC, MCD, PIZZA, SecretRecipe dan macam2 restauran dengan nama luar negara mereka akan rasa bangga dan hebat. Begitu juga dengan minum seperti Pepsi, Coke dan macam2 lagi ler yang berkarbonat.
Anak-anak kecil, dididik makan benda-benda fast food sebegitu tanpa dihiraukan baik buruknya.
Ada seorang ibu yang mengatakan
"anak akak tak pandai nak makan cucur ke apam ke...tapi kalau KFC ke pizza ker laju je dorang tu"
Ewah. Anak tak pandai sebab ibubapa tak ajar.
Tapi entri mak ngoh ni, bukan nak kata fast food ni haram dimakan yer.
Dah besar-besar logo HALAL terpampang.
Betullah kata seseorang yang hantar komen dia di suratkhabar
"Ada otak gunalah - Kalau dah restauran tu diragui, kenapa nak pergi juga. Tak ada dah ker restauran Muslim di Malaysia ni"
DAN macam ayat yang makngoh di atas sana...bukan soal halal haram tapi soal bangga dan hebat kalau boleh makan di restauran, kopitiam dan hotel yang hebat2 macam tu.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Mayat bangun dari kubur
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka.
Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.
"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.

Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.
Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Fuh, Kelate Berpesta Gol 9- 0 ...
KELANTAN 9
Indra Putra Mahayuddin (m-12,27)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-32)
Ramzul Zahini Adenan (m-35)
Muhammad Zamri Ramli (m-45)
Muhammad Izwan Salahuddin (m49,66)
Mohd Nizab Ayub (m-74)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (pen m-89)
PRACHINBURI FC 0
KOTA BHARU – Kelantan berpesta gol setelah mengalahkan pasukan divisyen satu Liga Thailand, Prachinburi FC 9-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Tanda-tanda The Red Warriors bakal berpesta gol bermula dengan gerakan menarik seawal minit ke-4 perlawanan, menerusi larian overlapping Mohd Farisham tetapi percubaan beliau terus ke dakapan penjaga gol lawan.
Sementara pasukan pelawat dilihat tidak bermaya mengekang kehebatan pemain Kelantan yang jauh bersedia menghadapi perlawanan persahabatan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang KL Plus pada hari Rabu ini.
Minit ke-12, ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai pesta gol Kelantan apabila rembatan kencang berjaya menghasil gol pertama Kelantan setelah menerima hantaran lintang oleh Muhd Badhri Radzi.
Selang seminit kemudian, Prachinburi FC turut melakukan percubaan ke pintu gol Kelantan tetapi rembatan Nik Wan sekadar tersasar jauh.
Indra Putra menjaringkan gol kedua peribadinya pada malam tadi pada minit ke-27, juga melalui rembatan kencang menewaskan Zaheit Kariya dipintu golnya setelah menerima hantaran lintang Akmal Rizal
Gol ketiga Kelantan menyusul lima minit kemudian apabila Akmal Rizal memanfaatkan hantaran Hairuddin Omar dengan mengelecek penjaga gol lawan seterusnya merembat kencang ke gawang gol yang disifatkan gol paling mudah pada perlawanan malam tadi.
Hairuddin Omar sekali lagi menjadi perancang utama kepada sumbangan gol malam tadi setelah hantaran lintangnya pada minit ke-35, mudah disempurnakan oleh pemain gantian, Ramzul Zahini Adenan menghasilkan gol keempat Kelantan.
Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan menutup tirai aksi cemerlangnya dengan memperolehi gol kelima menerusi Muhammad Zamri Ramli yang mudah melepasi penjaga gol lawan setelah menyambut baik hantaran Wan Zaman Wan Mustapha.
Bersambung babak kedua, Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk menambahkan jaringan keenam. Minit ke-49, Muhammad Izwan Salahuddin merembat kencang menewaskan penjaga gantian, Zulkifri didalam kotak penalti.
Muhammad Izwan Salahuddin menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke-66 menerusi rembatan setelah menerima hantaran daripada Mohd Nizab Ayub.
Gol lapan The Red Warriors terhasil pada minit ke-74, kali ini menerusi Mohd Nizab Ayub sendiri yang melakukan rembatan kencang menewaskan Zulkifri sekali lagi setelah menerima umpanan daripada Muhammad Izwan Salahuddin.
Sementara itu, pasukan pelawat yang sekali sekala menyerang hanya mempunyai satu-satunya peluang terbaik pada minit ke-77, tetapi rembatan pemain gantian, Azfar terus ke dakapan Syed Adney.
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid menutup tirai pesta gol Kelantan ke atas pasukan pelawat pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sepakan penalti. Tindakan penjaga gol pasukan pelawat menjatuhkan Mohd Nizab Ayub didalam kotak penalti membolehkan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN – Syed Adney Syed Hussien, Azizi Matt Rose (Zairul Fitree Ishak), Mohd Daudsu Jamaluddin (Nik Mohd Shahrul Azim), S Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Farisham Ismail(Mohd Shawalruddin), Muhd Badhri Radzi (Wan Zaman Wan Mustapha), Indra Putra Mahayuddin (KP) (Muhammad Zamri Ramli)(Mohd Aris Zaidi), Khairan Eroza Razali (Muhammad Izwan Salahuddin), Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu (Hairuddin Omar), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Ramzul Zahini Adenan)(Sharudy Aziz).
FORMASI : 4-4-2
PRACHINBURI FC – Zahiei Kariya (Zulkifri),Nik Azmi (Asmin)(Azfar), Tirayut, Sukrinai, Meedee (Ismail), Mhd Amree, Sofie (Nik Wan), Unainan, Samail, Yamal (Wane Sakree), dan Suhaimi.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (8) Prachinburi FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Prachinburi FC (7)
Sepakan sudut : Kelantan (3) Prachinburi FC (1)
Sepakan percuma : Kelantan (10) Prachinburi FC (19)
Offsaid : Kelantan (7) Prachinburi FC (0)
Kekasaran : Kelantan (12) Prachinburi FC (10)
Kad kuning : Prachinburi FC (Sukrinai,Samail dan Tirayut)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Prachinburi FC( 40%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil :Mat Suburi Mohd Isa
Penolong Pengadil 1: Mohd Ezanee Mohd Said
Penolong Pengadil 2: Harun Ismail
Pegawai Keempat : Ahmad Farees Mat Suburi
General Koordinator: Arif Hassan
Komissioner Perlawanan : Abd Ghani Omar

Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)